Pada tahun 1948 Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu telah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaya selagi Islam, serta beberapa perkara lain, kekal di bawah negeri-negeri tersebut dan tidak 'dipersekutuankan'. Oleh yang demikian, jika Kerajaan Persekutuan mencampuri urusan Isam and Sharia, iaitu isu-isu negeri, maka ini adalah pencabulan ke atas Perjanjian Persekutuan dan negeri-negeri tersebut boleh meninggalkan Malaysia seperti mana yang dilakukan oleh Singapura.
DARI SUDUT LAIN
Pihak pembangkang sedang menipu kamu tentang RUU355
Terdapat ramai yang terdiri dari kedua-dua pihak politik yang terpisah (Barisan Nasional serta Pakatan Harapan) yang berkelahi bahawa Akta355 atau RUU355 itu tidak patuh perlembagaan. Itu sebenarnya salah dan saya berfikiran bahawa mereka yang berkata begitu sengaja melakukannya untuk mengelirukan rakyat Malaysia, ramai yang tidak pernah baca Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan tidak tahu apa yang dinyatakan. Tambahan lagi, memandangkan ramai rakyat Malaysia menghadiri sekolah-sekolah aliran Cina dan/atau Tamil, mereka ini tidak akan mampu faham tentang perlembagaan tersebut meskipun mereka membacanya dalam apa cara sekalipun, yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Apabila saya menulis tentang sejarah, saya mengundang banyak ulasan-ulasan keji yang mengatakan siapa lagi yang peduli tentang kisah silam, masa hadapan adalah lebih penting. Tetapi ia setakat itu sahaja. Apabila kita mengabaikan kisah silam, kita cenderung untuk mengulangi kesilapan silam dan/atau tidak akan tahu bagaimana untuk merancang masa depan. Oleh yang demikian, mengetahui dan memahami masa lalu sangat penting untuk mampu memahami apakah keputusan yang kamu perlu buat sekarang dan untuk kebaikan masa depan.
Kita hanya fokus pada satu perkara, Islam dan Sharia. Bagaimana Malaysia boleh mempunyai dua sistem perundangan, Sharia dan undang-undang Biasa sedia ada atau wujud bersama seiringan? Dan mengapa sekarang ia sudah bertukar menjadi huru hara, seperti segelintir orang ingin mempercayainya (sedangkan ia nampak telah terlaksana dengan baik sekali di masa lalu – yang bermaksud wujud bersama seiringan dengan harmoni)?
Benar, di sebalik akan apa yang dikatakan oleh mereka yang menentang RUU355 (mereka berkata mereka menentang pemindaan Sharia kerana mereka tidak ingin melihat terdapatnya dua sistem perundangan di Malaysia), yang sebenarnya dua sistem perundangan tersebut telah wujud sebelum Malaysia tercipta. Oleh yang demikian, alasan ini (tentang tentangan mereka kepada pemindaan Sharia kerana mereka tidak ingin melihat dua sistem perundangan di Malaysia) adalah sama sekali tidak masuk akal. Dua sistem perundangan tersebut sudah wujud sejak lama dahulu.
Kekarutan kedua adalah apabila mereka mengatakan RUU355 mencabuli Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini, sekali lagi, satu penipuan dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat yang tidak pernah membaca Perlembagaan tersebut atau tidak mungkin faham tentangnya walaupun mereka mampu membacanya (memandangkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia mereka substandard disebabkan pendidikan bahasa ibunda mereka).
Abdul Hadi Awang sebenarnya ialah seorang ahli politik yang bijak dan dia tahu apa yang dilakukannya, bertentangan dengan apa yang kebanyakan fikirkan.
Oleh itu, bagi memahami ini kita perlu mengkaji sejarah Malaya. Pada mulanya seluruh rantau ini dipanggil Kepulauan Melayu. Rujuk tiga peta di bawah yang tertarikh 1498-1850, 1880 dan 1901 yang menunjukkan Kepulauan Melayu sekian lamanya. Sebahagian dari Kepulauan Melayu telah diperintah oleh Belanda, sebahagian lagi oleh British tetapi dari India, dan sebahagian lagi oleh Sepanyol.
Malaysia (yang belum menjadi Malaysia sehingga tahun 1963) belum menjadi Persekutuan seperti sekarang. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah dipanggil Negeri-negeri Selat dan di bawah pemerintahan British. Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak diperintah secara tidak langsung oleh British dan dipanggil Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Di negeri-negeri ini, Sultan memerintah. Namun, satu demi satu, setelah beberapa ketika, Raja-raja telah menerima Penasihat British untuk menasihati mereka tentang beberapa perkara (keagamaan, kebudayaan dan tradisi tidak termasuk). Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah negeri-negeri naungan Siam. Dan Johor, yang satu masa dahulu sebahagian dari Empayar Riau, berdiri sendiri.
Pada tahun 1909 Kelantan telah diserahkan oleh Siam kepada British dan undang-undang Sharia yang wujud di Kelantan ditadbir di bawah Sultan.
Kemudian pada tahun 1909, Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan kepada British melalui perjanjian yang ditandatangani di Bangkok (Perjanjian Bangkok 1909) dan mereka menjadi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Johor tidak secara rasmi menyertai Negeri-negeri Tidak Bersekutu sehingga 1914 apabila mereka bersetuju dengan perlantikan Penasihat British kepada Sultan Johor.
Dalam beberapa tahun tersebut apa yang dipanggil British Malaya berkembang. Akan tetapi kos untuk mentadbir negeri-negeri ini perlu diambil kira dan British India tidak nampak kepentingan British Malaya – oleh itu mereka enggan untuk memberi sokongan kewangan. Bagi mendapatkan wang, pihak British mula membangunkan Singapura dalam usahasama bersama golongan Temenggong dan mereka mengajak Cina Selat dari Melaka untuk memindah operasi mereka ke Singapura dan melabur di pulau itu.
Oleh yang demikian, pihak British, Temenggong dan Cina Selat Melaka (yang ramai tidak bertutur bahasa Cina malah berpakaian dan beraksi seperti Melayu) yang sebenarnya membangunkan Singapura. Dan mereka lakukannya kerana British memerlukan wang untuk mentadbir negeri-negeri dan ini itu hanyalah cara untuk British mengenakan cukai untuk menampung kewangan kerajaan.
Protes kepada Malayan Union
Pada tahun 1948 pihak British telah menggugurkan Malayan Union dan menukarnya kepada Persekutuan Tanah Melayu atau Persekutuan Malaya, di bawah Persekutuan 1948 dengan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab ke atas beberapa perkara (seperti pertahanan, keselamatan, polisi luar negara, dan lain-lain) manakala negeri-negeri kekal ke atas beberapa kuasa (seperti bekalan air, sumber semula jadi, isu tanah, keagamaan, kebudayaan, tradisi, dan lain-lain).
Apabila Malaya telah diberi kemerdekaan pada tahun 1957, Perjanjian Persekutuan tidak berubah (seperti juga apabila tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963). Negeri-negeri masih berkuasa ke atas bekalan air, sumber semula jadi, tanah, keagamaan, kebudayaan, tradisi, dan selanjutnya. Sebab itulah pada tahun 1972 apabila minyak ditemui di Terengganu, Kerajaan Persekutuan terpaksa meluluskan Akta Pembangunan Petroleum (1974). Akta Parlimen ini telah memberi izin kepada kerajaan untuk memiliknegarakan minyak dan gas.
Jika tidak kerana itu 100% minyak dan gas adalah kepunyaan Terengganu. Kamu lihat, bagi Kerajaan Persekutuan 'merampas kuasa' minyak dan gas dari negeri, mereka luluskan Akta Parlimen untuk memiliknegarakan minyak dan gas. Jika Kerajaan Persekutuan hendak 'merampas kuasa' air dari negeri-negeri mereka juga perlu melakukan sesuatu yang sama. Dan jika mereka hendak 'menguasai' Islam dan merampas kuasa Islam dari negeri-negeri, mereka akan melakukan sesuatu yang sama. Satu Akta Parlimen perlu diluluskan bagi mengambil kuasa dari Pemerintah-pemerintah Negeri ke atas Islam dan memindahkan kuasa tersebut kepada Kerajaan Persekutuan.
Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor 1938-1960, membawa Selangor ke dalam Persekutuan pada tahun 1948 tetapi mengekalkan kuasanya ke atas Islam.
Oleh itu, anda lihat, minyak dan gas yang sebelum ini dipunyai oleh negeri-negeri sehingga tahun 1974 apabila Akta Parlimen diluluskan. Namun, kuasa ke atas agama masih di bawah pihak Negeri kerana tiada Akta Parlimen telah diluluskan. Oleh yang demikian, pihak Negeri bebas melaksanakan Islam dengan cara yang mereka rasakan sesuai dan oleh sebab itu kita lihat terdapat sistem-sistem berbeza diguna oleh setiap Negeri. Tidak terdapat konsistensi persekutuan. Dan Pemerintah setiap negeri mempunyai kata terakhir untuk apa yang berlaku.
Oleh itu apabila kritikan ke atas RUU355 mengatakan bahawa ia tidak patuh perlembagaan adalah tidak benar. Mereka menipu kamu dan oleh kerana kamu jahil kamu percaya kepada penipuan ini. Satu-satunya perkara ialah apabila sudah wujud undang-undang Persekutuan dan kemudian pihak Negeri boleh luluskan tetapi tidak boleh laksanakan undang-undang Negeri yang bertentangan dengan undang-undang Persekutuan. Oleh sebab itu Dewan Negeri Kelantan meluluskan pindaan ke atas Undang-undang Sharia Negeri pada tahun 1993 sementara Dewan Negeri Terengganu melakukan yang sama pada tahun 2001. Tetapi undang-undang ini tidak boleh dilaksanakan sehingga kelulusan Parlimen dan oleh kerana Parlimen masih belum luluskan, maka ia masih di dalam perhatian.
Oleh itu, tiada yang boleh menghalang pihak Negeri dari meluluskan undang-undang Sharia baharu atau meminda undang-undang Sharia yang lama. Masalah kecilnya ialah apabila berlakunya percanggahan undang-undang maka undang-undang Persekutuan mengambil keutamaan ke atas undang-undang Negeri – melainkan Parlimen meluluskan undang-undang yang bercanggah tersebut.
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat mengusulkan pindaan kepada Sharia pada tahun 1993 [Enakmen Kod (II) Jenayah Sharia (Kelantan) 1993], semuanya tentang RUU355.
Dan inilah kisah RUU355 sebenarnya. Sama ada Parlimen meluluskan pindaan-pindaan tersebut adalah satu isu pada keseluruhannya. Tetapi untuk Dewan Negeri Kelantan meluluskannya bukanlah satu isu. Kelantan mempunyai setiap hak untuk meluluskan undang-undang tersebut. Mereka hanya tidak mempunyai hak melaksanakannya kecuali Parlimen izinkan. Tetapi jika undang-undang tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, maka negeri boleh lakukan apa sahaja yang disukai dan Parlimen tiada kata ke atas perkata tersebut.
Boleh kamu lihat sekarang kamu telah dipesongkan dan ditipu? Oleh itu, apabila seseorang bercakap kepada kamu tentang Perlembagaan, pertamanya, tanya kepadanya sama ada dia sedang bercakap tentang Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri dan Artikel yang mana di dalam Perlembagaan yang sedang dikatakan.
Sekarang, satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah apabila pihak Negeri bersetuju untuk menyertai Persekutuan pada tahun 1948, ia telah berasaskan Perjanjian bahawa air, sumber semula jadi, isu tanah, agama, kebudayaan, tradisi, dan selanjutnya kekal di bawah kuasa negeri. Oleh itu, jika Kerajaan Persekutuan ingin memansuhkan Perjanjian ini, maka Negeri-negeri boleh mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia memandangkan Perjanjian ini sekarang sudah dimansuhkan.
Ini juga merupakan satu argumen yang digunakan oleh 'penyokong pemisah' di Sabah dan Sarawak – yang Kerajaan Persekutuan telah mencabuli 20/18-Titik Perjanjian yang bermakna Sabah dan Sarawak boleh meninggalkan Malaysia. Hanya dengan satu isu sahaja (Royalti Minyak 5%) sudah melanggar Perjanjian tersebut. Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim yang merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974 boleh mengesahkan ini.
Oleh yang demikian, jika Kerajaan Persekutuan mencampuri urusan Islam dan Sharia Negeri, maka ia adalah satu pencabulan kepada Perjanjian Persekutuan dan Negeri-negeri boleh meninggalkan Malaysia.
Ini adalah terjemahan " RUU355 IS PERFECTLY CONSTITUTIONAL" oleh YM Raja Petra pada 14 Januari 2017