Archive for Mac 2009

JAGA NAJIB JAGA!

Nampaknya kesemua ahli - ahli penjilat PR sudah bersedia menggempur barisan BPN dan juga BN. Semoga kita semua akan dapat menghadapi segala rintangan dan cubaan yang diberikan tuhan ini dengan cekal hati dan tabah.

Ketiga- tiga pilihan raya yang akan diadakan nanti akan menguji sejauhmana kekuatan DS Najib menghadapi PM in Dreaming, Anwar Ibrahim yang tak senang duduk sekarang ini.

Kepada semua bloggers BPN, sila hantar email kepada penulis di kedaulatanmelayu@gmail.com ataupun meninggalkan email anda diruangan komen untuk memudahkan penulis menghantar poster - poster pilihan raya kepada anda. Terima Kasih

Posted in , , , | 7 Comments
Jom komen di Facebook!

Nizar Jamaluddin - Calon Terdesak dan Simpati Pas dan PR

DATO Seri Nizar merupakan calon terdesak Pakatan Rakyat dan juga calon terdesak Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

Sangkaan penulis dengan pencalonan Nizar amat tepat sekali. Pasti Pas akan meletakkan Nizar untuk bertanding dikawasan tersebut. Tak ada muka lain kah? Asyik - asyik orang tua ni sahaja. Ketandusan calon?

Nizar Jamaluddin akan mendapat UNDI SIMPATI sebagai BEKAS MB Perak yang mana telah memerintah selama 11 bulan dan calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian.

Kenapa perlu PR meletakkan ahli atau calon nya yang sudah mempunyai pangkat serta kuasa di DUN dan perlu bertanding di peringkat Parlimen?
 

PKR , PAS , DAP = Parti Gila Kuasa


Undilah Barisan Nasional, kerana BN akan berkhidmat untuk anda, bukanlah berniat untuk meminta simpati rakyat atas kekalahan diri sendiri.

Posted in , , , , , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

TOK GARU PAS - Tolak Perpaduan Demi Melayu


Tok Guru daripada Parti Ajaran Sesat ni tak habis - habis menolak perpaduan antara Melayu yang dianjurkan oleh Presiden Pas, iaitu Hj Hadi. Penulis hairan, kenapalah Tok Garu tu selalu menolak perundingan berdasarkan BANGSA??

Hina sangatkah bangsa Melayu? Adakah dia malu nak jadi Melayu? Kalau macam tu, jangan pakai baju Melayu dan cakap bahasa Melayu.

Sayang seribu kali sayang, PAS sememangnya layak dilabel sebagai PARTI AJARAN SESAT kerana mereka suka membuat fatwa baru dan juga memperguanakan agama untuk kepentingan politik kotor.

Kami semua penyokong BPN amat - amat memahami kondisi Tok Garu tersebut yang sudah tua dan hampir nyanyuk. Tak mengapa.

Posted in , , , | 13 Comments
Jom komen di Facebook!

Alahai Fairuz!



Fairus letak jawatan timbalan KM
Mar 21, 09 1:31pm 
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri. BACA LAGI...


Penulis dah menjangka Fairuz akan berbuat sedemikian! YB Fairuz tak ada potensi dan gaya serta karisma sebagai seorang Timbalan Ketua Menteri. Macam mana dia boleh dipilih menjadi TKM 1 PP?

Aduhai, malang oh malang wahai pengundi Melayu yang mengundi PKR di DUN PENANTI pada PRU 12 yang lepas. Malang sekali nasib anda semua. Puas hati atau tidak? Puas kan? Ini lah balasannya jika anda mengundi PKR yang mana terang - terangan berjuang untuk poket sendiri, bukanlah untuk membela rakyat.

Kepada semua ahli PKR yang ada sekarang, apakah matlamat perjuangan anda hari ini? Untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 6? Oh, malang sekali tidak.

Penjilat PR = Kuda Tunggangan / Kuli

Posted in , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

PPSMI : NAMPAK SANGAT ITU PERMAINAN PAKATAN RAKYAT!

KENAPA SEMALAM TIBA - TIBA PAKATAN RAKYAT A..K.A PENIPU RAKYAT MENJADI PEMBELA MELAYU??

Terkejut juga penulis melihat klip daripada Malaysiakini yang mana merakamkan tragedi BANTAH PPSMI yang diperkuda oleh Pakatan Rakyat, terutamanya PAS.

Penulis tak dapat melihat rakyat yang mengikuti demonstrasi tersebut berbaju NEUTRAL, tapi apa yang penulis nampak, ada banyak bendera PKR dan PAS. Dimanakah DAP? Adakah mereka turut berjuang bersama PKR dan PAS?

Hairan bin Ajaib! Pengkhianat bangsa tersebut menjadi hero dijalan raya untuk mempertahankan maruah bahasa kebangsaan yang kononnya di nafikan oleh kerajaan BN? Betulkah mereka memang pejuang bangsa?

Fikirlah! Pada Sultan pun mohon MENDERHAKA, tiba - tiba nak jadi pembela negara? Kepada semua blogger PRO PR dan penyokong PR yang mana "fanatik" akan BANTAH PPSMI, jangan berlagak serupa hero di filem hindustan.

Tak payah nak tunjuk yang anda semua tu bela bahasa kebangsaan. Orang hina raja pun anda sokong, ni nak bela bahasa? Podahcit!


Jangan maki polis kerana menembak air kedalam masjid, kerana itu adalah kesalahan besar yang Pemimpin Pakatan Rakyat lakukan. Mempergunakan masjid untuk tujuan politik kotor. Adakah ini benar - benar perjuangan bahasa ataupun lagak hero tamil?

Podahcit, kepada semua penjilat PR. Piiiraaahh!

Posted in , , , | 21 Comments
Jom komen di Facebook!

Speaker Dun Perak : Speaker Gila Talak!

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar tidak boleh memanggil satu sidang tergempar dewan itu Selasa ini kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah BACA LAGI

PEWARISMELAYU:

Kenapa la si thambi ni nak buat sidang tergempar pulak? Dia ni masih gila talak lagi agaknya. Dia tak tahu kot, dia dah tak releven lagi di DUN Perak. Dia hanya BEKAS Speaker saja. 

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dah dibubarkan.MB Nizar dah dilucutkan jawatannya. Kerajaan PR dah tak ada, ada lagi ke mamat perasan ni? ayoyo kadawaley, haritu terhegeh - hegeh nak minta perkenan Sultan nak buat sidang DUN. Awat nak minta kebenaran dekat Sultan?

Kenapa wahai Penjilat PR sekalian? Korang dah nafikan kuasa Sultan untuk melantik MB di Perak, kenapa nak perkenan Sultan untuk buat sidang DUN? Kalau dah hebat sangat, buatla. 

PR dah tak releven untuk rakyat. Melalak 24jam saja. Janji tinggal janji. Memang patut kerajaan PR jatuh. Zalim! Kejam! Tak professional! Tak demokarasi!

Posted in , | 19 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.