Archive for Februari 2017

Mahathir Punca Pergolakan DAP - Teh Yee Cheu, ADUN DAP Tanjung Bu­ngah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bu­ngah, Teh Yee Cheu berkata, selain disebabkan ahli-ahli DAP telah diajar bermusuh dengan bekas Perdana Menteri itu sejak sekian lama, kehadiran Dr. Mahathir dalam pembangkang ketika ini juga menimbulkan keraguan kerana tidak mempunyai misi yang jelas.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada ke­pemimpinan DAP supaya lebih berhati-hati dengan peranca­ngan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kata Yee Cheu, ahli-ahli DAP juga bimbang jika Dr. Mahathir merancang memonopoli politik DAP sekali gus menguasai kerajaan Pusat sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Kita bimbang jika Dr. Mahathir ada rancangan mahu wujudkan 'UMNO 3' bersama pembangkang. Jika pembangkang tidak berhati-hati dalam perjuangan penuh berisiko ini termasuk tidak bersiap sedia dengan sebarang perjanjian, sebarang kemungkinan boleh berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, mengulas tindakan empat wakil rakyat DAP Melaka yang keluar parti, Yee Cheu berkata, beliau yakin tindakan tersebut berpunca daripada pendirian peribadi mereka yang tidak bersetuju dengan kerjasama antara DAP dan Dr. Mahathir.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemimpin dan ahli DAP akan mengikut jejak langkah empat wakil rakyat berkenaan atas pendirian serupa.

"Mungkin ada mungkin tiada yang keluar parti selepas ini dan DAP tidak boleh menghalang mana-mana ahli parti berbuat demikian kerana tindakan mereka itu berpunca daripada alasan yang jelas," katanya.

Ditanya mengenai desas-desus bahawa beliau adalah antara wakil rakyat DAP yang akan bertindak keluar parti, Yee Cheu bagaimanapun seolah-olah berteka-teki dan enggan mengulas lanjut.

3 Comments
Jom komen di Facebook!

Tak perlu tunggu kami lagi, kata Hadi kepada Dr Mahathir

(FMT) KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin sukar direalisasikan memandangkan parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang menjalinkan hubungan dengan DAP dan Amanah.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tekanan diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad agar partinya menetapkan keputusan segera juga dilihat tidak relevan.

"Kita sudah ada dasar, tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah. Kita tidak ada hubungan dengan mereka (PPBM).
"Jadi, tidak perlu tunggu kerana apabila sudah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, maka habislah," katanya sewaktu ditemui pemberita di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, hari ini.

Ia juga sekali gus menjelaskan mengenai kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan keengganannya bertemu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada 1 Februari lalu, pertemuan pemimpin PAS-PPBM diadakan secara tertutup. Datuk Seri Mukhriz Mahathir hadir mewakili PPBM manakala, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mewakili PAS.

Walaupun tiada keputusan bersama, satu rangka kerjasama menerusi jawatankuasa teknikal ditubuhkan sewaktu pertemuan itu.
Semalam, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM terus menekan PAS dan memberi masa selama sebulan untuk ia menetapkan keputusan sama ada akan sertai Pakatan Harapan atau tidak.

Dr Mahathir berkata, selepas pertemuan 1 Februari lalu, keputusan segera harus diperoleh bagi menentukan strategi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Hadi berkata akan menilai semula hubungan diantara partinya dengan PKR pada muktamar tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 28 April di Alor Setar, Kedah.

"Dengan PKR, kita akan buat keputusan semasa muktamar tahun ini. Keputusan itu akan diketahui semua pihak, tidak ada masalah.

"Masalah politik kita hanyalah DAP dan Amanah, kerana mereka menyatakan tentangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) 355, menentang syariah.
"Itu sempadan yang mereka tidak boleh langgar. Kita juga ada dasar tidak akan bekerjasama atau hubungan dengan parti menentang Islam," katanya.

PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP ekoran tindakannya membantah usul Hadi di Dewan Rakyat untuk meminda akta Mahkamah Syariah.
Tindakan PAS menyebabkan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat musnah bahkan terbentuk parti serpihan PAS, iaitu Amanah.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Dana Felda tak hilang, kata Shahrir

(FMT) JOHOR BAHRU: Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menjelaskan tidak berlaku kehilangan dana berjumlah RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut.

Sambil menegaskan kenyataannya mengenai dana itu dipesongkan beberapa portal berita, katanya beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.


"Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka Felda dengan setiap keluarga menerima bayaran sebanyak RM15,000.
 
"Baki RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi," katanya.

Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini bagi mengulas laporan beberapa portal berita yang didakwa memesongkan kenyataannya berhubung dana berjumlah RM6 bilion yang diterima Felda selepas disenaraikan di bursa saham.

Shahrir berkata RM1.438 bilion digunakan bagi pembelian pelaburan hartanah yang merangkumi pembelian hartanah di Bukit Katil, Melaka (RM304 juta), Grand Borneo Hotel di Sabah (RM86 juta), Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) selain pembelian saham Iris Corporation Berhad (RM110 juta).

Katanya, nilai pelaburan RM1.438 bilion itu kebanyakannya melibatkan sektor perkhidmatan perhotelan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan masa yang lama sebelum memberi pulangan.

Menurutnya, Felda juga membeli semula Felda Technoplant Sdn Bhd dengan nilai RM38 juta dan sehingga kini jumlah kerugian yang ditanggung Felda adalah RM108 juta melibatkan projek Transnovasi.


"Tugas saya (selaku pengerusi Felda) adalah untuk memastikan kesemua pelaburan yang dilakukan Felda berjalan mengikut perancangan, bagaimana pelaburan itu dilakukan dan memastikan pelaburan tersebut memberikan pulangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Felda memutuskan untuk menjual sebuah hotel milik agensi berkenaan di London yang dibeli dengan harga RM548 juta pada 2012, dengan proses penjualan sedang dilaksanakan dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Will the real Tun M please stand up

Kong Len Wei

The first time I met Tun Dr. Mahathir in the flesh was in 1999. BN was fresh from winning the general election in November and I was charged to chauffeur my father, who was a freshman in Parliament, to a BN pre-council meeting at Putrajaya. As Dr. Mahathir approached the hall, there was a hush in the air. I caught a glimpse of the most powerful room in the country as BN MPs, men and women, some twice his size and half his age, cower before the diminutive Prime Minister. His charisma and aura left a lasting impression on me.

Having led the country for 22 years, he was the only Prime Minister I had ever known until he stepped down in 2003. A career that spanned decades, Mahathir is a brilliant politician. Expertly navigating up the political ladder even after being expelled from the party by the late Tunku Abdul Rahman in 1969. In his first term, Mahathir was fiercely nationalist, subsequently blaming the lost of his reelection campaign squarely on the Chinese support of PAS in 1969.

His book, infamously titled 'The Malay Dilemma' exposed his nationalist agenda, warning the Malays that they will lose out to the economically superior Chinese if they do not take control of their destiny as Bumiputeras in this land. With this nationalistic pride and a renewed Malay chauvinism in him, it was not long before Mahathir rose to become our 4th and longest serving Prime Minister. The 1980s saw him consolidate his grip on power as he used all the powers available to him to politically outmaneuver his political foes and placate his allies as he took this country to great heights in the boom time of the 90s.

Today, few remember the liberal use of the Internal Security Act during Operasi Lalang when the government cracked down on the Chinese educationists for voicing out their dissatisfaction vernacular education policy. Many from the DAP, including Lim Kit Siang, were incarcerated along with several top leaders from MCA. Several newspapers including The Star had their licenses suspended during this tumultuous period of our country's politics.

Even after stepping down, Mahathir continued to be critical of the government. His scathing criticism of the Pak Lah government at that time, help put Najib Razak at the helm of UMNO and the country since 2009.

What is Tun Dr. Mahathir doing together with DAP? 

The power struggle within UMNO is real. After the 2013 general election, UMNO made off with more seats in Parliament and the lion's share executive power in the Cabinet. Mukhriz Mahathir, having lost the fight to be a Vice-President of UMNO, sensed that his opportunity to move up the ranks is closing. The time to take down the sitting Prime Minister is now. Never shedding his nationalist roots,  Mahathir formed the aptly named 'Pribumi' party with Mukhriz as the Deputy President of PPBM. After teaming up with DAP, Mahathir went on the offensive. Critical of the recent partnerships with China, he declared that the government will be bringing in 700,000 Chinese voters to vote in the coming GE. Further spreading xenophobic fear, he also claimed that we are selling land in Johor to the Chinese, much to the ire of the Sultan of Johor who is not known to be fond of the former PM.

People must come to a realisation that Tun Dr. Mahathir is the embodiment of UMNO. He has never shed his nationalist roots, wielding it as a political tool much like how UMNO has to gain political power. DAP members have to open their eyes to this because ever since PPBM come on board, everything within the Pakatan Harapan went haywire. Amanah is now a dud political splinter of PAS. PAS will not work together with DAP and ever since Zaid Ibrahim (who lost in PKR's party elections) jumped over to DAP, presumably at Tun's behest. PKR has become very cautious of DAP. The latest gaffe by Zaid Ibrahim declaring Tun Mahathir as the de facto leader of the Opposition raised eyebrows. Here is a man who sacked his Anwar Ibrahim and put him in jail, now conveniently waltzes in to usurp his place as opposition leader.

I am worried for DAP because as much as DAP wants to overthrow the current regime, they will only end up replacing it with an older model from 2003. Tun Dr. Mahathir is not the Pakatan's Messiah for the 14th General Election. He is the Trojan horse deployed by UMNO to wreak havoc within the opposition coalition. Last Tuesday, most people would have paid attention to Lim Kit Siang's outburst at the TV3 reporter asking him about the BMF scandal during Mahathir's premiership. All I saw was as sly smirk on Tun Dr. Mahathir's face at his Machiavellian best.

Kong Len Wei is a councillor for Majlis Perbandaran Manjung and the Chairman of MCA Youth Perak Young Professional's Bureau

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Empat pemimpin DAP Melaka keluar parti

MELAKA 12 Feb. - Empat pemimpin DAP negeri termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini.

Tiga lagi yang turut bertindak sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jack Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.

Tong Him dalam sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada parti dan kecewa dengan kepimpinan DAP sedia ada. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dr. Mahathir diminta tidak desak Pas

BUKIT GANTANG 12 Feb. - Naib Presiden PAS Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan.

Beliau berkata adalah tidak wajar untuk bekas perdana menteri itu memberi kata dua kepada Pas untuk menyatakan keputusan dalam tempoh sebulan.

Menurutnya proses membuat keputusan berhubung perkara tersebut merupakan sesuatu yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk dibincangkan.

"Dr Mahathir hendaklah hormat dengan Pas dan jangan buat Pas seperti budak-budak, tindakannya memberi amaran merupakan sikap tidak baik.

"Kami dah lama jadi pembangkang 22 tahun (dari) zaman beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri," katanya dalam sidang media selepas Ceramah Mega RoadShow 355 peringkat negeri di Markas Pas Bukit Chempedak, dekat sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang memberi tempoh sebulan kepada pemimpin Pas untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan atau tidak.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata lebih 100,000 anggota Pas dijangka menyertai himpunan bagi memberi penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) 1965 atau Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

"Himpunan itu sebagai tanda sokongan masyarakat Islam terhadap pindaan akta itu bagi memperkasa mahkamah syariah," katanya. - 

Sumber : BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas kaji semula hubungan dengan PKR

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Pas akan mengkaji semula sama ada perlu meneruskan atau tidak hubungan dengan PKR pada muktamar tahunan parti itu yang dijangka berlangsung April ini di Kedah.

Perkara itu disuarakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memandangkan PKR dilihat mempunyai hubungan dengan dua parti yang memusuhi Pas iaitu DAP dan PAN.

Abdul Hadi turut menzahirkan nada serupa terhadap hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meskipun Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan masa sebulan kepada Pas untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai pakatan pembangkang atau sebaliknya.


"Tidak perlu tunggu sebulan, memandangkan mereka (PPBM) juga sudah ada hubungan dengan DAP dan PAN," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Perlu adakan kajian jika Sabah mahu PRN berasingan - TPM

KOTA KINABALU 11 Feb - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya kerajaan Sabah mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) secara berasingan daripada pilihan raya umum (PRU).

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Saya berfikir kita harus terbuka untuk melakukan beberapa kajian dan analisis jika kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk mengadakan PRN lebih awal.

"Tentunya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mempunyai alasan yang kukuh jika mahu mencadangkan perkara itu (PRN)," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Skuad Penerangan dan Media Wanita UMNO peringkat Sabah di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang memikul tugas Timbalan Presiden UMNO berkata, demikian sebagai mengulas desas-desus yang tersebar sejak sebulan lalu bahawa Sabah mungkin mengadakan PRN secara berasingan dan lebih awal daripada PRU.

Mengulas lanjut, beliau berkata, BN pusat juga perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.

Ditanya mengenai mesyuarat tertutup dengan UMNO dan BN negeri yang dihadirinya di sini sejak semalam, Ahmad Zahid berkata, beliau berkeyakinan dengan keupayaan kepimpinan negeri dalam perjuangan parti.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, beliau komited dalam membantu mencapai sasaran 30 peratus pembuat dasar negara terdiri daripada wanita termasuk menjadi calon pilihan raya.

"Saya akan mencari jalan agar permintaan 30 peratus ini tercapai.

"Saya juga akan berbisik dengan Perdana Menteri agar lebih ramai wanita, khususnya di Sabah, diberi peluang untuk bertanding sebagai calon kerusi parlimen dan dewan undangan negeri," katanya. - BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mahkamah tolak hasrat Trump kuatkuasakan larangan perjalanan

WASHINGTON 10 Feb. - Mahkamah persekutuan rayuan Amerika Syarikat (AS), semalam menolak hasrat Presiden Donald Trump untuk menguatkuasakan semula sekatan sementara terhadap pela­rian dan pendatang Islam daripada tujuh buah negara untuk memasuki negara ini.

Sebanyak tiga panel hakim sebulat suara memutuskan pentadbiran Trump gagal mengemukakan sebarang bukti kebimbangan keselamatan negara mewajarkan larangan itu daripada dikuatkuasakan semula serta merta.

Trump nyata berang dengan keputusan itu dan dalam satu tweet beliau menegaskan akan mencabar keputusan itu. - REUTERS

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

When Ghafar almost became the fifth PM of Malaysia

Ghafar almost became the fifth Prime Minister of Malaysia in 1992 because Mahathir had bankrupted Bank Negara. And no Prime Minister in the world would be allowed to remain in office had the country's central bank gone bankrupt. But then Mahathir hid this fact from the public and lied to Parliament. So, while Daim resigned as Finance Minister, Mahathir stayed on another 11 years.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Most political analysts talk about how Tengku Razaleigh Hamzah almost became the fifth Prime Minister of Malaysia in 1987 had Tun Dr Mahathir Mohamad not cheated in the party elections. What no one talks about, and let Malaysia Today be the first to talk about it, is how Tun Abdul Ghafar Baba almost became the fifth Prime Minister of Malaysia five years after that in 1992.

Mahathir would have had to resign from office in 1992 and Ghafar would have taken over had Malaysians known that Bank Negara had gone bankrupt

Since 1989, the foreign media had been talking about how Bank Negara was the biggest FOREX gambler in the world and how the amount they traded ran into billions and how Malaysia was being exposed to more than RM270 billion at any one time and how the US had warned Malaysia to 'cool it' and so on. (READ OUR PREVIOUS REPORTS IN THE LINKS BELOW).

On 16th September 1992, Bank Negara's folly was proven when George Soros attacked the market with US$8 billion of borrowed funds and in just a few days walked away with a profit of US$1.2 billion while Malaysia lost its pants. Of course, Mahathir blames Soros for Malaysia's loss (he refuses to acknowledge that it was his fault because everything is not his fault).

What Mahathir did not explain is how could Malaysia have lost so much money playing the FOREX market if Bank Negara was not gambling on the market in the first place? I mean you cannot lose money gambling if you were not gambling but was sitting at home watching TV. So why blame Genting for your losses when the job of Genting is to make money from gamblers and if you were not gambling in Genting it is impossible to lose money?

Anyway the question is, how much did Malaysia really lose? Was it RM30 billion, US$10 billion or more than RM150 billion? No one knows because when Lim Kit Siang raised this matter in Parliament in 1993 and 1994 Anwar Ibrahim lied. Furthermore, the government did a lot of what accountants would call 'creative accounting' to cover up the real extent of the loss.

Mahathir and Daim appointed Anwar the new Finance Minister in 1991 to help cover up Bank Negara's bankruptcy

In other words, you do not pick up those losses in that year but defer them to the next year and you revalue certain assets and investments and you do asset-stripping at hugely inflated values and treat certain losses as 'something else' and so on (which we are going to talk about in the next article). There are many ways to do creative accounting to turn losses into profits or huge losses into small losses and this is what the government did to cover up and hide Bank Negara's FOREX losses.

People like Lim Kit Siang and Tun Dr Mahathir Mohamad argue that losing money is part of doing business and is not a crime. That may be true, and which is the case with 1MDB. But then denying those losses, hiding the losses, doing creating accounting to reduce those losses, not declaring those losses, lying to Parliament, and so on, are crimes. We are not saying that losing money is a crime. We are saying that lying about losing money is a crime, especially lying to Parliament, which can get you impeached.

The fact that Tun Daim Zainuddin asked Mahathir to replace him with Anwar Ibrahim as Finance Minister as early as 1991 was already an indication that the crime involving covering up Bank Negara's FOREX losses was premeditated. It was not until two years later in 1993 that Kit Siang got wind of the crime and raised it in Parliament. Of course, Parliament was not told the truth and the following year in 1994 Kit Siang again raised the matter in Parliament and accused Anwar of lying.

Technically, Bank Negara had gone bankrupt and Mahathir and Daim did not want the world to know. However, the world already knew, which was why Kit Siang also knew and raised it in Parliament. And this was the reason for the lies and the cover up.

You can read the 1994 Parliament Hansard, starting from page 70, here: Hansard 1994

Kit Siang pointed out that Anwar lied to Parliament in 1993 by saying Bank Negara suffered a 'small paper loss' whereas the loss was actually RM30 billion. Kit Siang also revealed that Bank Negara's exposure was RM270 billion or five times Malaysia's GDP. You should read the Hansard, which is very detailed and reveals a lot. And we have to thank Kit Siang for this revelation or else none of us would have known about it.

Murad came out recently to reveal that Bank Negara was technically bankrupt in 1992 due to losses of US$10 billion

In short, what Kit Siang said is they lied and covered up the truth. The losses Bank Negara suffered, whether it was RM30 billion like Kit Siang said, or US$10 billion like Murad Ahmad revealed recently, or actually more than RM150 billion if you take everything into consideration, is not the issue and is not the crime we are talking about. The crime is in the cover-up and the lying, especially lying to Parliament, and not revealing that Bank Negara was technically bankrupt.

Now, what would have happened had Daim not handed over the post of Finance Minister to Anwar in 1991, and had Anwar not lied to Parliament in 1993 and 1994 like instructed, and had Parliament been told the truth about what happened over 1989 to 1992, and had it been revealed that Bank Negara was technically bankrupt?

Well, simple, Mahathir would have had to resign as Prime Minister and Ghafar would have taken over as Malaysia's fifth Prime Minister. Kit Siang had already revealed the truth (even though he was wrong about it being RM30 billion when it was actually more). If Anwar had not lied and had told the truth then Daim and Mahathir would have both been made to answer for this. Daim had already resigned as Finance Minister so Mahathir would have had to join him and resign as Prime Minister.

Because of that Malaysia ended up with Mahathir as Prime Minister for another 11 years until 2003 instead of Ghafar as the fifth Prime Minister of Malaysia in 1992. So that is the crime we are talking about. Bank Negara's bankruptcy is not the issue. Lying about it is. And because of this lie Mahathir was not made to pay for what he did. And because he stayed as Prime Minister 11 years longer than he should he caused more damage along the way.

And not only did Mahathir cause more damage from 1992 to 2003, he also created damage after he resigned in 2003 by ousting Tun Abdullah Ahmad Badawi and is creating damage now by trying to oust Prime Minister Najib Tun Razak so that his son, Mukhriz can take over.

Kit Siang no longer wants Mahathir punished for Bank Negara's bankruptcy since he is going to be Deputy Prime Minister to Mukhriz

So now the truth is known because recently Murad revealed the truth. But then Kit Siang who had been barking and foaming at the mouth for more than 20 years since 1993 is saying nothing (when he talked so much in 1994, as the Parliament Hansard shows, which you can read here: Hansard 1994).

So why has Kit Siang suddenly gone quiet? Why is Kit Siang now defending Mahathir and telling us that no crime has been committed even though Bank Negara lost so much money to the point of going bankrupt, which we still do not know how much, and that there was a cover-up and Parliament was lied to?

Simple, because if Mahathir can oust Najib and Mukhriz takes over as Prime Minister, then Kit Siang is going to become the Deputy Prime Minister and Finance Minister. And, as the English would say, that is worth more than all the tea in China. So what is RM100 billion or so of taxpayers' money if Kit Siang can become the Deputy Prime Minister and Finance Minister?

READ MORE HERE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas a failed party running a failed state, says Guan Eng

GEORGE TOWN: Pas is a failed party which administers a failed state, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng. Lim said Pas not only administers a failed state but also a bankrupt one, where its people continue to remain poor, with its flood victims having not received any housing after three years. 

"The state has also cleared 100,000 hectares of its forests as it has no other financial resources. 

And now, even their Orang Asli community are being stopped. "This is a failed state. And now, they are covering their weaknesses by playing up racial sentiments. "This is a bad thing and against their principles and morals," he told a press conference yesterday. 

Kelantan is the only state which is currently being ruled by Pas. Lim said he believed Islam does not permit one to propagate racial sentiments. "But this is what is being played by Pas," he added.

Source ;  NST

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Batu Puteh bukan dalam Singapura

(Berita Harian) KUALA LUMPUR: Pentadbiran penjajah British di Singapura dalam urusan surat-menyurat dan petanya sekitar 1958-60an tidak meletakkan Batu Puteh dalam wilayahnya. Penemuan fakta baharu itu terkandung dalam tiga dokumen yang dikemukakan oleh Malaysia sebagai menyokong permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi hak kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura. 

Dokumen itu menunjukkan pegawai tertinggi pejabat penjajah British dan pentadbiran Singapura menggunakan tetapan Batu Puteh bukan sebahagian wilayah kedaulatan Singapura dalam urusan surat menyurat dalam tempoh 1958-1960an. 

Permohonan semakan semula yang difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada 2 Februari lalu, kini boleh didapati menerusi laman web mahkamah berkenaan. 

Dalam permohonan itu, Malaysia mengemukakan penemuan tiga dokumen di Arkib Negara United Kingdom (UK) dalam tempoh 4 Ogos 2016 hingga 30 Januari 2017 sebagai fakta baharu. Fakta baharu itu adalah urusan surat menyurat dalaman pihak berkuasa penjajah Singapura pada tahun 1958; laporan kejadian oleh pegawai angkatan tentera laut British yang difailkan pada tahun 1958 dan peta beranotasi operasi tentera laut dari 1960-an. 

Malaysia mendakwa dokumen berkenaan membuktikan fakta baharu yang menyebut: "Officials at the highest levels in the British colonial and Singaporean administration appreciated that Pedra Branca/Batu Puteh did not form part of Singapore's sovereign territory" during the relevant period. ("Pegawai tertinggi pejabat penjajah British dan pentadbiran Singapura menggunakan tetapan bahawa Pedra Branca/Batu Puteh bukanlah sebahagian daripada wilayah kedaulatan Singapura pada tempoh berkaitan). 

Sehubungan itu, Malaysia menegaskan ICJ akan mencapai keputusan berbeza mengenai persoalan kedaulatan Batu Puteh jika mahkamah mengetahui bukti baharu berkenaan. 

"Berhubung dengan peruntukan perkara 61 Statut ICJ, Malaysia menegaskan fakta baharu itu tidak diketahui oleh Malaysia atau mahkamah ketika keputusan dibuat kerana "fakta itu hanya ditemui ketika menyemak fail arkib Pejabat Pentadbiran Kolonial British selepas dokumen berkenaan dibuka untuk kegunaan awam oleh Arkib Negara UK selepas penghakiman dibuat pada 2008. 

"Selain itu, Malaysia menegaskan pihaknya yang tidak mengetahui kewujudan fakta baharu itu, bukan disebabkan oleh kecuaian kerana dokumen berkenaan adalah dokumen rahsia yang tidak boleh diakses oleh orang awam selagi tidak dijadikan dokumen awam oleh Arkib Negara UK," katanya. 

Malaysia berkata, permohonan itu juga memenuhi tempoh yang diperuntukkan oleh Statut, iaitu memfailkan permohonan dalam tempoh enam bulan penemuan fakta baharu pada atau selepas 4 Ogos 2016. 

Katanya, selain itu permohonan dikemukakan sebelum tamat tarikh tempoh 10 tahun dari penghakiman pada 23 Mei 2008. Berikutan itu, Malaysia memohon kepada ICJ untuk memutuskan dan mengisytiharkan bahawa permohonan semakan semula keputusan 2008 boleh diterima sekali gus memohon supaya mahkamah menetapkan tempoh masa untuk mendengar merit permohonan. 

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dalam satu kenyataan menyatakan, Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge). Permohonan berkenaan difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada Khamis.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Zaid Bakal Sertai DAP Minggu Depan

(Mstar) PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan menyertai DAP pada minggu depan, kata sumber parti itu.
Zaid sering dikaitkan bakal kembali aktif di pentas politik dan DAP dilihat sebagai parti yang disertainya.

Berdasarkan jemputan yang diedarkan, Zaid akan menghadiri sidang media di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur pada Selasa.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga akan hadir dalam majlis tersebut begitu juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan mengesahkan sama ada Zaid akan menyertai DAP dengan berkata beliau hanya menyedari maklumat mengenai sidang media itu kerana ia dianjurkan 'orang Zaid'.
"Namun saya boleh sahkan majlis itu akan berlangsung pada Selasa," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Zaid yang tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, dikatakan akan terus mengunci mulut mengenai keputusannya menyertai DAP minggu depan.
Dilantik sebagai menteri undang-undang pada Mac 2008, Zaid meletak jawatan daripada kabinet enam bulan selepas mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri yang digunakan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (DAP), wartawan Tan Hoon Chen dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Beliau kemudiannya digantung oleh Umno pada akhir tahun itu dan menyertai PKR pada Jun 2009.

Pewaris Melayu : Antara spesis katak terbaharu

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas-PPBM - Mustafa, Mukhriz kunci mulut

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'kunci mulut' berhubung pertemuan mereka hari ini.


Pertemuan yang dijadualkan pukul 10 pagi hari ini telah disahkan oleh Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd. Noor semalam, namun lokasinya dirahsiakan.

Usaha petugas media menunggu di hadapan ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut dan Taman Melewar, di sini sejak pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari gagal apabila pintu bangunan tersebut berkunci di bahagian dalam.


Beberapa barisan kepemimpinan Pas dan PPBM yang dihubungi enggan membuka mulut bagi mendedahkan lokasi dan tujuan pertemuan tersebut. Menurut sumber, Pas atau PPBM akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pertemuan tersebut hari ini. -UTUSAN ONLINE


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Syarat Pas: PPBM lupakan DAP, PAN

(Utusan) KUALA LUMPUR 1 Feb. – Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bagi mengambil tindakan susulan atas semua keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.


Dalam kenyataan bersama yang memetik nama timbalan presiden kedua-dua parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu, kata mereka, kerjasama tersebut dicapai selepas Pas dan PPBM mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk di sini hari ini bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


"Beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara Pas dan PPBM.


"Rangka kerjasama antara ke­dua-dua parti ini akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi Pas dan PPBM untuk ditandatangani oleh Presiden masing-masing pada satu tarikh terdekat," kata kenyataan yang sama.


Sementara itu, Dewan Ulama Pas menegaskan, syarat kerjasama antara Pas dengan PPBM hanya terlaksana apabila parti yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan PAN.


Ketika dihubungi Utusan Malaysia, tegas Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Pas tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan PAN.


"Jika parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN, maka kita tidak akan bersama dengan mereka walau dengan apa alasan atau sebab sekali pun," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Balu Adenan wakili BN bertanding PRK DUN Tanjong Datu

(UTUSAN) KUCHING 1 Feb. – Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sebulat sua­ra memilih balu kepada Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu, 62, sebagai calon mewakili parti itu untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 18 Februari ini.

Jamilah Anu

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pemilihan Jamilah sebagai calon untuk mempertahankan kerusi disandang oleh arwah suaminya, dipersetujui oleh semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat akar umbi, para pe­mimpin parti komponen BN negeri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden PBB berkata, Jamilah paling sesuai menjadi calon di kawasan berkenaan kerana sentiasa ada bersama Allahyarham sepanjang menjadi wakil rakyat di situ dan diyakini mampu meneruskan tugas yang diamanahkan oleh arwah suaminya sebelum ini.

"Hari ini, saya telah mengadakan mesyuarat dengan pihak 

kepemimpinan PBB, diikuti mesyuarat bersama pemimpin PBB kawasan Tanjong Datu dan rakan-rakan dari­pada parti komponen BN bagi membincangkan mengenai PRK DUN Tanjong Datu.


"Selepas perbincang­an dengan seluruh kepemimpinan PBB dan BN, kami memutuskan bahawa calon mewakili BN untuk PRK DUN Tanjong Datu ialah Puan Sri Jamilah," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu pejabat PBB, Jalan Bako di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sebagai insan yang selalu menemani Adenan melawat kawasan, Jamilah cukup kenal dan rapat dengan masyarakat berbilang kaum serta agama di DUN Tanjong Datu.


Justeru ujar beliau, pihaknya yakin sebagai mana sokongan kepada Adenan, begitu juga akan diberikan oleh pengundi kawasan itu kepada Jamilah pada PRK kali ini.


Selain itu, katanya, Jamilah mampu menarik sokongan pe­ngundi kerana aktif turun padang bertemu dengan rakyat di peringkat akar umbi dengan Adenan, bukan sahaja semasa Allahyarham menjadi Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Tanjong Datu tetapi ketika menyandang kerusi DUN Muara Tuang dan Ahli Parlimen Batang Sadong. 


"Saya sudah memaklumkan tentang pencalonan ini (bertanding di DUN Tanjong Datu) kepada Puan Sri Jamilah dan beliau sendiri menyatakan kesanggupan untuk bertanding. "Disebabkan masih bersedih dengan pemergian Allahyarham, jentera BN akan mewakili beliau menjalankan kempen, namun Puan Sri Jamilah akan hadir semasa hari 


penamaan calon nanti," ujarnya. SPR menetapkan 4 Februari ini sebagai hari penamaan calon, diikuti pengundian awal pada 12 Februari dan 18 Februari sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Tanjong Datu yang kosong selepas pemergian Adenan akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak pada 11 Januari lalu. 


Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) lalu, Adenan berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2006 dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jazolkipli Numan. 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .