Archive for Februari 2018

Pakatan pembangkang guna satu logo pasa PRU14

PETALING JAYA 27 Feb. - Pakatan Harapan memutuskan untuk menggunakan satu logo atau simbol apabila bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu akan dilakukan sekiranya Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan berkenaan untuk didaftarkan secara rasmi.

"Semua parti akan gunakan satu logo sama ada dilulus atau tidak, kita akan guna satu logo sebagai identiti kita dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang itu di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang itu masih belum menetapkan logo atau simbol parti mana sama ada PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Parti Amanah Negara (Amanah). - BERNAMA

 

 



2 Comments
Jom komen di Facebook!

Dr. Mahathir dan Mukhriz bertanding tiket DAP?

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz didakwa bakal bertanding atas tiket DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, tindakan tersebut diambil berikutan PPBM yang baru berusia setahun jagung gagal mendapat sambutan dari pada orang Melayu khususnya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, adalah tidak menghairankan apabila wujud usaha dalaman oleh pihak pro-Mahathir untuk mensabotaj parti menggunakan lambang bunga itu supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dipersalahkan.

"Ini satu alasan yang diperlukan oleh Dr. Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding menggunakan logo DAP.

"Hingga ke hari ini parti bunga masih gagal mendapatkan kelulusan hitam putih ROS sama ada mesyuarat agung parti itu baru-baru ini sah atau pun tidak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Dr. M, janji ‘hampas’ Pakatan Harapan


Oleh : Zulkiflee Bakar

TUN Dr. Mahathir Mohamad tidak perlu bersandiwara apabila bercakap soal janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Sebagai seorang yang pernah berhadapan dengan puak pembangkang selama 22 tahun, bekas Perdana Menteri itu pasti tahu taktik yang digunakan oleh mereka untuk memperdayakan rakyat dalam pilihan raya.

Oleh itu apabila Dr. Mahathir menga­kui ada janji yang mustahil dilaksanakan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) maknanya beliau bersedia untuk bersekongkol dengan PKR, DAP dan PAN memperdayakan rakyat.

Sebelum ini sudah ba­nyak janji ditaburkan oleh pe­mimpin-pemimpin pakatan. Apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN) buat, mereka berjanji untuk batalkan. Bukan kerana sesuatu dasar atau tindakan itu tidak betul tetapi semata-mata mahu menggunakan pendekatan po­pulis bagi meraih kuasa.

Walaupun langkah populis mereka itu akhirnya akan mendatangkan masalah kepada rakyat dan negara itu soal kedua, yang penting melalui persekongkolan bersama Dr. Mahathir yang kini berjaya memecahkan lagi orang Melayu melalui penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mereka mahu memperdayakan rakyat melalui pelbagai janji.

Kalau ikut kepada keghairahan janji yang ditaburkan Pakatan Harapan, lava gunung berapi sedia dikutip untuk dijadikan baja kepada golongan petani, liga bola sepak Inggeris pun mahu dianjurkan di negara ini dan tiada sesenpun cukai akan dipungut daripada rakyat.

Lagipun apa nak risau anak-anak Dr. Mahathir kan kaya-kaya belaka, begitu juga kawan-kawan bekas Perdana Menteri itu yang terdiri daripada tokoh korporat dan bilionair, mereka akan bantu kerajaan Pakatan Harapan dari segi kewangan.

Tetapi semua itu ha­nyalah mimpi. Mana mungkin Dr. Mahathir akan ga­daikan harta anak-anak untuk kese­jahteraan anak orang lain dan mana mungkin tokoh korporat bersedia beri sumbangan kepada satu pakatan yang masing-ma­sing kemaruk kuasa.

Justeru Dr. Mahathir berhentilah menipu rakyat. Jadilah negarawan sebenar dengan me­nerima hakikat bahawa Pakatan Harapan hanya akan menabur janji-janji palsu kepada rakyat.

Mungkin sebahagian rakyat yang sudah taksub kepada beliau atau termakan politik kebencian yang disebarkan oleh Dr.Mahathir akan menyebelahi Pakatan Harapan, tetapi ramai lagi yang sedar bahawa janji-janji pembangkang tidak boleh dipercayai.

Dalam usia yang sema­kin lanjut, Dr. Mahathir tidak payah­lah begitu bersungguh-sungguh me­­lunaskan dendam peribadi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga sanggup tunduk kepada DAP, berpakat de­ngan PKR dan bersekongkol dengan PAN untuk membentangkan janji palsu kepada rakyat.

Ingatlah dosa pahala sama. Tidak salah untuk Dr. Mahathir terus bernafsu untuk menca­tatkan rekod sebagai individu paling tua menjadi Perdana Menteri di negara ini tetapi jangan terlibat untuk 'pakat-pakat' menipu rakyat melalui pembentangan janji dan manifesto yang tidak mungkin ditunaikan. Biarlah janji pakatan sahaja dianggap 'hampas', ja­nganlah beliau juga diletakkan kategori yang sama! - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Jamal sumbang RM7 billion pada PPBM


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos memberi sumbangan RM7 billion (USD 1,800 Million) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi membiayai parti itu sekaligus membantu gerak kerja mereka menghadapI Pilihan Raya ke-14 ( PRU14) nanti.

Malah katanya, dana itu diharapkan cukup untuk mengerakkan PPBM lantas meminta menghentikan kutipan derma daripada orang ramai.

"Cek ini sah sehingga 2022 sebagaimana selama 22 tahun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah sebagai Perdana Menteri.

"Ini adalah juga hasil perkongsian perniagaan saya dengan Tun Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah terdahulu.

"Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan kepada parti itu," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan transaksi dana berkenaan di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Jamal turut mendakwa Tun Mahathir memberi wang sejumlah RM1 billion kepada parti kompenan Pakatan Harapan diketuai DAP untuk mendapatkan jawatannya sekarang.

"RM 700 juta juga turut diberikan kepada PKR dan Mat Sabu untuk memastikan kedudukannya sekarang.

" Saya akan serahkan semua fail dan bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan saya ini tidak lama lagi," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Skandal tanah Ijok... Azmin MB paling 'berjaya' sindir Noh

Datuk Seri Azmin Ali dianggap sebagai Menteri Besar Selangor yang paling 'berjaya' dalam sejarah pentadbiran negeri tersebut apabila mengamalkan sikap lepas tangan hingga membiarkan tanah milik rakyat dijual kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga RM1.18 bilion.

Sindiran sinis itu dilemparkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri dalam isu tersebut satu pengkhianatan kepada rakyat di sebalik penjualan tanah seluas 880 hektar di Ijok itu.

Lebih malang menurut Noh, kerajaan negeri gagal membela nasib kira-kira 981 peneroka asal apabila tuntutan mereka untuk mendapatkan pampasan wang tunai termasuk sebuah rumah seperti yang dijanjikan dinilai mengikut harga pada tahun 2000, bukannya berasaskan kepada harga semasa.

Beliau berkata bayaran pampasan sebanyak RM180,000 dan sebuah rumah bernilai RM250,000 tidak sepadan memandangkan syarikat pemaju tersebut mengaut keuntungan apabila menjual tanah kepada pihak ketiga pada harga RM1.18 bilion, mengikut nilai hartanah semasa.

"Pampasan yang dibayar kepada peneroka itu mengikut nilai lama, nilai tanah pertanian malah kalau mengikut undang-undang, jika pemaju lambat menyiapkan projek pembangunan, sepuluh peratus penalti mesti dibayar kepada peneroka tanah.

"Saya difahamkan dua pemaju yang gagal bangunkan tanah ini menentukan sendiri kepada siapa tanah ini perlu dijual. Sudahlah pemaju lama bermasalah, kerajaan negeri pula serah rundingan (penjualan tanah) dengan pihak ketiga kepada pemaju tersebut," katanya.

Rabu lalu, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menuntut Azmin memberi penjelasan mengapa beliau tergesa-gesa membenarkan dua syarikat swasta menjual tanah di Mukim Ijok bernilai RM1.181 bilion kepada sebuah syarikat lain sebelum proses di Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan.

Menurutnya, tanah itu sebelum ini adalah milik dua syarikat terbabit iaitu LBCN Development Sdn. Bhd. (LBCN) dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. (MZSB) pada 1998 namun telah dirampas kerajaan negeri pada 2008 di bawah Kanun Tanah Negara kerana melanggar syarat dan terma perjanjian.

Rahman berkata tindakan itu menjadi persoalan kerana keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memihak kepada kerajaan negeri pada 2013 dan 2014 dalam kes mengambil alih semula tanah kerajaan negeri yang dimiliki oleh kedua-dua syarikat berkenaan.

Beliau mempersoal justifikasi Azmin tidak menunggu kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan memandangkan kerajaan negeri Selangor telah menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mempersoalkan tindakan Azmin yang memberikan kebebasan kepada LBCN dan MZSB menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga walhal kedua-dua syarikat itu melanggar syarat perjanjian sebelum ini termasuklah gagal menyelesaikan pampasan kepada para peneroka.

Noh berkata tindakan Azmin yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menyelesaikan isu berkaitan tanah kepada syarikat-syarikat pemaju itu menggambarkan kelemahan kerajaan negeri pimpinannya.

Malah katanya, Timbalan Presiden PKR itu juga tidak sepatutnya menyalahkan menteri besar terdahulu berhubung isu tanah di mukim Ijok berkenaan kerana usaha pemimpin sebelumnya adalah berlandaskan kepentingan rakyat dan bukan seperti tindakan Azmin, yang diibarat 'ada udang di sebalik batu'.-21/2/2018


1 Comment
Jom komen di Facebook!

Sidang Media BNSC Mengenai Isu Tanah Ijok, Selangor


1. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri Selangor pada tahun 2008, Menteri Besar negeri Selangor pada waktu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, telah mengambil alih semula tanah kerajaan negeri yang dimiliki oleh syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kerana pelanggaran syarat dan terma perjanjian.

2. Sebelum ini kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Barisan Nasional telah memberikan tanah tersebut kepada hampir seribu peneroka di Ijok, Selangor.

3. Pada tahun 1998, peneroka bersetuju untuk membenarkan beberapa syarikat termasuk Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd untuk membangunkan tanah tersebut termasuk perumahan untuk peneroka. Syarikat-syarikat berkenaan juga bersetuju untuk memberi wang pampasan kepada peneroka.

4. Malangnya, setelah 10 tahun berlalu projek perumahan dan wang pampasan seperti yang dijanjikan tidak dapat di tunaikan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

5. Semasa YB Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah merampas semula tanah-tanah tersebut untuk diambil alih oleh kerajaan Selangor.

6. Tanah tersebut diambil alih kerana syarikat-syarikat tersebut telah melanggar syarat-syarat di bawah Kanun Tanah Negara seperti:

• syarikat tersebut tidak membayar premium tanah
• syarikat tersebut tidak menukar syarat tanah pertanian kepada tanah perumahan
• syarikat tersebut tidak membayar premium tukar syarat tanah

7. Selain daripada tidak mematuhi syarat di bawah Kanun Tanah Negara, syarikat-syarikat tersebut juga mencagarkan tanah tersebut kepada institusi kewangan untuk mendapat pinjaman tetapi projek tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

8. Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudiannya menyaman kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor di mahkamah tinggi untuk mendapat balik tanah-tanah tersebut.

9. Keputusan mahkamah tinggi pada 22hb Oktober 2013 memihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

10. Selepas itu, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd merayu ke mahkamah rayuan. Keputusan mahkamah rayuan pada 17 Februari 2014 juga memihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor.

11. Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudian merayu kekalahan mereka di dalam mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan.

12. Pada tahun 2014, satu perancangan kontroversi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor telah dilaksanakan dalam strategi yang dipanggil "Langkah Kajang". Menteri Besar yang menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Dato' Seri Azmin Ali.

13. Semasa Dato' Seri Azmin Ali menjadi Menteri Besar dan sebelum mahkamah persekutuan mendengar rayuan kes ini, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan beberapa syarikat berkaitan pada 22 September 2015 telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual 2,198.4 ekar dengan harga RM1,181,335,536.65 dengan syarat syarikat-syarikat tersebut mendapat kelulusan kerajaan negeri Selangor.

14. Selang beberapa bulan selepas itu, Dato' Seri Azmin Ali pada 17 Mei 2016 telah memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada mahkamah persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd telah bersetuju untuk membatalkan kes ini.

15. Dato' Seri Azmin Ali seterusnya membuat keputusan untuk menyerahkan semula tanah-tanah tersebut kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.

16. Satu syarat penting dan wajib dalam perjanjian penyelesaian tersebut ialah penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam tersebut.

17. Dato' Seri Azmin Ali membuat keputusan drastik ini sebelum kes rayuan ini sempat didengar oleh mahkamah persekutuan.

18. Semasa Tan Sri Khalid Ibrahim membuat keputusan mengambil semula tanah berkenaan, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan merupakan salah seorang pengarah eksekutif syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.

Berdasarkan fakta di atas, BNSC ingin mengemukakan beberapa persoalan yang perlu dijawab secara telus dan segera oleh Dato' Seri Azmin Ali.

1. Apa justifikasi Dato' Seri Azmin Ali untuk menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd walaupun keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan memihak kepada keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri selangor untuk mengambil alih semula tanah tersebut?

2. Kenapa Dato' Seri Azmin Ali tidak menunggu kes ini dibicarakan di mahkamah persekutuan memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah menang di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan sebelum itu? Kenapa Dato' Seri Azmin Ali tergesa-gesa membuat keputusan yang nyata merugikan kerajaan dan rakyat Selangor?

3. Kalau niat Dato' Seri Azmin Ali ingin menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah tersebut secara langsung kepada syarikat awam dan menggunakan hasil jualan RM1.18 bilion untuk membayar pampasan tersebut?

4. Beberapa hari ini yang lepas, Dato' Seri Azmin Ali akhirnya telah mengumumkan pembayaran pampasan kepada kesemua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 seorang. Jumlah besar pampasan yang diumumkan oleh Dato' Seri Azmin Ali bernilai RM421.4 juta. Di mana baki RM758.6 juta?

5. Walaupun pada masa ini Datuk Seri Khairudin Abu Hasan (yang telah diisytihar muflis pada tahun 2014) bukan lagi pengarah kedua-dua syarikat tersebut, apakah peranan beliau dalam mempengaruhi keputusan Dato' Seri Azmin Ali?

6. Saya ingin mengingatkan Dato' Seri Azmin Ali bahawa isu ini telah dibangkitkan beberapa kali oleh pihak NGO dan rakyat negeri Selangor yang prihatin termasuk soalan yang ditanya di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat. Namun, Dato' Seri Azmin Ali tidak menjawab persoalan ini secara jelas. Berikutan itu, beberapa laporan telah dibuat kepada SPRM oleh mereka yang tidak berpuas hati. Saya percaya pihak SPRM sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk memastikan jika ada penyalahan kuasa atau pun rasuah telah berlaku.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah,
Komunikasi Strategik BN
(BN Strategic Communications)


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Muhyiddin messed up NFC, Rafizi imprisoned for slander


Let Muhyiddin explain to PAC why the RM300 million NFC project he approved in 2006 has become such a mess and scandal

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyidddin Yassin is the current Cabinet Minister most responsible for the RM300 million National Feedlot Centre (NFC) project, as he approved it in 2006 as the then Agriculture Minister.


Muhyiddin should appear before the Public Accounts Committee (PAC) on Wednesday when it examines the issue to explain why the cattle production project has become such a mess and scandal, beyond the worst fears of the Auditor-General's Report 2010 as it is snowballing everyday to expose layer after layer of scandalous transactions.


The Auditor-General Report 2010 on the continuing horror stories about misappropriation and waste of public funds, criminal breach of trust, negligence and gross abuses of power is a damning indictment on the first full-year Najib premiership demonstrating that nothing has really changed despite grandiloquent sloganeering of "1Malaysia, People's First, Performance Now" in terms of government efficiency, effectiveness, accountability, transparency and integrity.

However, it is an even greater indictment on the Deputy Prime Minister as it exposes his personal and direct Ministerial responsibility for the RM300 million National Feedlot Centre (NFC) and National Feedlot Corporation (NFCorp) scandals as it was during his tenure as Agriculture Minister that the troubled and controversial project was approved.

Who else apart from Muhyiddin should bear the full and final responsibility for the NFC "mess" where the objective of the project on cattle production to boost the nation's beef self-sufficiency could go so wrong as NFC not only failed to meet this target, the RM250 million 2%-interest soft loan had been diverted not only to buy two luxury condominiums in Bangsar but also for other dubious transactions as exposed by PKR Secretary-General and MP Saifuddin Nasution and PKR chief of strategy Rafizi Ramli.

NFCorp was awarded the NFC project on 27th October 2006 and the RM250 million 2%-interest soft loan for NFCorp was signed on 6th December 2007 – both falling within the period when Muhyiddin was the Agriculture Minister.


Undoubtedly, Muhyiddin is more responsible for the NFC scandal than the current Agriculture Minister, Datuk Noh Omar.

As Minister directly responsible for the NFC scandals, Muhyiddin should have explained in the past month of deepening controversy over the NFC scandal why government scrutiny, supervision and monitoring of the project and in particular the RM250 million soft loan was so lax or even non-existent as to allow such gross breach of trust and abuse of public funds to take place?

Instead, Muhyiddin kept a discreet silence, leaving to others like Noh Omar and the NFCorp executive chairman Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, the husband of Minister for Women, Family and Community Development, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, to do all the explaining.

But only Muhyiddin himself can explain his Ministerial lapses which have resulted in the RM300 million NFC project becoming such a mess and scandal today!


Let Muhyiddin appear before the Parliamentary Accounts Committee (PAC) to explain his sins of commission or omission as Agriculture Minister before the 2008 general elections resulting in the NFC scandals – and let him explain the extent of Cabinet involvement or approval for the NFC project.

There is one preliminary matter on conflict-of-interest which the PAC would have to address before it proceeds to deal with the NFC scandals: whether the PAC Chairman, Datuk Seri Azmi Khalid should excuse himself from the PAC examination of the NFC scandals, as Azmi was a Cabinet Minister in the operative time of the approval of the NFC project – making him to a party to any Cabinet decision on the NFC project.

Can Azmi categorically declare that he was not involved in any way in any Cabinet approval or discussion of the NFC project before he was dropped from the Cabinet after the March 2008 general election when he was not re-appointed to the Cabinet?

This entry was posted on Monday, 21 November 2011, 4:18 pm and is filed under Auditor-General Report, Corruption, Muhyiddin Yassin, Parliament.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Punca sebenarnya kos harga rumah naik di negeri Pulau Pinang!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ekonomi Malaysia berada di landasan tepat - Najib

Pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang sebanyak 5.9 peratus pada 2017 membuktikan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat, kata ​​​​​​Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata pencapaian itu mampu dicapai melalui perencanaan rapi dan dasar ekonomi negara yang kukuh.

"Alhamdulillah, melalui perencanaan rapi dan dasar ekonomi yang kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku keempat 2017.

"Ini menjadikan pertumbuhan keseluruhan bagi 2017 juga 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016. Kita di landasan tepat!," katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak semalam.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menokok 5.9 peratus pada 2017, dengan permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

- Bernama

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib masuk ke makam Rasulullah, ini kata Nazir

Selepas isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat makam Rasulullah SAW dipertikaian pelbagai pihak, akhirnya Exco Pemuda Umno, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin tampil menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, beliau adalah salah seorang daripada 12 individu yang turut serta ketika menunaikan ibadah umrah dan mengesahkan rombongan diketuai Najib diberikan penghormatan memasuki makam Rasulullah.

"Apa yang tular sebelum ini  kerana seorang ustaz telah memanipulasi kata-kata perdana menteri. Saya minta maaf, bukan saya nak agungkan Najib dan riak tentang ibadah. Najib adalah simbol bagi rakyat Malaysia.

"Bila Najib dan rombongan mengerjakan umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, beliau dan rombongan diberikan layanan istimewa sebagai tetamu.

"Najib diberikan penghormatan apabila permintaan untuk masuk ke Kaabah bagi menunaikan solat bersama rombongan dibenarkan. Begitu juga dengan permintaan Najib untuk masuk ke dalam makan Rasulullah juga dibenarkan," katanya dalam sesi soal jawab Live FB Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook mendakwa kenyataan Najib bahawa beliau memasuki bahagian dalam makam Rasulullah tidak benar kerana terdapat dua lapisan dinding yang menutupinya dan merujuk kepada Kitab Wafaul Wafa, dinding tersebut tiada pintu serta tertututp rapi pada bahagian atasnya.

Katanya, Najib hanya masuk melalui pintu Saiyyidah Fatimah dan melihat kawasan ruang kain bahaguan Sundaq Sandal yang ditutupi oleh kain berwarna hijau seperti orang kenamaan lain.

Mengulas perkara tersebut Nazir meminta, pemilik Facebook berkenaan bertaubat kepada ALLAH SWT kerana mendakwa Najib berbohong sebab ia perbuatan yang tidak membawa keuntungan.

"Saya saksi hidup dan ada 12 orang lagi yang masuk ke dalam itu. Saya sebelum ini dalam satu wawancara bersumpah atas nama ALLAH bercakap benar mrngenai perkara tersebut dan saya salah seorang yang masuk ke makam Rasulullah.

"Saya ada gambar ketika nak masuk ke dalam (makam Rasulullah) tak perlu untuk saya dedahkan. Suatu hari nanti kebenaran akan terbukti dan ia betul-betul berlaku.

"Perkara ini jarang berlaku dan saya difahamkan bagi tempoh 30 tahun hanya enam ke tujuh kali sahaja ia dibuka dan dibenarkan masuk. Najib bukan nak berlaku riak, kalau dia nak riak keluar sahaja dari makam Rasulullah dia akan umumkan telah masuk dekat dengan makan Rasulullah," katanya.

Jelas beliau, penghormatan Arab Saudi kepada Najib cukup tinggi sehingga diberikan peluang memasuki Kaabah dan makam Rasulullah.

"Kalau Najib atau kerajaan sekarang buat perkara tidak betul, buat perkara bukan-bukan, tak mungkin Baginda Raja Salman benarkan.

"Ini semua rezeki ALLAH, jangan kita mengata tentang ibadah orang lain kerana ibadah itu antara kita dengan ALLAH. Sebelum ini saya tak nak komen cemuhan dan dakwaan tetapi saya cakap pada hari ini kerana terlalu banyak dakwaan mengatakan Najib pembohong," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Undang-undang kekang berita palsu 
bukan untuk kepentingan politik - Chua Tee Yong

LABIS 10 Feb. – Cadangan mewujudkan undang-undang berkaitan berita palsu bukan atas dasar kepentingan politik, sebaliknya merangkumi banyak perkara termasuk perniagaan, ekonomi serta ketenteraman dan keselamatan awam.

Timbalan Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata, langkah kerajaan untuk mewujudkan undang-undang itu kerana perbuatan tersebut memberi lebih ba­nyak kesan negatif dalam banyak perkara berbanding keburukan.

"Sebenarnya masalah berita palsu bukan dihadapi oleh negara kita sahaja, malah banyak nega­ra lain termasuk negara maju. Mereka telah mengambil langkah me­rangka undang-undang bagi membendung perbuatan tersebut.

"Sebagai contoh, laman sosial Facebook turut mengakui terdapat pihak tertentu yang mem­biayai penyebaran berita palsu bagi mempengaruhi keputusan ketika pilihan raya Presiden Ame­rika Syarikat yang lalu.

"Syarikat Bata juga mengalami kerugian akibat penyebaran berita palsu dan tidak terkecuali beberapa jabatan dan agensi kerajaan di negara ini yang terkesan dengan berita palsu se­perti ko­nonnya terdapat arahan penutupan sekolah akibat jerebu dahulu," katanya.

Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina anjuran bersama Pusat Khid­mat Ahli Parlimen Labis dan Malaysian Industrial Development Finace (MIDF) kepada 600 pene­rima di sini, hari ini.

Menurutnya, negara maju se­perti Jerman, Perancis, United Kindom (UK) dan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sudah mengorak langkah awal merangka undang-undang bagi mengekang perbuatan menyebarkan berita palsu di negara masing-masing.

Katanya, cadangan mewujudkan satu undang-undang membendung penyebaran berita palsu di negara ini bukan satu yang luar biasa kerana banyak negara sudah terlebih dahulu melakukan perkara serupa.

"Sehubungan itu, saya harap cadangan tersebut tidak perlu dipolitikkan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) juga mengambil inisiatif mewujudkan portal Sebenarnya.my bertujuan mengimbangi penyebaran berita palsu di negara ini.

"Saya harap orang ramai menyemak terlebih dahulu kesahihan berita yang diterima terutama melalui media sosial di portal tersebut sebelum berkongsi de­ngan orang lain bagi mengelakkan menjadi salah seorang penyebar berita palsu," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

50 ahli PPBM Larut keluar parti

LARUT 10 Feb. - Akibat hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan kepemimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendorong 50 ahlinya di Bahagian Larut meninggalkan parti berkenaan dan menyertai UMNO hari ini.

Kesemua ahli PPBM itu menye­rahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd. Shohor dengan disaksikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.


Bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Larut, Shafie Mohd. Khairy berkata, tindakan itu diambil kerana tidak lagi menyakini perjuangan parti tersebut dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya kaum Melayu.

Katanya, ini kerana parti tersebut hanya memperjuangkan ke­pen­tingan individu tertentu dalam PPBM.

"Kami juga tidak lagi mempercayai kepemimpinan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azu­mu yang mana pelantikannya dibuat kerana pengaruh DAP.

"Kami tidak mahu bersama parti yang menyokong DAP yang mana jika pakatan memerintah negeri ini maka boneka Menteri Besar adalah daripada parti DAP," katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Menurut Shafie, beliau dan yang lain mengambil keputusan menyertai UMNO kerana yakin dengan perjuangan parti tersebut yang akan terus menjaga kepen­tingan orang Melayu di negara ini.

Dalam masa yang sama beliau menafikan menyokong dan menyertai UMNO kerana imbuhan atau apa-apa yang pembangkang dakwa sebagai dedak.

"Tindakan ini adalah kerana kami yakin dengan UMNO, parti yang bukan sahaja menjaga kepentingan orang Melayu tetapi mampu memimpin negara dan negeri ini dengan lebih baik dan terjamin," katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, kecelaruan kepemimpinan tertinggi PPBM dalam mengemudikan parti itu menyebabkan ahli-ahlinya yang terpengaruh dengan matlamat palsu mereka sebelum ini kembali menyokong dan menyertai UMNO.

Katanya, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang kononnya mahu membawa perjuangan agama dan bangsa dalam parti itu sebenarnya tidak benar apabila lebih menumpukan kepada cita-cita untuk menentukan masa depan anak-anak dan kroninya sahaja.

"Apabila mendengar semangat yang diuar-uarkan Tun Mahathir, mereka yakin beliau bercakap benar, namun dari sehari ke sehari, mereka sedar Tun Mahathir hanya mempunyai satu cita-cita iaitu untuk anak dan kroni sahaja," dakwanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pakatan Harapan tidak ada 'harapan' - Pas

KANGAR 11 Feb. - Pas menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebagai gabungan yang tidak mempunyai 'harapan' berikutan pelbagai masalah membelengu mereka khususnya dalam soal pengagihan kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada masa sama, Pengarah Institut Strategi Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali juga percaya proses pengagihan kerusi tersebut tidak akan dapat diselesaikan oleh gabungan itu sehingga menjelangnya pilihan raya akan datang.

Katanya, Pakatan Harapan dilihat agak kelam-kabut dan tidak mungkin dapat bersatu berikutan begitu banyak pemimpin yang menjadi kepala.

"Pakatan Harapan ini parti kelam-kabut, mereka tidak boleh bersatu dengan satu kepala. Terdapan lima atau enam kepala dalam gabungan tersebut.

"Situasi itu jelas memperlihatkan mereka bukan harapan kepada rakyat, tetapi tidak ada harapan sebenarnya. Dalam konteks politik ini, kita memerlukan kestabilan dan kestabilan itu hanya melalui seorang ketua," katanya ketika ditemui selepas majlis dialog rakyat 'Anda Tanya, Pas Jawab'di Bangunan Koperasi, Medan Syed Alwi di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan Pakatan Harapan diketuai DAP yang sehingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung soal pengagihan kerusi DUN untuk bertanding dalam PRU-14.

Selain Selangor, beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Perlis dan berapa buah negeri lain juga mengalami masalah sama.- UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Batalkan pendaftaran PPBM - Arjuna Putra Ali

KLUANG 11 Feb. - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) didesak membatalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika benar bermasalah dan tidak mengikut peraturan.

Bekas penyelaras PPBM Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, le­bih 400 aduan dibuat kepada ROS sejak Oktober tahun lalu, namun sehingga hari ini tiada tindakan konkrit diambil.

"ROS, mengapa sampai hari ini tiada tindakan? Kenapa beri muka kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad? Apa lagi yang ditunggu ROS jika didapati tidak betul atau melanggar peraturan ROS? Bubarkan sahaja PPBM.

"Adakah ada kemungkinan besar yang 'makan dedak' dan wujud tali barut Dr. Mahathir (Pengerusi PPBM) dalam ROS dan jika ada, siasat segera individu ini," katanya kepada pemberita di Villa Casa Bianca di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya dan ROS sebelum ini mempunyai hubungan baik sepanjang siasatan, malah semua bukti sahih termasuk rakaman percakapan dan aduan rasmi sudah dihantar mengikut format selain sudah dirujuk kepada pihak guaman.

"Jadi, saya dakwa memang ada kemungkinan besar dalam ROS ada tali barut dan petualang. Ini maksud kita minta integriti, ROS jangan beri muka kepada parti yang terang-terang salah.

"Itu yang kami kecewa sebab kita dah beri hubungan baik kepada ROS, jadi kenapa tiada tindakan konkrit diambil sedangkan parti atau NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain yang tidak ikut peraturan sudah diambil tindakan?" soalnya.

Arjuna Putra berkata, petisyen aduan yang dihantar kepada ROS membabitkan lima perkara iaitu pelaksanaan mesyuarat agung tahunan (AGM), yuran keahlian, pendaftaran keahlian tanpa pengetahuan penama, ketua bahagian dilantik disifatkan sebagai kroni pemimpin tertinggi dan kegagalan mengemukakan penyata kewangan.

Justeru, beliau yang mewakili pengadu terdiri daripada ahli akar umbi mendesak ROS mengambil tindakan tanpa prejudis terhadap aduan yang dibuat mereka sebelum ini.

"Jika tiada penyelesaian, saya bersama-sama semua pengadu akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat ROS," katanya yang mahu tindakan segera diambil.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Apa sebenarnya kes KR1M Mydin? - Ameer Ali Mydin



(Utusan) APABILA pemilik rangkaian pasar raya terbesar di negara ini bersuara mengenai kuasa membeli rakyat Malaysia, pihak pembangkang kerajaan pantas menyalahertikan ke­nyataan itu sebagai memburukkan kerajaan.

Terdapat pelbagai dakwaan yang 'menyerang' kembali pemilik Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dengan menyifatkan pasar raya itu tidak menarik dengan susur atur barang yang serabut dan barang keperluan pula selalu kehabisan stok. Tidak cukup dengan itu, ada yang menyifatkan Mydin tidak tahu berniaga hingga menyebabkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dijalankannya lingkup dan dilabel sebagai tidak mengenang jasa kerajaan yang membelanjakan sebanyak RM106.37 juta bagi program tersebut melibatkan 185 premis termasuk 21 di Sabah dan 33 di Sarawak.

Ada pula pihak mendakwa, Mydin mengalami tekanan perniagaan bukan disebabkan rakyat tidak ada duit tetapi memilih untuk berbelanja di pasar raya lain seperti Tesco, Giant dan pasar borong atau ke Speedmart dan KK Mart yang menawarkan harga lebih kompetitif.

Kemunculan perniagaan dalam talian seperti Lazada juga semakin mendapat tempat memandangkan ia lebih mudah dan cepat. Ini menjadikan persaingan semakin sengit dan rakyat hanya mencari yang terbaik bagi mengelakkan mereka berdepan tekanan kos hari demi hari.

Hakikatnya, bukan sahaja Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerima kesan tersebut tetapi Parkson Holdings Bhd. (Parkson) yang mempunyai 50 cawangan di seluruh negara juga dilaporkan menutup cawangannya, baru-baru ini.

"Saya tiada niat salahkan sesiapa termasuk kerajaan. Kerana apa yang berlaku, adalah realiti. Saya bercakap tentang orang susah, yang berpendapatan rendah...bukan mengenai orang kaya yang mampu beli kereta Honda.

"Buat apa saya nak burukkan kerajaan sedangkan kerajaan yang bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program inilah yang banyak bantu tingkatkan serba sedikit perniagaan pasar raya," jelas Pengarah Urusan Mydin, Datuk (Dr) Ameer Ali Mydin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun kenyataan itu telah disalahertikan, beliau mengakui sektor jualan runcit di negara ini tidaklah sebaik disangkakan, malah pengusaha berdepan dengan pelbagai dilema dan cabaran.

Ini berdasarkan laporan Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) yang menunjukkan pada suku pertama 2017, jualan keseluruhan runcit menyusut 1.2 peratus tetapi jualan bagi pasar raya lebih menakutkan apabila mencatat penurunan 4.8 peratus.

"Kenaikan gaji juga tidak berlaku. Misalnya, dengan gaji RM5,000, jika berbelanja di Mydin boleh dapat banyak barang dengan harga RM300 tetapi mungkin dengan barang-barang yang sama, harganya sudah meningkat jadi RM350.

"Ini adalah hakikat, kerana kita sebagai pengguna. Begitu juga apa agaknya dengan nilai RM50 yang kita boleh beli hari ini. Tetapi kenyataan saya dihentam balik," kata Ameer.

Berbeza dengan pasar raya lain, Mydin dengan 145 cawangan di seluruh negara menawarkan sembilan format perniagaan yang berlainan iaitu terdiri daripada 25 pasar raya besar, 24 pusat beli-belah, sembilan pasar raya, 17 emporium, tiga bazar, 40 MyMydin, lima Mydin Mart, 12 MyMart, lima pasar raya premium (SAM Groceria) dan lima gudang.

Januari lalu, Mydin dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris dilaporkan mahu menjual SAM Groceria sebagai sebahagian daripada proses penyusunan semula organisasi.

Ameer Ali menganggarkan keempat-empat pasar raya itu yang terletak di Gurney Paragon Mall, Straits Quay dan Sunway Carnival Mall di Pulau Pinang dan Nu Sentral, Kuala Lumpur bernilai RM50 juta.

Susulan laporan itu ada yang menyifatkan ia satu lagi 'berita sedih' buat Mydin yang memulakan perniagaannya pada 1957 selepas mengalami kerugian lebih RM100 juta melalui penyertaannya dalam KR1M.

Di sebalik pelbagai dakwaan dalam isu KR1M, beliau masih menyifatkan program tersebut adalah satu bentuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang baik untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

"Bukan model perniagaan kita tidak bagus, tetapi kedai KR1M kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman kerana kita cuba untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Keadaan ini serba sedikit memberi tekanan dari segi kos logistik walaupun dalam setahun jualan KR1M mencatat RM250 juta.

"Tetapi saya melihat dengan pelancaran KR1M 2.0 ini, banyak penambahbaikan dilakukan. Misalnya, kerajaan menggunakan rangkaian perniagaan sedia ada di kawasan tersebut dan ini satu langkah yang amat efektif kerana syarikat terbabit tidak perlu berdepan dengan kos logistik yang tinggi," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Rafizi bukan mangsa, tidak perlu disanjung



(Utusan) KUALA LUMPUR 8 Feb. - Tindakan Mohd. Rafizi Ramli melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) tidak sepatutnya dibela sama sekali walaupun atas alasan mendedahkan kesalahan orang lain kerana perbuatan Naib Pre­siden PKR itu merupakan suatu jenayah yang serius.

Menjelaskan perkara itu, peguam kanan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, dalam hal membabitkan kerahsiaan maklumat perbankan, semua pihak termasuk pemimpin pembangkang yang sengaja cuba memainkan sentimen Mohd. Rafizi menjadi mangsa perlu sedar bahawa tiada istilah 'matlamat menghalalkan cara' buat mereka.

Katanya, ini kerana BAFIA bukan sahaja tidak membela mana-mana pihak atau individu yang mendedahkan maklumat terkawal untuk apa tujuan sekali pun, bahkan kerahsiaan segala maklumat perbankan adalah bersifat mutlak yang perlu disanjungi dan dihormati.

"Dalam BAFIA, tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana pihak sama ada individu, bank mahu pun Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia me­rupakan prinsip mewujudkan konsep perbankan yang dipercayai.

"Kalau tidak dilindungi di bawah BAFIA, sesiapa pun tidak akan mempercayai sistem perbankan negara ini sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Mohd. Rafizi selepas mendapati beliau bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah BAFIA, enam tahun lalu.

Dalam masa sama, Muhammad Shafee berpandangan, Mohd. Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu sengaja i­ngin memperdayakan orang ramai bagi meraih populariti demi kelangsungan karier politiknya.

Kata beliau, sebagai pemimpin yang mempunyai latar belakang seorang akauntan, sepatutnya Mohd. Rafizi lebih arif dan menyedari perbuatannya mendedahkan maklumat perbankan itu adalah jenayah yang serius.

Di samping itu, Muhammad Shafee menegaskan, semua pihak harus menerima keputusan Mahkamah Sesyen me­lalui Hakim Zamri Bakar semalam tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi atau arahan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Jelasnya, mana-mana pihak juga tidak sepatutnya mempertikaikan kenapa baharu sekarang Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu kerana ia adalah angkara Mohd. Rafizi sendiri yang sering menangguhkan proses perbicaraan kes sehingga bertahun-tahun.

"Kalau orang lain yang berle­ngah-lengah seperti Mohd. Rafizi ini, sudah tentu kena marah de­ngan mahkamah sebab buang masa banyak pihak. Tapi, akhirnya perbuatan beliau itu memakan diri sendiri kerana beliau tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Peguam-peguam Muda Kebangsaan, Majlis Peguam, Syed Muhammad Adeeb Barakbah Syed Muhammad Azman Barakbah berkata, keputusan terhadap Mohd. Rafizi dibuat mengikut peruntukan undang-undang serta bukti yang dikemukakan.

Kata beliau, mana-mana pihak tidak seharusnya membuat spekulasi terhadap keputusan terbabit kerana ia boleh dikira memfitnah institusi yang membicarakan segala kes jenayah dan sivil.

"Pertikaian hanya boleh dilakukan menerusi Mahkamah Rayuan sekiranya bukti itu menunjukkan keraguan, tetapi bukan menguar-uarkan kepada masyarakat umum seperti yang dilakukan beberapa pihak hari ini," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Rafizi Ramli Kaki Auta



(Malaysian Access) – Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terkenal dengan sikap membuat tuduhan tidak berasas dan gemar menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat. 

Beliau tidak kisah untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan walaupun tidak mengetahui dengan jelas fakta sesuatu perkara. 

Apa yang dilakukan Rafizi merupakan satu modus operadi standard yang digerakkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk mengaburi mata dan pandangan rakyat. Apa yang dilakukan ini mempunyai matlamat jahat untuk menafikan segala kebaikan dan perancangan positif Kerajaan sedia ada kepada rakyat yang menerimanya.

Semalam kita diberikan khabar yang baik apabila Mahkamah memutuskan Rafizi dikenakan hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan butiran perbankan sulit berkaitan Perbadanan Feedlot Kebangsaan (NFC). 

Apa yang dilakukan Rafizi jelas satu tindakan terdesak dan beliau menggunakan apa sahaja peluang yang ada tanpa mengira batas perundangan dan etika, apa yang penting matlamat memburukkan Kerajaan serta mengelirukan rakyat harus diutamakan. 

Tindakan seperti ini, khasnya apabila ia dilakukan oleh seseorang yang bergelar Ahli Parlimen amat sukar untuk diterima.

Sebenarnya selain daripada fitnah terhadap NFC, Rafizi juga terlibat dalam satu lagi tindakan jahat cuba memburuk-burukkan nama Tabung Haji apabila beliau membuat tohmahan negatif terhadap usaha pelaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji. 

Amat malang apabila tohmahan dan fitnah Rafizi ini dipercayai oleh sesetengah penyimpan Tabung Haji yang kemudiannya bertindak mengeluarkan simpanan mereka sehingga menjejaskan pengumpulan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji.

Kini Rafizi sedang berdepan dengan pertuduhan memburukkan Tabung Haji dan mahkamah wajar menjatuhkan hukuman setimpal terhadap beliau kerana fitnahnya terhadap Tabung Haji bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan. 

Ia bukan sahaja boleh merosakkan nama perbadanan simpanan ini, tetapi juga memberikan persepsi negatif terhadap penyimpan yang boleh bersangka kurang elok terhadap urusan Tabung Haji, walaupun pada hakikatnya segala urusan pelaburan yang dilaksanakan pihak Tabung Haji berjalan mengikut peraturan dan aturan kewangan yang jelas.

Kita dapat memahami daripada dua kes yang sedang dihadapi Rafizi ini, beliau tidak mempunyai apa-apa kekuatan untuk mempertahankan fakta, sebaliknya beliau hanya bergantung kepada cakap-cakap kosong dengan niat memfitnah dan memburukkan Kerajaan semata-mata. 

Rakyat sewajarnya menjadi matang di dalam menilai percakapan pemimpin seperti Rafizi ini yang sebenarnya hanya cuba mengambil kesempatan dan memburukkan keadaan. 

Fitnah terhadap Tabung Haji ini datang kerana sikap iri hati terhadap keupayaan Kerajaan menguruskan urusan haji dan simpanan rakyat dengan cekap dan berhati-hati.

Kita harus melihat orang seperti Rafizi didakwa dengan telus akibat kesalahan memfitnah dan Rafizi sewajarnya sedar bahawa setiap dakwaan harus datang dengan fakta dan bukan auta seperti yang cuba dilakukan Rafizi.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Istana Kelantan Turut Tarik Pingat Mahathir


(Malaysiakini) – Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH), istana Kelantan melakukan tindakan sama ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat yang diterima pihak Dr Mahathir hari ini.

Surat itu bertarikh 6 Feb lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.

Semakan menunjukkan pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada April 2002.

Sumber memberitahu Malaysiakini, Dr Mahathir sedang dalam proses menyerahkan semula pingat berkenaan.

Ia dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Dalam titah ucapannya baginda menjelaskan penganugerahan DK kepada Dr Mahathir itu dibuat sebagai menghargai peranan serta sumbangan beliau selama ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa gelaran Datuk kepada Naib Presiden AMANAH Husam Musa dan pengerusi parti itu bagi Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Sama seperti surat yang dihantar kepada Husam dan Wan Abd Rahim, makluman mengenai penarikan balik pingat buat Dr Mahathir juga ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Bagaimanapun untuk rekod penarikan semula pingat kebesaran istana Kelantan itu bukanlah sesuatu yang baru.

Sultan Kelantan pernah melakukan penarikan balik anugerah itu pada 2010 membabitkan beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali.

 

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Mahathir says he will fix Malaysia within 2 years



MALAYSIAN opposition leader Mahathir Mohamad has said that he would only need two years as prime minister to fix "problems" inherited from his predecessor.

Speaking during a live video session on Facebook on Wednesday, former PM Mahathir said that he was confident he could "solve the problems left behind" from the incumbent Najib Razak, who has been dogged by major corruption allegations over the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal.

"To me, if the next prime minister had never taken up the post of PM before, without experience, two years may not be sufficient for him to solve the problems," said Mahathir on Wednesday, as quoted by Free Malaysia Today.

Known as Dr M, he was Malaysia's longest-ever serving leader from 1981 until 2003, as part of a political career that has spanned more than seven decades. Last month, Mahathir was announced as the prime ministerial candidate for opposition coalition Pakatan Harapan (Pact of Hope).

"I have been the PM for 22 years, I don't need to relearn the responsibilities of a PM. I know the responsibilities of a PM and what he should do," said the 93-year-old, who while in power was labelled by many as a dictator.

Malaysia's Prime Minister Najib Razak looks on during the 60th Merdeka Day (Independence Day) celebrations in Kuala Lumpur, Malaysia August 31, 2017. Source: Reuters/Lai Seng Sin

"But even so, to be able to solve all these problems takes a long time. In the next two years, we may not be able to solve all the problems, but we will be able to improvise certain guidelines in order to work towards solving these problems."

Prime Minister Najib has until June 24 to call the country's next election, an announcement for which he has said he is waiting for "inspiration". "Whether we wait until June or make it earlier, we'll see how things develop."


He faces an unprecedented challenge from Mahathir, who was his former mentor as part of the United Malays National Organisation (UMNO), at the forthcoming polls.

An electoral win for Dr M would make him the world's oldest head of state and would represent the first time UMNO has been defeated in Malaysia.

"When I become PM, I will exercise these ideas and improvements that I have outlined to solve the problems that were left behind by Najib," he said. 


1 Comment
Jom komen di Facebook!

Suka sangat sebar cerita palsu

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlangsung pada ta­hun ini. Itu sudah pasti. Tarikhnya sahaja yang masih di­tung­gu-tunggu rakyat Malaysia. Tarikh untuk memilih wa­kil rakyat bagi kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri.

Semua pihak berdebar-debar sebab PRU-14 kali ini dilihat lebih panas berbanding dengan PRU sebelum ini. Hal ini ditambah dengan ledakan teknologi maklumat terutamanya laman-laman sosial yang sarat dengan informasi tidak kira betul atau salah.


Sebagai rakyat biasa, ramai lagi yang sukar membezakan maklumat mana yang betul atau sebaliknya. Kadang-kadang maklumat yang dikongsi melalui laman sosial itu tidak diketahui palsu, fitnah atau benar. Tanpa kita sedar banyak orang sudah turut menjadi alat kepada permainan penyebar berita palsu dan fitnah.

Saya percaya penularan berita palsu menjelang PRU-14 akan ber­tam­bah banyak semata-mata untuk memburukkan pihak lawan dan pembunuhan karakter pemimpin tertentu.

Apatah lagi media sosial sudah menjadi alat perantaraan uta­ma bagi semua parti untuk menyebarkan manifesto dan agenda mereka.

Kempen menggunakan berita palsu sudah pun mula diguna­kan pada PRU-13. Kita tidak mudah lupa berita tentang dakwaan 40,000 rakyat Bangladesh telah keluar mengundi.

Sampai hari ini tiada satu laporan aduan dibuat kepada pihak berkuasa. Jelas itu berita palsu yang diada-adakan. Perkara itu agak melucukan, tetapi banyak juga pihak yang 'percaya'. Masyarakat kita terutama pengundi ketika itu lupa pada sesuatu berita yang 'viral' atau popular tidak semestinya betul.

Banyak pengajaran boleh diambil tentang berita palsu semasa PRU-13. Sampai hari ini pun penyebaran berita palsu masih berlaku. Masyarakat kita suka sangat sebar hal yang belum tentu benar atau palsu. Memang tidak susah pun. Cuma tekan dan hantar mesej atau video yang diterima kepada rakan atau kenalan lain.

Perasaan untuk selidik dahulu atau menilai buruk baik menu­lar­kan bahan itu diabaikan atau dilupakan. Mungkin sikap memeriksa fakta itu dianggap perkara 'buang masa.'

Berita daripada media sosial

Kalau menurut pemerhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kini mendapat berita mereka dari media sosial. Laporan Institut Berita Digital Reuters 2016 mendedahkan bahawa 69 peratus rakyat Malaysia memperolehi berita dari media sosial.

Oleh sebab tidak membaca surat khabar dan mendengar berita TV arus perdana, golongan ini ramai yang tidak dapat mem­bezakan antara berita sebe­nar dengan berita palsu.

Mereka tidak sedar bahawa beta­pa aktifnya cerita palsu yang tular di media sosial mela­lui Facebook, Twitter dan WhatsApp.

Biasanya cerita atau video pal­su dalam laman sosial diu­lang tayang beberapa kali. Se­be­­narnya salah pengirimnya yang nampak macam orang tidak cukup maklumat atau ke­tinggalan. Dalam grup WhatsApp perkara ini biasa berlaku. Cedok dari Facebook ke­mudian ditular dalam WhatsApp, konon untuk mem­­beritahu rakan tentang mak­lumat terbaharu yang dia pero­lehi.

Inilah masalah dalam ma­syarakat kita, ada banyak orang yang suka menyebarkan berita palsu dan sudah basi. Bukan semua pengguna laman sosial bijak memanfaatkan tek­nologi itu ke arah keba­ikan, sebaliknya ada antara sesetengah pihak suka menyebarkan berita palsu demi mencipta sensasi semata-mata.

Ada rakan kita sendiri yang mahu berlagak menjadi orang per­tama dapat mengirim se­suatu berita atau video. Sese­tengah orang pula ghairah hen­­dak menyampaikan mak­l­umat dengan cepat tanpa penge­sahan daripada pihak berkaitan ten­tang kesahihan sesuatu berita itu terlebih dahulu.

Orang lain yang turut me­nu­larkan sesuatu berita tan­pa mere­ka sedar sudah me­letakkan kononnya pengirim itu adalah orang pertama yang tahu pasal sesuatu maklumat itu tanpa memikirkan kesa­hihan dan akibatnya.

Banyak kesan negatif misal­nya orang yang masih hidup dikatakan sudah mati, kejadian sudah berlaku bertahun lamanya dianggap peristiwa terkini dan banyak lagi yang memudaratkan orang ramai. Lebih bahaya jika ia melibatkan soal keselamatan dan perpaduan antara kaum. Hal ini jangan dibuat main-main atau gurauan.

Ingatlah menyebar berita palsu itu salah di sisi undang-undang negara. Penyebar berita palsu dalam talian boleh diambil tindakan bawah peruntukan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kelmarin kerajaan bercadang meminda undang-undang tersebut. Bila pinda, hukumannya tentu bukan bertambah ringan lagi. Beringatlah kita tentang hal ini. Jangan menjadi orang pertama dihukum bila pindaan tersebut diluluskan.

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah berusaha mengekang penyebaran maklumat palsu dan khabar angin di negara ini. Malaysia menyertai beberapa negara maju lain yang meminta supaya penyedia platform media sosial – Facebook (FB), Google dan Twitter menge­luarkan kandungan yang tidak wajar.

Kerajaan Malaysia mungkin tidak mahu setegas kerajaan Perancis yang menggantung 30,000 akaun Facebook palsu ketika negara itu menghadapi Pilihan Raya 2017. Pada saya bertindaklah sebab baik parti Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, pihak mereka juga akan dapat manfaatnya.

Selagi tiada ketegasan dilakukan, maka cerita lama tentang beri­ta palsu dan fitnah akan berterusan. Kita juga perlu teri­ma hakikat kelemahan penguatkuasaan undang-undang menye­babkan penyebaran berita palsu di laman sosial terus berleluasa.

Hanya beberapa kes popular seperti penghinaan ke atas kerabat istana dan orang popular sahaja yang diambil tindakan, menyebabkan undang-undang yang sedia ada tidak menginsafkan seseorang.

Sebab itu kita dapat lihat di laman sosial atau WhatsApp masih ada bahan yang mengaibkan individu atau pihak tertentu, reputasi seseorang atau sesebuah organisasi diperlekehkan. Malah ada yang tanpa peduli soal kesan penyebaran berita palsu boleh menyebabkan kerugian yang melibatkan wang ringgit kepada pihak tertentu.

Sudah tiba masa untuk masyarakat kita menggunakan sepenuhnya inisiatif seperti portal sebenarnya.my dan menjadikannya sebagai tabiat untuk menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial terlebih dahulu sebelum berkongsinya dengan orang lain.

Apa pun, janganlah kita masih mengabaikan amaran kerajaan supaya tidak menyebar berita palsu atau fitnah melalui laman sosial. Jika kita ingkar dan berdegil, sedialah terima tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Apa bentuk hukumannya, carilah dalam Internet.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .