Memaparkan catatan dengan label keluar PKR. Papar semua catatan

Baguslah Lim Boo Chang keluar PKR. Parti tu dah rabak dah!

PRU13 nanti print buat banner
GEORGETOWN: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lim Boo Chang mengumumkan beliau keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta dan menyertai parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Boo Chang berkata, beliau keluar daripada PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti itu yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.
Dalam sidang media sebentar tadi, Boo Chang juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). SUMBER

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

194 ahli Pas Pengkalan Chepa sertai UMNO

KOTA BHARU 8 Ogos - Seramai 194 ahli Pas mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan sikap pemimpin parti itu yang didakwa gagal membawa perubahan selain enggan berjuang untuk penyatuan orang Melayu di negara ini.

Mereka merupakan ahli Pas di tiga buah kampung di Pengkalan Chepa dekat sini iaitu Kampung Tukang Dollah, Kampung Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Tok Betek.

Ketiga-tiga Kampung tersebut sebelum ini mendapat gelaran 'kawasan hijau' berikutan sokongan fanatik penduduknya kepada Pas.

Kesemua ahli Pas terbabit telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempena ceramah `Selamat Tinggal Pas' di Kampung Tukang Dolah di sini, malam tadi yang dihadiri oleh lebih 2,000 penduduk.

Turut hadir memberikan ceramah adalah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Mudir Pondok Pok Krau Tumpat, Mohammed Zainal Abidin.

Mustapa dalam ucapannya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional dalam merampas kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Beberapa bulan lalu ketika di Pasir Mas ada penyokong setia Pas termasuk pemimpin mereka menyertai UMNO dan malam ini sekali lagi anda semua telah membuat satu keputusan yang betul.

"Di sinilah kita bermula, saya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk kita bersama-sama menumbangkan Pas Kelantan dan merampas semula negeri ini," jelas beliau sambil mendapat sorakan padu penduduk yang hadir. - Utusan

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Satu lagi tamparan untuk PKR, dua lagi anggota keluar parti

22/04/2010 7:02pm

HULU SELANGOR 22 April – Krisis kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad dan setiausahanya, Ezri Zainal Abidin bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Wan Khairul berkata, tindakan yang diambil adalah disebabkan hilangnya keyakinan dan kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami lihat perjuangan PKR hanyalah tertumpu pada sebatang tubuh manusia bernama Anwar Ibrahim. Prinsip perjuangan PKR telah berubah. Perjuangan PKR hanyalah untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk membuat keputusan itu ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor Wan Khairul berkata, beliau sedar tindakannya itu akan dimanipulasi pembangkang sebagai mencari tumpuan atau sekadar gimik politik.
"Ini bukan gimik politik. Masa juga bukan persoalan utama, yang penting kesedaran untuk tampil membetulkan keadaan kerana rakyat di Hulu Selangor perlu tahu cerita sebenarnya,” kata beliau selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Bernama

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Halili keluar PKR sertai umno


GAMBAR menunjukkan Anwar dan isterinya bersama pakar bedah, Thomas Hoogland (dua dari kiri), Azmin Ali dan Halili (kanan) ketika Anwar mendapatkan rawatan tulang belakang di Hospital Munich, Jerman pada September 2004.


PETALING JAYA - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat, antara pengasas parti itu, mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Halili, 58, seorang pakar bedah yang pernah menjadi doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana PKR telah terpesong jauh daripada perjuangan di mana beliau turut terlibat secara langsung semasa mengasaskan parti itu pada 1999.

Menurut beliau, PKR kini dikuasai kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

"Sudah nyata lagi jelas PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi lebih condong kepada sebuah parti yang pentingkan kuasa sehingga tidak mempedulikan kepada kesejahteraan rakyat walaupun sudah diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri," katanya kepada pemberita di sebuah hotel di sini semalam.

Halili berkata, beliau tertarik dengan kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa perubahan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi sokongan penuh kepada usaha beliau dan pemimpin kerajaan yang lain," katanya.

Halili menafikan kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau pernah bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Kali pada 2004 tetapi tewas.

Anak jati Ulu Yam itu berkata, kredibiliti PKR kini sukar dipertahankan memandangkan tidak ada apa yang dibuat oleh parti itu untuk kesejahteraan rakyat selepas dua tahun memerintah Selangor. SUMBER

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

MP Bayan Baru Pulau Pinang keluar PKR

Zahrain dakwa hilang kepercayaan terhadap Anwar, Guan Eng

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan perjuangan parti dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas juga berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Turut menyertainya keluar daripada PKR ialah Pengerusi Tetap PKR bayan Baru. Zahrain sebelum ini adalah Ketua Cabang PKR Bayan baru dan bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang sebelum digantikan dengan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, pada tahun lalu.

Bercakap pada sidang media di sebuah hotel di sini, Zahrain berkata, keputusannya juga berdasarkan kesedaran tidak mahu generasi akan datang melihatnya sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama.

"Saya melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.
"Sebaliknya, mereka menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim dan Ismail.

Ismail dalam kenyataan melalui SMS kepada Berita Harian mengesahkan beliau membuat keputusan untuk keluar PKR kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti.

Salehuddin yang meletakkan jawatan pada Julai tahun lalu dengan memberikan alasan mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan, secara sinis memberitahu pemberita kepemimpinan PKR tidak boleh lagi syok sendiri berikutan perkembangan terbaru itu.

Zahrain ketika ditanya mengenai kepemimpinan Anwar menegaskan beliau sudah hilang kepercayaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun sudah mengenalinya secara peribadi lebih 30 tahun.
"Amalan Lim dan konco-konconya pula bukan saja angkuh dan tidak boleh menerima teguran dan kritikan, malahan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan politik sempit dan jahat mereka," katanya.

Beliau yang pada mulanya hanya bersedia menjawab dua soalan selepas membaca kenyataan akhbar tiga halaman terpaksa mengalah apabila soalan demi soalan diajukan lebih 40 petugas media.

Wartawan: Adakah Datuk akan menyertai mana-mana parti termasuk Umno.

Zahrain:
Tindakan yang saya lakukan adalah tindakan sendiri tanpa berbincang dengan ahli keluarga atau kawan rapat. Niat untuk memasuki mana-mana parti tidak ada. Saya adalah Ahli Parlimen bebas.

Wartawan: Adakah Datuk akan menjadi ahli Bebas yang rapat dengan Barisan Nasional (BN).

Zahrain:
Tidak, tidak... saya tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak dalam BN termasuk Umno. Saya akan berjuang sebagai ahli Bebas.

Wartawan: Apakah nasihat Datuk kepada ahli PKR lain.

Zahrain:
Seperti yang saya katakan, kita (PKR) sudah lari daripada perjuangan. Dalam proses demokrasi terpulanglah kepada mereka. Saya serahkan kepada mereka... ia adalah pendirian peribadi. Saya tidak akan meminta atau memujuk sesiapa meninggalkan parti. Ini pendirian saya. Apa juga risiko saya akan tanggung.

Wartawan: Mengapa tiba-tiba Datuk membuat keputusan keluar parti.

Zahrain:
Benda ini sudah ada dalam fikiran... saya ada dua pilihan. Satu keluar parti dan kedua berdepan dengan parti serta berjuang dalam parti. Selepas fikir dengan panjang, saya rasa tidak mahu pening kepala dan buat keputusan untuk keluar.

Wartawan: Ada usaha membeli Ahli Parlimen. Adakah ini termasuk daripadanya.

Zahrain:
Siapa beli MP (Ahli Parlimen)? 16 September (2009) itu apa cerita. Saya pun kecewa... saya percaya dengan kata-kata yang satu perubahan besar akan berlaku pada 16 September. Tentang beli-membeli tidak timbul, siapa hendak beli saya.

Wartawan: Adakan Datuk mempunyai masalah dengan Anwar.

Zahrain:
Saya masih menganggap beliau sebagai kawan. Cuma kecewa kerana sebagai kawan, hak saya untuk menasihati beliau. Tetapi kalau parti buat pendirian yang luar daripada apa yang saya kata, maknanya saya kecewa kerana saya juga manusia biasa yang ada perasaan.

Wartawan: Apa yang ingin Datuk katakan terhadap pengundi di Bayan Baru.

Zahrain:
Saya memberi jaminan kepada pengundi yang saya tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilih saya.

Sumber : Berita Harian Online

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .