Archive for November 2008

S'wak jalan baru ke Putrajaya

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

"Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

"Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti."
PEWARIS KATA : Mungkin dia nak cover balik malu yang dulu kot.. kes 16 September dah memburukkan nama Anwar, sekarang ni dia nak realisasikan impian dia nak jadi PM. PM (pakar menipu) dah jadi, lani dah usha nak jadi PM (Prime Minister) pulak.

Anwar berusha nampaknya nak menarik MP Sarawak menyertai Pakatan Rakyat setelah Sabah dah memalukannya, sampaikan ada rombongan cari katak - katak ke Taiwan. Aduhai, kesiannya kepada Bro Anwar bin Ibrahim.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.
PEWARIS KATA : Kenapa dia tak dedahkan nama - nama katak yang nak melompat tu? Adakah isu basi ni nak dihangatkan semula oleh Anwar? Benarkah ada katak yang mahu melompat?

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.

"Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana mana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac," tambah Anwar. baca lagi
PEWARIS KATA : Allah tidak menyukai hambanya berperngai hasad dengki dan takabbur. Kita tunggu dan lihat, impian kerajaan pintu belakang Anwar berhasil atau tidak.


SUMBER : MALAYSIAKINI

Posted in , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!


"Sebagai contoh, ada pemimpin Pas dalam sesi ceramah ketika pilihan raya lalu berjanji kepada rakyat akan menutup kilang arak termasuk membuat janji lain dalam sesuatu perkara yang kononnya tidak diberi perhatian oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Bagaimanapun, janji itu dibuat sebelum menang pilihan raya. Tetapi apabila Pas sudah menang, hendak laksanakan pengharaman arak di kawasan majoriti orang Islam pun mereka tidak mampu kerana suara mereka tidak dihiraukan oleh DAP dan PKR.

"Malah, Pas juga dilihat terlalu lemah dan takut untuk menyuarakan pandangan mereka kerana bimbang akan dibantah oleh DAP walaupun tindakan itu jelas bertentangan dengan dasar mereka yang mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.BACA LAGI

PEWARISMELAYU KATA:

Ni la akibatnya kalau terlalu berjanji itu dan ini, mereka janji bukan - bukan benda yang tak dapat diterima akal. Ingat senang kah nak hapuskan maksiat, arak, judi dan rasuah dalam masa yang singkat?

Kita hidup di Malaysia, dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama. Kalau PAS nak hapuskan arak di Selangor, dapatkah mereka melaksanakannya?

RAKYAT SELANGOR sekarang dah puas hati dengan segala janji - janji manis PAS? Cakap tak serupa bikin!

Posted in , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Alahai Thailand..

Lapangan terbang Thailand terus ditutup

26/11/2008 5:11pm

BANGKOK 26 Nov. — Lapangan Terbang Suvarnabhu mi hari ini terus ditutup menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan terpaksa dibatalkan, berikutan penunjuk perasaan antikerajaan menyekat semua jalan menuju ke pintu masuk utama negara ini.

Lapangan Terbang Thailand (AOT), sebelum itu menya takan bahawa lapangan terbang itu akan dibuka pada tengah hari tetapi tidak dapat dilakukan kerana penyo kong antikerajaan tersebut telah mengambil alih lapangan terbang berkenaan.

Penyokong Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) telah mengisytiharkan hasrat mereka untuk menutup lapangan terbang itu sehingga Perdana Menteri Somchai Wongsa wat meletak jawatan.

Beliau dijangka pulang dari Peru hari ini setelah meng hadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Lima. Bagaimanapun pesawat yang membawa beliau pulang dilencongkan ke Chiang Mai.
Ketika beribu-ribu penyokong PAD masih berada di dalam dan luar terminal penumpang, beberapa penunjuk perasaan dilihat cuba memasuki radio aeronautikal dan menara kawalan trafik udara sementara satu lagi kumpu lan sedang menuju ke kawasan menempatkan pesawat.

Walaupun pihak berkuasa Thai memberikan jaminan keselamatan kepada lebih 3,000 penumpang yang terkan das di lapangan terbang itu, tetapi kelihatan hanya segelin tir anggota polis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang me nyatakan bahawa sebuah pesawat Iranian Airline yang membawa 416 Muslim Thai ke Mekah untuk menunaikan haji dibenarkan berlepas.

Lapangan terbang itu ditutup pada pukul 9 malam tadi bagi penerbangan keluar sementara ada beberapa pener bangan yang sepatutnya mendarat dilencongkan ke lapa ngan terbang antarabangsa lain di negera ini serta Lapa ngan Terbang Utapao di Chun Buri.

Salah sebuah pesawat yang dilencongkan itu ialah Indi an Airline yang mendarat di Lapangan Terbang Utapao tetapi penumpangnya terkandas kerana tidak ada kemu dahan untuk menempatkan penumpang asing.
Antara penerbangan yang dibatalkan ialah empat pener bangan Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, serta tujuh penerbangan Air Asia juga ke Kuala Lumpur, dan beberapa lagi ke Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Pengurus Kawasan MAS bagi Thailand, A. Vijayakuma ran berkata, penumpang dengan tiket Bangkok-Kuala Lumpur boleh menggunakan tiket itu untuk berlepas dari Phuket.
Beliau berkata, syarikat penerbangan juga menubuhkan pusat krisis kecemasan di mana penumpang boleh meng hubunginya untuk mendapatkan perkembangan terkini dengan menelefon 6622630565-71 atau 6621343184. — Bernama

PEWARISMELAYU KATA - 
Keadaan Thailand semakin lama semakin parah.. Mujurlah Malaysia tak jadi macam mereka. Allah, selamatkanlah negaraku yang tercinta ini. Aku mahukan kedamaian dinegaraku ini. 

Ya Allah, kau bukakanlah hati hamba - hambamu yang angkuh, tamak, busuk hati dan segala penyakit hati yang lain, semoga kami dapat melaksanakan syiarmu dan mengamalkan ajaran agamamu dengan aman. AMIN 

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.

( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )


Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.


Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.


Sekian terima kasih dari saya.


Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Kerajaan Pulau Pinang diberi tempoh sebulan kaji projek pembangunan di tapak warisan dunia


KUALA LUMPUR 25 Nov. — Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memberi tempoh sebulan bermula semalam kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk mengkaji semula tiga projek pembangunan di Georgetown bagi mengelakkan pengiktirafan bandar itu sebagai Tapak Warisan Dunia ditarik balik.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata ini penting kerana jika pengiktirafan yang diberi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu ditarik balik, ia turut melibatkan negeri Melaka.

“Saya minta kerajaan negeri Pulau Pinang bersama kementerian, Jabatan Warisan dan wakil dari UNESCO untuk lihat bagaimana impak pembangunan yang ada boleh menjejaskan kedudukannya sebagai satu tapak warisan.

“Saya telah memaklumkan kepada mereka beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam masa sebulan ini seperti berjumpa dengan kontraktor untuk berbincang mengenai reka bentuk agar ia tidak menjejaskan struktur bangunan di tapak warisan itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

PEWARISMELAYU kata : Apa kena la Lebai Guan Eng. Dia ni tak reti bahasa ke? Apasal la dia suka buat perkara yang orang tak suka ya? Penulis hairan, kena dia berperagai sedemikian. Guan Eng memang tak layak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, sudahlah bersikap rasicst!

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Penduduk bantah buat ladang babi


PENDUDUK mengadakan bantahan secara aman di Sungai Petani semalam
mengenai hasrat kerajaan Kedah mewujudkan projek ladang babi moden di negeri itu.


SUNGAI PETANI - Kira-kira 100 penduduk sekitar daerah ini dan Baling berkumpul bagi membantah isu ternakan ladang babi di negeri ini.

Mereka berhimpun secara aman yang turut disertai Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Petani dan Baling serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Melayu sekitar daerah Kuala Muda.

Perhimpunan di Dataran Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) itu antara lain meminta kerajaan Kedah melupakan hasrat membuka ladang babi itu di mana- mana tempat di negeri ini kerana ia tidak sesuai diternak dalam lingkungan masyarakat yang rata- ratanya beragama Islam.

Antara NGO yang turut serta ialah Persatuan Belia 4B Negeri Kedah, Yayasan Sungai Petani dan Kelab Rakan Muda Sungai Petani.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah yang juga jurucakap dalam perhimpunan itu turut membidas tindakan Pas yang beria mahu mewujudkan projek ladang babi di Kedah dan ia jelas tidak menghormati rakyat khususnya umat Islam.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya mengambil kira sensitiviti masyarakat terutama orang Melayu sebelum membuat sebarang kelulusan mengenainya.

"Walaupun kerajaan negeri semalam mengumumkan ladang babi moden secara berpusat tak akan dibuka di Bukit Selambau, namun majoriti orang Melayu tetap tolak.

"Tak kira sama ada di Bukit Selambau mahupun tempat lain di Kedah, kita tetap bantah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, ladang babi moden secara berpusat tidak akan dibuka di Bukit Selambau selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Veterinar.

Menurut beliau, jabatan berkenaan membuat keputusan itu setelah mengambil kira beberapa aspek teknikal.

Kata Mohd. Khairul, pihaknya tidak mahu Kedah, negeri yang majoriti rakyatnya beragama Islam digelar sebagai antara negeri utama penternakan babi negara.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani, Azhar Mahmud menegaskan, keputusan kerajaan Kedah yang tetap mahu meneruskan projek itu di lokasi lain di negeri ini tetap tidak boleh diterima.

Posted in | 14 Comments
Jom komen di Facebook!

SUARA KEADILAN Seronok! Megah!

MP BN yakin Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada Pilihan Raya Umum akan datang

Jumaat, 14 November 2008 • Kategori: Angkatan Muda, Berita Utama, Kenyataan, Nasional Oleh MASDAR R ARIFUDIN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen  (MP) Barisan Nasional (BN) berkeyakinan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

MP BN kawasan Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tidak mustahil PR akan akan mentadbir Malaysia pada PRU 13 jika BN tidak mendengar suara golongan muda pada hari ini.
Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, PRU 12 jelas membuktikan pengundi muda memberi impak besar terhadap keputusan pilihanraya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa, Angkatan Muda KeADILan (AMK), Yusmadi Yusoff yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, pandangan yang diutarakan oleh Nazri itu merupakan suatu pandangan yang ikhlas dari seorang menteri yang cukup berpengalaman.

Yusmadi yang juga MP Balik Pulau, berkata, Nazri sebagai seorang menteri yang arif berkaitan kepimpinan sudah pastinya mengetahui realiti sebenar dalam negara ketika ini.

Menurut Yusmadi, golongan muda adalah sekumpulan manusia yang bersifat dinamik, keratif dan tangkas dalam memproses maklumat semasa khususnya isu-isu yang berkaitan kepentingan masyarkat dan negara.

Yusmadi yang juga seorang peguam memberi contoh bagaimana blog Anwar Ibrahim menerima kunjungan yang konsisten dari golongan muda.

Beliau yang baru dilantik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Pengerusi Masyarakat Madani turut menjelaskan Parti KeADILan sentiasa membuka peluang kepada setiap golongan muda untuk bergerak dalam KeADILan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa dua juta orang golongan muda yang berumur bawah 21 tahun berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih menjelang pilihan raya ke-13.

PewarisMelayu kata: So, apa yang nak dihebohkan kalau orang Bn sendiri kata TAK MUNGKIN Pakatan Rakyat akan dapat ambil alih kerajaan persekutuan? Apa kehal nye? Best? Aduhai, mungkin Akhbar Suara Keadilan ni dah ketandusan idea untuk menerbitkan berita yang bermutu, telus dan berfakta agaknya. Sebab itulah mereka tulis artikel macam ni. Alahai!

Posted in , | 10 Comments
Jom komen di Facebook!

Menilai sikap seorang MB

'GO...go''...''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu.'' Dua kata-kata ini bukanlah dilafazkan oleh orang biasa atau lebih tepat lagi insan di jalanan yang tidak mempunyai apa-apa jawatan penting dalam kerajaan mahupun swasta.
Sebaliknya ia dilafazkan oleh seorang bertaraf Menteri Besar yang berkuasa di sebuah negeri. Demikianlah gambaran tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang bertindak di luar dugaan kelmarin apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya.
Kejadian berlaku ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridwan.
Ketika Mohammad Nizar yang mewakili sebuah parti yang memperjuangkan Islam iaitu Pas bertindak begitu emosional, pada hari yang sama seorang wakil rakyat DAP bertindak sebaliknya.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dipaparkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris begitu tenang menerima surat tuntutan tersebut. Beliau tidak menghalang jurugambar menjalankan tugas mereka.
Persoalannya, kenapakah Mohamad Nizar begitu emosional sehingga bertindak di luar kesopanan sebagai seorang pemimpin pembesar negeri?
Sejak 1991, penulis sudah beribu kali membuat liputan mengenai pemimpin Pas termasuklah aktiviti Presiden parti seperti Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor dan kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah penulis juga sudah terlibat dalam membuat liputan pemimpin-pemimpin kanan Pas yang lain seperti Mursyidul Am, Pas Datuk Nik Abdul Nik Mat, tetapi tidak pernah sekalipun pemimpin-pemimpin berkenaan bertindak emosi seperti Mohammad Nizar.
Apa yang lebih mengecewakan, rakan sejawatannya di Kedah yang juga dari Pas, Datuk Azizan Abdul Razak tidak pernah bersikap begitu kasar seperti mana Mohammad Nizar.
Ketika penulis menghubungi beberapa pemimpin dan ahli Pas bertanyakan pandangan berhubung tindakan Mohammad Nizar itu, mereka bukan sahaja terkejut malah benar-benar kecewa dengan Menteri Besar Perak tersebut.
Ini kerana Mohammad Nizar membawa imej Pas dan alasan tindakan tersebut mungkin kerana berada dalam tekanan boleh dipertikaikan.
Kalau itu hendak diambil kira, bagaimana dengan Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz dan Azizan. Ketiga-tiga pemimpin ini pernah mengalami tekanan yang maha hebat daripada pelbagai sudut termasuklah daripada media tetapi pernahkah mereka melakukan tindakan seperti mana Mohammad Nizar?
Ketiga-tiga pemimpin berkenaan sentiasa menghormati peranan media, jika ada perkara yang tidak puas hati mereka akan memberi penjelasan, mereka tidak akan emosional dalam bertindak.
''Saya berharap Mohammad Nizar akan belajar daripada ketiga-tiga pemimpin Pas tersebut, jangan terlalu emosional dalam berhadapan dengan media,'' kata seorang pemimpin Pas ketika dihubungi.
Layanan
Sebenarnya jika mengimbas kembali rentetan layanan Mohammad Nizar terhadap akhbar Melayu terutamanya Utusan Malaysia, apa yang dilakukan oleh beliau hakikatnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Sejak awal pemerintahan lagi Mohammad Nizar tidak menyenangi laporan-laporan Utusan Malaysia biarpun apa yang dibentangkan berasaskan fakta dan realiti.
Mohammad Nizar merupakan antara kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memboikot akhbar ini selain Selangor tetapi di Kedah, Azizan lebih matang dalam berurusan dengan media.
Azizan pernah memberitahu media bahawa beliau tidak kisah apa pun yang dilaporkan, kalau betul sesuatu berita itu, beliau akan siasat perkara yang dibangkitkan dan kalau laporan tidak tepat beliau akan menegurnya.
Begitulah sikap seorang pemimpin yang matang dalam berpolitik, apatah lagi apabila sudah menerajui sebuah kerajaan negeri. Mohammad Nizar seharusnya lebih matang tetapi beliau seolah-olah melihat Utusan Malaysia ibarat 'musuh kamu yang paling nyata'.
Apa pun keadaannya tindakan Mohammad Nizar boleh mencemarkan imej Pas sebagai sebuah parti yang sentiasa bersikap terbuka dengan media.
Ketika pakatan pembangkang mencapai persetujuan untuk memboikot Utusan Malaysia, barisan kepimpinan tertinggi Pas memutuskan membenarkan akhbar ini membuat liputan muktamar parti tersebut yang berlangsung di Ipoh.
Berdasarkan kepada apa yang berlaku adalah jelas terlalu banyak yang perlu Mohammad Nizar pelajari. Sebagai seorang Menteri Besar dan mempunyai latar belakang akademik dan agama yang baik, beliau seharusnya tidak bertindak seperti insan-insan tidak berpelajaran di jalanan.
Jadilah seorang pemimpin Islam yang sentiasa menghormati tata susila dan tidak seharusnya memaparkan tindakan yang akan dianggap angkuh dan sombong.
Mungkin dalam soal ini, kepimpinan Pas harus memberi teguran dan nasihat kepada Mohammad Nizar bahawa jawatan Menteri Besar yang disandangnya bukanlah segala-galanya, apatah lagi jika ia diperolehi berdasarkan situasi 'nasib sahaja'.
Mohammad Nizar tidak perlu merasa tertekan dengan laporan-laporan media apatah lagi bertindak memusuhi mana-mana media.
Kalau ada perkara yang dibangkitkan oleh sesuatu media itu tidak tepat sebagai seorang pemimpin, beliau harus bersedia membuat penjelasan.
Mohammad Nizar perlu belajar dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang sentiasa memahami tugas media.
Lihat sahaja bagaimana Nik Abdul Aziz yang sudah hampir 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan tidak pernah sekalipun membuat tindakan yang dilihat mencemarkan imej dan kedudukannya sebagai ulama dan kepimpinan negeri.
Nik Abdul Aziz sentiasa bersedia memberi penjelasan jika ada laporan media yang tidak tepat. Tidak dinafikan ada juga sekali sekala Nik Abdul Aziz benar-benar tersinggung dengan sesebuah media tetapi beliau tidak pernah menjerit 'woi' kepada mana-mana wartawan dan jurufoto.
Berdasarkan kepada keadaan itu adalah perlu Mohammad Nizar bermuhasabah dan berusahalah menjadi pemimpin yang matang, profesional dan bijak dalam berhadapan dengan wartawan. Ingatlah pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mampu mengawal perasaan sendiri.

Posted in , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Apa tujuannya dia BACA AYAT QURAN?

Penulis agak terkejut apabila melayari laman web HarakahDaily Online. Berikut adalah petikan berita tersebut:

Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110. Baca lagi..
Kenapa ya HarakahDaily menyiarkan berita seperti tersebut? Adakah mereka BANGGA kerana orang bukan Islam menggunakan ayat Quran ketika berucap ketika membentangkan Bajet 2009 Negeri Perak?

Wah wah.. Baguslah! Setelah Lim Guan Eng digelar Umar Abdul Aziz, depa nak puji pulak DAP Perak Islamik..

Wahai orang-orang PAS Perak! Sedarlah diri anda! Siapakah Guan Eng?? Adakah dia LAYAK disamakan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz? Astaghfirullahalazim!! Alah, orang PAS dah buta, sebab Guan Eng Kafir Harbi tu guna ayat Quran.. Amar Makruf Nahi Mungkar konon..
Eh, nak tanya sikit, Guan Eng tuh sunat ke tak ha? Suka-suka hati je kata sama dengan Khalifah..

Nanti Wong Kar Woh dapat pangkat apa pula? Khalifah apa yang sama seperti Wong Kar Woh? Pandai ya Kar Woh tu ambil hati Pencacai PAS (Parti Angkat Sampah) a.k.a Parti Ajaran Sesat.

Teringat pula pada kes Ayah Pin dan Abuya!

Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Salam Semua

Sudah lama penulis tidak mengupdate blog ini kerana penulis ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan.
Adakah politik Malaysia sekarang semakain lama, semakin stabil? Penulis perhatikan, pada setiap hari, ada sahaja isu panas yang dimainkan oleh pihak pembangkang untuk mencuri populariti daripada rakyat.
Isu hak keistimewaan orang Melayu dan Hak Bumiputera terus dipertikaikan.

Tindakan menyaman kerajaan Negeri Pulau Pinang ekoran pelaksanaan papan tanda pelbagai bahasa dinegeri Pulau Pinang amat wajar sekali dan tindakan seperti ini harus digunakan untuk MENGAJAR sesetengah ahli politik sempit pembangkang.

Apa yang hendak diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam melaksanakan Papan Tanda Pelbagai bahasa? Adakah mereka sangat cintakan bahasa? Tidak sedarkah mereka, mereka berada di bumi MALAYSIA, TANAH MELAYU, bukannya TANAH CINA atau TANAH INDIA.

Penulis tidak mahu menulis isu yang sensitif, yang akan menyebabkan rakyat pelbagai kaum diMalaysia berkelahi dan bermusuhan, tetapi kita semua kena sedar, apa yang diperjuangkan oleh nenek moyang dan pemimpin yang lepas ada hikmah dan sebabnya.

Ayuh kita memartabatkan kembali KEGEMILANGAN KETUANAN MELAYU di Malaysia, jangan biar PENGKHIANAT BANGSA terus membogelkan kita dan anak cucu kita!

HIDUP MELAYU! HIDUP ISLAM!

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Barack Obama - Presiden Amerika Syarikat yang Baru

WASHINGTON 5 Nov. – Rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih calon Demokrat, Barack Obama semalam sebagai Presiden kulit hitam mereka yang pertama, dengan memberi beliau kemenangan bersejarah ke atas calon Republikan, John McCain. - AFP

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan

Wakil pembangkang mula membuat bantahan apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyatakan beliau mahu menghabiskan pembentangan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009 sebelum memberi ruang untuk penjelasan.

Ekoran tindakan ahli Parlimen pembangkang yang seringkali bangun untuk membantah, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan mesyuarat jika tidak beliau akan meminta mereka meninggalkan Dewan. BACA LAGI

Pewaris Melayu kata:

Aduhai, kenapa YB dari pihak pembangkang begitu tak profesional? Kenapa anda bertindak sedemikian? Anda telah memalukan Parlimen Malaysia kepada semua penduduk dunia. Kerana andalah, pembangkang yang tahu bangkang sahaja,rakyat diabaikan.

YB ikut suka hati 'pass' kerusi parlimen suami isteri, ikut suka hati lantik anak jadi Ketua Menteri, bapak jadi penasihat parti, ikut suka hati saja lantik itu ini, alih - alih orang lain yang di tunjuk.. Gajah depan batang hidung tak nampak, tapi kuman seberang sungai diorang nampak sangat.

Aduhai.. Mengecewakan!

P/s: Penulis suka lihat gaya TPM berhujah di Dewan Rakyat tadi, Begitu selamber dan rileks.


Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Serah memo kepada Sultan Perak esok

''Saya harap perarakan yang bermula dari Masjid Ubudiah ini akan menjadi peringatan kepada kumpulan tertentu yang sering mempersoalkan hak istimewa orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi memberitahu, perarakan akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan peserta dijangka tiba di Dewan Santapan Istana Iskandariah pada pukul 10 pagi.

Menurut beliau, Sultan Azlan sudah memberi perkenan untuk menerima semua peserta masuk mengadap dan perarakan itu juga mendapat kelulusan polis.

''Pada majlis itu, semua peserta akan melafazkan sumpah taat setia kepada Sultan Perak dan institusi Raja-Raja Melayu dan saya sendiri akan mempersembahkan memorandum kepada Sultan Azlan," katanya. BACA LAGI

- Pandangan Peribadi Penulis -

Bagi pendapat peribadi Penulis, penulis secara jujur tidak bersetuju dengan langkah segelintir pihak yang mahu mengadakan perarakan, tidak kiralah ianya HALAL atau HARAM, tapi apa yang penulis kesal, budaya "perarakan" ataupun "demonstrasi" bukanlah budaya tulen rakyat Malaysia.

Kita ada hari perarakan tahunan contohnya Hari Kemerdekaan, Maulidur Rasul dan lain-lain lagi.. Jika mahu menunjukkan sokongan, buatlah cara lain. Mengadakan perarakan mungkin akan mengganggu pihak ke-tiga.

Apa-apa pun, penulis menyokong tindakan president Gagasan Melayu Perak (GMP), kerana Ketuanan Melayu di Malaysia dicabar dan diperlekeh oleh orang Melayu sendiri.

Posted in | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Ketuanan Melayu hanya kayakan segelintir pihak - Anwar

“Saya percaya bahawa Melayu dan Bumiputera mempunyai tempat di negara ini dan mereka tidak boleh dipinggirkan. Kita akan melakukan segala yang mungkin bagi membantu orang Melayu dan Bumiputera bersama-sama dengan orang Cina dan India.

“Namun untuk memperkatakan mengenai ketuanan Melayu di mana kita hanya memperkayakan segelintir pihak tetapi sebilangan besar orang Melayu lain terbiar dalam keadaan menyedihkan, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan eksekutif di Bangunan Darul Ridzuan di sini, hari ini (baca lagi disini)
Kenapa ni Dato Seri? Dato tak mengaku melayu dah ke? Sayang seribu kali sayang.. Dato dulu naik menjadi timbalan perdana menteri sebab UMNO, kalau nak harapkan Parti Keadilan yang setahun jagung dan tak mempunyai landasan tu, kemana sangat Dato sekarang?


Sini saya nak habaq kat Dato Seri, tak payah la kata macam tu. Tak payah la nak jadi hero. Tak payahla nak bawa agenda Malaysia Baru kat Malaysia ni. Melayu merupakan TUAN di tanah ini, Cina dan India diterima sebagai adik beradik sehidup semati. Dato kaya, tapi pura - pura buat macam tak kaya.


Kalau Dato tak kaya, macam mana la Dato nak tubuhkan Parti Keadilan tu? Duit mana yang Dato guna nak tubuhkan PKR? Masa PRK Permatang Pauh pulak, kempen parti Dato bukan main hebat? Nak bandingkan dengan dengan Dato Ariff Shah, Ariff Shah tak sehebat kempen Anwar. Duit mana yang Dato guna tu? Mewah betul gayanya..



Dahla, Anwar jangan la nak jadi barua sesetengah pihak untuk mencapai cita-cita peribadimu itu.

Posted in , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

NAJIB MENANG TANPA BERTANDING

CALON PRESIDEN UMNO

DS NAJIB TUN RAZAK ; 134 PENCALONAN

TENGKU RAZALIEGH ; 1 PENCALONAN

Alhamdulillah, nampaknya perjalanan peralihan kuasa antara DS Abdullah dengan DS Najib berjalan dengan lancar. Moga - moga DS Najib dapat menjadi presiden UMNO pada persidangan UMNO Mac nanti. 
MIC sebulat suara menyokong calon presiden UMNO, DS Najib. Harap semua rakyat menyokong DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Semoga Allah merahmati apa yang dirancang, AMIN.

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Tahniah la ye!


Tahniah diucapkan kepada Ku Li kerana berjaya mendapat SATU pencalonan menjadi presiden UMNO dari cawangan Gua Musang, iaitu pencalonan daripada kandangnya sendiri.

Apa yang penulis nak sampaikan, sudah sudahla Ku Li oi, umur dah banyak, bawak - bawak la bertaubat dan berhentilah daripada arena politik ni. Baik Dato pegi buat amal ibadat banyak-banyak. Selalunya, orang berumur banyak macam Dato ni, makin dekat dengan keluarga. Jaga cucu dsb..

Dato kena sedar, orang lain pun nak jadi perdana menteri jugak. Tambah-tambah DS Anwar tu, dia lagi gila-gila nak jadi perdana menteri. Dato? Cukuplah. Dari zaman Dr.M sehinggalah DS Abdullah Badawi, tak kenal penat ke Dato?

Apa-apa pun, tahniah penulis ucapkan. Semoga mimpi anda akan menjadi kenyataan ya.

P/s: Seorang diluar, seorang didalam. 2x5 saja

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.