Archive for Julai 2018

"Melayu Pendatang" - Saya minta maaf kata Kula Segaran



KUALA LUMPUR - Selepas dikecam pelbagai pihak, Naib Presiden DAP, M Kula Segaran membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversi dikeluarkannya dalam satu ucapan di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Menteri Sumber Manusia itu, beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah.

Malah, beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini.

"Saya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Perkataan seperti 'sesumpah'. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan 'pendatang' yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini.

"Untuk menghentikan semua kontroversi ini, saya buat keputusan minta maaf dan tarik balik kenyataan itu," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Ipoh Barat ini, ucapannya di Nilai baru-baru ini telah disalah erti yang mendakwa beliau menggunakan perkataan 'pendatang' merujuk kepada orang Melayu.

"Saya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut," ujarnya.

Kula Segaran mencipta kontroversi baru-baru ini apabila beliau dikatakan mendakwa orang Melayu adalah pendatang di Malaysia dan orang India adalah antara yang terawal berada di Malaysia.

Meskipun sebelum ini beliau dilihat seakan mahu mempertahankan kenyataannya, namun permohonan maaf terbaru ini mungkin mampu meredakan sedikit kontroversi melibatkan isu tersebut.

(Sinar) Nafi keluar kenyataan Melayu pendatang

SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menyangkal dakwaan mengatakan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya orang Melayu adalah pendatang di negara ini, dan kaum India merupakan penduduk asal.

Katanya, ia merupakan fitnah dan pembohongan kerana ia telah diputar belit tanpa latar atau konteks yang sebenar.

Menurutnya, dalam satu majlis, beliau menjelaskan bahawa orang India telah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu dan agama Hindu dibawa oleh kaum tersebut.

"Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Sehubungan itu, saya berpendapat tidak adil jika kaum India digelar sebagai pendatang, berdasarkan faktor-faktor sejarah itu.

"Saya tidak menyebut sama sekali tentang orang Melayu. Sudah tentu tuduhan kononnya saya mengatakan orang Melayu adalah pendatang merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan, Kulasegaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.

Beliau juga mendakwa, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemui di sana.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman video yang dimuat naik dalam YouTube baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, agama Hindu merupakan agama awal yang dianuti penduduk tempatan di Tanah Melayu dan Nusantara.

"Ia kemudiannya berkembang kepada ajaran Buddha dan sehinggalah Islam dibawa ke rantau ini serta menjadi popular pada abad ke15.

"Transmigrasi pula merupakan proses natural yang berlaku di seluruh dunia. Pelbagai kaum saling berhijrah ke merata dunia mengikut keperluan dan suasana semasa. Begitu juga dengan Tanah Melayu, Malaysia, India, China dan banyak lagi. Ini fakta sejarah," katanya.

Justeru beliau menekankan agar sejarah diajar dengan fakta yang benar, tepat dan lengkap.

"Ini penting agar setiap warga Malaysia tahu sejarah kita sendiri," katanya.

(Utusan) Kula Segaran dakwa Melayu bangsa pendatang



KUALA LUMPUR 27 Julai - Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.

Menteri Sumber Manu­sia itu juga mendakwa, masya­rakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.

Dakwanya, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemukan di sana.

"Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, ke­semua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.

"Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka, merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang! Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita!" dakwanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam Youtube di sini baru-baru ini.

Kula Segaran dikatakan melakukan dakwaan demikian di dalam bahasa Tamil pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.

Dakwanya, guru di sekolah telah mengajar anak-anak murid tentang sejarah asal usul orang Hindu yang menetap di negara ini sejak 100 tahun lalu sahaja.

"Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini! Pergi beritahu kepada semua, kenya­taan ini keluar dari mulut saya, Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.

"Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita," dakwanya.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan komen Kula Segaran gagal berikutan beliau menutup telefon bimbitnya dan mesej WhatsApp yang dihantar kepadanya juga tidak dibaca.

Pewaris Melayu : Takkan mintak maaf je? Ambik la tindakan, letak jawatan atau pecat dari jawatan menteri! 


2 Comments
Jom komen di Facebook!

Sokong KJ untuk desak PH memungkiri janji manifesto PRU14!

Kenyataan KJ dipetik dari Sinar Harian :



Katanya, beliau sedia memaafkan kerajaan jika memungkiri dua janji iaitu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan penangguhan bayaran PTPTN sehingga gaji mencecah RM4,000.

"Atas semangat janji boleh dimungkiri, saya nak cadangkan dua janji besar yang saya rayu kerajaan supaya tak laksanakan. Ini kerana kalau dilaksanakan akan bawa kemudaratan kepada negara kita," katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

"GST telah ditetapkan pada kadar sifar peratus  tetapi tidak ada penurunan harga barang.

"Menteri Kewangan juga akui sistem GST adalah cukai yang lebih telus dan cekap. Jadi apabila ada pengakuan sebegitu, kenapa ia perlu diganti dengan sistem lain?," soalnya.

"Kerajaan perlu melihat janji-janji ini secara rasional. Jangan terpaksa melaksanakannya kerana ingin jadi populis sehingga memudaratkan negara," katanya.

Pewaris Melayu : Kan manifesto tu bukan janji dan bukannya kitab suci? Gunakanlah alasan ni untuk kekalkan je GST tapi kurangkan kadar ataupun kuatkuasakan undang-undang dengan ambil tindakan kepada pembuat, pembekal, pengedar dan peniaga yang menaikkan harga oleh disebabkan GST. Settle! 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kaum Cina Boleh Bersatu, Mengapa Melayu Tidak Boleh?



Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Umum mengetahui dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, sekurang-kurangnya 95% kaum Cina mengundi Pakatan Harapan (PH). Mereka akan memilih mana-mana calon yang mewakili PH sama ada calon itu Melayu, Cina, India atau lain-lain. Corak pengundian kaum Cina ini di seluruh negara hampir sama, tidak kira di bandar atau di luar bandar. Begitu juga corak pengundian mereka tidak dibezakan sama ada seseorang itu Buddha, Taoism dan Kristian. Malah yang lebih menarik, diyakini ahli-ahli MCA dan GERAKAN turut mengundi PH sekaligus menyebabkan parti yang mereka anggotai kalah teruk. Demikianlah kesatuan kaum Cina untuk mencorakkan politik Malaysia mengikut hasrat yang mereka kehendaki.

Kaum Cina menyedari, komposisi mereka yang tidak sampai 30% tidak memberi apa-apa kesan kepada corak politik Malaysia sekiranya mereka tidak bersatu. Taburan demografi mereka pula tidak sekata, tertumpu di kawasan-kawasan tertentu khususnya di Kawasan bandar dan Pantai Barat Semenanjung. Kerusi-kerusi parlimen yang bermajoriti kaum Cina adalah sekitar 33 kerusi, begitu jauh untuk mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Manakala di kerusi-kerusi marginal yang jumlah kaum mereka agak tinggi juga, sekiranya undi mereka berpecah kepada DAP dan MCA atau GERAKAN, berkemungkinan kerusi ini terlepas kepada calon kaum lain. Oleh sebab itu, kesatuan adalah formula yang tidak boleh dielak.

Adalah diyakini, kaum Cina mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan pada setiap kali PRU, mereka bersatu untuk mengundi mengikut corak tertentu. Dengan mekanisme itu, pengundi-pengundi dari kalangan kaum Cina tahu parti mana yang mereka perlu pilih sama ada DAP atau MCA atau GERAKAN. Mereka juga tahu sama ada untuk memilih Barisan Nasional (BN) atau PH atau PAS (GAGASAN SEJAHTERA). Pada PRU10 tahun 1999 dan PRU11 tahun 2004, mereka bersatu mengundi BN. Kemudian pada PRU12 tahun 2008 dan PRU13 tahun 2013, mereka bersatu pula menolak BN dan mengundi pembangkang. Jarang sekali kita dapati, kaum Cina mengundi mengikut corak yang tidak sekata dalam PRU-PRU yang lepas.

Persoalannya, adakah sikap kaum Cina ini boleh dianggap rasis atau perkauman? Jawapannya terpulang kepada masing-masing, boleh jadi ada yang menganggapnya perkauman dan ada yang menganggapnya tidak. Sesetengah pihak menganggapnya rasis kerana mereka hanya mementingkan hasrat yang mereka mahu capai daripada kerajaan yang dipilih bukannya melihat kepada hasrat nasional. Manakala ada pihak yang lain menganggapnya bukan rasis, kerana memang menjadi sikap semulajadi kaum yang minoriti perlu bersatu untuk memastikan kepentingan mereka tetap terjamin. Dengan sebab itu, hampir mustahil kaum Cina akan mengundi calon Melayu di kawasan bermajoriti Cina seperti Bukit Bintang, Seputih dan lain-lain.

Situasi ini begitu berbeza dengan kaum Melayu-Muslim, sebarang seruan ke arah kesatuan akan dianggap rasis atau perkauman. Mana-mana tokoh atau pihak yang menyeru digembelingkan kesatuan umat Melayu akan terus dilabel rasis termasuk oleh segelintir Melayu-Muslim sendiri. Kecuali selepas Tragedi 13 Mei 1969, apabila PAS dan UMNO bersama membentuk BN sehingga tahun 1978, seruan ke arah kesatuan umat Melayu dianggap satu yang begitu perlu. Dengan kesatuan tersebut, maka agenda-agenda besar untuk kepentingan kaum Melayu-Muslim dapat dilaksana malah turut membantu mengharmonikan semua kaum. Mungkin hanya ketika situasi ini seruan ke arah kesatuan umat Melayu dilihat tidak rasis.

Di ambang PRU 14 yang lalu, secara umumnya melihat bahawa kaum Melayu-Muslim berpecah kepada empat golongan iaitu UMNO, PAS, PPBM dan PKR/PAN. Perpecahan itu dari satu sudut dianggap sebagai kelemahan kaum Melayu-Muslim sendiri yang tidak dapat menguruskan perbezaan, tetapi dari satu sudut yang lain mungkin juga strategi pihak-pihak tertentu yang melaksanakan amalan 'pecah dan perintah'. Berdasarkan keputusan PRU14, secara kasarnya boleh dianggarkan UMNO memiliki 42% sokongan kaum Melayu-Muslim, PAS pula memiliki 33%, PPBM memiliki 15% dan PKR/PAN memiliki 10%. Sekiranya sokongan yang dimiliki oleh UMNO dan PAS diselaraskan berkemungkinan situasi pasca PRU14 adalah berbeza.

Sebelum PRU14, usaha-usaha awal cuba dilakukan untuk menarik PPBM untuk tidak pergi kepada PH, sebaliknya bersama dengan PAS dan IKATAN dalam GAGASAN SEJAHTERA (GAGASAN). Sekiranya usaha ini berjaya, diyakini GAGASAN dapat mengimbangi kemenangan BN dan sekaligus menyekat kemaraan DAP yang umum mengetahui mendominasikan PH. Dengan jumlah sokongan pengundi Melayu-Muslim yang dimiliki oleh PAS dan PPBM iaitu sekitar 48% (33% + 15%), besar kemungkinan keputusan PRU14 yang dilihat baru-baru ini tidak akan berlaku. Bagaimanapun, usaha-usaha itu gagal sehingga menyebabkan situasi politik tidak menentu berlaku pada ketika ini.

Sekiranya sebelum PRU14 berlaku persefahaman (bukan penggabungan) atau electoral pack antara UMNO dan PAS, diyakini situasi politik tidak menentu pada hari ini juga tidak akan berlaku. Persefahaman kedua-dua parti Melayu-Muslim terbesar ini akan mengumpulkan tidak kurang 75% sokongan kaum Melayu-Muslim. Melalui persefahaman ini, UMNO dan PAS tidak perlu bergabung malah terus bertanding antara satu sama lain. Apa yang perlu dilakukan, kedua-dua parti mengelakkan bertembung di sejumlah kerusi tertentu untuk mengelakkan PH menang. Sudah pasti persefahaman seperti ini adalah sebuah mimpi ngeri kepada PH justeru mereka terus menyerang usaha ini dengan pelbagai tohmahan.

Memang benar pandangan banyak pihak, kesatuan umat Melayu adalah sesuatu yang cukup mahal untuk dicapai. Kesatuan itu hanya dirindui bila berlaku Peristiwa Penentangan Malayan Union atau insiden yang seumapamanya. Golongan yang cuba memupuk kesatuan umat Melayu akan dituduh dengan pelbagai tohmahan seperti rasis atau perkauman, tiada semangat negara bangsa, berada dalam tempurung, tidak terbuka dan sebagainya. Meskipun, Islam yang menjadi pegangan kaum Melayu-Muslim adalah sangat menekankan kesatuan berteraskan Ukhuwah Islamiyah, prinsip seumpama itu tidak memberi pengaruh melainkan bila kaum Melayu-Muslim memang merasa rindu dengan kesatuan itu.

Suasana Pasca-PRU 14 telah memperlihatkan siapa PH sebenarnya. Mereka bukan sahaja tidak menepati janji manifesto mereka kepada rakyat, tetapi sudah mula bertindak seperti anai-anai mahu meruntuhkan tiang-tiang seri pembinaan negara Malaysia. Usaha sudah mula dilakukan untuk meletakkan taraf kedudukan Islam di Malaysia sama dengan agama-agama lain. Desakan juga telah dicetuskan untuk mengganggu-gugat Institusi Raja. Kedudukan Bahasa Melayu pula sudah semakin diperkecilkan dalam urusan rasmi dan dasar pendidikan. Hak istimewa bumiputera semakin dicemburui apabila timbul suara-suara sumbang mempersoalkannya. Adakah perkembangan-perkembangan ini menggamit rindu kaum Melayu-Muslim bersatu?

Ketika persoalan ini berlegar, berlaku Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Kandis. DUN ini mempunyai hampir 73% pengundi Melayu-Muslim, iaitu ini komposisi yang signifikan untuk melihat adakah situasi menggamit rindu ini sudah berlaku? Dalam konteks PRK ini, 'persefahaman' dilihat sudah berlaku, iaitu apabila PAS tidak bertanding. Tindakan seperti ini berkemungkinan dapat mengelakkan pengundi Melayu-Muslim agar tidak lagi menjadi mangsa amalan 'pecah dan perintah'. Sekarang terpulang kepada pengundi-pengundi Melayu-Muslim di Sungai Kandis. Merekalah yang yang sewajarnya menjawab soalan ini, jika pengundi Cina boleh bersatu, mengapa pengundi Melayu tidak boleh?

Sumber : Malaysia-Today 

4 Comments
Jom komen di Facebook!

"Sila duduk dan jangan lari" - rupanya telah terjawab!



Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(2) menyatakan:

"Jika siapa-siapa ahli menarik perhatian Pengerusi mengatakan tidak cukupbilang, maka hendaklah dipanggil ahli-ahli di luar Dewan Mesyuarat seolah-olah memanggil ahli kerana hendak diadakan belahbahagian.
 
"Setelah dipanggil ahli-ahli itu, maka Tuan Yang Dipertua, selepas genap dua minit, hendaklah membilang berapa orang ahli-ahli dalam Majlis Mesyuarat; jika tidak cukupbilang juga maka hendaklah ditangguhkannya mesyuarat itu hingga hari mesyuarat yang kemudian dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat."

So, rasanya YDP Agong berseloroh tempoh hari semasa pembukaan sidang Dewan Rakyat ditujukan kepada siapa?

Hahaha! 







Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Azmin Dan Tun M Berbeza Pendapat Berapa Janji Manifestomato Telah Dicapati Dan Ditepati


Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir dan salah seorang Menterinya, Azmin Ali (dari Kementerian mana tah, tak penting) berbeza pendapat mengenai janji manifestomato yang telah ditepati dan juga yang telah dicapati. Tonton video di bawah:


Ini kenyataan DS Azmin Ali:

8 telah pun dilaksanakan2 dalam proses untuk pelaksanaan

Ini pula kenyataan Boss beliau, Tun Dr Mahathir:

2 telah mula dilaksana6 sedang ditunaikan2 belum mula langkah pelaksanaan

Kesimpulannya, satu Kerajaan. satu kabinet.  Dua pendapat yang berbeza. Pening, mana satu yang betul?

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PRK Sungai Kandis : Sayu bila dengar "rasa rindu" Warga Emas menatap wajah bekas PM DS Najib Razak


Sayu bila dengar warga emas ni meluahkan rasa rindu dirinya menatap wajah DS Najib Razak semenjak PRU 14 yang lepas. Inilah yang dikatakan sekali berjasa, selamanya rakyat menghargai.

Pemimpin Barisan Nasional dan rakyat berpisah tiada.

* video turun padang mantan Presiden & Perdana Menteri ke Sg. Kandis

Posted in , , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

RETAK MENANTI BELAH : Majlis Penasihat "Mula Ditolak" Pemimpin PH?




Apabila kronisme melangkaui kepentingan umum, maka berlakulah konflik dalam pembuatan keputusan. Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dilaporkan bercanggah pendapat dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung keputusan kerajaan, kata akhbar Straits Times Singapura.

Laporan itu, yang memetik pegawai kerajaan, berkata campur tangan CEP menyaksikan perubahan beberapa kakitangan utama dalam kerajaan, termasuk peletakan jawatan gabenor Bank Negara, dua hakim kanan dan speaker Dewan Rakyat.

Untuk jawatan speaker PKR dan DAP dilaporkan mahu calon yang berbeza.

Akhbar itu juga melaporkan tahap campur tangan oleh anggota CEP, Tun Daim Zainuddin cukup meresahkan pemimpin HARAPAN.

Timbalan Ketua Dasar dan Strategi, BERSATU, Wan Saiful Wan Jan dipetik sebagai mengakui terdapat perbincangan mengenai peranan CEP bukan hanya di kalangan menteri dan pemimpin parti tetapi juga di pegawai kanan kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini, berkata CEP hanya akan berfungsi selama 100 hari tetapi laporan itu berkata terdapat kebimbangan bahawa hayat majlis tersebut kini mungkin dilanjutkan.

"Mahathir perlu berhati-hati untuk tidak terlalu bergantung kepada Daim sebagai penyelesaisegala masalah, tetapi mampukah Mahathir menghentikan seseorang seperti Daim?" soal felo kanan, Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam Johan Saravanamuttu, seperti dipetik oleh Straits Times.

Laporan itu juga mendedahkan mengenai kebimbangan komuniti perniagaan, dengan memetik Pengarah Asia, Kumpulan Eurasia, Peter Mumford sebagai berkata:

"CEP mengurangkan peranan kabinet dalam beberapa segi, meningkatkan risiko kekeliruan dasar dan keprihatinan mengenai pentadbiran selari.

"Para pelabur mahu mengelakkan diri daripada mempunyai dua menteri kewangan dan penjelasan mengenai siapa yang berkuasa."

Straits Times menambah, terdapat spekulasi CEP juga mahu pengurusan tertinggi Khazanah meletakkan jawatan susulan cadangan memindahkan entiti itu ke Jabatan Perdana Menteri.

Ia menambah, Daim juga tidak bersetuju dengan rundingan semula projek LRT3 dan MRT2, sebaliknya dilaporkan memihak kepada tender semula secara terbuka.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan perjanjian rundingan semula LRT3 bakal menyaksikan pengurangan kos dari RM31.45 bilion kepada RM16.63 bilion.

Laporan itu memetik seorang pemimpin HARAPAN sebagai berkata, keputusan kabinet yang meluluskan cadangan Lim berbanding Daim, menunjukkan Mahathir tidak seratus-peratus memihak Daim.

KJ Bimbang Pengaruh CEP Yang Tidak Dipilih Rakyat

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) hari ini menimbulkan kebimbangan tentang pengaruh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), yang digambarkannya sebagai majlis yang "tidak dipilih dan tidak dipertanggungjawabkan".


Bercakap semasa sesi soal jawab di Parlimen pagi ini, Khairy memberi contoh bagaimana Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin memanggil hakim-hakim kanan dan mengarahkan mereka untuk meletakkan jawatan.

"Itu bukan nasihat. Itu adalah arahan serta-merta letak jawatan dan ini direkodkan," katanya.

Khairy juga merujuk pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, seorang lagi anggota CEP, yang menerajui dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dan Sime Darby Properties.

"Adakah ini percanggahan kepentingan, conflict of interest? Bila kerajaan nak bubarkan CEP yang unaccountable dan juga unelectedini?" soalnya.

Menjawab soalan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, Datuk Liew Vui Keong mengulangi bahawa peranan CEP adalah sebagai majlis penasihat.

"Kerajaan sebelum ini juga telah melantik banyak badan penasihat, seperti badan penasihat mengenai 1MDB, special advisory on many other bodies.

"Tetapi soal accountability ataupun locus standi bagi CEP ini tidak wujud bagi locus standi kerana mereka ini hanya abertindak sebagai badan penasihat dan tidak terikat kepada apa-apa perundangan.

"Jadi keputusan mereka ini tidak semestinya binding (mengikat) kepada kerajaan. Kerajaan mengambil pandangan daripada mereka...," katanya.

Tidak puas hati dengan jawapan berkenaan, Khairy kemudian mempersoalkan mengapa Daim minggu lalu ke Beijing untuk berunding dengan kerajaan China.

"Apa yang berlaku di China, rundingan dari Daim, adakah itu advisory? Adakah itu hanya memberi nasihat?" soalnya.

Bagaimanapun, Liew berkata kunjungan Daim itu adalah atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sekiranya diarahkan, bolehlah pergi melawat. Jadi untuk mendapat pandangan dan juga isu-isu yang berkenaan negara ini," katanya.

Mahathir dijadualkan membuat lawatan rasmi ke China bulan depan.

Liew juga mengulangi bahawa majlis itu akan dibubarkan selepas 100 hari HARAPAN berkuasa.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

How Can We Unite Malaysians When We Have These Separate School Systems?




I could not care less if we have a thousand school systems as long as young Malaysians from the different races are learning together in class, playing together on the school fields, and participating in the same school plays and bands, then we would more likely end up as a nation less segregated and consequently more united.

M. Bakri Musa

The underpinning of the national education policy, articulated in the Razak Report of 1956, was that if young Malaysians were to learn in the same language, read the same books, and have a shared understanding of our history, then we would all idolize the same heroes and subscribe to the same values. With that common base and shared goals, national unity would be that more achievable.

It was a reasonable assumption. Tun Razak's national schools were a vast improvement over the then existing vernacular schools which most Malaysian children attended. At least they would now know more about Tunku Abdul Rahman than Nehru or Chiang Kai Shek, and could speak the national language, a significant achievement.

Instead of building on that system we let it deteriorate. Today we are even more segregated then during colonial rule.

Many factors contribute to this sad deplorable situation, among them the increasing Islamization and the de-emphasis of English in the national stream. I elaborated on this in my earlier book, An Education System Worthy of Malaysia (2003) and elsewhere. Today young Malaysians may be reading the same books and learning the same facts but they are not doing it together, with the Chinese attending Chinese schools and Malays, national schools. That is the crux of the problem.

I have a different perspective. I could not care less if we have a thousand school systems as long as young Malaysians from the different races are learning together in class, playing together on the school fields, and participating in the same school plays and bands, then we would more likely end up as a nation less segregated and consequently more united. I would focus on making our schools integrated, that is, their student body must reflect the general community. How that is best achieved is for each school to decide.

To encourage that I would reward through generous state funding those schools that are fully integrated so they could enhance their programs further and attract an even broader spectrum of Malaysians. To me, even if a school were to use Swahili as the medium of instruction but it manages to attract a broad spectrum of Malaysian parents to enroll their children there, then that school should get full state funding. On the other hand any school that attracts only a narrow spectrum of Malaysians does not deserve any state support. That applies to Islamic as well as Tamil schools.

I am heartened by the increasing enrollment of Malays in Chinese schools. I prefer calling them Mandarin-medium national schools. They could further enhance their appeal to Malays by making their campuses more Malay-friendly, as with having halal canteens. I am also not against bringing back state-funded English-medium schools provided that their enrollments reflect the greater Malaysian society. To me they would not be the "English" schools of old rather English-medium schools along the same line as that Swahili-medium national school.

I am no fan of a single school system, as many currently advocate. If perchance that system proves to be lousy, then the whole nation would suffer. As with everything else, we should encourage diversity; our future would be better assured thus.

From my book Liberating The Malay Mind, ZI Publications, Petaling Jaya,  2013.

Source : Malaysia-Today.Net

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 65 DS @NajibRazak!



Assalamualaikum,

Walaupun sedikit terlewat, penulis ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 65 buat bekas Perdana Menteri DS Najib Razak. Semoga Allah memberikan kesihatan, kekuatan serta memudahkan segala urusan DS. Penulis ingin DS tahun yang kami amat - amat berbangga kerana mempunyai Perdana Menteri yang hebat untuk tempoh 2009 - 2018 yang mana menyaksikan Malaysia terus berada dikedudukan yang hebat diseantero dunia.

Malangnya, pada 9 Mei 2018 yang lepas rakyat telah termakan segala fitnah dan tohmahan buruk terhadap karekter DS dan menyaksikan penolakkan rakyat kepada Barisan Nasional pada PRU14. Apa - apa pun, penulis tetap akan sokong DS dan percaya DS tidak bersalah.

Pewaris Melayu
24 Julai 2018 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Bung Mokhtar ‘sekolahkan’ Maszlee



KUALA LUMPUR 23 Julai – Ter­kenal sebagai seorang yang lantang bersuara dalam sidang Dewan Rakyat, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabata­ngan) sempat 'sekolahkan' Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mahu Maszlee yang bertanggungjawab menjaga sebuah kementerian paling pen­ting di negara ini agar sentiasa berintegriti ting­gi bagi memastikan agenda pembangunan masa depan generasi muda negara dapat dicapai.

"Sebagai menteri, dia (Maszlee) harus bertanggungjawab. Bila diangkat, dia ada tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat.

"Jangan lakukan hal yang tidak tentu de­ngan rendahkan inte­griti. Kita sarankan dia lakukan yang terbaik, jangan buat seolah-olah tidak ada penge­tahuan," katanya.

Terdahulu Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mencelah perbahasan tersebut bertanya pandangan Bung Moktar mengenai Maszlee yang muncul dalam sebuah klip video seolah-olah merendahkan martabat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurut Bung Moktar, Maszlee juga tidak sepatutnya hanya memberikan fokus untuk melaksanakan pembaharuan dalam bidang pendidikan dengan cadangan untuk menukar warna kasut sekolah pelajar.

"Sibuk mahu tukar warna kasut sekolah kepada hitam, bukan mudah untuk rakyat yang daif.

"Sebagai contoh di kawasan saya 80 peratus orang daif. Kalau kasut sekolah warna hitam RM20 sepasang bagaimana mereka ma­hu tanggung kos tersebut? Kalau yang ada anak ramai lagi masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mahu kerajaan Pakatan Harapan menunaikan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat.

"Saya minta kerajaan tunaikan janji kerana rakyat akan kembali bertanya kepada kita. Jangan sombong dan jangan ego kerana kita naik seperti roda yang akan turun juga satu hari nanti," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 Comments
Jom komen di Facebook!

Wajib tunai janji manifesto



KUALA LUMPUR 23 Julai - Manifesto pilihan raya yang menjanjikan pelbagai tawaran kepada pe­ngundi wajib ditunaikan walaupun ia tidak dianggap sebagai kitab suci.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) berkata, hakikat itu perlu dipegang bukan sahaja oleh umat Islam malah penganut agama-agama lain.

"Walaupun manifesto bukan kitab suci tetapi ia satu janji. Kitab suci wajibkan kita tunai janji," kata­nya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mencelah perbahasan tersebut ber­tanya pandangan Ab­dul Hadi yang juga Presiden Pas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyebut manifesto itu bukan satu kitab suci atau janji yang perlu dipenuhi.

Dalam pada itu, ketika ditanya Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) mengenai Dr. Mahathir yang mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) memelihara Islam dengan hanya merujuk al-Quran yang benar dan bukan berdasarkan hadis, Abdul Hadi berkata, hadis merupakan penjelasan kepada umat Islam bagaimana untuk mengamalkan al-Quran.

"Perlu diketahui ba­ha­wa hadis adalah penjelasan kepada bagaimana untuk amalkan al-Quran, perlu rujuk kepada mereka yang ahli dalam bidang ini," katanya.

Sementara itu, da­lam soal menangani kos sara hidup rakyat yang semakin mening­kat, beliau berkata, kerajaan tidak boleh sekadar bergantung kepada konsep percukaian yang meringankan beban kerajaan tetapi bukan rakyat.

"Rakyat tidak mampu menghadapi tekanan inflasi yang tidak terkawal.

"Ia bukan sekadar tukar cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), seperti curi tangan kanan kemudian curi tangan kiri dengan sakit yang sama atau lebih sakit lagi," katanya.

Tambah Abdul Hadi, kerajaan PH perlu memberi penekanan kepada konsep ekonomi Islam yang memberikan tumpuan kepada soal halal serta haram dan memerangi rasuah atau riba dalam ekonomi. © Utusan Melayu (M) Bhd 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Manifesto HARAPAN... babi pun boleh terbang




Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty kelihatan tekal dengan sikapnya dan tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN).

Malah dia tetap tegar mempertahankan BN serta bekas pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak.

Menggunakan saluran Instagram, kali ini pelakon berkenaan menggabungkan kata-kata pedasnya dengan satu klip video menunjukkan seekor babi sedang berenang-renang sebagai mengecam HARAPAN.

Menurut Ellie, HARAPAN tidak dapat menunaikan janji yang digembar-gemburkan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu.

"Sebelum, semasa PRU ke-14 kempen janji-janji 100 hari Manifesto HARAPAN oleh calon-calon HARAPAN, dia punya berkobar-kobar menjanjikan sebuah mitos sampai babi pun boleh terbang!" katanya.

Ellie juga merujuk kepada penjelasan mengenai pelaksanaan janji manifesto HARAPAN oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang parlimen 19 Julai lalu.

"Sekarang sudah jadi kerajaan HARAPAN, jawapan kepada mitos manifesto HARAPAN yang tak dapat di tunaikan adalah... Manifesto janji 100 hari HARAPAN bukan ada dalam bible, bukan ada dalam kitab suci. Manifesto janji 100 hari HARAPAN cuma garis panduan saja. Hmmh! Garis panduan apa tu?

"Mesti jawabnya: Saya tak tahu'... Kini babi tak boleh terbang lagi... Babi berenang-renang pula dalam sungai yang nyaman! Oh ya, ternakan babi akan dinaik taraf juga! Tahniah kerajaan HARAPAN," katanya.

Ellie merujuk kepada sidang parlimen itu, ketika Dr Mahathir ditanya Anggota Parlimen Rembau Khair Jamaluddin Abu Bakar berhubung manifesto pada pilihan raya umum.

Dr Mahathir berkata terdapat beberapa rintangan perlu diatasi sebelum janji-janji manifesto HARAPAN dapat ditunaikan termasuk aspek-aspek perundangan.

Bagaimanapun, dalam kiriman di Instagram itu, Ellie yang juga pelakon filem Jangan Tegur dikecam salah seorang pengikutnya sebagai meroyan.

Ellie mempertahankan kiriman dan kenyataan yang dibuatnya dan menyorot bahawa dia bebas untuk berbuat demikian.

"Apa benda budak ni? Mental ke dik? Ini Instagram saya le. Apa yang teruknya? Apa yang meroyannya?" katanya.

Ellie malah mempersoalkan netizen terbabit sama ada dia faham situasi berlaku dalam negara ataupun tidak.

"Kamu suka agama Islam ditindas? Kamu suka bangsa Melayu makin dipinggir? Kamu faham tak apa yang sedang berlaku sekarang ini?
"Ke kamu marah kalau saya tak sokong hak sama rata yang telah melanggar kontrak sosial di dalam Perlembagaan Persekutuan?

"Dan kamu marah kalau saya bantah pengiktirafan UEC? Dan kamu marah saya bantah kempen Comango? Ke kamu tak faham apa-apa sebenarnya? Apa yang teruk sangat ni perempuan?" soalnya.

Sumber : Malaysiakini 

6 Comments
Jom komen di Facebook!

Janji 100 Hari PH - Gaji minimum RM1,500 terus ditomatokan!!



Maka benarlah ungkapan bahawa Kabinet Kerajaan PH seumpama kabinet dapur di rumah kita. Apa tidaknya, bersusun 'mangkuk-mangkuk' di dalamnya. Kali ini giliran salah seorang Menteri PH, Datuk Mahfuz Omar untuk membuat lawak jenaka bodoh dengan memgumumkan bahawa janji gaji minima RM1,500 bukanlah janji 100 hari PH. .

Timbalan Menteri Sumber Manusia itu sebaliknya berkata janji itu adalah untuk dikotakan dalam tempoh 5 tahun pentadbiran PH. Kata beliau, baca di sini,
Perlu diperjelaskan kepada rakyat bahawa janji itu bukan untuk tempoh 100 hari tapi 5 tahun dan apabila menjelang berakhirnya penggal, baru kita dapat fikirkan cara perlaksanaannya. Buat masa ini kadar gaji minimum ini telahpun bermula dan akan dikaji semula setiap 2 tahun.
Kalau setakat lulus SRP, tidak perlulah memperbodohkan Rakyat jelata. Gaji minimum adalah di antata 10 janji di dalam 100 hari pemerintahan PH.

Kedua, gaji minimum RM1,500 PH juga terdapat di dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2018. Dengan siapa Mahfuz mahu berbohong? Hello Sirul, hello Sirul, hello. Helloooooo ....




Nota Kaki - Inilah Barisan Penipu.


Sumber : http://khairulryezal.blogspot.com/2018/07/janji-100-hari-untuk-gaji-minima-rm1500.html#hTdVV0LX1tjUKVlS.99

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Rakyat Malaysia Terbaik! Jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia RM155 juta, tapi apa kerjaaan dah buat?





Rakyat Malaysia terbaik!

Kutipan Tabung Harapan kini mencecah RM156 juta sejak dilancarkan.

Tujuan Tabung Harapan dilancarkan adalah untuk membayar hutang negara yang dikatakan membarah sehingga mencecah RM1 trilion di bawah Barisan Nasional.

Saja nak bagitau kepada penderma Tabung Harapan, sejak 9 Mei 2018 Kerajaan Pakatan Harapan menerbitkan hutang (bon) baru berjumlah RM22.5 bilion.

Hutang baru yang diterbitkan adalah:

1. RM3.0 bilion pada 15 Mei 2018
2. RM3.5 bilion pada 24 Mei 2018
3. RM4.0 bilion pada 31 Mei 2018
4. RM2.5 bilion pada 8 Jun 2018
5. RM3.5 bilion pada 29 Jun 2018
6. RM2.5 bilion pada 6 Julai 2018
7. RM4.0 bilion pada 16 Julai 2018






Dalam masa yang sama sejumlah RM8.3 bilion hutang baru ini digunakan untuk membayar hutang lama yang telah matang (debt rollover).

Jadi sejak Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, mereka telah menambah hutang negara sebanyak RM14.2 bilion bersih berbanding RM156 juta yang dikutip daripada rakyat yang dikatakan bertujuan untuk membayar hutang negara.

Hutang negara dalam bentuk sekuriti Kerajaan meningkat daripada RM690.6 bilion pada Mei 2018 kepada RM702.6 bilion sehingga kini.

Anda derma RM156 juta, Kerajaan pujaan anda menambah hutang hampir 100 kali ganda.

Jangan patah semangat. Teruskan menderma. Sayangi Malaysiaku!

Rujukan: Bond Info Hub Bank Negara Malaysia: http://bondinfo.bnm.gov.my/portal/server.pt



Leave a comment
Jom komen di Facebook!

(Video)”Sah! SST ada impak harga barang naik!” Guan Eng vs Mat Maslan.

Parlimen : Menteri kewangan, Lim Guan Eng (Bagan) mengesahkan SST mempunyai impak kepada harga barang, tetapi mendakwa kenaikannya adalah separuh dari kenaikan yang dirasai ketika GST dulu.
“Tentang impak, kita tidak akan nafikan. Kita bukan macam Barisan Nasional yang mengatakan GST  akan menyebabkan harga barang akan turun.  Kita tak nafikan hakikat yang sebenarnya berlaku… saya tak sebut nama pun. Kita tak nafikan ada impak. Tentu ada kesan ( pada kenaikan harga). Tetapi.. yang penting adalah impak daripada SST adalah lebih kurang daripada GST…GST kita kutip RM44 billion, SST kita kutip RM21billion, jadi impak (kenaikan harga) ada, tetapi mestilah separuh daripada rakyat menderita bawah GST.” – Lim Guan Eng.

Merasakan kenyataan tersebut ditujukan kepada beliau, Ahmad Maslan (Pontian) bangun bertanyakan soalan tambahan.
“Di dalam dewan ini KPDNKK memaklumkan pada 30-10-2017 bahawa 223 barang turun harga kerana GST. Menteri kewangan ingin  sesuatu yang transparen. SST adalah cukai yang tidak transparen. Rakyat kena bayar, tetapi tiada dalam resit. GST transparen. Apa komen?”  – Ahmad Maslan.

maslan1.JPG
Lim guan Eng kemudian mengesahkan kenyataan Ahmad Maslan tersebut.
Yang penting.. bahawa kita tidak nafikan ada masalah dari penguatkuasaan. Ada masalah dari segi ketirisan. Di mana pihak pengilang akan cuba cari loopholes.. Saya telah meminta pihak kastam supaya memastikan loopholes ini dapat diatasi…” – Lim Guan Eng.
Tambah Lim Guan Eng lagi, beliau juga bersetuju GST adalah lebih telus berbanding SST.
“Kita tak nafikan hakikat yang mana lebih telus,  GST lebih telus. Tetapi bila kita sebut GST lebih telus maknanya ia boleh kutip lebih banyak cukai dan meluas dan memberikan kesan ke atas rakyat. Sedangkan SST tidak efisyen seperti GST, tetapi kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir rakyat biasa.. itulah yang kurang kena ke atas mereka.” – Lim Guan Eng
Lim Guan Eng kemudian mengatakan GST mempunyai pelbagai peringkat yang membawa kepada harga meningkat, manakala SST cuma hanya ada satu peringkat.

“Kita kena lihat kos kepada pengguna, stage berperingkat satu sahaja untuk SST. Tetapi untuk GST pelbagai peringkat. Dan itulah sebabbnya harga tidak akan turun, harga akan naik”-Lim Guan Eng.
Ahmad Maslan kemudian mencelah.
“Pelbagai stage tu boleh claim balik YB!” – Ahmad Maslan.
guan eng 2
“Itu yang saya sebut tadi. Ya betul. Boleh claim balik. Tetapi mereka tak dapat refund. – Lim Guan Eng.
Ahmad Maslan kemudian bangkit mencelah lagi.
“Tidak dapat refund itu sebab mereka tipu refund!”  -Ahmad Maslan.
Lim Guan Eng kemudian mengesahkan hal tidak mendapat refund itulah  yang menyebabkan kosnya selalu ditambah naik.
“Saya akan dedahkan mengapa refund ini tak dapat dibayar dan jumlahnya pada masa akan datang” – Lim Guan Eng.

(video kredit TV3)
Sementara itu, Mat Maslan menaikkan kicauan berikut di akaun Twitter beliau :

Saya tanya @guanenglim di sesi 19/7/18 yg beliau selalu sebut ttg ketelusan; tetapi cukai yg tidak telus, ambil cukai, rakyat tak tahu, tiada dlm resit, tersembunyi dlm harga. Beliau akui SST mmg tak telus tapi tetap akan laksana. Cakap tak serupa bikin..!
Saya sebut dlm 19/7/18 di , bertanya kpd @guanenglim bahawa telah menjawab di Dwn Rakyat pada Okt 2017 soalan MP bahawa benar telah menurunkan harga 223 jenis barang. Dlm Dwn Rakyat (& di mana jua) tak boleh berbohong / mengelirukan Dewan.
Menteri kewangan, Lim Guan Eng pada hari isnin mengumumkan kadar SST pada 10% untuk barangan dan 6% untuk perkhidmatan, kadar yang sama dikenakan sebelum GST diperkenalkan pada 2015.
Rata-rata, rakyat kebanyakannya bimbang pengenalan semula SST pada kadar tersebut akan menyebabkan harga barang dan kos sara hidup menjadi tinggi.
Sementara itu,Menteri Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution menyatakan GST (kini kadar sifar), atau SST (yang akan diperkenalkan semula September ini), hanyalah salah satu faktor yang membawa kepada kenaikan kos sara hidup disebalik enam faktor lain.
“Kos sara hidup ni kan, bukan hanya melibatkan makanan. Dia melibatkan (kos) perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, kesihatan. Dia ada sekurang-kurangnya enam bahagian yang sebenarnya melonjakkan kos kehidupan. Yang kita cakap tadi (mengenai) SST, GST tadi baru satu bahagian” – Dato’ Saifuddin Nasution

Tangkap layar dari KiniTV
Perdana Menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir pula  berkata SST hanya akan dikenakan sekiranya pengguna membuat pembelian.
Screenshot_2018-07-16-19-06-22-92
“Setakat yang saya tahu, (cukai SST dikenakan) 10 % jika anda membuat pembelian. Jika anda tidak membeli, anda tidak bayar (cukai SST). Manakala GST adalah cukai nilai tambah, sama ada anda beli atau tidak, semua harga akan meningkat.” – Tun Dr Mahathir
Sumber : TENTERA TROLL KEBANGSAAN MALAYSIA

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .