Archive for Januari 2009

UMNO seperti pokok hampir mati, Pas tak sedar diri

Nik Aziz anggap UMNO pokok hampir mati

KOTA BAHARU 30 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

“UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

PEWARIS MELAYU KATA:

Nik Aziz harus sedar akan situasi Pas sekarang yang lebih teruk daripada Umno yang diibaratkan seperti pokok yang hampir mati.

Kita lihat senarai Exco di negeri Pakatan Rakyat di negeri Perak dan juga negeri Selangor. Pas ibarat tak dihormati oleh exco negeri Perak dan MB Perak sekarang, Ir. Nizar dilihat seperti REMOTE CONTROL Dap. Baju sahaja Pas, tapi disebaliknya Nizar hanyalah penghias dinegeri tersebut.

Kita lihat negeri Kedah yang didakwa bagus itu dan ini. Kerajaan Negeri Kedah tak usah berbangga kerana mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri tanpa sokongan PKR dan DAP laknatullah.

Ingatlah Nik Aziz, jangan terlalu sombong dan bongkak akan status Pas sekarang di negeri - negeri dibawah pemerintahan pembangkang. Rakyat telah mula menyedari Pas sebagai parti Angkut Sampah sahaja, cakap tak serupa bikin.

Kemenangan Pas di P.36 di Kuala Terengganu menyebabkan mereka terus mendabik dada seperti mereka hero rakyat. Ingat, tanpa undian rakyat, siapalah anda semua.

Posted in , , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Nafi dan Nafi

Utusan Malaysia

IPOH 30 Jan. - Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai Barisan Nasional.

“Spekulasi mengenai Jamaluddin dan Mohd Osman itu adalah tidak benar. Saya berusaha untuk berhubung dengan mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa terdapat dua wakil rakyat daripada PKR akan keluar parti dan menjadi wakil bebas sebelum menyertai UMNO. - Bernama

PEWARISMELAYU KATA : 
Mungkin ahli PR akan meninggalkan PR Perak dan mungkin ini hanya gimik Ir. Nizar sahaja. Apa - apa pun , kita tunggu dan lihat sahaja lah.

Posted in , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Bikin Gempak Lagi!

Menteri besar Negeri Sembilan menafikan desas-desus beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional akan menyertai pembangkang.

"Kalau ada dakwaan, suruh dia bagi nama. Yang DAP Perak risau sangat pasal apa, jagalah negeri Perak itu," Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik berkata hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan DAP Perak yang tersiar dalam laporan muka depan akhbar China Press yang menyebut tiga atau empat wakil rakyat negeri akan menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut Bernama, Mohamad berkata wakil rakyat BN bawah pimpinannya mempunyai integriti dan jati diri yang kuat serta sayangkan parti.

"Saya tidak nampak mereka ini senang dipujuk dan mudah melompat keluar dari Umno walaupun ada antara mereka telah tewas dalam pemilihan peringkat bahagian masing-masing.

"Semangat mereka kepada parti masih kuat," katanya.

PEWARISMELAYU KATA:
Anwar nak ulangi sejarah Sep yang lalu. Jangan lupa, dia nak naik mahkamah ekoran kes liwat Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan. Ini semua taktik saja. Gempaq saja lebih

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Alahai!


Dulu, orang BN korap
Dulu, orang BN tak boleh harap
Dulu, orang BN zalim
Dulu, orang BN pengkhianat
Dulu, orang BN teruk

Sekarang

Orang BN lah pilihan Anwar untuk menubuhkan kerajaan badut 16 Sept
Kini, orang BN telah menjadi "pisang goreng"
Orang BN dijanjikan itu ini jika diminta menyeberang

Dimana Gahnya Pakatan Rakyat?

Sebuah pakatan haram yang tidak berdaftar,
Sebuah pakatan haram yang tak tau malu,
Sebuah pakatan yang tak sedar diri,
Sebuah pakatan yang kononnya "suci"
Sebuah pakatan diharapkan menjadi "ganti"
Sebuah pakatan yang cakap tak serupa bikin!

Nak tubuhkan kerajaan persekutuan pun nak pakai 30 ahli MP BN?
Konon bersih dan suci dari rasuah, tapi kepala besar tu buat juga
Tuduh orang lain itu ini, bila kena tang batang hidung tak mengaku pula

Alahai Alahai..

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Nak keluar , KELUARLAH!

Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN

Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi".

"Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.

"Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi "saya tahu itu gula-gula sahaja."

"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.

Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.

"Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.

Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.

Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut. 

PEWARISMELAYU KATA:

Kalau nak keluar, keluar sahajalah wahai YB yang bukan berjuang kepada parti, bangsa dan agama! Jika anda betul - betul ikhlas dalam perjuangan anda, setiap cabaran dan dugaan pasti tidak akan mengganggu gugat kesetiaan dan keikhlasan anda.


Ini merupakan lumrah dalam hidup kita semua. Tak semua manusia yang ikhas dalam setiap perbuatannya. 
Kepada semua ahli Umno dan Yb Umno / Bn, keluarlah anda daripada parti yang mempertahankan hak bangsa kami.


Ada hikmah dengan kekalahan Umno dan Bn pada PRU yang lepas. Bn sudah lemah di negeri - negeri pembangkang, mereka takut periuk nasi mereka tergugat dan ada pihak lain yang menawarkan lebih yang diberikan oleh kerajaan sekarang.

JANGAN JADI HIPOKRIT. JANGAN KHIANATI RAKYAT YANG MENGUNDI ANDA. INGAT SEMUA YB - YB DI MALAYSIA. INGAT KAMI RAKYAT YANG MENAIKKAN ANDA DIATAS. INGAT!! JANGAN SESEKALI MENGKHIANATI KAMI, PENGUNDI YANG MENGUNDI ANDA!

Posted in | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

PAS rampas kerusi Parlimen KT

KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.35 malam, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi.

Seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Undi rosak 665.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar. Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Pewaris Melayu kata:
Rakyat masih tak serik - serik memilih pemimpin yang salah. Mereka tak jadikan PRK P.44 dahulu sebagai pengajaran. Biar masa menentukannya.

Sumber: Malaysiakini dan Utusan Malaysia

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Sign boad di Kedah juga mahu dipolitikkan?

ALOR SETAR: Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada 'Alor Star' semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok 'setar' dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.

Azizan berkata Jabatan Kerja Raya akan diarah menukar papan tanda dengan menggunakan ejaan itu dalam masa terdekat.

Tahun lepas, kerajaan Kedah pimpinan PAS turut menukar nama Langkawi kepada 'Langkawi Permata Kedah'. BERNAMA

SUMBER

Pewaris Melayu : Alahai Ustaz Azizan, tak ada modal lain ke, asyik - asyik nak sebut kerajaan yang lepas.. Tak paham betul..

Posted in , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

MB Nizar "syok" dapat KERETA baru!

 Perak mula terima Camry ganti Proton

IPOH 9 Jan. - Kerajaan negeri Perak menerima sembilan daripada 16 buah kereta baru jenis Toyota Camry 2.4 yang dibeli bagi menggantikan kereta keluaran nasional Proton Perdana V6 Executive hari ini.

Kesemua kereta yang berharga RM160,000 sebuah itu bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kereta pertama jenis itu dilihat memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini kira-kira pukul 10 pagi dengan nombor pendaftaran AFD 33 berwarna hitam.

Kereta-kereta tersebut dibawa masuk secara berperingkat-peringkat oleh jurujual UMW Toyota dan diletakkan di kawasan letak kereta berbumbung bagi kenderaan Exco dan pegawai kanan terbabit.
Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, enam buah lagi kereta berkenaan akan diterima pihaknya secara berperingkat-peringkat oleh pihak penjual.

''Kita telah menerima sembilan buah kereta Toyota Camry 2.4 hari ini untuk digunakan oleh ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

''Mana-mana Exco yang kereta mereka (Proton Perdana V6 Executive) sebelum ini mengalami kerosakan teruk hingga menyebabkan kita banyak mengeluarkan belanja untuk membaikinya akan menerima kereta itu (Proton Camry 2.4) dulu," katanya kepada pemberita di bangunan SUK di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kereta-kereta rasmi sebelum ini yang sudah berusia empat tahun sembilan bulan adalah menjadi keutamaan untuk ditukar dengan kereta baru.

Jelas beliau, bagi kereta-kereta ahli Exco atau pegawai kanan termasuk kereta rasminya sendiri yang hanya mengalami sedikit kerosakan akan digantikan kemudian.

''Jadi yang mana selalu rosak akan dapat kereta dulu, manakala yang sudah dihantar untuk diperbaiki perlu tunggu.
''Macam kereta saya walaupun telah rosak, tetapi ia masih boleh digunakan. Barangkali kereta saya adalah yang terakhir untuk ditukar kerana ia masih boleh berjalan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau mendakwa harga sebenar bagi sebuah kereta Toyota Camry 2.4 adalah lebih rendah berbanding kereta Proton Perdana V6 Executive jika kerajaan tidak mengenakan cukai.

''Kenderaan lama (Proton Perdana V6 Executive) kita tukar ganti dengan penjual yang berharga antara RM30,000 hingga RM40,000 sebuah.

''Jadi, kalau kerajaan tidak kenakan cukai dan ditolak pula dengan nilai tukar ganti itu, harga Toyota Camry 2.4 adalah lebih murah berbanding Proton V6 Executive iaitu sekitar RM80,000 sahaja," katanya.
Katanya lagi, pembelian kereta berkenaan dibuat secara tender terbuka.

Jelas beliau, mereka yang bakal menggunakan kereta tersebut ialah beliau sendiri, 10 anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Mufti Perak dan Speaker Dewan Undangan Negeri.UTUSAN

PEWARISMELAYU KATA :
Kecewa dengan sikap pemimpin sekarang ini. Kami nak pemimpin yang membela dan menyokong industri kereta kita, produk nasional, tapi tak boleh harap.



Ni berpunca dari MB Terengganu yang ego. Semua pemimpin atasan sama saja, baik pembangkang ataupun kerajaan!

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Dap lebih baik daripada Mca, Pas terus bergantung kepada Dap

KOTA BHARU 8 Jan. – Pas akan terus ‘bergantung’ kepada DAP dalam mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat bagi mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) suatu hari nanti.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, biarpun begitu, Pas masih bebas bersuara untuk menyatakan pandangan serta pendiriannya.

“Apa salahnya Pas bergantung kepada DAP, UMNO bergantung kepada MCA sudah berpuluh tahun, DAP bukan parti komunis, malah lagi baik berbanding MCA,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika ditanya tentang pendapat umum yang mengatakan suara parti tersebut terbatas dan terlalu tunduk kepada DAP terutama dalam isu hudud, Husam berkata:

“Apa pula yang terbatas, bagi contoh, hudud saya sudah sebut, itulah lebihnya pakatan pembangkang, kita bukannya jadi parti boneka macam BN.”

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta Pas supaya tidak tunduk dengan gesaan DAP yang mahu parti itu menghentikan cita-cita membentuk negara Islam dengan pelaksanaan hukum hudud.

Sebelum itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terus bertegas menentang pelaksanaan negara Islam dan hudud di negara ini.

Karpal juga meminta pemimpin Pas supaya menghentikan kenyataan dan pendirian untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mahu terus berada dalam pakatan pembangkang kerana syarat itulah yang membolehkan mereka terus bekerjasama dalam pilihan raya umum lalu.

Husam berkata, sebagai contoh, tiada siapa yang membangkit isu hudud ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, BN hanya membangkitkan isu pembahagian hak milik kekal tanah kampung baru di Perak sebagai senjata untuk memburukkan pakatan pembangkang.

“Saya telah katakan ini lebih kepada isu perkauman kerana yang mendapat hak milik kekal ialah orang Cina sebab itu Majlis Tanah Negara (MTN) halang.

“Saya rasa ini isu perkauman dan orang Cina sedar perkara ini serta ia menjadi satu senjata yang berkesan di Kuala Terengganu nanti,” katanya.

Tambahnya, kerjasama dengan DAP amat penting kerana titik pertemuan perjuangan mereka adalah sama iaitu untuk keadilan.

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Kenyataan Anwar mengelirukan - Karpal

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan, kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini.

"Kenyataan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat Pas yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Ini memang menjadi pendirian Pas sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin Pas sekarang," katanya dalam kenyataan di sini.

Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Disember tahun lepas sebagai berkata: "Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat".

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

"Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar Pas yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam. 

"Mungkin Presiden Pas, (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan Pas terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya Pas berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," katanya.

Karpal Singh berkata, Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.

KOMEN PEWARISMELAYU : Anwar memang kaki pembelit, cakap tak serupa bikin dan talam dua muka. Depan Pas cakap lain, depan Dap cakap lain. Sebab Anwar lah, Pas dan Dap boleh bersatu dan perkahwinan Pas dengan Dap tak akan lama, sudah retak menanti belah, tunggu masa dan ketika sahaja untuk berpisah,.Itu pun masih lagi dibanggakan oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat, yang membangingkan PR lebih stabil daripada Bn yang memerintah sudah 51 tahun lamanya.

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar orang Pas?

Benarkah Anwar menyokong Pas dalam P36? Suka benar lihat raut wajahnya memakai topi berlabel "Pas For All"

Foto kredit kepada Malaysiakini

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Ludahla saya jika PR gagal bawa perubahan - Anwar

KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam satu ceramah di sini, malam tadi.

Ceramah anjuran Pakatan Rakyat itu adalah bagi menyokong calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjelang pengundian 17 Januari ini

Ceramah yang diadakan di kawasan rumah pangsa Jalan Bukit Kecil itu dihadiri 100 orang.

Dalam ceramahnya, Anwar turut membangkitkan isu penahanan beliau oleh polis, isu pengambilan tanah oleh Umno selain isu rasuah.

Dalam pilihan raya itu, Mohd Abdul Wahid berdepan calon Barisan Nasional (BN),Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon Bebas. - Bernama

Komen Pewaris Melayu :
Amboi, dah terdesak sangat la Pak Shiekh kita neh.. kenapa tak berjanji dan bersumpah je? Penulis hairan, ada jugak orang yang percaya ceramah dia tu.

Penduduk Kuala Terengganu tak bodoh. Renunglah kembali apa yang kerajaan Pas lakukan kepada negeri tersebut semasa dibawah pemerintahannya dan bandingkan dengan pencapaian negeri tersebut semasa dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Besar sangat ke pangkat dan peranan Anwar dalam menentukan kejayaan ekonomi dan kecemerlangan Malaysia? Ingat Anwar, jangan terlalu riak dan bangga diri.

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Pas dalam dilema : Antara Kuasa atau Agama

PRU-12 yang lalu telah memberikan pelbagai perspektif kepada semua orang, tak kira sama ada penganalisis politik, rakyat, raja dan sesiapa saja. Kini kecelaruan telah mula wujud difikiran rakyat terutamanya kepada mereka-mereka yang telah mengundi PAS dan DAP semasa PRU yang lepas. Baca lagi di blog SUKJ..

Posted in , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Generasi muda harus boikot produk AS


"Generasi muda di negara ini terlalu asyik dengan dunia mereka sendiri dan tidak mengambil berat tentang kegawatan dunia sedangkan setiap peristiwa yang terjadi sedikit sebanyak pasti memberi kesan kepada Malaysia.

"Keganasan Israel di bumi Palestin misalnya amat berkait rapat dengan rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam, sensitiviti ummah yang tidak sanggup melihat saudara seagama dizalimi sedemikian rupa mesti ada di kalangan kita," katanya. BACA LAGI

KOMEN PEWARIS MELAYU :

Marilah kita memboikot barangan dan makanan daripada Amerika Syarikat dan pemboikotan ini haruslah diadakan secara besar - besaran. Boikoitlah barangan daripada AS.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

WAKIL WAKAF MEMPELAM YANG JUJUR

Sudah terang lagi bersuluh! Adakah anda mahu mengundi PARTI yang TIDAK BUAT APA - APA untuk pembangunan negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.
Bukti? Sila tengok Video diatas dan fahami dengan akal yang tuhan kurniakan.

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Ingat, kita berada di tahun baru!

KUALA LUMPUR 1 Jan. — Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang, dikeluarkan Jabatan Penggangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara bermula tengah malam tadi.

Johor mencatat jumlah saman tertinggi dengan 95 saman dikeluarkan ke atas pengguna kenderaan persendirian dan komersil yang ingkar arahan penggunaan tali pinggang belakang yang berkuatkuasa hari ini, kata Pengarah Penguatkuasa JPJ Salim Parlan.

Beliau berkata mulai hari ini, kesemua pengguna kenderaan wajib memakai tali pinggang belakang dan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan bagi pengguna kenderaan yang enggan berbuat demikian.
Seramai 500 pegawai JPJ terbabit dalam operasi mulai 10 malam dan berakhir pukul 2 pagi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata di Pulau Pinang hanya enam saman dikeluarkan bagi kesalahan itu dan ini “secara tidak langsung menunjukkan kempen pemakaian tali pinggang belakang ini berjaya.” SUMBER

KOMEN PENULIS:

Patuhilah undang - undang dijalan raya. Sayangilah keluarga kita agar dengan memaikai tali pinggang keledar di belakang. Kalau pakai tali pinggang, tak rugi duit sesen pun. Baik kita setkan dalam kepala kita, pakai untu keselamatan. Ok?


Disini penulis hendak mengucapkan selamat tahun baru Hijrah dan Masihi, semoga perjalanan Politik kita pada tahun ini tidak terombang ambing seperti tahun lepas. Semoga Allah memberkati kita semua.

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Ingat Balik kata - katanya pada masa dulu

Posted in , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.