Archive for September 2008

Pusing kot lain pulak dahhh..

 Habuan seks ibarat sedekah satu kesilapan bahasa

IPOH 26 Sept. - Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak, Zulkifli Ibrahim (gambar) menyifatkan kenyataan seorang anggota parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan'


''Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.

''Saya boleh komen setakat itu sahaja,'' katanya pada satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Dalam sidang akhbar itu, Zulkifli meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 berhubung laporan yang dibuat kepada jabatan itu oleh Zul dan Fairul Azrim pada 23 September lepas bahawa mereka telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan hubungan seks masing-masing dengan wanita dari China.

Peguam Mohd. Asri Osman, yang mewakili Zul dan Fairul Azrim, ketika ditanya pada sidang akhbar itu tentang logiknya tindakan mendesak JAIP membuat siasatan itu sedangkan kedua-dua anak guamnya menerima habuan seks itu secara sukarela selain telahpun membuat pengakuan mengenainya, belaiu sekadar menjawab:

''Itulah sebabnya kita mahu JAIP menyiasat secara objektif.''

Fairul Azrim pernah ditahan oleh BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangunan di Seri Iskandar dekat sini tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lepas.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota Exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, serta bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari tahun depan di Mahkamah Sesyen di sini.
- Bernama

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Alhamdulillah, minyak turun 10 sen!

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.- UTUSAN

PewarisMelayu kata:
Bersyukurlah bila kerajaan kurangkan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak. Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat yang diberi, tapi kalau kita kufur nikmat dan tak tau bersyukur kepada Allah, Allah akan tarik balik nikmat yang dia beri.

Dulu, masa minyak murah tak bersyukur, kutuk / caci maki kerajaan, kerajaan zalim, penindas rakyat, kemudian harga minyak naik mendadak, barulah nak kelam kabut marah semua orang. Marah sana sini sebab naikkan minyak, sampai ajak PM berdebat. Punyalah hebat orang tu. Sekarang minyak dah turun sikit demi sedikit, lagi tak bersyukur. Orang yang tak tau bersyukur macam ni lah,
nantikanlah azab Allah yang maha pedih itu.

Kepada pro-pembangkang, sekarang ni minyak dah turun, nak bangkang lagi ke?Kalau nak murah jugak kan, better u all pegi Venuezuella, kan minyak sana murah.. Ataupun korang pegi ja gali minyak sendiri, baru senang nak tentukan kadar minyak. Idea yang bijak!

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

BPR Ambil Keterangan Ahli Politik Dalam Isu Lompat Parti

KANGAR, 23 Sept (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat beberapa ahli politik berikutan dakwaan lompat parti serta tawaran jawatan dan kedudukan kepada mereka, kata Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan di sini hari ini.

Menurutnya beberapa ahli politik termasuk Anggota Parlimen telah dipanggil untuk memberi keterangan setelah BPR menerima beberapa laporan berhubung perkara itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan pidato pencegahan rasuah pra-universiti peringkat negeri Perlis di sini, Selasa.

Beliau enggan menyatakan jumlah mereka yang disiasat dengan alasan ia masih di peringkat siasatan.

"Kita tengah memantau semua dakwaan ini dan saya akan dedahkan apabila siasatan selesai," katanya.

Mengenai pidato itu, Ahmad Said berkata ia bertujuan mencegah gejala rasuah dengan mendidik pelajar menghayati nilai murni.

-- BERNAMA

PewarisMelayu kata:
Kenapa BPR siasat ahli politik yang nak lompat saja? siasatlah orang yang menaja katak-katak tu lompat. baru betul.. Ataupun nak tunggu si Raja Katak tu jadi PM baru nak siasat? Siasat jugak la Budak Berkaca mata PKR, siasat jugak duit mana yang diorang guna untuk perbelanjaan Detektif Katak ke Taiwan. Semua tu kena siasat BPR.. Bentang kepada rakyat.. Baru puas hati!

Posted in , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Perhatian! Moh ke blog Gerakan Anti PKR yang baru

Awas kepada penjilat PKR! Jangan suka-suka hack blog orang lain. Nampak sangat mentaliti anda sangat rendah, tak profesional dan tak demokrasi. 


Posted in | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar tidak nafikan dia pembohong- Dia cuma tak gila

Dalam sidang akhbar tengah hari tadi Anwar tidak menafikan bahawa dia pembohong cuma dia kata dia tidak gila. Tidak siapa pula yang mengatakan dia tidak gila tapi mungkin belum lagi gila. Macam mana kita tidak katakan dia belum gila sebab hari -hari buat sidang akhbar dan bercakap perkara yang sama. Kita masih “on track” kita sudah ada 31 orang yang akan lompat parti. Kita dah ada 45 orang yang akan lompat parti dan esok turun pula 31 orang dan lusa kita sudah ada cukup dan kemudian kita dah ada lebih. Jika Anwar tidak gila mungkin rakyat pula yang akan jadi gila.

Beliau berkata lagi Perdana Menteri tidak faham akan isi kandungan surat itu kerana dia meminta untuk berbincang mengenai masalah kestabilan negara dan arah tuju politik. Mana PM nak faham, dia siapa yang mahu ajak PM berbincang pasal kestabilan politik dan arah tuju politik, gila ka…. lagi pun yang merasakan politik tidak stabil adalah dirinya kerana dia yang membuatkan seolah-olah politik tidak stabil. Bagi kerajaan tidak pula menampakan ada ketidakstabilan politik kerana kerajaan masih ada kelebihan 31 kerusi.

Sidang akhbar hari ini sama juga, masih tidak dapat mengumumkan senarai nama yang dikatakan ada pada beliau. Berikut keyataan Anwar dalam sidang akhbar hari ini, pelayar nilaikan dan esok lusa mungkin ada sidang akhbar lagi...baca lagi..

Posted in | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Malaysiakini: Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan

Pertukaran portfolia antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, merupakan satu pengakuan yang Abdullah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop," katanya.

Semalam, Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan menteri kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

Namun begitu, kata Dr Mahathir, negara akan menghadapi saat kritikal dalam ekonominya ekoran apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG membabitkan AS$85 bilion.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam tadi, beliau mengingatkan bahawa Najib akan disalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.

Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis.

"Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun," kata mantan timbalan perdana menteri itu.

Mengenai penahanan ISA, mantan Perdana Menter itu berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.

Teresa dan Raja Petra ditahan pada 12 September lalu. Turut ditahan ialah wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, tetapi beliau dibebasan pada hari berikutnya.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Manakala Raja Petra pula ditahan ekoran kenyataannya dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Kembali ke Umno

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam tadi, beliau yang juga mantan presiden Umno berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada Umno.

"Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula Umno, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

"Permohonan (untuk menyertai semula Umno) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula)," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada Umno, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.

Sementara itu, beliau menerbitkan sebuah buku - 'Blogging to Unblock' yang memuatkan tulisannya dalam laman blognya CheDet.com.

Dr Mahathir mula memblog selepas beliau mendakwa kenyataannya telah dipulaukan oleh media arus perdana.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kalaulah peralihan kuasa 16 Sept terjadi..

Penulis teruja menantikan saat peralihan kerajaan Rasmi (BN) kepada kerajaan Lubang Belakang (PR) semalam (16 Sept). Anwar, yang mendakwa dirinya akan menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16 September 2008 amat malu sehinggakan tak ada modal lain nak dikatakan, selain menduduh pihak lain yang menggagalkan impian "Mat Jenin"nya itu.

Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar.. Jika Allah mentakdirkan 16 September Anwar akan jadi PM, ia pasti akan jadi dan jika Allah tidak mengizinkan makhluknya melawan qada dan qada-nya, perkara tersebut pasti tidak akan terjadi.

Jika semalam (16/9) Pakatan Rakyat dapat menjatuhkan Kerajaan BN, maka, perebutan kuasa antara PAS-PKR-DAP mesti akan terjadi. Rujuk gambar dibawah:

Mungkin perkara ini akan terjadi jika PR menjadi kerajaan persekutuan kerana perkahwinan paksa antara PKR-PAS-DAP tidak direstui oleh ahli-ahli Pas yang tidak menyukai Anwar dan benci akan perjuangan DAP yang menentang Islam dan ingin memartabatkan Malaysian Malaysia di Malaysia.

Poltik, Segalanya mungkin terjadi.

Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

GEMPAR!! (update)

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.

"Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010," kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Najib.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.

Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010."

Sambil menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: " Ia bukan untuk anda tanya dan untuk saya menjawab."

Abdullah berkata perkara itu akan diputuskan dengan sewajarnya apabila proses penyerahan mengambil tempat.

Sementara itu, Najib berkata beliau dan Perdana Menteri telah mencapai persetujuan seperti yang digambarkan oleh Abdullah.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap pelan peralihan kuasa itu dapat diterima oleh parti demi kestabilan negara dan keutuhan parti.

Najib juga berkata beliau tidak menerima sebarang pencalonan untuk kerusi Presiden kerana beliau komited dengan pelan penyerahan kuasa itu.

-- BERNAMA

Abdullah ambil alih jawatan Menteri Pertahanan

PUTRAJAYA 17 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa serta merta. - Bernama

Abdullah serah jawatan Menteri Kewangan 1 kepada Najib

PUTRAJAYA 17 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyerahkan jawatan Menteri Kewangan 1 yang disandangnya kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa serta merta - Bernama

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

16 September! Anwar bergelar PM!!

Anwar menjadi PM juga pada 16 September 2008! Bukannya Perdana Menteri, tapi Pakar Menipu. Tapi, segalanya tak mustahil dalam poltik ni. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Anwar tak akan jadi PM! Itu kenyataan Dr.M yang diulang banyak kali. Hmm..Anwar, Anwar.. Jangan jadi macam Prevez Musharaf di Pakistan!

Bulan puasa ni, elok kita perbanyakkan amal ibadah kepada Allah, bukannya tambahkan lagi kacau bilau dalam negara. Kalau kemaruk kuasa sekalipun bang Nuar, ingatlah Tuhan sama..

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Lompat Parti dan DEMOKRASI

Artikel dipetik dari NurulIzah.com

Majlis Peguam, Harris Ibrahim dan Sean Ang dilaporkan dalam New Straits Times pada 10 September 2008 sebagai berkata Ahli-Ahli Parlimen yang mahu berhijrah ke parti lain adalah sah di sisi undang-undang, tetapi tidak bermoral.

Menjawab perkara ini, adalah perlu untuk menarik perhatian kepada beberapa prinsip-prinsip asas menyentuh persoalan moraliti penghijrahan MP-MP:

1) Penghijrahan ke sebuah parti politik lain sebagai seorang MP bukanlah sesuatu yang baru dalam demokrasi berparlimen. Sekiranya MP terbabit berhijrah bukan atas dasar kepentingan diri, tetapi atas nama kepentingan penduduk yang diwakilinya, maka tindakan beliau itu harus dipuji.

2) Terdapat dua jenis sistem pilihanraya yang utama dalam dunia demokrasi:

Pertama ialah sistem constituency-based . Melalui sistem ini, para pengundi di kawasan setempat atau kerusi melantik seorang calon individu. Calon yang menang undi majoriti di kerusi-kerusi mereka dilantik sebagai Ahli Parlimen. Parti yang mendapat jumlah kerusi terbanyak membentuk kerajaan. Dalam sistem ini, MP-MP berkenaan yang menduduki kerusi, bukan parti. Ini bermaksud, MP boleh berhijrah dan masih mengekalkan kerusinya.

Kedua ialah sistem proportional representation. Melalui sistem ini, para pengundi di suatu kawasan yang luas, misalannya, sebuah daerah atau negeri mengundi untuk parti-parti politik. Parti politik yang berkenaan memilih individu yang akan menjadi MP. Setiap parti diperuntukkan jumlah kerusi mengikut jumlah undi yang diterima dalam Pilihanraya Umum. Melalui sistem ini, kerusi tersebut milik parti dan MP yang melompat terpaksa meninggalkan kerusi yang dimenanginya.

Sistem pilihanraya yang digunakan di Malaysia adalah sistem constituency-based. Sistem constituency-based menyediakan wadah untuk individu, bukan sahaja parti politik, untuk menjadi calon pilihanraya ke Dewan Rakyat. Ini ditonjolkan dengan jelas, apabila calon Bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik, dibenarkan bertanding.

Lantaran itu, tiket parti adalah permuafakan calon-calon individu yang menganut dasar atau ideologi yang sama. Pokoknya, para pengundi memilih calon berdasarkan dasar beliau, kemampuan beliau, dan komitmen beliau.

3) Hujah tiket parti juga gagal memberi kesan kepada peruntukan Artikel 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Artikel 43(1) memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat. Artikel 43(4) memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk membubarkan kabinet beliau sekiranya dia tidak lagi mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Berdasarkan dua peruntukan ini, secara langsung menjelaskan bahawa sistem dan operasi pilihanraya negara, bahawa para pengundi memberi mandat kepada 222 anggota Parlimen untuk menentukan siapa di kalangan mereka yang layak menjadi Perdana Menteri. Tempoh khidmat 222 MP ini dan kuasa mereka telah ditetapkan. Ia berlanjutan sehingga Pilihanraya Umum seterusnya tiba.

Tempoh khidmat Perdana Menteri bagaimanapun tidak ditetapkan dan tidak boleh tidak disanggah. Ia bergantung kepada sejauh mana keyakinan 222 MP kepada Perdana Menteri sepanjang tempoh Parlimen.

Dalam erti kata lain, keyakinan terhadap Perdana Menteri boleh sahaja terhakis dan berubah. Ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk apakah Perdana Menteri tidak berkemampuan, lemah, atau gagal menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan rakyat, atau gagal melaksanakan dasar-dasar, atau tidak lagi mewakili keyakinan rakyat, atau terdapatnya perubahan pendapat di kalangan orang-orang awam berkenaan pentadbiran Perdana Menteri.

Kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri termasuk, serta memerlukan, anggota-anggota Parlimen berhijrah. Pilihan untuk berhijrah ini adalah untuk memastikan hanya Perdana Menteri yang berkemampuan sahaja berkhidmat sehingga pembubaran Parlimen. Demikian itu, adalah menjadi tanggungjawab moral MP berkenaan untuk melompat sekiranya ia dilihat perlu bagi memastikan Perdana Menteri yang lemah tidak mentadbir negara ini. Lantaran itu, hak anggota Parlimen untuk berhijrah ke wadah yang dipercayai, seraya membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan, adalah jelmaan hasrat rakyat.

4) Penghijrahan membuka ruang kepada demokrasi, dan mendesak kepimpinan negara supaya lebih sensitif kepada hasrat masyarakat semasa Parlimen berlangsung. Sekiranya tidak, pihak Eksekutif akan bertukar kepada rejim autokratik, yang tidak kenal erti takut, kerana sedar bahawa ia tidak perlu bertanggungjawab kepada naluri rakyat sehinggalah PRU tiba - lima tahun kemudian.

William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang
Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tindakan ISA terhadap Raja Petra tepat

JOHOR BAHRU 14 Sept. - Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Hussein Al Habshee menyokong penuh tindakan kerajaan menahan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Menurut beliau, berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak akhir- akhir ini, Raja Petra didapati bersikap angkuh dan tidak sensitif terhadap suasana masyarakat negara ini.

Beliau berkata, kalau diamati segala tulisannya boleh mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan umat Islam.

"Walaupun telah saban kali diberi amaran oleh pihak berkuasa, namun dia tidak peduli dan pada keseluruhannya, sebagai seorang penulis blog, dia tidak sensitif dalam penulisannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin Raja Petra, Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelakkan ketegangan kaum dan ancaman keselamatan negara daripada tercetus.

Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahan itu perlu dilanjutkan.

Syed Hussein berkata, selaku pengendali laman web, Raja Petra tidak sepatutnya meniru bulat-bulat amalan masyarakat Barat yang berpegang kepada kebebasan bersuara secara total tanpa had.

Menurut beliau, sebenarnya kebebasan bersuara di negara ini perlu sentiasa mengambil kira konteks suasana masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

"Dalam hal ini, setiap penulis blog wajar bertanggungjawab terhadap apa juga penulisannya.

"Dengan tangkapan ini, walaupun agak lewat tetapi ia melegakan seluruh umat Islam dan dalam hubungan ini saya menyeru para penulis blog supaya mengambil ini sebagai satu pengajaran dan teruslah menulis dengan rasa penuh tanggungjawab," katanya-utusan

Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Tindakan ISA terhadap Raja Petra tepat

JOHOR BAHRU 14 Sept. - Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Hussein Al Habshee menyokong penuh tindakan kerajaan menahan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Menurut beliau, berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak akhir- akhir ini, Raja Petra didapati bersikap angkuh dan tidak sensitif terhadap suasana masyarakat negara ini.

Beliau berkata, kalau diamati segala tulisannya boleh mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan umat Islam.

"Walaupun telah saban kali diberi amaran oleh pihak berkuasa, namun dia tidak peduli dan pada keseluruhannya, sebagai seorang penulis blog, dia tidak sensitif dalam penulisannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin Raja Petra, Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelakkan ketegangan kaum dan ancaman keselamatan negara daripada tercetus.

Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahan itu perlu dilanjutkan.

Syed Hussein berkata, selaku pengendali laman web, Raja Petra tidak sepatutnya meniru bulat-bulat amalan masyarakat Barat yang berpegang kepada kebebasan bersuara secara total tanpa had.

Menurut beliau, sebenarnya kebebasan bersuara di negara ini perlu sentiasa mengambil kira konteks suasana masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

"Dalam hal ini, setiap penulis blog wajar bertanggungjawab terhadap apa juga penulisannya.

"Dengan tangkapan ini, walaupun agak lewat tetapi ia melegakan seluruh umat Islam dan dalam hubungan ini saya menyeru para penulis blog supaya mengambil ini sebagai satu pengajaran dan teruslah menulis dengan rasa penuh tanggungjawab," katanya-utusan

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dulu Lain.. Sekarang Lain..

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Roger-roger! Katak sudah dapat dikesan!


Amboi, sekarang makin ghairah nampaknya ketua Pakatan Rakyat mahu menakluk Malaysia. Terbaru, penangkap katak upahan PKR, sedang dalam perjalanan ke Taiwan untuk menangkap katak-katak kerajaan yang kini terbang ke negara tersebut.

Adakah misi penangkap katak upahan PKR akan berjaya membawa balik Katak sebanyak yang dikehendaki oleh boss mereka? Sama sama kita nantikan episod seterusnya dalam drama Dari Permatang Pauh ke Putrajaya.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

HARAKAH: 16 September - Sukar BN untuk gagalkan - Anwar

HARAKAH, KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) -Barisan Nasional (BN) sukar untuk menggagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat dalam situasi negara ketika ini.

Kebangkitan rakyat ke kegilaan kuasa Anwar Ibrahim?? Rakyat tak bangkit kalau tak dicucuk oleh pengkhianat bangsa..

Demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Sebelum itu beliau menjelaskan sebagaimana yang dilaporkan Mstar Online bahawa, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

Harap maklum, ini bukanlah satu PROSES PERALIHAN KUASA, ini adalah salah satu proses MENJATUHKAN KERAJAAN atau bahasa pasarnya ialah RAMPASAN KUASA. Rakyat dah bagi mandat kepada BN untuk memerintah pada PRU12. Kenapa PR sanggup meliwat proses DEMOKRASI di Malaysia??

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," jelas beliau.

Penulis akan mengubah maksud sebenar Anwar "Saya tak dapat lagi la nak pancing katak BN. Depa dok holiday kat taiwan nuhh.. Buat masa nih, kita tukaq la pi tarikh baru, 20hb ka, 30,hb ka, bulan 10 ka, lepas raya haji ka"

"DAP kata kalau saya nak "suap" AP BN, depa tak mau sebab apa, DAP mau AP BN yang benar-benar ikhlas. Tapi saya rasa, kalau nak tunggu depa (AP BN) nak lompat secara ikhlas, sampai tunggu kucing bertanduk pun depa (AP BN) tak akan lompat ke PR. Sebab tu la saya kana "suap"sikit AP-AP yang mata duitan dan gila kuasa macam saya (gelak - gelak nakal)

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ya lah, plan tak jadi, katak pegi honeymoon. Aiseh, nak tunggu Bapak Katak guna plan B! Tula kami bincang lama sikit..

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar setakat ini.

Depan media, berjalan lancar lah, tapi hakikatnya diorang kelam kabut, maklumlah, katak dah tak ada dalam Malaysia.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti KeADILan, PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

Pakatan Rakyat bukanlah satu parti mahupun gagasan pakatan yang berdaftar. Kenapa mereka layak memerintah negara (kerajaan persekutuan?)

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

Stok katak jenis lain banyak. Sebab tu la dia yakin sangat

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi, ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya. - mks.

Posted in , , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Selamat Kembali Pahlawan Melayu

  • Alhamdulillah, akhirnya Dr.M mahu kembali ke pangkuan UMNO. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Dr.M untuk selamatkan kembali UMNO yang makin lama, makin lemas yang dinahkodakan oleh Pak Lah.
  • Penulis berharap, kemasukan kembali Dr.M kedalam UMNO akan memperkasakan kembali kewibawaan UMNO dan berharap tiada lagi perselisihan / perbalahan Dr.M dengan Pak Lah.
  • Bagi penulis, kemasukan Dr.M kedalam gelanggang UMNO akan mempertemukan buku dengan ruas, Mahathir-Anwar. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Penulis juga berharap Dr.M akan membidas balik segala tohmahan liar dan jahat Anwar bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional.
  • Pahlawanku, ayuh kembali ke medan perang. Perjuanganmu belum selesai. Ayuh, kita tamatkan riwayat si Jebat penderhaka.
P/S: Tok Det lawan tetap lawan!

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

16 September? 16/9/2008? 16/9/2009? 16/9/2010?.....

ANWAR IBRAHIM, BEKAS TIMBAlan Perdana Menteri Malaysia. Sebagai seorang BEKAS, Anwar yang disingkirkan pada tahun 1998 dari kerusi istimewa tersebut kini kembali semula menjadi ahli parlimen pada 28 Ogos lepas, melalui kerusi Permatang Pauh.

Cakap-cakap politik mengatakan Anwar akan berjaya menubuhkan kerajaan "pintu belakang" melalui Pakatan Rakyat (pakatan haram yang belum lagi didaftar) yang menggunakan 30ekor katak BN. ADui.. gawat..gawat..

Anwar begitu yakin seyakin yakinnya dia akan menjadi Perdana Menteri. Kenapa dia beria-ia mahu menjadi Perdana Menteri?

  • PM merupakan jawatan Anwar sejak kecil lagi. Anwar memang bercita-cita besar mahu menjadi PM. Setelah memperdajal dan menunggang UMNO, Anwar berjaya mendapat pangkat TIMBAlan PM.. Dah dapat pangkat BEKAS TIMBAlan PM pun cukup lah.. Rahmat dah tu.
  • Anwar nak balas dendam balik kepada Tun DR.M yang menyingkir dia pada tahun 1998. Kira macam cerita hindustan @ tamil la, hero mati hidup balik.
  • Anwar nak tunjuk bukti dia mampu jadi PM walau apa cara sekalipun. Habis semua dilondehkan oleh Anwar. Lama-lama bogel lah rakyat Malaysia esp orang Melayu. Semua bodoh-bodoh percaya fitnah si Nuar nih..
Anwar cadang 16 September nak bagi cuti pada semua negeri pentadbiran Pakatan Rakyat (baca: Pakatan Rapuh). Penang & Kelantan dah Set. Cuma Kedah dan negeri-negeri lain saja yang tengah fikir.

Kenapa Anwar beria-ria nak bagi cuti dan kenapa dia begitu syok pada 16 September?

Penulis tak mau komen panjang-panjang, 16 September pasti akan tiba.. Kita tunggu dan lihat.

Ya Allah, kau buka kan lah pintu hati rakyat Malaysia, yang diracuni oleh si pendusta, kaki belit dan pembawa fitnah. Kau rahmatilah kami rakyat Malaysia, kekalkanlah keamanan dan kemakmuran negara kami untuk masa-masa yang akan datang. AMIN

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

KENANGAN: Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Kini tinggal kenangan, website perang saraf UMNO, PP44 yang telah mencatat segala nostalgia suka-duka Pilihan raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. PRK P44 telah mencatit pelbagai anugerah dan sejarah yang baru.

Penulis dapat berjumpa dengan Dr.Novandri dan bloggers Pilihan Anda, Des. Walaupun sibuk, mereka sempat juga berjumpa dan meluangkan masa dengan penulis pada hari kempen pilihan raya kecil tersebut. Walaupun sekejap, ia memberikan semangat kepada penulis untuk terus menulis di ruang blog yang luas ini untuk menyedarkan anak-anak Melayu sekarang, pentingnya ketuanan Melayu dan bahayanya Anwar Ibrahim, pengkhianat bangsa.

Ayuh rakan-rakan bloggers, mari kita berjuang menentang pengkhianat bangsa,agama dan negara, ANWAR IBRAHIM! Kita nafikan 16 September!

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Khalid dakwa lawat mangsa ribut buang masa

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke lokasi bencana alam itu sejak ia melanda Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa.

Kerajaan Pusat melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah memberikan bantuan kilat berupa wang dan barangan keperluan sejurus kejadian berlaku.

Turut menghulurkan bantuan segera adalah Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dengan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membeli atap rumah yang rosak.

Abdul Khalid menambah, perbuatan segelintir pihak dan individu yang memberikan bantuan dengan menemui sendiri mangsa merupakan gimik politik yang bertujuan mahu menarik perhatian rakyat.

Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan.

"Namun, sesetengah ahli politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka," tegasnya.-UTUSAN

6 Comments
Jom komen di Facebook!

PKR jangka lebih 40 MP lompat parti

"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."

Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat kenyataan tersebut di tengah-tengah laporan bahawa pemimpin tertinggi PKR bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu pagi ini yang berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu.

Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini. - M'kini

PewarisMelayu kata:
Anwar ibarat pemimpin agung, pemimpin yang berwibawa, dan pemimpin alternatif sebagai Perdana Menteri Malaysia, tapi dia kekurangan ahli didalam partinya (PKR) yang berwibawa untuk mentadbir negara ini.

Anwar bukannya seorang yang GENTLEMAN. Kita lihat langkahnya sekarang (tubuh kerajaan pintu belakang) dan mengambil calon/ahli BN secara paksa dengan mengumpan pelbagai habuan yang lumayan jika menyerai PR (sebutan: Pakatan Rapuh).

Anwar tergamak menggula-gulakan rakyat mahu menghapuskan DEB dihadapan orang cina, tetapi didepan orang Melayu dia begitu taksub untuk mempertahankannya. Anwar dalam misi ke Putrajaya dengan cara kotor. Kenapa ada RAKYAT dan ORANG MELAYU yang masih mempercayai Anwar?

Adakah tanggal 16Sept akan menjadi hari DARURAT seperti yang berlaku di Thailand? Adakah peristiwa 13 Mei dibimbangi akan berulang semula? kita lihat, taktik Anwar yang mahu melaga-laga kan bangsa dengan menggunakan Guan Eng untuk menaikkan kemarahan orang Cina.

Kenyataan Dato Ahmad (Bukit Bendera) mencetuskan kemarahan orang Cina dan menyebabkan keraguan ahli-ahli MP Cina yang berada didalam BN (GERAKAN dan MCA). Layakkah sekarang, Anwar dilabel sebagai HERO ataupun PENDERHAKA??

Layakkah ANWAR menjadi PERDANA MENTERI? Dr. Mahathir sudah pun mengeluarkan kenyataan "Saya akan keluar negara jika Anwar menjadi Perdana Menteri". itu Dr M, orang yang mempunyai harta dan mampu untuk meninggalkan negara, TAPI bagi KITA, rakyat biasa ni, nak lari kemana? Ini saja tanah air dan tempat yang sesuai untuk kita. Tak ada lagi tanah dan tempat untuk orang Melayu kalau tak MALAYSIA.

Hidup Anwar tak ubah seperti Musharraf, bekas President dan Perdana Menteri Pakistan. Lihatlah apa yang terjadi kepada Musharraf? Dia didesak untuk melepaskan jawatannya sebagai President. Orang yang merampas kuasa, tak akan memerintah lama. Kita, rakyat Malaysia yang sedar dan mempunyai akal akan menentang sekeras-kerasnya penubuhan kerajaan pintu belakang, Pakatan Rakyat yang merupakan proksi Amerika dan Yahudi.

Anwar bukannya HERO! Tetapi dia adalah PETUALANG BANGSA dan PENGKHIANAT!!
Ini kah cara pembela Melayu, pemimpin rakyat, pembela Islam? Lagak baik, tapi diri sebenarnya PEROMPAK!

Posted in , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

Pening Kepala..


Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Merdeka?

Semalam kita telah menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke - 51. Sambutan daripada rakyat untuk tahun ini amat hambar dan mengecewakan penulis.

Penulis meragui maksud "kemerdekaan" bagi Anwar untuk tahun ini. Pengertian kemerdekaan untuk tahun ini amat berlainan daripada tahun-tahun yang lalu.

Bagi orang muda, golongan belia dan penyokong pembangkang, mereka tidak lagi menghayati kemerdekaan yang sebenarnya; iaitu merdeka daripada penjajahan penjajah hampir 500 tahun yang lalu.

Mereka lebih terpengaruh dengan slogan Anwar yang mahu memerdekakan Malaysia dan rakyat daripada pemerintahan Barisan Nasional yang ada sekarang. Mereka lebih ghairah untuk menjatuhkan kerajaan daripada mempertahankan negara daripada dijajah semula oleh penjajah.

Ini semua peranan Anwar, memutar belitkan fakta dan sejarah negara kita untuk menutup mata dan hati penyokongnya dan rakyat negara ini untuk membenci kerajaan yang sedia ada bagi mencapai impiannya ke Putrajaya. (rampasan kuasa melalui pintu belakang)

Oleh kerana Anwar berjaya dalam misi "dari Permatang Pauh ke Putrajaya" semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, penyokong dan rakyat yang terpengaruh dengan ayat manis Anwar, mereka tidak lagi menyambut hari Kemerdekaan negara kita yang disambut setiap tahun. Tiada lagi kibaran Jalur Gemilang dikediaman, tiada lagi kibaran Jalur Gemilang dikenderaan pada tahun ini, jika ada sekalipun, kita boleh kira dengan jari, berapa ramaikah yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang tidak lagi dihormat sebagai satu bendera kebangsaan, anak didik Anwar; Kickdefella secara terang-terang menghina bendera kebanggaan kita dengan menerbalikkannya pada tahun ini, sebagai tanda "protes" kepada kerajaan. Kenapa bendera kita dihina sebegitu rupa oleh rakyat sendiri?

Perutusan Anwar semperna kemerdekaan ke - 51
Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

Pewarismelayu kata:
Persetujuan (perlembagaan) negara kita sudah termaktub dan diterima pakai oleh semua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan, mereka dah mengaku Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera, YDP Agung sebagai simbol insitusi beraja di Malaysia dan mengesahkan Ketuanan Melayu. Tidak perlu kita memperbaharui persetujuan itu, kita hanya perlu mempertahankan persetujuan yang telah dibuat oleh datok nenek kita 50 tahun yang lalu tanpa mengubah sedikitpun isi kandungannya.


Yang jelas sekarang,kita perlu membuang individu yang mahu merosakkan dan mengubah perjanjian yang dibuat 50 tahun lepas, sama ada menghapuskannya dari muka bumi ini atau individu tersebut dibuang negara! Setelah 'petualang' tersebut dihapuskan dari muka bumi Malaysia ini, amanlah kembali kehidupan kita dan kita akan dapat menghirup udara kestabilan politik di Malaysia. Insyaallah!

3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .