Archive for Ogos 2018

Mat Sabu Dan Syiah Berpisah Tiada



Kebanyakan netizen di media sosial mempersoalkan kewajaran kehadiran Menteri Pertahanan, Mat Sabu di dalam majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu. 

Menteri Pertahanan hadir pada majlis korban di Masjid Zainabiyyah di Phatthalung, yang menjadi markaz Syiah di wilayah tersebut.

Kehadiran Mat Sabu yang turut memberi ucapan pada perhimpunan di masjid berkenaan dimuat naik dalam akaun Facebook pemimpin dan pengikut Syiah di markas berkenaan.

Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai polis dan tentera Thailand. Pada majlis itu, Mat Sabu turut menyembelih seekor lembu korban.

Netizen media sosial mempertikaikan sama ada pemergian Mat Sabu ke majlis berkenaan dilakukan secara diam-diam sebagaimana beliau ke Syria, sebelum ini.

Pada tahun 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan bahawa semua ajaran atau fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.














Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-dan-syiah-berpisah-tiada.html#GpRYwJFE3j0kZGIw.99
  

1 Comment
Jom komen di Facebook!

BR1M diberhentikan sebab ia satu bentuk rasuah - Tun M



KUALA LUMPUR27 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu bentuk rasuah dan menjadi sebab mengapa kerajaan bercadang menghapuskannya.

Perdana Menteri percaya, bantuan tersebut tidak diagihkan secara sekata dan kepada kelompok sewajarnya.

Sebaliknya, Dr. Mahathir memberitahu, BR1M diberikan semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

"Kerajaan ambil berat dan ingin bantu rakyat tetapi bantuan itu perlulah kepada orang yang betul. Sekiranya seseorang itu berpendapatan kurang daripada RM4,000, mempunyai banyak bebanan termasuklah tanggungan keluarga yang besar, yang itu kita boleh berikan bantuan duit kepadanya.

"Tetapi memberi duit secara percuma kepada seseorang hanya kerana berpendapatan kurang daripada RM4,000 tanpa melihat kepada situasi serta keperluan sama ada memerlukannya atau tidak adalah salah, itu rasuah. Polisi kerajaan ialah membantu golongan memerlukan, bukannya semua orang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Bandar 4.0 dan Perniagaan 4.0 di sini hari ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan portal The Malaysian Insight, Dr. Mahathir memberitahu BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tiada anugerah darjah kebesaran dari YDP Agong untuk tahun ini



KUALA LUMPUR 24 Ogos – Sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 9 September ini bakal menyaksikan kelainan kerana tiada anugerah darjah kebesaran disampaikan seperti amalan biasa sebelum ini.

Perkara tersebut didedahkan tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang memaklumkan pada tahun ini hanya terdapat titah Yang di-Pertuan Agong dan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Dikhabarkan tahun ini tiada anugerah kebesaran oleh Yang di-Pertuan Agong, cuma titah ucapan dan ucapan Perdana Menteri sahaja. Syabas kalau benar begitu.

"Jangan hendaknya amalan was-was ufti terdahulu berterusan termasuk di peringkat negeri. Pasal bintang ini ia semacam cacing dah naik ke mata," katanya menerusi Twitter semalam.

Pada tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong menganuge­rahkan sebanyak 1,518 darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka.

Ketika itu, tiga tokoh tersohor menerima anugerah ter­tinggi negara yang membawa gelaran Tun.

Tiga tokoh iaitu Ketua Hakim Negara Tan Sri Md. Raus Sharif dan dua bekas menteri Kabinet iaitu Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sum, dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Dalam pada itu, Datuk Pe­ngelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan tiada pemberian pingat dan darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong tahun ini.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Raja Arab Saudi kesal dengan tindak-tanduk kerajaan PH



Abu Leman

Belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi, ujar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi antara jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud dalam majlis merayakan sambutan Hari Haji di Istana Raja Salman di Mina, Arab Saudi.
 
Najib turut membongkar kekejaman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghalangnya menunaikan haji jemputan khas dari Arab Saudi.

Menurut Najib, kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan pesawat khas untuk membawanya ke sana namun malangnya ketika ini namanya di dalam senarai hitam pihak Imigresen ke luar negara atas arahan Kerajaan PH.

"Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara.

"Baginda turut kesal terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu," katanya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan hubungannya dengan Raja Salman ibarat anak dan bapa, justeru itu katanya segala perancangan yang dibuat sebelum ini akan ditanggung oleh baginda sendiri termasuklah dalam isu memerangi keganasan puak pelampau di negara-negara Asia Barat.

"Beliau turut kesal tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Makkah dan Kaabah ketika zaman saya.

"Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu ramai maklum hubungan kurang mesra (Tun) Dr Mahathir dengan Arab Saudi sejak dulu tiada kesudahan termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk menfitnah saya akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat ditumbangkan," katanya

Source: Abu Leman

8 Comments
Jom komen di Facebook!

Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia



KUALA LUMPUR 27 Ogos – Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Ampang.

Perkara itu disahkan oleh adik ipar allahyarham yang merupakan pelakon Syatila Mevin menerusi posting di Instagram awal pagi tadi.

Zainal Abidin, 58, yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2006 hingga Mac 2008 dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Pulau Pinang dan untuk dikebumikan selepas solat Asar hari ini di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh. -UTUSAN ONLINE

********************************************************************************************************

Sembunyi sakit kanser untuk turun berkempen pada PRU-14

PULAU PINANG 27 Ogos - Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang meninggal dunia awal pagi tadi menyembunyikan tentang penyakit kanser yang dihidapinya semata-mata mahu turun berkempen bersama jentera UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu.

Perkara itu dikongsikan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Norliza Abdul Rahim yang berkata, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkenaan turut tidak mahu terlepas menyertai setiap siri jelajah yang dijalankan oleh sayap Wanita UMNO ketika itu.

Menurut Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO, meskipun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, Allahyarham tetap cuba menunaikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum lalu.

"Dari sudut Wanita UMNO Pulau Pinang, kita berasa kehilangan besar kerana Allahyarham begitu memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang dijalankan sayap parti ini.

"Malah, beliau juga kerap mengeluarkan duit sendiri semata-mata mahu memastikan jentera Wanita UMNO mampu memberikan khidmat dan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Allahyarham Zainal Abidin meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 2 pagi tadi akibat penyakit kanser darah dan jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal selepas solat asar hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

ECRL Batal : Keputusan Tepat Tun M?



(1Media Online) – Berita malang yang diterima ketika umat Islam berpuasa pada hari wukuf  9 Zulhijah bersamaan 20 Ogos 2018 untuk rakyat Malaysia terutamanya rakyat Melayu / Bumiputera di Pahang, Kelantan dan Terengganu, Pembatalan projek Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL yang telah dibina hampir 20% dan dijangka akan siap pada 2024 tinggal angan- angan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membuat perkiraan politik yang tepat apabila dengan berani dan bersahaja membatalkan projek ini, dalam pandangan politik beliau tidak rugi apa- apa dari segi sokongan, 3 negeri majoriti orang Melayu ini bukanlah negeri yang menyokong Pakatan Harapan (PH) terutama Kelantan dan Terengganu yang tidak ada satu pun kerusi Dun atau Parlimen yang dimenangi oleh PH dan Pahang pula negeri dikuasai oleh BN, maka buatlah rusuhan dan marah macam mana sekalipun oleh rakyat 3 negeri ini ia tidak langsung menjejaskan kuasa kerajaan pusat PH. Jika diteruskan projek ECRL ini kerajaan pusat PH hanya dilihat kurang cerdik bukan sahaja membazirkan perbelanjaan tetapi memberi kelebihan kepada imej kerajaan lalu dan akan dilihat memperakui jasa BN. lebih baik jika belanjawan tersebut diberi kepada kawasan – kawasan yang dimenangi oleh PH. Kelantan juga Terengganu telah merasai episod penderaan yang lama kerana tidak memihak kepada Persekutuan.

Dari segi ekonomi pula ECRL didakwa tidak memberi pulangan yang setimpal kepada negara, Jika ini diambil kira bolehlah kita perkirakan juga landasan Keretapi Tanah Melayu atau KTM yang menghubungkan Kota Bharu- Gemas- Kuala Lumpur juga tidak memberi manfaat kepada ekonomi dan perlu dihentikan, Keretapi yang dibina pada zaman British tersebut bolehlah diibaratkan tidak memberi kebaikan kepada ekonomi Tanah Melayu waktu itu, dan British membuat satu projek yang bodoh serta sia- sia, terlebih bodoh lagi KTM itu turut memberi peluang kepada rakyat di pedalaman sebagai pengangkutan awam. Pemikiran bagaimanakah Tun Dr Mahathir ini, tidak adakah di sudut benak fikirannya suatu projek untuk kemudahan rakyat, kemudahan yang kadangkala tidak terlalu melihat kepada keuntungan negara semata tetapi lihatlah kepada keperluan rakyat, pemimpin yang bertanggungjawab dan menjiwai kesusuhan rakyat akan rela berhabisan sumber negara, membuat pinjaman yang besar dari luar semata- mata untuk menyenang kehidupan dan membanggakan rakyat luar bandar, bukan seperti Perdana Menteri ke 4 yang setiap projeknya memikirkan keuntungan kepada negara dan kroni negara seperti lebuhraya yang hendak dibina mesti bertol, Projek mega negara mesti diusahakan melalui pihak ketiga, penswastaan terpilih GLC juga perlu berjaya biarpun sebenarnya menyusutkan perolehan. Apa gunanya menjadi rakyat negara kaya jika seumpama mendapat ayah yang kukuh ekonomi tetapi anak terbiar tidak cukup makan.

Kata Tiong Lai yang merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia, termasuk menteri-menteri Kabinet lain yang mengiringi Najib dalam lawatan empat hari ke China "Projek kereta api ini akan membawa kepada banyak pembangunan ekonomi ke Pantai Timur (semenanjung). 

Ia boleh mencungkil banyak potensi," China juga telah berjanji untuk memindahkan teknologi kereta api ke Malaysia, dan ini akan membantu Malaysia dalam membangunkan sistem rel, satu cara yang memberikan manfaat kepada pengangkutan awam. "Akan ada banyak aktiviti ekonomi … Malah, kita kini menikmati hasil hubungan erat dua hala yang dibina oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak." "Kita adalah sebuah negara yang kecil tetapi China memberikan kita banyak bantuan dan sokongan. Ini adalah baik untuk rakyat Malaysia. "Lawatan ini akan menyaksikan banyak 'kali pertama' antara Malaysia dan China. Kami akan menandatangani 16 MoU G2G dan lebih daripada 15 Mou perniagaan-ke-perniagaan."

Keputusan pembatalan ECRL oleh Kerajaan Malaysia Baru digembar gemburkan dengan alasan antaranya

1. Kos Terlalu Tinggi

Pihak yang menyatakan kos terlalu tinggi adalah kerajaan baru PH bukannya kerajaan lama BN. Kalaupun benar kos terlalu tinggi mengapa kerajaan lama BN mampu untuk melaksanakanya dengan mendakwa kos keseluruhannya adalah RM55 billion. tetapi Kerajaan PH mendakwa kos adalah RM81 Billion, kerajaan mana yang terlalu mahal ? Katakanlah kos pebinaan adalah seperti diumum oleh kerajaan baru tetapi mengapa perlu dibatalkan projek rakyat ini dan sanggup membayar pampasan RM20 Billion kepada China untuk benda yang sikit pun tidak ada hasil. Tetapi Tun Mahathir tidak teragak- agak telah mengistihar RM30Billion untuk Projek Bandar Baru di Parlimennya Langkawi, bolehkah dikatakan bahawa sudah RM50 billion bajet ECRL telah dirompak

2. Wang Dibayar Tanpa Mengambil kira kemajuan Projek

Ini satu lagi situasi yang pelik, Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa projek akan selesai pada 2024, maka pembayaran secara harian, pembayaran ikut kemajuan projek atau berkala masih tetap dalam bajet asal RM55 Billion dan ia sudah dimaklumkan juga di Parlimen. Untuk bayaran, sebenarnya Kerajaan belum keluarkan belanja dan ia sebagaimana kebiasaan projek- projek yang dilaksanakan bersama pihak bank sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan pada waktu itu  "Setakat yang saya tahu, ini adalah tawaran terbesar tunggal yang Malaysia akan tandatangani dengan China," kata Tiong Lai, yang telah bekerja keras untuk mendapatkan pelaburan dari China bagi pelabuhan, penerbangan dan kereta api sejak beliau mengambil alih portfolio pengangkutan pada Jun 2014. Dalam syarat-syarat pinjaman mudah yang akan diberikan oleh EXIM Bank China, Tiong Lai berkata kadarnya sangat kompetitif dan pembayaran balik adalah lebih 20 tahun. "Dan dalam tempoh tujuh tahun pertama Malaysia tidak perlu membayar apa-apa, faedah dan pembayaran balik".

3. Bahan dan pekerja adalah dari China Rakyat Malaysia tidak mendapat manfaat

Matlamat asal pembinaan ECRL adalah untuk kemudahan perniagaan, perhubungan juga pengangkutan kepada rakyat setelah siap pembinaanya pada 2024, itulah tujuan utama, disebabkan itu ia perlu kepada jangka masa siap yang pantas untuk dinikmati dan bukannya tertumpu kepada fasa pembinaan. Sekiranya fasa pembinaan diambil kira juga, dakwaan tersebuat amat tidak benar sama sekali kerana laporan pada 5 April 2018 menyatakan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menyasarkan pengambilan 70% pekerja tempatan daripada jumlah tenaga kerja diperlukan manakala 30% lagi akan dipenuhi oleh tenaga kerja dari China dan negara Asia lain. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengambil sejumlah 1,718 orang bagi tenaga kerja pembinaan. "Daripada jumlah itu, bilangan tenaga kerja dari China hanya 311 orang atau 18% daripada keseluruhan tenaga kerja pembinaan ECRL pada masa ini," MRL adalah pemilik projek ECRL, manakala China Communications Construction Company Ltd (CCCC) merupakan kontraktor utama projek tersebut. Jurucakap MRL berkata dianggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL.

"Pihak kontraktor utama ECRL akan terus memberi keutamaan kepada penggunaan bahan-bahan binaan dari syarikat tempatan di Malaysia." "Bagaimanapun, beberapa mesin dan peralatan khas seperti mesin pengorek terowong, perlu dibawa masuk dari China dan dikendalikan oleh pakar untuk melancarkan kerja pembinaan terowong di lokasi tertentu," setakat Februari 2018, sebanyak 215 syarikat tempatan terlibat dalam pembinaan projek infra-rakyat ECRL, yang terdiri daripada 26 syarikat perunding, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Dalam dakwaan ini kita mungkin jelas bahawa ECRL tidak membabitkan kroni atau pihak pihak yang berkepentingan dengan pemimpin dalam Kerajaan Malaysia Baru, sangat mudah untuk mentafsirkan alasan ini, yang pernah menjadi pemimpin atau penjawat tinggi akan cenderung membatalkan projek yang dia atau orang disisinya tidak mendapat hasil, yang jelasnya Tun Daim Zainuddin masih berkata ECRL boleh dilaksana oleh pihak swasta.

Perdana Menteri Tun Dr mahathir adalah sangat pakar dalam meraih kepercayaan rakyat tetapi beliau perlu ingat bahawa rakyat pantai Timur terutama Kelantan tidak pernah mampu dijinak olehnya.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Sambutan 'Istimewa' Lawatan Rasmi Mahathir Ke China


Sesuatu yang menghairankan adalah selama 22 tahun sebagai PM pada kali pertama dan kini 100 hari sebagai PM kali kedua, mustahil Tun Dr Mahathir tidak tahu perkara utama dalam hubungan dengan China adalah MENJAGA AIRMUKA ATAU "FACE" itu sangat penting.  

Bukan China yg mula atau kuat lakukan tapi Mahathir yg dari ketika kempen pilihanraya dan lebih jelas bila berkuasa tidak henti menuduh, membuat andaian dan jatuhkan airmuka China.

Maka reaksi yg China beri kepada Mahathir dalam lawatan rasmi yg mana sebelum bertolak masih terus jatuhkan airmuka China tentu telah dijangka.

Ada yg komen, kononnya bila kerajaan China buat kawad hormat dalam dewan seolah2 mcm gambaran @ sindiran pd Malaysia ttg kemarahan kerajaan China pd dasar2 luar kerajaan Malaysia yg baru bawah Tun Dr. Mahathir...

Rasanya tak payah lah kita buat mcm2 persepsi yg kita sendiri tak tahu protokol sambutan dan lawatan pemimpin utama dunia ke sesebuah negara...

Sebab bagi kita, asalkan ada sambutan secara rasmi, kira ok lah, tutup kes...

Kita sangka baik lah sbb takkan satu kuasa besar tak tahu cara nak hormat pemimpin otai macam Mahathir, dua kali jadi PM tu, betul x derrr...

Biar Gambar Berbicara


Tapi nie per kes nie...

Senyumlah sikit...

Muka mcm tak puas hati jer...



Oohhh... patutler......

Faham tak apa perbezaan gambar 1 dengan gambar 2...

Masa lawatan mantan PM Malaysia, DS Najib, Presiden China, Xi Jinping sendiri hadir dalam upacara sambutan rasmi kedatangan DS Najib...

Tapi bila Mahathir yg datang, Presiden Xi Jinping cuma hantar PM China, Li Keqiang dalam upacara sambutan rasmi negara...

Mungkin Mahathir jangkakan yang hadir dalam majlis sambutan rasmi ialah Presiden Xi Jinpeng sendiri sama mcm lawatan Najib ke China dulu...

Sidang Akhbar Yang Menjatuhkan Maruah Malaysia Bukan Saja Di China Malah Di Mata Dunia


"Saya bukan bertanyakan anda satu soalan tetapi jika anda ingat perbualan kita untuk mendapat Konsensus Perdagangan Bebas adalah konsisten, kita akan hentikan sidang media kita sekarang" ~ PM China Li Keqiang...



Macam yg kita cakap, tak payahlah kita ulas cara mendalam ttg protokol sambutan pemimpin luar sesebuah negara...

Tapi bila seseorang memalingkan muka atau tiba2 tak nak dengar apa yang kita nak cakapkan, dah cukup mengaibkan kita apa lagi bila ianya berlaku dalam sidang media rasmi oleh 2 pemimpin dari 2 negara yang dapat liputan media antarabangsa!!!

Malu derrr, bila PM kita di katakan tak faham beza antara soalan dgn perbualan...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Pemimpin Punya Mulut Ketegangan Bermula




Apa yang paling membimbangkan ialah kata2 Mahathir yang menyebabkan Li Keqiang jadi marah dan serta merta tamatkan sidang media sampai buatkan Mahathir dan wartawan terpinga2...

Dalam respon pada kenyataan Li Keqiang mengenai hubungan dua hala dan perdagangan bebas antara China dan Malaysia, Mahathir seolah2 menuduh China sebagai penjajah dalam perdagangan...

"Negara kaya tidak seharusnya menjajah (dalam bentuk perdagangan) negara miskin kerana keupayaan (dalam perdagangan) yang berbeza (antara negara kaya dan miskin)" ~ Mahathir...

Kata2 Mahathir jelas tak menyenangkan Li Keqiang...

Secara tiba2 Li Keqiang tamatkan sidang media, salam Mahathir dengan senyuman menyindir dan terus pergi hingga membuatkan semua terpinga2...

Mungkin Mahathir lupa bahawa dia berhadapan dengan Perdana Menteri China dan bukannya ahli parlimen dari Barisan Nasional...

Dan Republik Rakyat China pada masa kini merupakan kuasa ekonomi terbesar dengan pasaran yang amat luas...

Jangan kata dari segi perdagangan komoditi, dari segi perfileman sekalipun, kuasa besar Hollywood terpaksa tunduk pada pasaran China...


Apa pun ulasan atau hujah untuk pertahankan apa yang Mahathir katakan tu dah tak bermakna lagi...

Negara China pasti akan marah bila di tuduh sebagai penjajah oleh tetamu yang datang ke rumah mereka...

Malaysia cuma sebuah negara kecil yang cuba memprovokasi negara China yang merupakan gergasi ekonomi dunia...

China pasti akan bertindak balas dengan keceluparan mulut Mahathir yang tak bertempat tu...

Mereka ada kuasa...

Mereka ada kekayaan...

Mereka ada kekuatan...

Mereka ada teknologi...

Mereka pasti akan membalas dendam atas aib yang tetamu mereka beri di rumah mereka sendiri...

Yang akan jadi mangsa dah pastilah peneroka2 Felda yang bergantung hidup pada jualan sawit...

Yang akan merana dah tentulah peladang2 'Musang King' tak tahu mana nak di jual durian mereka yg berlambak tu!!!

Sudah2lah Menipu Dan Fitnah Untuk Memburukkan Kerajaan Dahulu


Nie lagi satu hal...

Cakap berbelit2, tak tahu ler sama ada saja nak cover malu sbb lawatan Mahathir ke China bukan jer x mendatangkan apa2 hasil tapi buat China marah kat Malaysia atau sebab tak nak wartawan tanya isu Li Keqiang tinggalkan Mahathir terkulat2 dlm sidang media...

Mahathir masa berucap kat Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di Beijing mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur atau syarikat dari China...

"Terdapat kes di mana pelabur di minta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang"... 
"Itulah sebabnya berlaku kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur" kata Mahathir...

Balik ke sini plot dah bertukar...

Mungkin sbb pelabur China dah sergah Mahathir dgn mengatakan mereka tak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian...

Jadi masa bercakap dalam sidang akhbar sekembali dari China Mahathir pusing cerita dgn katakan ada ahli perniagaan Cina (Malaysia) lah pulak yg mengadu pada dia tentang permintaan rasuah 30 peratus saham dari individu tertentu dalam kerajaan lama...

Masa dekat China Mahathir kata orang kerajaan dulu minta 30% dari pelabur asing tapi bila balik Malaysia pula cakap pegawai kerajaan yang dulu minta dari peniaga Cina tempatan pulak!!!

Sudah tukarkah...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Bila di tanya apakah akan di lakukan siasatan???

Beliau menyatakan 'tidak' kerana tiada bukti dan hanya dengar cakap!!!

Mahathir juga mendakwa ahli perniagaan hanya berminat mengadu kepada beliau tetapi tidak mahu melalui proses siasatan SPRM yang menyukarkan...

Tak mungkin Mahathir tak tahu bahawa di bawah Akta SPRM kegagalan melaporkan perbuatan meminta rasuah adalah satu kesalahan berat dan boleh di hukum penjara...

Ini merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri...

Beliau memalukan pentadbiran kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa walau tanpa sebarang bukti...

Paling memalukan sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir tak boleh nak bezakan antara cakap kedai kopi dengan bercakap dalam sidang akhbar dan dialog antarabangsa...



Satu2nya perdana menteri atau pemimpin negara dalam planet bumi yang akan buat mcm apa yg Mahathir The Legend buat!!!

Sumber : Unspinner 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dua gambar yang cukup jelas










Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Majlis Penasihat Kerajaan tamat, kembali kepada sistem betul - Najib



KUALA LUMPUR: Pertemuan kali terakhir Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) semalam, selepas berakhirnya tempoh mandat 100 hari dilihat sebagai satu langkah tepat oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sistem tadbir urus Malaysia memberi kuasa mutlak kepada Kabinet yang terdiri daripada Ahli Parlimen yang dipilih rakyat.

"Dan itu adalah cara sepatutnya untuk mentadbir negara berdasarkan Perlembagaan. Malah ramai ahli Parlimen lain turut mempersoalkan bidang kuasa MPK," katanya ketika ditemubual oleh portal FMT di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi MPK, Tun Daim Zainuddin, berkata mandat 100 hari majlis itu berakhir dan mereka sedang menyediakan laporan berhubung kerjanya selama 3 bulan ini.

Selain Daim, majlis itu dianggotai bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas ketua pegawai eksekutif PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican; pakar ekonomi terkenal, Prof Jomo Kwame Sundaram dan taikun Tan Sri Robert Kuok.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan MPK dua hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 10 Mei lalu untuk menstabilkan kerajaan yang dibarisi menteri tidak berpengalaman.





Pewaris Melayu : Apa boleh buat, tu yang PM nak



Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Penghapusan semua tol langkah tidak bijak - Daim




KUALA LUMPUR: Cadangan mengapa penghapusan tol di seluruh negara disifatkan tidak bijak dilakukan pada masa ini antara perkara yang diterangkan dalam laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata, terdapat banyak cadangan menerangkan mengenai idea penghapusan tol dalam dan sebab mengapa ianya tidak sesuai dilakukan.

"(Laporan) kenapa idea untuk hapuskan tol semua dalam keadaan kewangan semasa negara tidak bijak dibuat pada peringkat ini.

"Saya rasa rakyat juga akan faham mengapa dan semua laporan cadangan ini akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekembalinya beliau dari China," katanya pada sidang media di Menara Ilham di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Daim berkata sepanjang 100 hari lalu, CEP telah bertemu lebih dari 350 orang daripada lebih 200 organisasi antaranya penguatkuasaan perbankan persatuan perdagangan, perusahaan kecil dan sederhana, pengeluar, peruncit, kontraktor, pemandu teksi, penjaja, petani, aktivis, artis, badan bukan kerajaan dan masyarakat kurang upaya.

"Pembabitan dengan semua pihak berkepentingan penting ini membolehkan kami mengumpulkan input dan isu yang dihadapi ekonomi dan rakyat.

"Kerajaan dan rakyat harus bersedia untuk membuat dan menerima apa sahaja keputusan yang sukar bagi manfaat jangka panjang negara.

"Tiada penyelesaian pantas terhadap masalah yang dikenal pasti oleh CEP selain banyak lagi cabaran perlu ditempuhi di hadapan," katanya.

Pewaris Melayu : Siapa yang cadang nak hapuskan tol? 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Surat Terbuka Anak Felda kepada bekas PM DS @NajibRazak



Saya terharu baca surat ini. Semoga Manndzri haji Nasib serta keluarga dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT, Insya-Allah.

Datuk Seri Najib Tun Razak
--------
Nama saya Manndzri, saya anak peneroka FELDA Pengeli Timur. Bapa saya kata, arwah bapa Dato' Sri, Allahyarham Tun Razak Hussein, besar jasanya kepada keluarga kami.



Bila saya tanya, apa jasanya itu? Bapa jawab;
"Engkau² ni semua membesar hasil sawit. Sawit dan FELDA ni, Tun Razak yg bikin. Kalau tak, kita duk JB, bapak masih kena kerja guard agaknya, pencen Majlis (MBJB). Syukur, Tuhan pinjamkan Tun Razak kat negara ni.."

Saya beberapa kali bersalaman dgn Dato' Sri, lazimnya saya akan sampaikan salam bapak kat Dato' Sri. Bila salam, saya akan sebut;
"Saya : Dato' Sri, bapak kim salam..
Dato' Sri : Ayah kim salam?
Saya : Ha'ah, peneroka Felda Pengeli Timur"
...ia cukup buat Dato' Sri tersenyum. Beberapa kali jugak saya ngakal Dato' Sri.

Saya juga pernah bersalaman dgn ibu Dato' Sri, Tun Rahah. Saya sampaikan salam bapak dan emak saya juga. Ibu Dato' Sri lantas bertanya;
"Tun Rahah : Org tuanya masih sihat?
Saya : Alhamdulillah, wal'fiat Tun.."

Dari semua hal ini, saya sekali lagi mahu mengucapkan terima kasih dan penghargaan kpd Dato' Sri dan keluarga Dato' Sri, krn jasa² arwah bapa Dato' Sri. Dan saya kira, kalian sekeluargalah antara inspirasi yg mencetus idea dan kesungguhan arwah membina sebuah legasi yg amat berjasa pd kami sekeluarga dan menjadi pusaka buat kami.

Syukur, Allah SWT pinjamkan arwah Tun kpd Malaysia (macam bapak cakap). Dan, saya masih ingat ketika Dato' Sri menjadi Menteri FELDA, banyak pembaharuan dilakukan, manfaat yg bapak dan emak raih di kala usia emas mereka. Mereka gembira dapat melihat anak Tun Razak, menyambung jasa arwah bapanya. Tetapi, sbgmna selalu bapak cakap gak; "Najib ni baik sangat, tengok, yg diberi amanah khianat, semua dia kena tanggung.."

Terimalah; trima kasih dan penghargaan budi yg tidak terbalaskan, kepada Dato' Sri mewakili arwah Tun. Atas ujian yg sedang dilalui, yakinlah, Allah SWT akan bersama orang yg benar. Kami mendoakan.

Nota : Kalau ada ke Johor, jemputlah singgah rumah. Mak, bapak pasti gembira.

#NoNeedToBePoor
#BapakAkuPeneroka
#CucuCicitTunRazak

Sekian. Wassalam.

MANNDZRI HJ NASIB
Anak Jati FELDA Pengeli Timur

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

100 hari Pakatan Harapan memerintah,ini sebab mengapa kita harus berasa takut #MalaysiaBaru


Ada beberapa data keluar harini yang patut kita risaukan dan based on that data saya ada beberapa persoalan bermain di minda . Harap ada lah orang-orang dipihak kerajaan boleh jelaskan . Anyway post ni harap dilihat melangkaui politik sebab benda ni serious .




GDP - Kalau kita lihat data yang keluar GDP Malaysia bertumbuh dengan kadar perlahan . It's a significant punya slow down . Ini bukan 0.1-0.2% punya cerita . Last quarter 5.4% , this quarter 4.5% . Dekat 20% slower . Agriculture menguncup . Last quarter 2.8% growth , this quarter -2.5% .


Kita boleh agak ini disebabkan China mengurangkan export sawit dan kita juga boleh tahu China ambil langkah tu sebab banyak projek2 mega mereka disini diberhentikan/ditangguhkan . Sudah pasti China akan bertindak balas . Itu faktor terbesar . Persoalan saya , apa yang kerajaan nak buat untuk bagi export rancak kembali ? Nak bagi tax insentif , pendapatan berkurang . Apa yang ada dalam perancangan ? Euro pon nampak gaya macam tidak beri kerjasama . Kerajaan faham ataupon tidak tentang hubungan dagang dua hala ? Ke masih nak mendabik dada yang kita boleh berdiri sendiri ?

Lagi satu data keluar yang cukup merisaukan ialah kita punya trade balance - Trade balance last quarter 15billion dan quarter ni hanya 3billion . 80% kurang . Ada 2 benda dekat sini yang kita patut risau . Bila trade balance berkurang banyak macam tu , MYR akan terima tekanan . Ini sudah pasti bagi kesan dekat barangan import . Harus diingat kita import banyak bahan makanan . Apa tindakan kerajaan nak kawal kos sara hidup ni ? Again bila pendapatan kerajaan berkurang , subsidi sudah psti sukar untuk ditambah .

Lagi satu berkenaan dengan trade balance ni , umum tahu bagaimana reserve digunakan untuk tahan kejatuhan ringgit , bila trade balance menguncup reserve sukar untuk dinaikkan kembali . Reserve ni sepatutnya digunakan untuk dijadikan cushion bila financial krisis . Kalau reserve kerap digunakn untuk tahan ringgit dan tambahan reserve sukar nak dibuat , teruklah nanti bila ada krisis . Sudah-sudahla tahan ringgit tu . Telan jelah ego tu . Ini benda serious . Apa tindakan kerajaan nak stimulate export supaya naik balik ?

Anyone from the other side yang nak masuk justify keadaan dan nak terangkan apa sebenarnya kerajaan nak buat ? Ini dah bukan benda main2 dah . This is a risky situation . Seriously macam blur kemana hala tuju negara sekarang ni .

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

BN kalah dalam PERANG PERSEPSI dan FITNAH


Memang BN kalah pada PRU-14 sebab isu 1MDB. Dan isu GST. Dan Perdana Menteri dan Pengerusi BN pada ketika itu adalah Dato' Seri Najib.
Namun BN kalah bukanlah sebab 1MDB, GST dan Dato' Seri Najib itu sahih kesalahannya, tetapi BN kalah sebab persepsi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan yang menggambarkan yang isu-isu ini amat teruk dan salah di mata rakyat, walaupun hakikatnya jauh dari itu. Kita kalah sebab kita tewas dalam perang persepsi. Kita telah tewas dalam politik. Kita telah tewas dalam permainan ini.
Hampir semua isu politik adalah polemik, iaitu tidak ada yang betul-betul benar atau betul-betul salah secara total, dan tiada hitam dan putih, namun banyak yang kelabu dengan pelbagai pendapat. Siapa yang menang adalah siapa yang membawa hujah yang nampak lebih meyakinkan.
Kebenaran tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak, setiap pihak berpendapat mereka adalah di pihak yang benar. Permainan persepsi mengubah lanskap politik, bukannya kebenaran. Semua pemain politik berpengalaman tahu perkara ini.
Hakikatnya, selepas 5 tahun penyiasatan ke atas 1MDB oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negeri, tiada satu pihak pun yang mengemukakan bukti yang kredibel bahawa Dato' Seri Najib telah mencuri wang 1MDB seperti yang ditohmah.
Apabila pernah ditanya kepada Tun Dr Mahathir berkenaan bukti dakwaan beliau ke atas Dato' Seri Najib, Tun Mahathir pernah berkata beliau tidak ada bukti. Dan sehingga kini walaupun 7 pertuduhan telah dikenakan ke atas Dato' Seri Najib, dokumen maklumat bukti masih tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mereka berkata mereka belum bersedia dengan bukti-bukti walaupun tangkapan dan tuduhan telah dibuat terlebih dahulu.
Kebarangkaliannya bukti yang ada di tangan pihak pendawaan adalah "bukti" yang lemah, sebab itu mereka pun nampak teragak-agak untuk memulakan perbicaraan dan mengemukakan senarai bukti kepada mahkamah dengan dokumen 51A mengikut Kod Prosidur Jenayah.  "Bukti" yang banyak dikitarkan oleh para penyokong Pakatan adalah infografik-infografik dan penulisan-penulisan andaian dalam media sosial dari sumber yang diragui, namun cukup untuk memainkan sentimen kebencian.
Salah kita ialah kita tewas dalam permainan persepsi ini. Kita mungkin boleh membuktikan di mahkamah bahawa Lim Guan Eng bersalah menerima sogokan dengan pembelian banglonya dengan segala bukti kukuh, namun kita masih tidak berjaya meyakinkan rakyat bahawa beliau korup dan perasuah.
Jika dibandingkan di antara kes 1MDB dan kes rasuah terowong Pulau Pinang, jumlah wang Kerajaan dan rakyat yang hangus disalahguna dalam kes rasuah projek terowong tersebut adalah lebih dari RM300 juta bersamaan dengan satu tahun kutipan cukai negeri Pulau Pinang, walhal jumlah pelaburan modal sebenar wang Kerajaan dalam 1MDB adalah hanya RM1 juta sahaja, selebihnya diraih dari pasaran modal.
Sebab itu saya pernah berkata dahulu bahawa kes rasuah terowong itu adalah lebih besar dari kes 1MDB walaupun persepsi yang sampai kepada rakyat adalah sebaliknya. Dan saya juga pernah berkata yang jika Dato' Seri Najib dibicarakan di mahkamah kerana kes 1MDB, YB Lim Guan Eng juga perlu dibawa ke mahkamah kerana kes rasuah terowong tersebut.
Namun mengapa sesetengah pemimpin UMNO kini terlalu mudah untuk menyalahkan Dato' Seri Najib tetapi membiarkan YB Lim Guan Eng pula terlepas? Adakah mereka juga telah termakan hasutan Pakatan?
Apabila kita tewas di Sungai Kandis, belum beberapa hari sahaja Dato' Seri Johari Ghani terus cepat menyalahkan Dato' Seri Najib atas kekalahan tersebut. Saya telah turut sama berkempen di Sungai Kandis dan tahu kawasan ini. Ia adalah kubu kuat PKR. Kita telah tewas di kawasan ini sejak tahun 2008.
Jika dicampurkan undi kita dan PAS semasa PRU-14 dahulupun kita masih kekurangan lebih 4 ribu undi. Tiada siapa yang anggap kita akan menang di sini, namun kita tetap berjuang. Dengan peratusan keluar mengundi yang amat rendah iaitu pada 50%, adalah satu kejayaan sebenarnya apabila Lokman Adam dapat mengekalkan lebih 80% daripada undi yang kita dapat dalam PRU-14 yang lepas. Walaupun dengan fakta-fakta ini, Dato' Seri Najib tetap juga dipersalahkan.
Walaupun GST itu satu sistem cukai yang baik dan telus untuk negara dan ekonomi seperti yang diakui kini oleh banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan sendiri, namun sebelum PRU-14, Pakatan telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa GST itu tidak baik untuk mereka.
Walaupun kita bijak berpolitik dalaman dalam UMNO, namun kita telah gagal membawa dan melawan hujah lawan di pentas politik rakyat. Pada kali ini, jika kita tidak mengakui kelemahan ini, menyalahkan orang lain dan masih tidak berubah, kita mungkin akan gagal lagi meyakinkan rakyat bahawa SST itu tidak baik berbanding GST, padahal ianya sebaliknya.
Sesiapapun yang menjadi Perdana Menteri dan Kerajaan akan diuji dan diasak dengan pelbagai isu dan tohmahan. Jika Perdana Menteri keenam bukan Dato' Seri Najib dan tiada isu 1MDB sekalipun, saya pasti sesiapapun yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu akan diasak dengan isu-isu lain untuk dijatuhkan.
Jika tiada isu, mereka akan reka dan jadikan isu. Sesuci-suci pemimpin seperti Rasulullah SAW pun pernah difitnah, dihalau, direjam dengan batu dan dicuba bunuh.
Pada tahun 1970, Dr Mahathir menuduh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman sebagai cenderung kepada kaum Cina, ini untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu kepada Tunku. Dalam memoirnya Tunku menceritakan bagaimana tohmahan ini tidak betul dan berniat jahat untuk menjatuhkan beliau.
Selepas itu, Dr Mahathir menggunakan taktik kotor yang sama dengan isu yang berbeza untuk menjatuhkan Perdana Menteri-Perdana Menteri ketiga, kelima dan keenam.
Pada tahun 1980, Dr Mahathir dikatakan merancang untuk menjatuhkan Tun Hussein Onn Perdana Menteri ketiga dengan menggunakan isu Datuk Harun Idris. Dua tahun selepas itu Tun Hussein Onn terpaksa melepaskan jawatan akibat tekanan Dr Mahathir.
Pada tahun 2008, Dr Mahathir menjatuhkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan isu "Budak Tingkat 4" dan Perdana Menteri "Half-past six". Sepuluh tahun kemudian beliau menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib dengan tohmahan persepsi dan tuduhan tanpa bukti.
Kegagalan kita di PRU-14 tidak sepatutnya diletak di bahu Dato' Seri Najib sahaja. Kita pun bersalah kerana gagal dalam permainan persepsi dan hujah untuk meyakinkan rakyat dalam isu-isu mereka. Dan kita masih tidak boleh mengalahkan Dr Mahathir.
Kita kalah dengan permainan politik Dr Mahathir. Jika kita mahu salahkan seorang yang merosakkan Melayu dan UMNO selama ini, namanya ialah Dr Mahathir, bukan Abdul Rahman, bukan Hussein Onn, bukan Pak Lah dan bukan Najib.
Jika kita kini mengambil langkah menyalahkan Dato' Seri Najib sahaja dalam kekalahan kita ini, dan mencari target atau kambing hitam untuk dikorbankan, maka kita tidak akan bermuhasabah. Selagi kita tidak mengakui kesilapan dan kelemahan kita dan hanya menyalahkan orang lain ke atas kegagalan kita, selagi itu kita tidak akan berubah ke arah yang lebih baik.
Betul Dato' Seri Najib perlu bertanggungjawab ke atas kekalahan kita kerana beliau Presiden parti pada ketika itu; dan beliau telahpun meletakkan jawatan. Namun kita pun perlu bertanggungjawab juga.
Dato' Seri Johari, kita kalah di Titiwangsa bukan sebab kelemahan hujah kita di kampung, namun sebab kelemahan hujah kita di bandar. Kita bijak berhujah di kampung, dengan bahasa yang mudah difahami oleh orang kampung, sebab itu kita banyak menang di kawasan kampung.
Namun kita tidak bijak berhujah di bandar dengan tahap hujah yang meyakinkan pengundi di bandar, dan kadangkala kita cenderung menggunakan tahap hujah dan bahasa di kampung untuk cuba meyakinkan pengundi di bandar. Mungkin sebab itu kita banyak tewas di kawasan-kawasan bandar. Hujah di kampung dan di bandar memerlukan pendekatan yang berbeza kerana demografi mereka adalah berbeza.
Jika kita bercerita ayam itik di kampung kepada golongan pengundi yang sofistikated, profesional atau belia di bandar, mereka tidak akan menerima hujah kita jauh sekali menyokong kita, malah mereka akan memandang rendah kepada kita. Lebih teruk lagi ialah apabila mereka ini balik kampung untuk mengundi dan mempengaruhi orang kampung. Kebanyakan pengundi dan rakyat kini adalah lebih sofistikated dan bijak dari dahulu walaupun di kampung.
Kita jangan memandang rendah tahap akal dan pemahaman mereka. Hujah kita perlu lebih bernas. Jika kita sudah pakar meyakinkan orang di kampung, kita perlu meningkatkan usaha untuk meyakinkan orang di bandar pula. Kini 75% pengundi tinggal di kawasan bandar. Jangan salahkan ahli politik kampung atas kegagalan kita berpolitik di bandar.
Dan Dato' Seri Johari juga menyalahkan isu 1MDB dan Dato' Seri Najib tentang kekalahan di Titiwangsa walaupun beliau (Johari) berlawan dengan ahli politik muda yang tidak dikenali iaitu Rina Harun. Seingat saya di Titiwangsa sebelum PRU-14 dan sebelum penamaan calon, banyak tanda-tanda penolakan pengundi Titiwangsa ke atas Dato' Seri Johari sebagai Ahli Parlimen sehingga ada flash mob dan poster-poster bertebaran yang berbunyi "Asal Bukan Johari."
Ini tidak ada kena mengena dengan 1MDB atau Dato' Seri Najib. Rakyat menolak Dato' Seri Johari sebagai wakil rakyat mereka. Mungkin jika tiada isu 1MDB pun, Dato' Seri Johari akan tetap kalah di Titiwangsa.
Mungkin sesetengah daripada pemimpin UMNO kita kini takut untuk bersuara menentang Kerajaan sebab mereka ada kes dan fail yang dipegang oleh SPRM dan takut jika mereka bersuara pekung mereka akan dibuka dan mereka akan didakwa. Semua orang yang pernah alami zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat semasa tahun 80an dan 90an tahu yang Dr Mahathir selalu menggunakan taktik kotor Macchiavellian dengan mengugut ahli politik kotor dengan "buku hitam" beliau yang mengandungi kes-kes kesalahan  dan rasuah ahli-ahli politik sama ada kawan atau lawannya.
Mungkin sebab itu ada bekas menteri yang kerap menghentam parti sendiri dan bekas pemimpin yang dijulangnya sebelum ini tetapi tidak berani pula membangkang Kerajaan kini. Bila dibahas isu SST di Parlimen yang sepatutnya memberi peluang untuk kita membangkang Kerajaan Pakatan, beliau sebaliknya membuat laporan polis untuk menyiasat bekas pemimpin BN sendiri pula berkenaan GST. Dalam Kerajaan Pakatan ramai pemimpin yang ada fail SPRM termasuklah menteri dan timbalan menteri seperti YB Lim Guan Eng, Azmin Ali, Sivarasa, Zuraidah dan ramai lagi.
Mereka bukanlah parti yang bersih seperti yang digembar-gemburkan. Namun banyak kes mereka tiba-tiba kini digugurkan selepas mereka berkuasa. Ketidakadilan ini yang perlu kita semak-imbangkan. Dan kita pula bukanlah parti yang semuanya rasuah seperti yang digembar-gemburkan oleh Pakatan. Masih ramai orang UMNO yang berjuang kerana prinsip dan bukan kerana wang, dan mereka ini bersih dalam perjuangan. Kepada sesiapa dalam UMNO yang tiada fail SPRM, usahlah takut untuk bersuara.
Kita selalu kata Pakatan tidak tahu menjadi Kerajaan. Namun sebenarnya kebanyakan dari pemimpin kita pun masih tidak tahu untuk menjadi pembangkang. Apa yang sesetengah pemimpin kita buat kini termasuklah Dato' Seri Johari Ghani ialah mengambil jalan mudah, dengan tidak perlu mengambil risiko menyerang Kerajaan, namun menyerang rakan kita sendiri yang telah jatuh; dan tidak perlu bermuhasabah dan berubah, tetapi menyalahkan orang lain ke atas kegagalan bersama atau diri sendiri. Selagi perkara ini berlaku dalam UMNO, kita tidak boleh menang menewaskan Kerajaan Pakatan.
Saya bukan lagi pegawai kepada Dato' Seri Najib, dan saya tiada jawatan dalam parti. Saya menulis ikhlas dari hati dan tidak terikat dengan sesiapapun. Ini adalah pandangan jujur saya untuk parti dari akar umbi. Sebelum ini saya memang tidak suka tembak ke dalam parti seperti yang kerap dilakukan oleh sesetengah pemimpin, kerana lawan sebenar kita adalah di luar sana.
Namun pada ketika ini saya rasa saya patut bersuara walaupun sekerdil mana sekalipun suara ini untuk mengelakkan ketidakadilan dan penganiayaan yang tidak sepatutnya kepada sesiapa. Jika pandangan kecil saya ini mengguris hati sesiapa, saya mohon maaf.-10/8/2018
Penulis merupakan bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .