Menteri Besar enggan komen

IPOH 2 Feb. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menghadap Sultan Perak di Istana Kinta di sini.

Beliau dilihat memasuki pintu istana pada kira-kira pukul 10 pagi dan keluar semula pada pukul 10.25 pagi
Difahamkan perjumpaan itu berkaitan dengan isu pergolakan politik yang semakin 'genting' di negeri ini.
Beliau yang enggan ditemubual pemberita terus meninggalkan pintu masuk istana sambil berkata "Selamat tinggal, jumpa lagi".

Sebelum itu, beliau enggan menemui pihak media selepas majlis ceramah eksekutif di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Perak.

Usaha pihak media yang 'berhimpun' di pintu masuk kediaman rasminya pada petang ini untuk mendapatkan komen beliau berhubung pertemuan itu juga menemui jalan buntu.

Seorang pegawai khasnya kemudian memberitahu bahawa Mohammad Nizar memang enggan bertemu atau memberi sebarang kenyataan akhbar atas alasan sibuk membuat persiapan sambutan jubli perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.

Bagaimanapun, pihak media menerima sedikit kejutan apabila melihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar daripada kediaman Mohammad Nizar kira-kira pukul 3 petang.
Kehadiran pemimpin pembangkang itu diakui oleh Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman pada satu sidang media petang ini.

Beliau bagaimanapun berkata, Anwar yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dikatakan hanya singgah sebentar di Ipoh untuk jamuan makan tengah hari bersama Mohammad Nizar.
Katanya, turut bersama pada jamuan makan tengah hari itu ialah beberapa pemimpin PKR negeri.

Sementara itu, sumber kerajaan negeri pula memberitahu, perbincangan utama dalam pertemuan Anwar dan Mohammad Nizar adalah berkaitan dengan persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering.

Katanya, pakatan pembangkang akan berusaha keras bagi memastikan dua kerusi DUN milik PKR itu dapat dikekalkan dan tidak terlepas kepada Barisan Nasional (BN).

PEWARISMELAYU KATA:
Kita tunggu keputusan daripada SPR Putrajaya

Posted in , , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Menteri Besar enggan komen

  1. Jadi la ni, Umno kena buat persiapan rapilah. Toksah dok jadi lagu dua pilihanraya lalulah no encik no?

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .