Archive for Mac 2019

Istana Negara umum nama rasmi Agong dan Permaisuri


KUALA LUMPUR 29 Mac - Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Manakala, nama rasmi Raja Permaisuri Agong adalah Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,” katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini. - UTUSAN ONLINE

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas tunggu kerjasama dengan MCA - Abdul Hadi

MARANG 29 Mac - Pas tidak menolak kemungkinan hubungan kerjasama yang terjalin dengan parti UMNO dan MIC bakal diteruskan dengan satu lagi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam suasana Islam yang menerima masyarakat majmuk, Pas tidak boleh jumud atau beku sebaliknya, perlu mengambil pendekatan politik yang fleksibel demi kepentingan bersama.

“Kita tunggu (kerjasama dengan MCA), Pas mempunyai pengalaman yang banyak dan panjang bukan sahaja pernah dengan MIC tetapi dengan UMNO, DAP, PKR dan Parti Negara.
“Dalam hukum Islam kita boleh melibatkan bukan Islam dalam pentadbiran negara, saya pernah sebut tentang kerajaan teknokrat yang tak berkait hukum agama, tetapi memfokuskan isu seperti jalan raya, elektrik dan pertanian,” katanya.
Katanya ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara Pas dan MIC yang bermula secara rasmi semalam susulan mesyuarat hampir dua jam barisan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti di Ibu Pejabat MIC di Kuala Lumpur.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hadi jumpa Presiden MIC bincang isu keharmonian kaum


KUALA LUMPUR 28 Mac - Isyarat pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama ditunjukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengadakan kunjungan hormat ke Ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, beliau amat berbesar hati apabila disambut penuh kemesraan oleh Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran serta kepemimpinan tertinggi parti yang lain.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kor Ming mahu Khairy mohon maaf kerana dipanggil "Taliban"

KUALA LUMPUR 28 Mac - Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang juga pemimpin DAP mahu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada Parlimen kerana memanggilnya dengan perkataan Taliban semasa mempengerusikan mesyuarat sidang Dewan Rakyat, pagi tadi.

Kor Ming berkata, kelakuan Khairy itu yang dianggap sebagai tidak senonoh, dengan ketara telah mencemarkan imej Dewan Rakyat yang mulia.

"Akibat dari kenyataan Khairy ini, dewan menjadi kecoh dan akhirnya beliau terpaksa menarik balik tuduhan yang tidak senonoh ini.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong Tein Fatt meninggal dunia


PARLIMEN Sandakan, Sabah kosong, kerana MP kawasan itu Datuk Stephen Wong Tein Fatt yang juga ADUN dilantik merangkap Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. meninggal dunia.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Sabah, pagi tadi menyertai kegiatan mendaki bukit di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan, dekat sini, sebelum dipercayai diserang sakit jantung dan dibawa ke hospital.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anak kata "Diktator", Bapak kata "Bukan Diktator"


"My family and I will give our utmost support to Dr Mahathir's leadership.
"No, he is not (a dictator). That is our consistent stand. We support him as the prime minister," said the Port Dickson federal lawmaker when met at the Parliament lobby today. Baca lagi



“It is factual from my record, I said it before the elections, and said it during the demonstrations in Bersih 3.0 or 4.0 I’m not sure.

“I don’t understand why saying it in a different forum, containing the same message is problematic,” she said during a press conference in Parliament today. Baca lagi

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Nurul Izzah disaran sertai UMNO

PULAU PINANG 26 Mac - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar disaran menyertai UMNO sekiranya benar-benar ikhlas tidak mahu bersekongkol di bawah kepemimpinan seorang individu yang dirujuk beliau sebagai bekas diktator di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, tindakan itu lebih berprinsip buat Nurul Izzah memandangkan beliau kini masih lagi merupakan wakil rakyat yang mewakili lebih 70,000 pengundi di Permatang Pauh.

Posted in , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Ekoran kenyataan "bekas diktator", Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar diserang

Nurul Izzah tidak patut komen negatif terhadap Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 26 Mac - Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan komen tidak baik terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, apatah lagi menerusi wawancara media Singapura The Straits Times pada Jumaat lepas.


Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya berkata Nurul Izzah yang arif dalam arena politik, masih belum cukup matang, tidak rasional serta emosi dalam memahami pendirian Dr Mahathir serta kerajaan.


"Apa yang dilakukan oleh perdana menteri dan kerajaan ketika ini tidak harus dilihat secara peribadi oleh Nurul Izzah, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh demi kepentingan rakyat dan negara.


"Sebagai seorang daripada anggota parlimen dan bekas Naib Presiden PKR, saya yakin Nurul Izzah tidak lupa bahawa kedudukan Dr Mahathir sebagai perdana menteri adalah keputusan sebulat suara majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH), manakala segala keputusan membabitkan hal ehwal pentadbiran kerajaan diputuskan bersama oleh jemaah menteri," katanya dalam kenyataan, malam tadi.


Posted in , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Penjawat awam diminta 'ikat perut' - Tun M


KUALA LUMPUR 25 Mac - Semua penjawat awam diminta 'ikat perut' buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.

Katanya, jika kerajaan dapat membayar hutang ini, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PM Dr Mahathir - Penjawat awam diminta 'ikat perut'


Semua penjawat awam diminta 'ikat perut' buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.

Katanya, jika kerajaan dapat membayar hutang ini, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.

“Saya merayu rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kita nak pulihkan kewangan negara. Kalau tiada tindakan ganas dan liar, dalam tiga tahun kita akan pulih semula.

“Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat. Di Asia Barat, negara mereka termusnah dan satu bilion daripada rakyat mereka akan mati kelaparan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. - UTUSAN ONLINE

Posted in , , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Ini Yang Cina MCA Berani Buat Apa Yang Cina DAP Takut!




Apabila EXCO Pakatan Harapan Kedah menaikkan tugu peringatan Tentera Jepun Sebagai Wira Negara dengan kerjasama Konsolut Jepun, isu menjadi viral dan kontroversi.

Hari ini MCA bangun memprotes cara Kerajaan Kedah mengiktiraf tentera Jepun dengan menyelubungi tugu peringatan berkenaan dengan kain hitam yang berbunyi,

“Rakyat Malaya Yang Terkorban Sebab Menentang Jepun Barulah WIRA”

Apa yang MCA lakukan ini tidak mungkin dilakukan oleh DAP.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Khairuddin, Surendran selar Nurul Izzah tidak beretika


KUALA LUMPUR – Kenyataan  Nurul Izzah Anwar mengenai kepayahan beliau bekerja di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai bekas diktator yang telah banyak merosakkan negara dan keluarganya mendapat reaksi dari rakan-rakan Pakatan Harapan.

Antara yang menyelar kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu malam ini adalah Penyelaras Parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Naib Presiden PKR, N. Surendran.

Khairuddin menyifatkan pandangan Nurul Izzah yang dilontarkan semasa temuramah dengan Straits Times Singapura itu sebagai amat emosional dan tidak rasional selain tidak beretika.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Nurul Izzah kongsi sebab 'patah hati'


(Malaysiakini) Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengaku "patah hati" dengan perkembangan politik kebelakangan ini.

Dalam wawancara Straits Times, Nurul Izzah juga memberi gambaran bahawa penggal ini akan menjadi yang terakhir baginya sebagai wakil rakyat.

Memberi gambaran tentang perkembangan politik dalam tempoh setahun lalu, anak perempuan Presiden PKR Anwar Ibrahim itu berkata: "Sangat mencabar dan huru-hara. Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa saya sudah seperti patah hati."

Wawancara itu menggambarkan Nurul Izzah sebagai keberatan menyatakan secara spesifik sebab patah hati kerana mahu terus memberi "hormat" dan tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mengapa Daim, bukannya Guan Eng?


KUALA LUMPUR 20 Mac – “Kita pilih berasaskan kepada kebolehan tertentu, kadang-kadang apabila berunding, kita perlu ada orang yang boleh diterima pihak lain.”

Begitu penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin mengetahui mengapa rundingan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diketuai oleh bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dan bukannya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

PAS, UMNO tak akan 'berkahwin'


KUALA LUMPUR: PAS dan UMNO tidak akan ‘berkahwin’ kerana kerjasama kedua-dua parti itu umpama ikatan adik-beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah ‘haram’ umpama perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik yang bertentangan dengan hukum syarak mengikut ajaran Islam.

“Macam-macam khabar angin dan ungkapan dilabelkan kepada kerjasama PAS dan UMNO seperti ‘PAS nak kahwin dengan UMNO’.

“Sebenarnya kerjasama PAS dan UMNO umpama adik-beradik macam mana nak berkahwin? Kalau perkahwinan berlaku maka ia ibarat perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik,” katanya.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

30 bekas wakil rakyat UMNO bakal terima saman

KUALA LUMPUR: Semua bekas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang meninggalkan parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), akan menerima notis saman dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya akan menghantar senarai penuh nama mereka kepada firma guaman dilantik parti itu, esok.

Katanya, ia sekali gus menafikan laporan portal berita baru-baru ini yang memetik sumber mendakwa UMNO tidak akan meneruskan tindakan saman terhadap bekas wakil rakyatnya yang meninggalkan parti itu selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada PRU-14.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

6 Ex-Umno Reps From Sabah To Officially Join PPBM


(FMT) – Former Sabah Umno chief Hajiji Mohd Noor is among six former Umno leaders in the state who will officially join PPBM today, a month after the party announced its intention to start its Sabah chapter.

A source has confirmed to FMT that besides Hajiji, Karanaan assemblyman Masidi Manjun and four MPs – Zakaria Edris (Libaran), Ronald Kiandee (Beluran), Azizah Mohd Dun (Beaufort) and Abdul Rahim Bakri (Kudat) – will be the first batch of elected representatives to join PPBM.

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

UMNO Perak & Pas Perak bincang kerjasama secara rasmi


IPOH 14 Mac - Pas dan UMNO Perak mencipta sejarah apabila pimpinan tertinggi peringkat negeri kedua-dua parti mengadakan pertemuan rasmi buat kali pertama di Pejabat Pas Perak di sini semalam.

Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, pertemuan yang bermula kira-kira pada pukul 8.30 malam itu membincangkan kerjasama dan hala tuju Pas dan UMNO di negeri ini.

Katanya, mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

'Kalau ada isytihar perang, kita sambut perang' - Dewan Rakyat panas

Dewan Rakyat hari ini “panas” apabila ahli parlimen pembangkang menimbulkan kenyataan kontroversi "perisytiharan perang" Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof mengingatkan semua ahli parlimen agar tidak mengapi-apikan kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Mohamad Ariff memberi peringatan itu susulan kekeceohan ketika Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob berbahas dan menyentuh tentang kenyataan asal Lim yang menyifatkan kerjasama PAS dan Umno merupakan "pengisytiharan perang" terhadap bukan Islam.

"Peraturan mesyuarat juga sebutkan jangan bangkitkan isu-isu yang menimbulkan perasaan jahat antara kaum.

"Jadi memadai jika sesuatu sudah kita sebut, tak perlu disokong atau diapi-apikan," kata Mohamad Ariff.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

'Undi tak percaya pada PM seperti ramalan cuaca'

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mengumpamakan dakwaan yang mengatakan akan wujud undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen seperti ramalan cuaca.

Katanya, sidang parlimen akan berjalan selama sebulan dan pihaknya akan tunggu serta lihat sebarang kemungkinan yang berlaku.

"Parlimen ini berlangsung sebulan, kita tengoklah. Kalau tak jadi, tak ada apa, macam ramalan cuaca.

"Dijangka hujan, kalau tak hujan nak kata macam mana? Ramalan cuaca kata hujan dan ribut, tiba-tiba terang kita nak salahkan siapa? Nama pun ramalan, " katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Umno belum ditalkinkan


(FMT) Selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 lalu, Dr Mahathir Mohamad dengan angkuhnya menyatakan Umno sudah mati dan ditalkinkan.

Bertambah angkuh lagi apabila beliau menyifatkan Umno sebagai parti yang hanya tinggal nama, dek kononnya ramai ahli Umno sebelum ini menyuarakan hasrat menyertai PH.

Malah, kata-kata bahawa Umno sudah mati turut berulang kali dimomokkan pada hari berkempen pilihan raya kecil Semenyih baru-baru ini.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Punca DAP Mengamuk Apabila Umno Dan PAS Bersatu

SD Salleh

Apa menyebabkan DAP menyalak macam anjing gila apabila Umno dan PAS bersatu? Sebabnya adalah, jika Umno dan PAS bersatu, dan sekiranya kita campur kerusi Umno, kerusi PAS, dan 30 kerusi di bawah (bermaksud lawan dua-penjuru dan bukan lagi tiga-penjuru) maka kerusi parlimen Barisan Nasional akan bertambah dari hanya 79 kepada 127 disebabkan oleh 18 kerusi PAS dan 30 kerusi-kerusi yang berikut:


Kangar
PH 20,909

BN+PAS = 23,771

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tahniah tangan-tangan pengundi muda! Saiz Perkhidmatan Awam Bakal Dikecilkan, Bersyukurlah Pekerja Kerajaan




Seperti dialog dalam filem P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapuk, "ini bukan cobaan. Ini betul-betul", itulah juga yang bakal terjadi kepada kakitangan awam di negara ini.

Sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019 mengikut kadar peratusan berdasarkan tahun.

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Bakal berlakukah Undi Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir?


BAKAL BERLAKU KAH UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP TUN DR MAHATHIR?
Oleh : Blog Apa yang tersirat 

Kedudukan terkini kerusi Pakatan Harapan (PH) adalah 125 yang terdiri daripada PKR-50, DAP-42, PPBM-22 dan Amanah-11. Part-parti lain pula; Umno-40 (57), GPS-19, PAS-18, PWS-9, Bebas-7, UPKO-1, PBRS-1, PBS-1 dan STAR-1.

Oleh kerana PH, PWS dan UPKO berkolaborasi, maka mempunyai 135 kerusi daripada keseluruhan 222.

Jika benar-benar belaku undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat kali ini, maka untuk menjayakan undian itu, maka perlu disokong minimum 112 MP. Jika semua MP PPBM menolak, manakala PKR, DAP, Amanah, PWS dan UPKO menyokong, maka undi tidak percaya itu akan tetap berjaya, kerana gabungan 5 parti itu mempunyai 113, lebih satu kerusi daripada 112. Makna kata, sekalipun Umno (40) dan Pas (18) serta GPS (19) dan parti-parti lain menolak undi tidak percaya itu, undi tidak percaya itu tetap berjaya memaksa Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas-UMNO cuba pisahkan Melayu dengan bukan Melayu – Tun M


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap komited memastikan kepentingan Melayu menjadi keutamaan namun ianya akan dilakukan dengan cara paling adil dan menghormati hak semarataan.

Dengan memberi contoh perjuangan UMNO-Pas, Tun Mahathir berkata, kedua-dua parti hanya memperjuangkan hak Melayu semata-mata, kerajaan PH mahu memastikan kesaksamaan dapat dinikmati semua kaum di negara ini.

Malah Perdana Menteri menegaskan, tindak tanduk UMNO-Pas sebenarnya lebih kepada cubaan memisahkan Melayu daripada kaum lain di negara ini yang sebenarnya diduduki oleh pelbagai lapisan kaum serta bangsa.
“Kami juga sebenarnya menjaga kepentingan orang Melayu tetapi bezanya kita tidak pula berteriak seperti yang lain. Mereka cuba pisahkan Melayu dengan yang bukan Melayu, itu tidak elok dan bahaya.
“Kita mahu pastikan pemerintahan ini bukan sahaja sama rata sebaliknya adil saksama kepada kaum lain juga. Hubungan kita sepatutnya lebih adil dan sama rata, bukannya hanya sama tetapi tidak adil.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hina Islam, Nabi: Mualaf dipenjara tujuh bulan, denda RM10,000

Seorang penganggur dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan memuat naik kenyataan hinaan itu di laman Facebooknya, Februari lalu.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, seorang mualaf, setelah tertuduh mengekalkan pengakuan bersalahnya hari ini yang ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Dalam penghakimannya, Hasbullah berkata perbuatan tertuduh yang membuat penghinaan menyentuh agama khususnya agama Islam adalah serius dan mencabar Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan Persekutuan mengatakan agama Islam adalah agama persekutuan, perbuatan kamu benar-benar mencabar Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara kita.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Sidang Dewan Rakyat : Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 - Hari Pertama




Agong berangkat tiba untuk rasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14

KUALA LUMPUR 11 Mac - Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah berangkat tiba untuk merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Dataran Parlimen di sini, pagi ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada pukul 10.08 pagi tadi, disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas Bekerjasama Dengan UMNO Adalah Taliban, Kata Nga Kor Ming

(Utusan) – Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang meniupkan api kebencian serta menakutkan masyarakat bukan Islam dengan mengambarkan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan, disifatkan cukup berbahaya sekali gus boleh menggugat keharmonian di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, DAP selama ini sering menuduh UMNO dan Pas sebagai rasis namun hakikatnya mereka lah yang bersifat perkauman dan terbukti dengan kenyataan menghasut seperti itu.

Katanya, apabila diumumkan secara rasmi Pas bekerjasama dengan UMNO, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang dilihat tidak senang duduk umpama ‘cacing kepanasan’ dengan penyatuan orang Islam dan Melayu ini.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Penyatuan UMNO-PAS merupakan ancaman kepada non-muslim?

Kenapa Guan Eng sanggup bawak keluar kenyataan pelik-pelik macam ni? YB Menteri Kewangan, penyatuan UMNO-PAS tak sikit pun kacau bangsa lain

Kami bersatu atas dasar Islam dan Melayu yang terancam lepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU ke 14 lepas!

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Alhamdulillah syukur penyatuan rasmi UMNO dan Pas

Alhamdulillah 🤲🏼

Aku bersyukur dengan hari yang bersejarah hari ini. Selepas PRU14 Aku tak henti sedarkan masyarakat apa itu kuasa politik Bumiputera. Live-live Aku berkisar ancaman DAP dan betapa ruginya bila kita hilang kuasa Melayu Bumiputera. Bulan Jun 2018 boleh kata saban hari Aku bercakap dalam live live di FB ni ceritakan tentang penyatuan ummah. Ajak Melayu dan Bumiputera bersatu dan ketepikan perbedaan politik demi Ummah. Dikecam dikutuk dihina sedikit pun Aku tak pernah ambil kisah kerana pada Aku penyatuan ummah itu penting dan mesti dimulakan dengan penyatuan UMNO & PAS.

Dari berapa ratus yang masuk tengok live Aku hingga beribu view dalam satu-satu masa. Ramai yang tampil bantu Aku sedarkan rakyat khususnya orang Melayu seperti Tok Singa, Pakcik Basri, Muzamil, Azam Jais, Bro Azmi Jaafar, Pakcik Wan Kamarulzaman, May, Abang HMR, Abg Nuar, Brotha dari Singapore, Kak Long Singapore dan ramai lagi. Mereka ni semua bukan siapa-siapa tetapi semangat mereka ini yang bantu kuatkan kempen penyatuan ummah melalui FB yang Aku buat.

8/12 hari bersejarah penyatuan ummah diterjemahkan. Ratusan ribu hadir pada hari itu, mereka yang hadir bukan kerana ICERD tetapi mereka hadir untuk menjadi sebahagian dari sejarah kebangkitan orang-orang Melayu Bumiputera. Tak semua dari mereka bukan nya orang politik. Mereka tidak minat politik tetapi mereka sanggup hadir demi Agama Bangsa dan Tanah air.

2/3 PRK Semenyih penyatuan ummah diterjemahkan dalam kotak undi. Inilah yang sebenarnya Aku mahukan iaitu kesedaran orang Melayu untuk faham apa itu kuasa politik. Alhamdulillah ramai yang sedar apa itu kuasa politik Melayu dan gunakan kuasa yang ada untuk mengundi pada PRK Semenyih. Pengundi Semenyih adalah penghulu kebangkitan ummah menentang kuasa bangsa DAP dan sekutu.

Impian kita belum selesai kerana Aku mahukan kerajaan Bumiputera dengan majoriti 2/3 parlimen. Ini yang Aku ulang hari demi hari berbulan lamanya dan dengan penyatuan ummah ini Aku yakin kita mampu jayakan nya. InsyaAllah masanya akan sampai dan apa yang kita perlu lakukan hari ini adalah fokus hingga ke PRU15.

Terima kasih UMNO terima kasih PAS, semoga dua parti politik terbesar orang Melayu ini dapat mengalahkan musuh kita yang satu iaitu bangsa DAP. Harap juga seluruh rakyat untuk sama-sama menyokong agenda penyatuan ummah ini kerana kita akan gagal kalau hanya berpeluk tubuh tanpa menyumbang apa-apa bagi menjayakan agenda besar kita.

Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan kita siapa lagi? Jadilah sebahagian dari sejarah kebangkitan orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak untuk memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan bangsa lain.

Terima kasih semua yang menyokong kempen penyatuan ummah. Anda semua pejuang hebat 💪🏼

Copy dari Facebook Sir Azri

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Penyatuan rasmi ikatan UMNO & Pas


KUALA LUMPUR 5 MAC - SETELAH bekerjasama dalam enam pilihan raya kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UMNO dan Pas secara rasmi mengumumkan kerjasama rasmi antara kedua-dua parti bagi tujuan penyatuan ummah.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kehadiran kepemimpinan Pas ke ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn di sini bagi membincangkan hala tuju membentuk penyatuan ummah, merupakan majlis ‘persandingan’ UMNO dan Pas.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anifah sokong Tun M, kerajaan pusat


(Berita Harian) KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman, kekal dengan pendirian menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kerajaan Persekutuan, selagi matlamat pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditunaikan.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut menyatakan beliau tiada halangan jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu melebarkan sayap ke Sabah selari dengan amalan demokrasi.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Krisis Barisan Nasional : Antara UMNO, MCA dan MIC


Hari ni penulis ada masa sikit untuk compile beberapa keratan berita tentang krisis parti Barisan Nasional dan masa depan parti. Jom kita tengok


Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Agong rasmi istiadat pembukaan persidangan Dewan Rakyat 11 Mac


KUALA LUMPUR 5 Mac - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah akan merasmikan istiadat pembukaan persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua, Majlis Parlimen Ke-14 pada 11 Mac ini pukul 10 pagi.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah berkata pemberitahuan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang akan berlangsung selama 20 hari iaitu bermula 11 Mac sehingga 11 April ini telah dikeluarkan pada 8 Feb lepas.

"Sehubungan dengan itu, raptai penuh Istiadat Pembukaan akan diadakan pada 6 Mac," katanya dalam satu kenyataan.

Rosmee berkata mesyuarat berkenaan akan dimulakan dengan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja selama dua minggu.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

BN menang di PRK DUN Semenyih


(utusan) HULU LANGAT 2 Mac. Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan UMNO-Pas berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas menang dengan majoriti 1,914 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Calon BN, Zakaria Hanafi memperoleh sebanyak 19,780 undi sekali gus menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi

Dua calon lagi iaitu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul mendapat undi sebanyak 847 undi manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng pula sekadar memperoleh 725 undi.



Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian dekat sini.

Menurut Mohd. Sayuthi, undi ditolak sebanyak 650 dan peratusan keluar mengundi sebanyak 73.24 peratus.

Kejayaan BN hari ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut dalam PRK selepas memenangi PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

Hadir sama menyambut kemenangan tersebut ialah Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .