MACAM - MACAM : PAS sokong HINDRAF ; PM kecewa

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) tidak biadab apabila bertemu Perdana Menteri pada rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet beragama Islam Rabu lalu.

Beliau berkata, tindakan penyokong Hindraf bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bukan sesuatu yang biadab dan perlu dipandang dari sudut positif.

"Mereka dibenarkan masuk, mereka masuklah... kalau tak dibenarkan, macam mana mereka hendak masuk. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi... biasa. Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih... itu biasa... Kita kena lihat ini sebagai satu perubahan zaman Perdana Menteri kitalah.

"Kalau betul mereka tak mahu bagi Hindraf masuk, mereka boleh halang. Tetapi apa yang berlaku tidak ada polis yang halang. Tak ada masalah mereka jumpa Perdana Menteri macam tu... saya pun ada orang datang ke rumah. Kita kena lihat ia sebagai perubahan demokrasi di Malaysia, lagipun mereka tidak buat kecoh atau bertumbuk," katanya selepas berucap pada majlis perasmian Ijtima' Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Badan Perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu semalam.
Beliau meminta semua pihak melihat tindakan penyokong Hindraf bertemu Perdana Menteri pada majlis rumah terbuka itu sebagai demokrasi era baru.

Dalam kejadian itu, kira-kira 800 penyokong Hindraf berpakaian kemeja-T jingga beratur seawal jam 11 pagi bersama ribuan pengunjung lain untuk bersalam dengan Abdullah dan menyerahkan kad ucapan Aidilfitri yang turut diselitkan dengan mesej supaya Perdana Menteri membebaskan pemimpin Hindraf yang dikenakan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Keadaan dilaporkan "menjadi kecoh seketika" oleh akhbar-akhbar pro-Barisan Nasional (BN) apabila mereka dihalang memasuki dewan jamuan di aras empat PWTC dan "melaungkan rasa tidak puas hati kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu Perdana Menteri".

Polis pula dilaporkan terpaksa campur tangan polis untuk mengawal keadaan.
Hindraf, yang begitu sukar dan tidak pernah berpeluang berjumpa Perdana Menteri dikutuk oleh para pemimpin Umno khususnya kerana menyampaikan bantahan mereka ke atas penahanan tanpa bicara rakan-rakan mereka di bawah ISA di rumah terbuka itu.

"Kami telah berusaha untuk berjumpa dengannya (Perdana Menteri) selama ini, jadi kami mengambil peluang hari ini. Kami datang dengan hati yang terbuka," kata Koordinator Kebangsaan Ideologi Hindraf, W. Sambulingam.

K Shanti, isteri pemimpin Hindraf dalam pelarian P Waythamoorthy berkata, mereka hanya menyerahkan patung beruang dan kad tersebut sahaja.

"Dalam semangat saling bermaafan sempena Hari Raya Aidilfitri, kami mahu menyatakan bahawa orang-orang India di Malaysia memaafkannya (Perdana Menteri) kerana menghantar para pemimpin Hindraf ke (Kem Tahanan Perlindungan) Kamunting," Malaysiakini memetik Shanti sebagai berkata apabila ditanya mengenai kad itu.

Selain 200 penyokong Hindraf itu, kira-kira 40 aktivis anti-ISA juga hadir ke rumah terbuka itu.HKH

PM kecewa tindak-tanduk Hindraf

06/10/2008 3:10pm

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kecewa dengan tindak tanduk penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) sewaktu mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu lalu.
Beliau juga kesal kerana hanya seorang sahaja penyokong Hindraf yang bersalaman dengannya dan mengucapkan `Selamat Hari Raya’.

Katanya, majoriti daripada mereka tidak memahami semangat hari raya apabila melaungkan slogan `Hapuskan ISA’ dan `Bebaskan Tahanan ISA’.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. – Utusan.

PewarisMelayu kata:
Inilah yang terjadi bila terlalu kawan dengan Anwar.. Semua tindak tanduk dipengruhi oleh LK Siang dan Karpal Singh.. Sampaikan orang lain menghina majlis mulia 1 Syawal pun diorang lagi boleh sokong? Tak tau dah macam mana tahap kemunafikan diorang nih, U-lar-mak Pas, bukannya Ulama' Islam..

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to MACAM - MACAM : PAS sokong HINDRAF ; PM kecewa

  1. Ape nak jadi dengan Si Hadi tu plak ( Tak layak dipanggil Dato'Sri lagi ). Bukan cakap seorang Ulama. Hindraf bodoh tu , dah la mengacau sambutan Hari Raya, lepas tu tak mengaku buat kacau plak. Patut pencacai Hindraf ni di masukkan dalam tongkang , hantar balik India. Bangsa yang tak kenal diuntung.
    Dah berpuluh tahun menetap di Tanah Melayu, masih menganggap kerajaan kejam. Kalau kejam boleh berambuslah.....

    BalasPadam
  2. Sumandak tak paham ngan HINDRAF ni datang ke rumah terbuka masa RAYA tapi tak pula ucap Selamat Raya... Ni ajaran sape ni... kalo pun nak bebaskan pemimpin mereka dalam tahanan ISA tak salah buat dialog macam ni...

    "Selamat Hari Raya Aidilfitri Datuk dan Datin Seri....Tolong hapuskan ISA".

    Kalo plat sangat lidah mau cakap

    "Selamat Raya ....bebas tahanan ISA...mansuh ISA...."

    Kalo lagi susah nak cakap;

    "Selamat Raya.....hapus ISA"

    BalasPadam
  3. Menyampah,Geram dan biadap..itulah yang patut di lontarkan kepada bangsa "HINDRAF" ni..mereka makin keras kepala dan berani mencabar dan menentang kerajaan sekaligus orang melayu..siapa mereka mahu masuk ke rumah terbuka Aidilfitri dengan membuat kekecohan..ini rumah terbuka aidilfitri,jika mahu menyampaikan apa-apa perkara pun tunggu Hari Raya Deepavali bukan aidilfitri..jamgan sampai kami orang melayu yang menghormati hari mulia kami di lumpurkan oleh bangsa tidak berguna "HINDRAF" akan bertindak dengan sikap yang sama di Hari Deepavali....Cuba bayangkan apa perasaan...?..HINDRAF BIADAP JANGAN CABAR KUASA SEBENAR ORANG MELAYU...

    BalasPadam
  4. Hadi Awang memang sesat sikit-sikit USA,sikit-sikit USA,lama-lama jadi negara "MALAYSIA SYARIKAT"..Yang hairan sesangat ni Hadi awang tu belajar bab agama mengapa dia tidak beri contoh melalui teladan dari kisah para anbia atau nabi..mengapa USA yang memang di ketahui musuh islam yang nyata..cuba kita fikirkan..US la yang merupakan musuh bagi negara islam ..Hadi yang kata kuat agama pun boleh tersimpang dari kata dan pertuturannya..yang lain dia ikut cara nabi sampai cara berpakaian tetapi bab-bab teladan USA gak dia ikut..demokrasi la..apala..entah-entah la..bukan apa takut hadi pakai serban pun tak ikhlas mungkin hendak lindung uban atau warna rambut berwarna ja...wallahuallamm...

    BalasPadam
  5. Ha itulah. Pasai Hindraf celaka ni, orang india yang cintakan keamanan dah resah-gelisah. Dajai betoilah puak tak guna ni.

    Hmm, pasai presiden Pas ni, malaslah nak cakap.

    BalasPadam
  6. Apa la, Sambutan Aidilfitri pun kena kacau leh Si Keling. Dah 54 tahun lebih dok di Malaysia inilah kali pertama dalam sejarah, Perayaan Suci Aidilftri dicemari oleh puak ni. Dimana rasa hormat kat orang Melayu. Apa jadi kalau di majlis perayaan kaum2 lain, perkara ini berlaku.Hancus negara jadi lagu ni. Pas kata memperjuangkan Islam! Di mana pemimpin2 mereka bilaman Perayaan Suci Umat Islam diperlekeh lagu ni? Siap menyokong lagi adale... kawe tak pahee ngan puak Pas ni...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .