Archive for September 2018

Ismail Sabri: Tidak ada sebab kenapa Umno akan berkubur



(Malaysiakini) Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno - parti yang diterajuinya selama 22 tahun - bakal berkubur.

Katanya, walaupun BN kecundang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tetapi Umno tetap memenangi 54 kerusi parlimen menjadikannya parti yang mempunyai kerusi terbanyak.

"Malah 46 peratus pengundi Melayu masih memberikan kepercayaan kepada Umno yang memperolehi undi Melayu terbanyak berbanding dengan BERSATU sebanyak 20 peratus.

"Malah PKR hanya mendapat 10 peratus undi Melayu.

"Tetapi Umno sebagai pembangkang dengan jumlah 54 kerusi selepas PRU14 walaupun sehingga hari ini tinggal 49 kerusi tapi masih satu parti terbesar dalam parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sejarah juga memperlihatkan bahawa pencapaian tertinggi parti-parti yang bergelar pembangkang semasa BN menjadi kerajaan sebelum ini tidaklah setinggi mana seperti bilangan kerusi Umno.

Katanya, PKR hanya mencatatkan pencapaian tertinggi dengan 31 kerusi parlimen, DAP 38 manakala PAS 23.

Beliau seterusnya mempersalahkan parti-parti komponen BN yang gagal menyumbangkan kerusi dan bertegas bahawa orang Melayu masih mempercayai Umno.

"Saya cukup yakin dengan kepimpinan baru ini, hala tuju baru serta semangat baru Umno dari peringkat tertinggi hingga ke cawangan akan bangkit kembali.

"Lebih-lebih lagi orang Melayu sudah mula meragui kemampuan kerajaan hari ini menjaga kepentingan dan hak orang Melayu dan Islam," katanya.

Beliau berkata, beberapa keputusan kerajaan Pakatan harapan jelas menjejaskan kepentingan orang Melayu dan Islam selain gagal menjaga ekonomi masyarakat Melayu luar bandar yang akan memperkukuhkan kepercayaan bahawa Umno sahaja yang mampu menjamin kesejahteraan hidup mereka.

"Jadi tidak ada sebab kenapa Umno akan berkubur," katanya sambil menambah kegagalan HARAPAN menunaikan manifesto 100 hari sangat mengecewakan rakyat.

Menurutnya, banyak pihak yang mengundi mereka atas harapan akan tertunai impian yang mereka janjikan.
"Sehingga hari ini kerajaan masih berdolak-dalih dengan janji mereka malah dengan kenyataan-kenyataan lucu dari menteri-menteri mereka menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan hari ini.

"Rakyat sedang membandingkan polisi-polisi kerajaan BN yang lepas yang sangat mesra rakyat berpendapatan rendah.
"Mereka sudah merasai kehilangan sentuhan Umno dan mahu Umno kembali. Jadi siapakah yang akan runtuh," soal beliau.

Rabu lalu, Dr Mahathir semasa mesyuarat dengan anggota Majlis Mengenai Hubungan Luar Amerika Syarikat berkata, ramai anggota Umno mengambil keputusan meninggalkan parti itu kerana mereka kini tidak lagi rasa takut kepada bekas presiden parti, yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Umno kini berpecah-belah, ia hanya menuju kejatuhan. Tiada lagi masa hadapan untuk Umno kerana orang ramai secara menyeluruh bencikan Umno," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

UMNO tak bersalah




KUALA LUMPUR 27 Sept. - UMNO yang ditubuhkan 72 tahun dahulu tidak pernah bersalah sebaliknya parti itu hanyalah sebuah wadah perjuangan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin berkata, ideologi yang dibawa oleh parti itu amat jelas berakar pada pemimpin pengasas.

"Mereka ingin bawa tanah Malaya ke persada dunia, mereka ingin lepas daripada sangkar penjajah, biar terbang bebas mencorak acuan sendiri. Idealisme mereka jelas, semarak semangat nasionalisme dan hidup harmoni berbilang bangsa.

"Pemimpin hari ini perlu sedar, muhasabah perlu hadir dalam diri sendiri. Bertindaklah untuk parti bukan untuk kepentingan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas beliau, Perhimpunan Agung UMNO 2018 kali ini disifatkan bersejarah kerana buat pertama kali ahli UMNO berhimpun ketika parti itu tidak lagi memegang tampuk pemerintahan.

"Bukan lagi Pak Menteri memberi ucapan malah yang hadir adalah pejuang yang masih yakin kepada wadah parti itu. UMNO sudah sebati dalam darah mereka. Perwakilan dan ahli yang hadir pasti tertunggu-tunggu apa yang hendak dijamu. Santapan minda perkasa gerakan, kedatangan mereka dari seluruh negara, perwakilan dari semua bahagian UMNO, dipilih oleh 22,000 cawangan.

"Apakah hala tuju dan pandangan ke hadapan untuk kelangsungan perjuangan UMNO? Apa perlu kita sama-sama laksanakan? Sudah pasti itu tajuk besar intipati himpunan kali ini. Pembentukan tetapan minda yang baharu dan bersih, biar terjemahan disebar luas ke akar umbi," katanya.

Selain itu, Fairuz berkata, sudah jelas UMNO memerlukan drama baharu pada perhimpunan kali ini.

"Hikayat lama wajib dianalisa, menjadi pedoman hala tuju baharu. Wadah yang ada perlu disesuaikan serasi dengan persekitaran semasa. Persekitaran sepantas kilat, maklumat di hujung jari.

"Wadah UMNO 4.0 perlu diwujudkan. UMNO perlu kelebihan kompetitif untuk terus relevan, terus perkasa untuk generasi penerus. Terus yakin bangkit untuk anak cucu. Wadah utama membentuk Malaysia melayar bahtera bangsa muafakat," katanya. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Baru jadi pembangkang 4 bulan sudah lari, sindir Zahid



(Malaysiakini) Mereka yang meninggalkan Umno ketika parti itu sedang dalam kepayahan tidak mempunyai daya tahan dalam berjuang, kata Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi.

Sebaliknya, kata Zahid, mereka hanya menyertai parti untuk jawatan dan manfaat.

Dalam sesi Facebook Live dengan Umno Online hari ini, Zahid turut menyindir pemimpin Umno yang pernah berjanji untuk berjuang "sehingga ke titisan darah terakhir".

"Sebelum ini mereka ada jawatan dan ditawarkan pelbagai kelebihan. Kini selepas (Umno) kalah, mereka tidak cakap tentang kelemahan mereka sendiri, mereka salahkan pimpinan parti.

"Kerajaan hari ini, sesetengah mereka pernah menjadi pembangkang selama 20 tahun, dan kini mereka berkuasa. Pemimpin mereka mempunyai daya tahan.

"Kita (Umno) adalah kerajaan menanti. Kita menjadi pembangkang bukan empat tahun, baru empat bulan. Daya tahan ini, kenapa terhakis terlalu cepat?

"Kalau dulu dalam Umno, mereka kata akan berjuang sehingga titisan darah terakhir. Tapi tidak satu titik darah pun yang jatuh, kenapa lari?" katanya.

Zahid menambah bahawa terdapat dua kategori orang dalam Umno.

"Kategori itu adalah 'orang Umno' dan 'ahli Umno'. Orang Umno tidak akan pernah tinggalkan parti walau apapun yang terjadi, namun ahli Umno akan meninggalkan parti mengikut jawatan dan manfaat yang diberikan kepada mereka," katanya tanpa menyebutkan nama tertentu.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

21 pertuduhan satu peluang DS Najib membersihkan nama



Sumber FB DS Najib

Khamis lalu, saya didakwa dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah akta AMLATFA serta 4 pertuduhan di bawah akta SPRM yang merupakan "predicate offence" untuk 21 pertuduhan itu.

Di bawah akta AMLAFTA ini, setiap pergerakan wang samada penerimaan, pembayaran atau pindahan dikira sebagai satu tuduhan.

Saya didakwa menerima dana, memulangkan dana kepada penghantar serta dua pertuduhan kerana memindah wang dari satu akaun saya kepada akaun saya yang lain.

Pendakwaraya juga meletakkan syarat-syarat ikat jamin bahawa, walaupun saya seorang ahli Parlimen, saya tidak dibenarkan untuk menganjur atau menghadiri apa-apa bentuk majlis awam ataupun membuat sebarang kenyataan termasuk di dalam laman media sosial saya dengan alasan saya boleh menpengaruhi pendapat umum.

Alhamdulillah, hakim menolak kedua-dua syarat ini dan saya dibebaskan dengan ikatjamin pada hari yang sama.

Tetapi dengan dakwaan ini di Mahkamah, peluang untuk saya mengulas dan menjelaskan mengenai isu 1MDB secara umum di luar mahkamah telah dihadkan.

Insya-Allah saya akan membersihkan nama saya tidak lama lagi di dalam mahkamah.

Dengan kehakiman negara yang adil dalam menegakkan kebenaran, saya amat yakin bahawa ini peluang terbaik untuk menghentikan isu RM2.6 bilion yang sudah berlarutan bertahun-tahun ini buat sekian kalinya dan untuk selama-lamanya.

Pewaris Melayu : Alhamdulillah, semoga keadilan ditegakkan untuk DS Najib dan harap mahkamah dapat bagi pengadilan yang adil. Kita tunggu dan lihat


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PH perompak undi anak muda yang berhutang dengan PTPTN



Berikut adalah janji Pakatan Harapan (PH) mengenai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN):

i. PTPTN hanya dibayar apabila pendapatan kasar bulanan mencapai RM4,000

ii.Pinjaman dilupuskan atau diberi diskaun kepada pelajar cemerlang/miskin

iii.Insentif cukai bagi majikan membayar PTPTN pekerja tanpa potongan gaji

Bagi mereka yang mempercayai janji manifesto PH di atas, di bawah ini pula adalah reaksi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Maszlee Malik:

"RM36 bilion hutang tidak dibayar kepada PTPTN, saya rasa malu tetapi mereka (peminjam) tidak. Gaji kalau RM2,000 bayar RM100 pun sudah mencukupi, mereka tidak bayar sebab tidak amanah," Dr Mahathir dipetik sebagai berkata.

Kata-kata ini melanggar janji manifesto PTPTN yang pertama iaitu PTPTN hanya perlu dibayar apabila pendapatan kasar bulan mencapai RM4,000.

Maksud kata-kata di atas secara tidak langsung ialah jika anda seorang penghutang PTPTN yang sudah bergaji kasar RM2,000, anda perlu membayar sekiranya anda faham erti perkataan malu.

Malah ada pendidikan moral yang baru di sini – iaitu tindakan tidak mengotakan janji disifatkan sebagai satu perbuatan beramanah, manakala anda yang tidak membayar hutang PTPTN dan mempercayai janji PH ialah seorang yang kurang beramanah.

Mungkin usia Dr Mahathir menyebabkan beliau terlupa wujudnya janji sedemikian dan ini boleh dimaafkan.

Bagaimana pula dengan Menteri Pendidikan yang melantik rakan karibnya Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN?

"Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu. Pembangkang semua nak politikkan isu, tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan," Maszlee dipetik sebagai berkata yang agak menyinggung perasaan pelbagai pihak.

Untuk makluman Maszlee, sebenarnya pihak yang mempolitikkan bayaran hutang PTPTN ialah PH.

Pembangkang hari ini iaitu BN, yang juga kerajaan terdahulu sudah sedia membakar undi penghutang PTPTN yang ingkar dengan tindakan seperti menahan mereka di lapangan terbang, memaksa mereka membayar sebelum boleh keluar negara, termasuk menunaikan haji dan juga menyenaraihitamkan mereka di Imigresen dan sistem maklumat rujukan kredit pusat (CCRIS).

Oleh sebab tindakan BN, anak-anak muda berpaling kepada PH kerana janji PTPTN yang dibuat dalam manifesto jauh lebih menarik. Tangguh bayar hutang, siapa yang tidak suka?

Malah sejurus PH menjadi kerajaan, PH memanjakan penghutang PTPTN dengan membersihkan nama mereka daripada senarai hitam Imigresen.

Bukankah pada sesi Parlimen lalu, Maszlee baru sahaja berkata kajian berterusan akan dijalankan untuk membolehkan PH menunaikan janji ini? Mengapa tetiba PH bertukar nada?

Sebelum bertukar nada, sepatutnya PH tunjukkan sedikit usaha untuk menunaikan janjinya.

Contohnya, ia boleh melancarkan satu lagi Tabung Harapan yang digunakan untuk membayar hutang PTPTN atau memberikan pelepasan cukai lumayan kepada majikan yang sanggup membayar hutang PTPTN untuk pekerjannya.

Bagi mereka yang berkhidmat dengan kerajaan dan masih berhutang dengan PTPTN, kerajaan sebagai majikan boleh membayarnya selepas pembatalan pelbagai jenis kontrak mega.

Sekiranya semua masih gagal, masa itu barulah dari sudut moralnya, kerajaan boleh tuntut penghutang PTPTN untuk bayar hutang secara bermaruah.

Ini tidak. Bukan sahaja PH bertukar nada, malah penghinaan dan sindiran terus diberikan terhadap anak-anak muda yang tidak membayar PTPTN kerana mempercayai janji PH.

Bayangkan kalau Dr Mahathir dan Maszlee bercakap seperti yang dipetik di atas sebelum PRU14, mungkinkah anak-anak muda ini yang mengundi PH berdasarkan janji itu masih mengundi PH?

Berapa ramai anak muda yang telah mengundi PH berdasarkan janji PTPTN ini?

Dengan sikap sedemikian, bukankah PH ini layak digelar perompak undi anak-anak muda yang berhutang dengan PTPTN?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

8 Comments
Jom komen di Facebook!

Dr M Defends Decision To Drop Charges Against Guan Eng



(FMT) – Dr Mahathir Mohamad today defended the decision to drop the corruption charges against Lim Guan Eng, saying they were a form of selective prosecution.

"There has been criticism but as you know the previous government victimised all the opposition (members).

"There are many people who have done what Guan Eng has done but they were not selected (for prosecution)," the prime minister told reporters when asked about criticism against the Attorney-General's Chambers for acquitting the former Penang chief minister.

Several Umno leaders have attacked Attorney-General Tommy Thomas over the acquittal.
 
On Sept 9, former chief justice of Malaysia Abdul Hamid Mohamad questioned Thomas's integrity as an AG, saying it was impossible that the latter did not play a role in Lim's acquittal despite withdrawing as public prosecutor in the case.

However, Mahathir said today that Lim was a target.

"That case is not the same as Khir Toyo's case," he said, referring to critics who compared Lim's corruption charges with the trial of former Selangor menteri besar, Mohamad Khir Toyo.

Khir was jailed 12 months for using his position to purchase land and bungalow units in Shah Alam on Sept 29, 2015.

On Sept 3, Lim and businesswoman Phang Li Koon were acquitted by the High Court in Penang over the purchase of his house on Pinhorn Road at below market value. Lim was the Penang chief minister when he was charged in 2016.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

5 Ahli Parlimen, 13 Adun Keluar UMNO Setakat Ini



(Abu Leman) – Mustapa Mohamad dan Anifah Aman menjadi pemimpin Umno terkemuka yang meninggalkan parti Melayu yang hilang kuasa persekutuan pada pilihan raya umum, 9 Mei lalu.

Mereka menyertai beberapa pemimpin lain yang meninggalkan parti utama Barisan Nasional (BN) itu yang setakat ini hilang lima ahli Parlimen dan 13 Adun di beberapa negeri.

Sebelum Mustapa umum keluar parti, tiga lagi pemimpin dari Umno mengambil langkah sama iaitu  Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib ditahan SPRM



PUTRAJAYA 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan itu dibuat pada petang ini pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

"Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah  Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

"Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September ini, pukul 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah," kata suruhanjaya itu, di sini hari ini.

Suruhanjaya itu berkata, SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - UTUSAN ONLINE


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ada lagi Ahli Parlimen UMNO akan tinggalkan parti



KUALA LUMPUR 19 Sept. - Beberapa orang lagi Ahli Parlimen UMNO termasuk berstatus ahli Majlis Tertinggi dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, selain percaturan parti politik lawan, tindakan itu berlaku kerana jati diri serta semangat perjuangan yang lemah dalam kalangan pemimpin berkenaan.

"Kita tidak perlu pergi terlalu jauh. Saya berani jamin ada lagi ahli MKT yang sedang bersiap sedia untuk meninggalkan parti," katanya menerusi video yang dimuat naik dalam di Facebook miliknya semalam.

Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan UMNO semalam, selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Lokman yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baru berkata, ahli UMNO tidak perlu bimbang dengan perkembangan tersebut kerana yang pergi hanya pemimpin, bukan ahli di bawah mereka.

Jelasnya, UMNO boleh kembali menjadi kuat, lebih-lebih lagi menerusi kerjasama dengan Pas.

"Kita jangan sesekali berputus asa dengan apa yang berlaku. Sekalipun seluruh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pergi meninggalkan kita, biarkanlah mereka. Saya yakin dengan kerjasama dengan Pas.

Kita akan dapat lebih banyak kerusi Melayu selepas ini," ujarnya.

Mengulas tindakan Mustapa, Lokman berkata, dia tidak terkejut kerana menganggap Mustapa bukan ahli politik sebenar tetapi, bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dibawa oleh Tun Daim Zainuddin ke dalam kancah politik.

"Dia pernah dilantik Setiausaha Sulit Kanan kepada Tun Daim sebelum dilantik Setiausaha Politik Tun Daim dan seterusnya bertanding di peringkat Parlimen," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Anifah pula keluar UMNO


PUTRAJAYA 19 Sept. - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta.

Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.

Menurut sumber, Anifah kini dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dan usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau akan buat sebaik sahaja beliau tiba di sini.-UTUSAN ONLINE

Saya gagal berjuang untuk rakyat Sabah - Anifah



PUTRAJAYA 19 Sept. - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan keputusan meletakkan semua jawatannya dalam UMNO dibuat selepas Barisan Nasional (BN) tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara dan usahanya memperjuangkan perkara-perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama BN menemui kegagalan.

Anifah berkata, beliau perlu mengotakan janji kepada para pengundi dan rakyat Sabah untuk meletakkan jawatan jika hasratnya dalam memperjuangkan perkara itu tidak berjaya.

Beliau berkata, tanpa UMNO dan BN di tampuk kekuasaan usahanya memperjuangkan perkara-perkara berkaitan MA63 di bawah payung BN tidak akan membuahkan hasil dan terpaksa dihentikan.

"Perjuangan saya di dalam politik selama ini adalah sangat jelas. Saya bertegas mahukan rakyat Sabah mendapat layanan sama rata dan setiap hak mereka dilaksanakan sepenuhnya, tanpa sebarang dalih dan alasan, jauh sekali dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekali pun sama ada di dalam mahupun di luar parti.

"Ini kerana Perjanjian Malaysia 1963 ialah titik mula penubuhan sebuah negara Persekutuan yang kita kenali sebagai Malaysia pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Anifah, walaupun tidak lagi bersama UMNO beliau tetap akan meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat dan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dalam mengetengahkan kepentingan dan harapan para pengundi di kawasan Parlimen Kimanis.

Pada masa yang sama, beliau mahu kerajaan Pakatan Harapan harus komited di dalam melaksanakan janji-janji mereka terutamanya mengembalikan hak Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963. - UTUSAN ONLINE

Mustapa Mohamed letak jawatan, isytihar keluar dari UMNO



KUALA LUMPUR 18 Sept. - Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau berhubung peletakan jawatan tersebut:

Semenjak PRU 14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

Berdasarkan kpd beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.

Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. 

UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

Saya percaya bhw inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia majmuk. 

Namun hala tuju yg diambil UMNO hari ini tidak lagi selari dgn prinsip politik yg menjadi pegangan saya selama ini & tidak ada banyak usaha meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

Maka atas dasar inilah setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kpd sahabat2 dari Jeli, Kelantan dan seluruh negara yg byk bantu sepanjang saya berkhidmat utk UMNO, dari kepimpinan parti sehingga akar umbi.

InshaAllah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan Malaysia yg terbilang.

Saya mendoakan negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa.

Semoga lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus dan integriti sebagai keutamaan.

Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. 

Kepada Allah SWT jua kita berserah.

Pewaris Melayu : Kalau betul-betul ada maruah dan anak jantan, letak la jawatan sebagai Ahli Parlimen. Errr Rembau macam mana?

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Boleh kah gabungan UMNO+Pas memenangi PRU15?

Sumber : Helen Ang

DAP vociferously argues that the Malay opposition (Umno, PAS) cannot win elections unless they have multiracial support from the voting public. That's debatable.

When combined, the total votes for Umno and PAS exceed Harapan votes – for example – in the seat contested by Pribumi federal minister Rina Harun who holds the Rural Development cabinet portfolio.

Titiwangsa parliament result GE14:

  • Pribumi:  23,840 votes
  • Umno (19,701) + PAS (6,845) =  26,546 votes

Rina won 47.3 percent of the votes cast (50,386) in Titiwangsa, a parliament constituency in Kuala Lumpur. Rina's 47.3 percent is short of a popular majority.

Titiwangsa has 70.5 percent Malay voters, 17.3 percent Chinese and 9.4 percent Indian. There are many seats with the Titiwangsa profile as well as seats where Harapan won only very marginally ahead of the second-placed candidate in three-cornered fights.

Other Pribumi cabinet ministers and their GE14 parliament vote percentage:

  • Maszlee Malik / Simpang Renggam: 50.7%
  • Redzuan Yusof / Alor Gajah: 50.7%
  • Syed Saddiq / Muar: 53.1%
  • Muhyiddin Yassin / Pagoh: 55.2%

[Note: Alor Gajah and Simpang Renggam were contested by MCA and Gerakan respectively, and thus it cannot be assumed that these BN votes can be automatically transferred to Umno. Alor Gajah has 60.8 percent Malay voters and Simpang Renggam, 59.6 percent Malay voters.]

Pribumi's Redzuan and Maszlee barely passed the 50 percent mark in popular vote. It will not require too much to swing their seats.

The huge advantage for Umno-PAS is that the next generation of new voters comprises largely Malays, and the numbers gap with low birthrate young Chinese is wide.

BELOW: It's projected that in the year 2020, the Malaysian population will have 1.9 million Bumiputera aged 15-19. Chinese youths in the same age cohort will be a little under half million and Indians, 170,000. These 2.6 million youths are the potential first-time voters

Syed Saddiq won in a seat which has 31.5 percent Chinese voters, and Muhyiddin in a seat with 29.8 percent Chinese voters. Despite their areas having 'so many' Chinese or roughly three Chinese out of every 10 voters, the Pribumi popular vote in Muar (53.1%) and Pagoh (55.2%) is unconvincing, i.e. merely between three and five percent above the 50-majority line.

Umno-PAS are good for seats above 70-75 percent Malay voters and competitive in seats 60-70 percent Malay voters.

We must not forget either that Chinerse are over-registered to vote (in proportion to the community ratio in the general population) and also represent a very high turnout on polling day.

Mahathir himself did not enjoy a comfortable victory either. He had 18,954 votes in Langkawi. There Umno and PAS together had 15,573 votes, i.e. putting Pribumi ahead of Umno-PAS only by 3,381 votes in the parliament seat held by no less than the prime minister himself.

'PAS and Umno's blooming ta'awun siyasi relationship' — read HERE

Another high water mark in Malay unity

Never since the rebellion of 1946 have the Malays been this united. Yesterday Umno and PAS shook hands and called curtains on BN.

So it's Umno-PAS on one side, and DAP & Gang on the other. If GE15 is to be called in five years' time, Mahathir will be 98. Anything and everything can happen in the interim – all depending on an old man's state of health.

Mahathir's political adversary, however, is nowhere near as volatile. On the contrary, relationship between Umno and PAS will only get stronger with time. Umno-PAS are appealing to an overlapping Malay Muslim constituency. This complementary demographic factor allows both parties to strengthen each other.

BELOW: The ugly face of hateful DAP politics

Their message on joint vested interests – Malay rights, Muslim rights – mutually enhance their one cohesive, consolidated message. Such is not the case with DAP and Pribumi who have voter bases that are inherently hostile to the other.

The message that DAP and Pribumi send to their respective followers contradict the political intent of the other. For example, DAP supporters demand "equality". This demand neccesitates the negation of Article 153 of the federal constitution on the Malay special position. They also want "meritocracy", ergo no more NEP-like affirmative action programmes.

Chinese demands made through DAP such as equality, meritocracy, etc rile up the Malays who have objected to (one particular episode of) Guan Eng placing Mandarin above the national language, objected to acceptance of the UEC, objected to opening the doors of Mara colleges and UiTM to everybody, objected to diluting the authority of Islamic government agencies … the list of objections goes on and on.

Pribumi has had to recently convene a Bumiputera congress to allay Malay anxiety. The event pissed off Dapsters who have bought into DAP's New Malaysia promise of "Beyond Race".

Whatever DAP does to please Dapsters will upset the Protuns. Whatever Pribumi does to please the Protuns will upset Dapsters. This vital factor of mutual antagonism must not be underestimated for its role of corroding the toxic Harapan alliance.

Harapan are disparate parties with no shared ideology and pulling in four different directions of the compass. PAS and Umno are, on the other hand, almost interchangeable. The former emphasizes on Islam, the latter on Malays. Hence Islam Melayu … Melayu Islam … satu halatuju.

The combined PAS and Umno GE14 popular vote for the Seri Setia state seat in Selangor was 32.89 percent. In the recent Seri Setia by-election, PAS garnered 41.4 percent of the popular vote with help from Umno during the campaign. That's nearly a 10 percent improvement.

Malay support for Umno-PAS (as one entity) is more than the sum of its parts. But support for Harapan can only decrease as election promises go unfulfilled, expectations are unmet, when our currency weakens, inflation and unemployment rise, foreign investments dry up and the cost of living skyrockets.

Umno-PAS, growing closer and stronger by the day, have a chance of taking back Putrajaya sooner than you imagine.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

RM2.6 bilion: Najib dedah bukti derma telah dipulangkan



Saudara-saudari, ingatkah anda akan poster "Di mana RM2.6b" yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk di Dewan Negara dan demonstrasi BERSIH tak lama dulu?

Hari ini, saya tunjukkan kepada anda bukti bahawa semua RM2.6b sudah dipulangkan selepas 4 bulan saya menerimanya.

Mengapa pula mahu menerima wang sebanyak itu di dalam akaun peribadi tetapi tidak digunakan dan kebanyakannya dikembalikan? Baca seterusnya……

1. Yang dimaksudkan RM2.6 bilion sebenarnya merujuk kepada dana US$681 juta yang saya terima di dalam akaun peribadi saya pada akhir bulan Mac 2013 – iaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

2. Seperti pernah diulas beberapa kali sebelum ini, saya diamanahkan mengikut perlembagaan parti untuk mencari sumbangan dan mengurus wang parti secara peribadi dan secara khusus. Seperti kebanyakan orang lain, saya ada beberapa akaun peribadi di bank-bank berlainan dan akaun peribadi yang menerima dana ini bukanlah akaun untuk kegunaan peribadi setiap hari tetapi bagi kegunaan aktiviti politik.

3. Analisa-analisa sebelum PRU13 menunjukkan bahawa BN mungkin kehilangan lebih banyak kerusi parlimen berbanding PRU12. Saya menghadapi pilihanraya yang agak mencabar dan membimbangkan. Saya juga menerima beberapa laporan bahawa setelah mentadbir Selangor dan Pulau Pinang sejak PRU12, Pakatan sudah mengumpul dana yang besar dari sumber dalam dan luar negara.

4. Oleh itu, saya bimbang bahawa peristiwa "916" (16 September 2008) besar kemungkinan akan berulang pada PRU13.

5. Peristiwa 916 ialah percubaan yang gagal Pakatan sejurus selepas PRU12 untuk membeli dan mempengaruhi berpuluh-puluh ahli-ahli parlimen BN untuk melompat ke Pakatan bagi menjatuhkan kerajaan BN.

6. Walaupun pergolakan "Arab Spring" sudah berakhir pada bulan Disember 2012, tetapi pada awal tahun 2013, saya sekali lagi meminta Raja Arab Saudi untuk membantu dengan dana "contingency".

7. Baginda bersetuju. Saya membuat keputusan untuk tidak meminta dana dari ahli perniagaan dan taikun tempatan sebagaimana dilakukan PM ke-4 kerana tahu jika berbuat demikian maka mereka akan meminta balasan projek yang bernilai jauh lebih tinggi. Saya tidak bersetuju dengan amalan kronisme.

8. Oleh itu,, Putera Abdulaziz Al-Saud sekali lagi menulis surat kepada saya pada 1 Mac 2013 bahawa dana sebanyak US$800 juta (yang saya terima tidaklah sampai US$800 juta) akan disalurkan kepada saya secara berperingkat-peringkat untuk tahun itu.

9. Di dalam surat itu, Putera Abdulaziz Al-Saud menyatakan dana ini akan disalurkan samada dari akaun bank baginda ataupun dari sumber-sumber pihak baginda yang lain termasuk syarikat Tanore.

10. Mengikut dakwaan DOJ dan WSJ, wang dari syarikat Tanore secara tidak langsung dan berlapis-lapis ini ialah dari 1MDB.

11. Tetapi Putera Abdulaziz Al-Saud inilah yang selama ini mewakili Raja Abdullah bagi menyalurkan dana kepada akaun saya termasuk pada tahun 2011 dan 2012 di mana dana diberi dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.

12. Tiada sebab pada masa itu untuk saya ataupun bank-bank penerima menyoal ataupun menyelidik dengan sangat mendalam bagi mengenalpasti sumber wang ini ialah dari mana apatah lagi, wang itu dilampirkan bersama surat dari wakil Raja Abdullah.

13. Saya meminta bantuan dari Raja Abdullah, baginda bersetuju dan wakil baginda yang menguruskannya.

14. Salinan surat-surat ini turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun saya di Ambank yang digunakan khusus untuk tujuan politik bagi tempoh beberapa tahun. Sama ada BNM mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap dana ini.

15. Saya menerima pemberian berjumlah US$681 juta ini dalam dua transaksi pada 21 Mac dan 25 Mac 2013 – iaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 pada 5 Mei 2013. Dana ini semua telah ditukarkan kepada matawang Ringgit apabila diterima dalam akaun saya.

16. Selepas PRU13, saya lihat peristiwa 916 tidak akan berulang dan saya membuat keputusan pada bulan Julai untuk memulangkan semua duit yang saya terima ini kerana tidak lagi memerlukannya.

17. Maka selepas Ambank menggunakan masa seketika untuk menukarkan Ringgit dalam akaun saya kembali kepada Dolar Amerika Syarikat, kesemua dana ini dikembalikan kepada sumber yang diterima iaitu Tanore.
 
18. Oleh kerana kadar pertukaran wang berbeza dengan penyusutan sebanyak 10% dari bulan Mac sehingga Ogos, hanya US$620 dikembalikan berbanding dengan US$681 yang diterima.

19. Kesimpulannya ialah saya tidak simpan RM2.6b ini. Jika seseorang mahu menyamun pun, tidaklah masuk akal untuk menyimpannya dalam akaun bank di atas nama sendiri dan kita tahu ia bukan dari dana 1MDB di mana kita semua tahu dananya ialah dari sumber pinjaman. Wang yang dipinjam mesti dibayar balik dan jika mahu mencuri dari sana tentu akan bermasalah bila sampai masa untuk membayar hutang.

20. Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan tahu hakikat ini tetapi tidak mahu mengaku bahawa saya tidak menyimpan RM2.6 bilion ke dalam poket untuk beli cincin atau beg tangan.

21. Tetapi persepsi inilah yang mereka wujudkan di kalangan rakyat kononnya saya merompak, menyamun dan mencuri berbilion-bilion, dan ramai terpengaruh dengan dakyah itu.

22. Mengapa saya tidak mendedahkan ini sekian lama?

Sebagaimana saya katakana sebelum ini, ia adalah permintaaan Raja Abdullah untuk merahsiakan tetapi kebimbangan yang utama ialah patutkah saya sebagai Perdana Menteri pada masa itu dedahkan kepada seluruh dunia bahawa ada berlakunya aktiviti beli-membeli ahli parlimen di dalam demokrasi Malaysia?










Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kerjasama Pas-UMNO : Amboihhhhh!



KUALA TERENGGANU: PAS sees a lot of positivity in its newly-forged alliance with Umno, says the party's spiritual leader.

PAS Mursyidul Am Datuk Hashim Jasin said the party saw the relationship with Umno as an opportunity to guide its former rivals "towards the path of Islam".

"During the recent by-elections in Sungai Kandis and Seri Setia, we co-operated with Umno as opposition parties.

"We saw positive signs and we were able to put aside Umno's wrongdoing in the past 60 years.

"We must help to correct the wrongdoings of Umno's leadership. It is our duty to guide Umno towards Islam," said Hashim, in his speech when opening the muktamar (general assembly) for PAS' ulama wing here on Thursday (Sept 13).

Hashim said whatever sort of alliance PAS decides to embark on, it must always put Islam first.

"They (Umno) came to us when they are in a weakened state. Let's use this opportunity to show them the way towards Islam.

"In any form of cooperation that we forge, it must bring benefit towards Islam. We should not act harshly against our political rivals who are Muslims.

"This is our way of dakwah (preaching)," said Hashim.

Hashim added that Pakatan Harapan has failed to uphold Islam since taking over the Federal Government, despite having "Muslim majority parties" such as PKR, Parti Amanah Negara and Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Under Pakatan Harapan's reign, more and more people dare to question Islamic institutions.

"Islam's position in the country has been threatened by people trying to spread the Christian agenda, liberalism, secularism as well as promoting anti-Islam and anti-Hadith movements.

"We see that Pakatan has failed to prevent these from happening," said Hashim.

The PAS muktamar will be held over the next four days, beginning with the opening of the party's Ulama, Muslimat (women) and Pemuda (youth) wings.

Sumber : The Star

Pewaris Melayu : Pedih jugak kenyataan yang dibuat Pas. Tapi, apa boleh buat, ianya hakikat yang UMNO kena ingat sekarang ni kita kena buat kerjasama politik demi survival politik orang Melayu dan agama Islam. 

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Peguam DS Najib, Tan Sri Shafee Abdullah ditahan & didakwa AMLA



KUALA LUMPUR 13 Sept.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) hari ini akan mendakwa peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, beliau akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembia­yaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) kira-kira pukul 8.30 pagi di mahkamah Kuala Lumpur, di sini.

"Muhammad Shafee ditahan di sekitar ibu negara awal pagi tadi dan kini berada di pejabat SPRM Kuala Lumpur bagi memberi keterangan.

"Pendakwaan dilakukan berhubung aliran wang tunai yang masuk ke dalam akaun peguam tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan 1Malaysian Development Berhad (1MDB)," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Pewaris Melayu : Satu cara nak jatuhkan DS Najib adalah dengan tahan dan dakwa peguam terbaik dia. Lets see what will happen. Taktik Dr M memang lagend

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar sah pilih kerusi parlimen Port Dickson



(Mstar) PETALING JAYA: Teka-teki kerusi yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim terjawab apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson menerusi pilihan raya kecil (PRK).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, ramai wakil rakyat parti itu menawarkan kerusi kepada Anwar selepas beliau menyatakan hasrat mahu kembali aktif sebagai ahli Parlimen ketika kempen PRK Sungai Kandis minggu lalu.

"Anwar telah mengambil semua pertimbangan sebelum memilih Port Dickson.

"Saya percaya ia dibuat atas satu kebebasan bagi menjayakan segala perancangan yang kita susun" jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah turut mengumumkan perletakan jawatnya bagi memberi laluan kepada Anwar.

Sebagai rekod, Danyal Balagopal merupkan wakil tunggal parti berkenaan yang memenangi kerusi P132 apabila mendapat 36,225 undi dengan majoriti 17,110.

Pewaris Melayu : Langkah Port Dickson pulak! UMNO kena turunkan calon yang boleh menandingi Anwar. Kena pastikan Anwar kalah pada PRK yang merugikan duit rakyat! 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Chinese never turning back starting from Balakong By-Election & beyond

(helenang.wordpress.com) MCA should gulung tikar.
DAP has long been taunting that MCA should close shop.
I agree.
In the Balakong by-election yesterday, DAP’s share of the popular vote rose to 85 percent. It is an increase from the 77.5 percent vote share DAP obtained in the general election four months ago.
This time, MCA managed to keep its deposit … but barely. This time also, MCA contested under its own (not BN’s) party logo and faced off DAP in a straight fight.

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib aktif keluarkan kenyataan, Guan Eng takut ke?


“Kadang-kadang saya baca seperti kisah dongeng. Berkenaan pendedahan terbaharu itu, kalau perlu saya beri maklum balas, sebab akan ada pihak bertanggungjawab yang akan lihat perkara ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Baca lagi
Bagi penulis, DS Najib perlu kekal releven dan momentum dengan membuat kenyataan setiap hari untuk menjawab dan memberi pencerahan setiap isu yang dilemparkan terhadap dirinya.

Selama ni DS Najib dicemuh sehina-hinanya di laman sosial oleh semua orang tak kira tua ataupun muda.

Penulis harap DS Najib kekal istiaqmah dan terus mantap mengeluarkan kenyataan yang berbisa, kritikan yang pedas dan tepat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.



Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Umat Islam Malaysia sedang diuji – Sultan Terengganu

(UTUSAN) KUALA TERENGGANU 11 Sept. - Umat Islam di negara ini sedang diuji dengan usaha-usaha untuk menafikan kedudukan Islam seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, suasana sukar yang turut dihadapi umat Islam di seluruh dunia itu lantas menuntut kesatuan dan perpaduan dalam kalangan ummah, yang merupakan kunci penting kepada peristiwa hijrah.

“Kunci penting itulah yang membawa kepada terbinanya Madinah, model kerajaan Islam terbilang yang dipenuhi rahmat kepada seluruh masyarakat sama ada penduduk Islam atau bukan Islam.

“Sebagai umat Islam marilah kita melakukan perubahan dengan berhijrah ke arah yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredaan Allah SWT,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1440H/2018M di Stadium Negeri di sini, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan putera baginda, Tengku Muhammad Ismail yang diiringi Ahli Dewan Pangkuan Diraja, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sultan Mizan bertitah, kejayaan peristiwa hijrah telah memperkukuhkan pegangan akidah, ibadat, akhlak dan gaya hidup umat Islam pada zaman berkenaan bahkan, langkah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar turut memperlihatkan kebesaran nilai kasih sayang sesama Islam.

Titah baginda, kasih sayang merupakan perisai dalam menjaga kekuatan sesebuah negara di samping membanteras kemiskinan dan masalah sosial kala­ngan fakir miskin serta golongan kurang berkemampuan.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib turun, Ringgit pun turun!


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kebimbangan terhadap nilai ringgit yang semakin menyusut sehingga ke paras RM4.15 kini.

Najib berkata, trend naik turun ringgit sebelum ini banyak bergantung kepada harga minyak dunia. Secara am, ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya.

Menurut Najib, trend tersebut sudah bercanggah kerana walaupun harga minyak semakin tinggi sehingga AS$78 satu tong sekarang, ringgit tidak mengukuh sebaliknya turun 30 sen sehingga RM4.15.

"Kerisauan saya ialah jika harga minyak dunia turun dengan kuat, maka matawang ringgit akan menerima impak yang agak teruk.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Yeay! Boleh beli kereta hari hari!

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata, lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW, dan Volkswagen.


Pewaris Melayu : Rakyat menanti harga barang dan kos sara hidup yang turun. Bukannya harga kereta yang turun! Berapa kerat je orang beli kereta baru? Lagipun penulis dengar diskaun ni diberi oleh syarikat pengeluar kereta dan bukannya sebab perlaksanaan SST


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Akhirnya Dr M kata Tabung Harapan tu hanya "SIMBOLIK" patriotik rakyat Malaysia, bukannya untuk bayar hutang kerajaan!









Akhirnya Tabung Propaganda kononnya nak digunakan untuk bayar hutang negara akan ditamatkan.

Mahathir juga akui kutipan Tabung Harapan adalah simbolik sahaja bukannya untuk bayar hutang kerajaan.

Ke mana duit itu akan pergi tak ada siapa yang tahu.

Kesian kepada budak-budak yang korek tabung dan simpanan sendiri kena sedekah kepada Tabung Harapan. Mereka ingat untuk bayar hutang negara RM1 trilion, rupa-rupanya hanya simbolik sahaja.

Tahukah anda dalam masa yang sama RM180 juta dikutip, Kerajaan Pakatan Harapan menerbitkan RM34.5 bilion hutang baru.

Tahniah kepada semua. Semuanya diperbodohkan Kerajaan. Sayangi Malaysiaku.

Kahkahkah.


Sumber : Facebook Syahir


46 Comments
Jom komen di Facebook!

Terkini : Guan Eng bebas tuduhan rasuah



GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam pembelian banglo bawah harga pasaran.

Kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai lalu.

Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka.

Beliau berkata, kedua-dua mereka dibebaskan dengan segera tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang.

Sementara itu, Guan Eng semasa ditemui di luar kamar mahkamah gembira dengan keputusan tersebut.

Pewaris Melayu : Tahniah kepada 25% orang Melayu yang mengundi PH pada PRU14 yang lepas. Takziah kepada sistem perundangan kita! 

12 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .