Archive for Oktober 2008

Alhamdulillah! Turun lagi!

RM2.30 

RM2.15 

Harga petrol turun lagi 15 sen


31/10/2008 5:36pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.
Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan.
- Utusan


Pewaris Melayu kata:
Ini adalah BUKTI kerajaan Barisan Nasional sekarang tidak zalim kepada rakyat dan BUKTI kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan api ini dengan sesuka hati! 

Apa yang pihak pembangkang laung dan canangkan sebelum ini mereka mengatakan kerajaan Zalim, kerajaan BN - Barang Naik adalah salah satu modal untuk meraih populariti, pandangan serta sokongan rakyat!

Alhamdulillah, terima kasih kerajaan!Terbukti! Sokong BN dapat turun harga minyak!

Apa yang anda dapat apabila sokong Anwar Ibrahim? Kot TV bolehla dia tunjuk HERO,kata ada formula untuk turunkan harga minyak, la ni, apa dia kata?

To DS Anwar, apa komen Dato? La ni harga minyak dah turun, nanti kalaulah kerajaan pintu belakang Dato naik, Dato nak janji berapa RM pula?

P/S: Apa komen penjilat-penjilat PKR? Depa seronok dak harga minyak turun?

Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Dah Melampau!

MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.


Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini. - Baca Lagi..
Pewaris Melayu:
Penulis tahu apa yang terjadi dalam MCA. MCA Tidak akan berbuat sebegini jika tidak dicucuk oleh mana - mana pihak. MCA sudah dianggap sebagai adik abang didalam Barisan Nasional sejak sekian lama, tetapi akhir-akhir ini desakkan untuk memansuhkan hak keistimewaan bumiputera keluar dari MCA, iaitu salah satu parti komponen BN sendiri. Apa yang penulis dapat simpulkan sekarang ialah:
  • Cina Malaysia sudah bersatu padu mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera di Malaysia. 
  • Contohnya, kenyataan MCA kini lebih kurang sama seperti kenyataan DAP. Walaupun kenyataann MCA kali ini tidak "setajam" DAP, tapi nadanya sama seperti DAP.
Oleh itu, sebagai kaum bumiputra di Malaysia, penulis tidak bersetuju dengan cadangan MCA yang mahu rakyat Malaysia bersaing didalam bidang ekonomi.
Bumiputra tidak boleh disama ratakan dengan kaum-kaum bukan bumiputra di Tanah Melayu.

8 Comments
Jom komen di Facebook!

Terbakar Hati


Kerajaan Pulau Pinang langgar semangat Perlembagaan


KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kerajaan Persekutuan digesa menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan negeri itu perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana secara terang-terangan melanggar semangat perlembagaan dan undang-undang negara. Baca lagi

Pewaris Melayu kata:
Wahai rakyat Malaysia, lihatlah contoh yang ada didepan mata kita sekarang. Yang mana racun dan yang mana madu. Cukuplah jika anda sudah tersilap mengundi pada PRU12 yang lalu, marilah kita bersama-sama menolak Pakatan Rakyat yang jelas amat menentang semangat Perlembagaan yang sudah terpahat sekian lama sejak 50tahun yang lepas. Penulis amat geram sekali tindak tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang yang ingin meng"singapura"kan Pulau Pinang.


Ayuh orang-orang Melayu sekalian, kita bersatu. Lupakanlah perbezaan politik. Buanglah semangat assobiah dalam diri anda, adakah anda mahu sejarah Singapura terjadi kepada Pulau Pinang?

3 Comments
Jom komen di Facebook!

Macam - Macam

Minyak sekitar AS$60 setong, pasaran saham merosot

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Harga minyak mentah dunia terus diniaga di bawah paras AS$70 setong dengan komoditi itu berada di paras AS$64.92 (RM230.46) setong dalam dagangannya di pasaran Asia.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi New York semalam diniagakan di paras terendah sejak Jun tahun lalu apabila ditutup pada paras AS$66.20 (RM235.01) setong.

Menurut laporan agensi berita AFP, harga minyak yang lebih rendah disebabkan Iran, anggota utama Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mendesak pengurangan pengeluaran menjelang mesyuarat pertubuhan itu di Vienna. Baca lagi..

Pewaris Melayu kata:
Alhamdulillah.. Mungkin harga minyak di Malaysia akan diturunkan dari semasa ke semasa.. Dapatlah kita menghirup nafas lega sedikit. Kalau dulu, harga minyak yang melambung tinggi memberi kesan kepada semua pihak. Adakah harga barang sudah turun sejak kerajaan menurunkan harga minyak pada awal bulan lepas?

Bina masjid Cina di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) hari ini mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.

Menurutnya, masjid seperti itu yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam, haruslah dibina mengikut senibina Cina. Baca lagi..

Pewaris Melayu kata:
Bagus juga cadangan Pakcik Zul ni. Baik. Boleh dipertimbangkan. Mungkin pada masa hadapan, lebih ramai lagi orang bukan Islam akan memeluk agama Islam. Adakah cadangan ini akan ditentang oleh Anwar Ibrahim, selaku boss besar dalam PKR? Adakah DAP akan bersetuju dengan cadangan Zul Nordin?

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Hentikan 'drama' tubuh kerajaan baru

 
KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Pembangkang diminta menghentikan segera 'drama' pembentukan kerajaan baru sebaliknya memberi tumpuan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.


Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, rakyat sudah bosan mendengar dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak menubuhkan kerajaan baru yang tidak menjadi kenyataan sampai sekarang.
''Saya fikir masing-masing ada tugas. Ketua pembangkang dengan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen, hentikan permainan minda dan jalankan tugas ini,'' katanya.


Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang keyakinan pembentukan kerajaan baru di bawah pakatan pembangkang pada atau selepas Hari Raya Aidiladha nanti.


Wan Ahmad Farid yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, pengubahan tarikh pembentukan kerajaan baru tidak akan menambah sokongan rakyat kepada pembangkang sebaliknya mengurangkan lagi keyakinan terhadap mereka.


''Saya fikir Pas dan lebih-lebih lagi Anwar sudah hilang kredibiliti mereka, orang tidak mahu dengar mengenai kerajaan baru lagi.


''Selepas Hari Raya Haji ini, mungkin Anwar akan beri tarikh selepas raya Cina pula,'' katanya.
Beliau turut melahirkan keyakinan kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah negara ini tidak akan mudah tergugat.

Pewaris Melayu:

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya ataupun Dari Permatang Pauh ke Tanjung Rambutan?
Makan lah ubat Dato Seri.. DS Wan Azizah, awat Dato tak bagi DS Anwar makan ubat lagi ni?
Dia dok merapu apa tah lagi 8hb Dec nih.. Risau saya orang tua nih DS Wan.. Orang tua dulu - dulu kalau dah lanjut usia, depa dok pi dengaq baca kitab. Tapi suami DS ni pelik dah. Nyanyok ke apa DS?

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Umno Tidak Pernah Membuli Parti Komponen BN, Kata Abdullah

"Orang kata Umno parti yang suka buli. Tidak pernah berlaku perbuatan membuli. Kalau itu cara Umno, sudah lama parti-parti komponen tinggalkan BN. Itu tidak berlaku. Ini adalah strategi yang dibawa oleh parti pembangkang. Isu ini tidak bermula dari parti komponen (BN).

"Ia bermula dari parti pembangkang, seperti DAP untuk memburukkan MCA supaya orang terutamanya kaum Cina tidak suka MCA dan pemimpin BN.
Berita penuh disini 


PewarisMelayu kata:

Ni semua peranan pembangkang Malaysia yang suka memecahbelahkan parti orang lain. Sebelum ni ada ke kenyataan sebegini? Apabila BN sudah lemah dan UMNO dianggap sebagai "abang jahat" dalam BN, adik-adik parti komponen yang lain pasti akan berasa rendah diri dan kecil. Sekarang, peranan pembangkang adalah untuk memisahkan adik beradik akrab didalam BN untuk berhijrah kepada mereka (PR).

Kita semua kena ingat, BN merupakan satu keluarga yang diketuai oleh UMNO dan dibantu oleh MCA dan MIC. MCA dan MIC tidak sekali-kali diperalat dan digula-gulakan oleh BN untuk matlamat politik UMNO. Bagi penulis,MCA dan MIC serta semua ahli komponen parti lain tidak perlu berasa hati dengan kenyataan pembangkang.

Pembangkang setiap hari "buat kacau" dan "bikin goyang" rumah tangga BN yang sudah terbina sejak sekian lama (50 tahun) dan mereka iri hati kejayaan BN saban hari. Mereka (PR) merupakan Pakatan Rapuh yang goyah. Ada ketua hebat dan bercita-cita Mat Jenin.
Rumah tangga BN sudah 50 tahun tapi rumah tangga PR (baca:Pakatan Rapuh) yang dinikahkan secara "kahwin paksa" akan bertahan sampai bila? Kita tunggu dan lihat.

Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Sejarah Dalam UPSR

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk memasukkan subjek Sejarah sebagai salah satu kertas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjelang 2010.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail (gambar) berkata, langkah berkenaan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya subjek itu diajar di sekolah rendah dan transformasi Kurikulum Sekolah Rendah yang akan bermula 2010.

''Kementerian sememangnya mengambil kira cadangan Perdana Menteri. Justeru mata pelajaran sejarah dicadangkan supaya diajar secara khusus kepada murid-murid Tahun 3 dan seterusnya pada tiap-tiap tahun sehingga Tingkatan Lima.

''Sukatan pelajarannya akan ditentukan setelah perbincangan mendalam dilaksanakan melibatkan semua pihak yang berkenaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Jelas Razali, bagi murid-murid Tahun Satu dan Dua, unsur-unsur sejarah akan diterapkan melalui bidang kemanusiaan dan bahasa.

''Buat masa ini tidak ada mata pelajaran Sejarah secara khusus untuk murid sekolah rendah. Mereka hanya diajar serba sedikit elemen sejarah dalam subjek Kajian Tempatan.
''Unsur-unsur sejarah yang diberikan pendedahan ialah sejarah budaya dan sosial masyarakat Malaysia iaitu belajar hidup bersama dan bermuafakat," katanya.

Razali menambah, pihaknya tidak mahu murid-murid menghafal apa yang berlaku pada tarikh-tarikh tertentu tetapi mengambil iktibar daripadanya.

''Maka dalam hal ini kementerian juga akan mengkaji semula pendekatan pengajaran guru bagi subjek Sejarah.

''Bagaimana guru harus mengajar dengan sebaiknya supaya ia dapat memberikan kesan kepada pemikiran dan jiwa murid-murid," jelas beliau.

Tambah Razali, kementerian mahu murid-murid seronok ketika mengikuti subjek Sejarah.
''Penggunaan audio visual, alat bantu mengajar atau teater berkemungkinan menjadi kaedah pengajaran yang berkesan," katanya.

PewarisMelayu kata:
Memang patut subjek sejarah diajar diperingkat sekolah rendah lagi supaya anak-anak kecil dapat mengetahui sejarah negara. Banyak golongan remaja sekarang tidak menghayati sejarah dan secara langsung akan menyebabkan pelbagai masalah antara kaum dan juga menghina negara. contohnya pelajar Malaysia ke Korea, Namewee.

Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Pembelian Eurocopter EC725 ikut peraturan

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa proses perolehan helikopter Eurocopter EC725 dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
Ketua Setiausahanya, Datuk Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan memilih model berkenaan dibuat berdasarkan tawaran lengkap oleh Eurocopter dan setelah mendapat markah keseluruhan tertinggi yang meliputi penilaian teknikal serta ofset harga yang munasabah.

“Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sememangnya mempunyai data lengkap dan pengetahuan mengenai helikopter yang berada di pasaran pada masa kini.

“Oleh itu, penilaian fizikal berhubung ciri-ciri pengendalian helikopter tidak perlu dilaksanakan di kawasan kemudahan (fasilitas) yang ditetapkan penender dalam masa tarikh tutup tender (12 Februari 2008) sehingga dibawa kepada pertimbangan Mesyuarat Lembaga Tender A (pada 22 Julai 2008).

“Ini adalah bagi menjamin ketelusan proses dan integriti Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada enam pegawai tidak dipertikaikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

PewarisMelayu kata:
So, sekarang nak tuduh apa lagi? DS Najib.. Lawan tetap lawan! Kita patahkan setiap serangan musuh. Negara kita sekarang ni dah kaya dengan fitnah.

Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Dialog dengan Taukeh

Minggu lepas, seorang taukeh Cina dan pekerjanya (Melayu) datang kerumah penulis untuk membaiki peralatan dirumah penulis

Pada ketika itu, isu yang hangat dan diperkatakan ialah keputusan DS Abdullah sama ada untuk mempertahankan atau melepaskan jawatan Presiden UMNO. Taukeh tersebut datang kemeja dihadapan TV ditemani oleh penulis. Pekerjanya sedang membuat kerja.

"Itu Badawi sudah turun ka?" tanya taukeh tersebut kepada penulis.
"Ya, dia tak mau tanding jawatan presiden UMNO bulan Mac nanti.Nanti Najib la ganti dia pula" jelas penulis
"Itu Badawi ar tak pandai jadi PM woo.. Dia tak baguih" ujar Taukeh tu.
"Habistu sapa yang bagus? Dr. Mahatir ok tak?" tanya penulis.
"Dr. Mahathir banyak baguih woo.. Dia jadi PM, negara banyak maju. Bisnes pun ok.."
"Oh, kalau macam tu tak pa la. ye la tu taukeh. DS Najib layak tak jadi PM?"
"Tak lak..Dia tak baguih. Orang UMNO tak baguih"
"Apa pasal? Cerita la sikit taukeh"
"Itu UMNO ah, banyak makan duit rakyat. Banyak korap. Banyak jahat punya orang"
"Oh.. sebab tu ka? Abis tu taukeh, sapa yang layak jadi PM?"
"Anwar Ibrahim"
"wa.. dia tu memang banyak famous punya orang. Dia baguih ka?"
"Ya la. Dia pandai bisnes punya. Lagipun, dia dulu jadi Menteri Kewangan, jaga duit. itu kes liwat, tarak butui punya"
"Yeke.. Apasal pulak taukeh cakap tak betul?"
"Ya la.. itu Saiful orang muda. Anwar itu orang tua. Sudah jadi datok. Lagi senang mau liwat itu Saiful orang muda ka?? You tau ka liwat tu apa? itu belakang punya woo"
"Saya tau la taukeh. Tapi kan, kalau macam tu, kes liwat Anwar masa tahun 1998 kan dah bukti Anwar salah? Kenapa kata yang liwat Saiful tu bohong?"
"Itu saja mauu bikin Anwar jatuh. Kes dia memang orang tipu. Hakim tipu"
"Hai, hakim mana boleh tipu. Ini kes banyak besar. Kalau tak betul, kenapa Anwar kena penjara?"

Taukeh diam...

"Haritu punya by - election sini pun ada undi ka?"
"Ya, sini kan kawasan Permatang Pauh juga. Banyak hot kawasan sini."
"Bagus la itu Anwar. Lagi cepat dia jadi PM lagi baguih.."
"Dulu punya generel election, lu undi sapa?"
"Oh, saya punya tempat Sungai Petani. PKR punya tempat"

Tak paham bahasa betul taukeh ni, penulis tanya lain, lain pula yang dijawap.
Panjang sebenarnya perbualan diantara penulis dengan si Taukeh tu. Nantikan sambungannya dalam Dialog dengan Taukeh 2.

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Dr M lagi?

Tertarik pula penulis membaca berita terbaru di Malaysiakini yang bertajuk Dr M nafi dalang di belakang Najib. Apa yang penulis tertarik ialah kenyataan Dr.M ini:

"Saya juga fikir bahawa apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik (perdana menteri), beliau mungkin akan merundingi saya mengenai sesetengah isu, tetapi seperti yang anda lihat beliau tidak pernah meminta apa-apa pandangan daripada saya. Malahan, beliau mengubah semua yang saya telah lakukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum di Universiti Teknologi Petronas, di Tronoh hari ini.

  1. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Dr.M amat kecewa apabila Pak Lah memerintah tanpa merujuk kepadanya.
  2. Pak Lah telah memusnahkan harapan dan plan Dr.M setelah beliau melepaskan jawatan, yakni Dr.M beranggapan Pak Lah akan meneruskan projek meganya seperti Jambatan Lengok Malaysia-Singapura yang terpaksa dibatalkan akibat masalah tertentu.
  3. DS Abdullah tidak menjadikan Dr.M mentor semasa pemerintahannya. Oleh sebab itulah Dr.M terasa hati seperti dipinggirkan semasa pemerintahan Pak Lah
  4. Bagi penulis, jika Dr.M mahu menjadi Penasihat PM sekalipun, ia sepatutnya tidak akan menjadi isu. Ini kerana Dr.M lebih berpengalaman daripada DS Najib. So, tidak ada masalah jika Dr.M menjadi Penasihat kepada DS Najib.Mungkin, rakyat pasti akan menerima kemunculan semula Dr.M diera pemerintahan DS Najib.
  5. Penulis mengharapkan, apabila DS Najib memerintah kelak, tragedi yang menimpa DS Abdullah tidak akan berlaku kepada DS Najib. Penulis tidak mahu skrip drama yang sama digunakan pada episod yang akan datang.
P/s: Mungkin calon timba-presiden Umno akan cepat jadi PM?

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

HINDRAF : Wajarkah ia diharamkan?

Bagi penulis, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan HINDRAF (rujuk disini) amat wajar dan tepat sekali. Kenapa hindraf diharamkan? Hindraf dianggap sebagai pelampau ataupun ekstrimis kaum dan tidak sesekali membela agama hindu di Malaysia.

Penulis tidak mahu komen panjang tentang pengharaman hindraf. "Tabik Spring" kepada KDN dengan keputusannya. Harap banyak lagi pertubuhan yang "halal" diharamkan, yang mana pertubuhan yang "halal" banyak mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan boleh menyebabkan ketidakstabilan negara.

Syabbas KDN!

P/s:Ada juga bangsa kita (melayu) sokong Hindraf disini. Bak kata orang utara "Hang bela dia noohh.." Nampaknya, orang Melayu yang membela Hindraf ni patut di'basuh' oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu

Posted in | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Alhamdulillah! Turun lagi!

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.
Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.
Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.
Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.
Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.
“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.
Perdana Menteri berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga ketiga dilakukan sejak kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada pertengahan tahun ini.
Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan membuat pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu menyaksikan pengurangan harga sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55.
Bulan lalu, kerajaan menurunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RM2.45.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru- baru ini berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.


PEWARISMELAYU kata:
Alhamdulilah.. Kalau macam ni, tiap-tiap bulan kan bagus.. Kalau turun lagi banyak kan OK? tapi tak apa, sebagai rakyat yang memahami dan prihatin, kita tak patut nak ragui lagi apa yang kerajaan buat. Sekali naik memang banyak, tapi turun sikit-sikit. Syukur, turun la juga harga minyak sikit daripada 
P/s:Apa reaksi Anwar Al-****? Gelabah bewak lagi ka?



Posted in | 9 Comments
Jom komen di Facebook!

Tiada Siapa Boleh Hentikan Kempen Memburuk-burukkan Calon - Ong

 artikel asal disini..

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Tiada sesiapa pun atau parti politik boleh menggubal undang-undang terhadap kempen memburuk-burukkan seseorang memandangkan ia telah menjadi satu kelaziman dalam suasana politik negara ini, kata naib presiden dan calon presiden MCA Datuk Ong Tee Keat.

"Tiada satu formula atau paten boleh mengubahnya (memburuk-burukkan dan dakwaan tidak berasas) melalui perundangan. Saya lebih suka menggunakan cara yang betul kepada ahli.

"Kita mesti membina budaya politik yang betul jadi kita boleh menghapuskan penyakit politik ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Terdahulu, Ong yang juga Menteri Pengangkutan, menyerahkan pencalonannya untuk jawatan presiden MCA di ibu pejabat parti itu.

Ong akan ditentang bekas Menteri Kesihatan dan bekas naib presiden Datuk Chua Jui Meng. Jawatan tertinggi parti itu kosong selepas penyandang Datuk Seri Ong Ka Ting memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Sejak dua minggu lepas, Ong membuat kenyataan bahawa terdapat kempen memburuk-burukkan dilancar terhadap beliau, termasuk dakwaan beliau mengumpulkan berjuta ringgit dan menghantar mendiang ibunya ke rumah orang tua. Beliau telah menafikan semua dakwaan itu.

Ditanya jika beliau merujuk kepada Chua, Ong berkata beliau membuat kenyataan umum tetapi dakwaan itu dibuat oleh "mereka yang bertanding jawatan" pada pemilihan parti yang dijadual 18 Okt.

Kepada soalan sama ada beliau akan mencari jalan untuk mengentikan dakwaan seumpama itu jika menang jawatan presiden, Ong berkata memandangkan budaya itu telah berleluasa, ia terlalu sukar untuk dihentikan kecuali terdapat perubahan minda di kalangan pemimpin.

Pemilihan parti kali ini paling sengit dengan menyaksikan pertandingan semua jawatan. Jawatan timbalan presiden melibatkan empat penjuru manakala lapan calon bertanding untuk mengisi empat jawatan naib presiden.

Seramai 63 calon bertanding untuk mengisi 25 kerusi jawatankuasa pusat MCA.

-- BERNAMA

PewarisMelayu kata:
Alah.. bukan setakat MCA saja, orang UMNO pun dah diperburuk-burukkan.. Jenis "tikam orang dari belakang" bersepah dalam UMNO.. Kita kena cari orang tu dan buang dari UMNO.. Baru UMNO dapat bersih dan stabil. Bukan sekadar UMNO saja perlu berbuat demikian, MCA,MIC,GERAKAN dan parti komponen BN yang lain perlu juga dibersihkan, supaya pihak pembangkang habis modal nak timbulkan isu.

Apa yang penulis sedih pelbagai fitnah dilontarkan kepada PM in Waiting kita, Dato' Najib. Pihak pembangkang sudah semestinya "lempaq taik kot belakang" nak pastikan Dato' Najib sama seperti Pak Lah. Adakah nasib Dato' Najib akan sama macam Pak Lah?

P/s: Gempar juga ikut persidangan Dewan Rakyat, pagi tadi. Baru penulis nampak ketua pembangkang "buat kerja sikit".. Gamaknya, misi 16sept masih "on track".. Masih tak mahu mengalah ke? Ehem.. pandai pula nak tumpukan pada isu kesejahteraan rakyat.. Al-maklumlah kan, 16sept dah gagal.. Tarikh baru pun tak tentu jadi atau tidak... 

Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Muhyiddin nafi dakwaan tak setia kepada ketua, parti

artikel asal disini

MUAR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak dakwaan beliau tidak setia kepada parti dan pucuk pimpinan kerana pernah menyuarakan hasrat akar umbi supaya peralihan kuasa dipercepatkan, sebaliknya menyifatkan hasrat itu untuk kebaikan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin lemah sehingga dipertikaikan banyak pihak.

Katanya, bukan niat beliau untuk menyinggung barisan pimpinan negara, tetapi ia dilakukan dengan ikhlas supaya dapat mempertahankan kedudukan dan perjuangan parti, walaupun tindakan itu mungkin dipandang serong dan tidak disenangi segelintir pihak.

“Apa yang saya suarakan bukannya untuk mencabar pucuk pimpinan atau tidak setia pada pimpinan dan parti, tetapi ia untuk kebaikan dan perlu diluahkan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kesetiaan pada parti ditentukan atas dasar niat membantu parti dengan tidak berdiam diri sehingga boleh dikatakan sekadar kesetiaan membuta tuli.

Muhyiddin berkata, Umno Pagoh menyokong seratus peratus Datuk Seri Najib Razak bertanding jawatan Presiden parti dan beliau juga sanggup bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana yakin mampu membantunya menghadapi cabaran.

Katanya, untuk kembali teguh, parti memerlukan sokongan padu seluruh ahli dan rakyat, termasuk sanggup melakukan perubahan.
Beliau turut menggariskan tiga cabaran besar Umno, iaitu cabaran politik untuk terus mendapat sokongan dan keyakinan masyarakat bagi terus memimpin negara pada masa akan datang, cabaran untuk membentuk rupa bangsa yang lebih bersatu padu yang berfikiran secara rasional.

Selain itu, katanya, Umno juga menghadapi cabaran arus globalisasi ekonomi yang turut berlaku di Amerika Syarikat, Eropah dan negara maju lain.

PewarisMelayu kata:
Haritu bukan main lantang lagi suruh Pak Lah turun.. Kan sekarang orang dah pertikaikan perbuatan dia balik. Apa-apa pun, semoga berjaya dalam pemilihan UMNO nanti.. Penulis tak mahu komen dan ulas pasal pemilihan agung UMNO.. 

P/s: Tak berapa berkenan dengan calon timba-presiden

Posted in , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar tin Kosong!

berita asal disini..

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tin kosong kerana terus menabur janji Pakatan Rakyat akan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, Anwar perlu hentikan segera pembohongan kepada rakyat mengenai perkara itu.

“Ketua Pembangkang menabur terlalu banyak janji membabitkan reformasi dalam bidang kehakiman, kepolisan dan rasuah, termasuk ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikan,” katanya selepas istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Di Kota Bahru, kelmarin, Anwar memberi tempoh baru sebelum Aidiladha untuk mengambil alih kepimpinan negara selepas gagal berbuat demikian pada 16 September lalu. Aidiladha dijangka disambut pada 8 Disember.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta Anwar, tidak lagi menguji kesabaran rakyat yang tidak lagi mempercayai rancangan terbaru Pakatan Rakyat. 


PewarisMelayu kata:
Pengikut @ penjilat PKR dan PR masih lagi percaya si badut tuh bohong..Boleh percaya lagi ke cakap si penipu tu? 16 September bukan main gah lagi promosi kat pemimpin dunia yang lain, kata Anwar akan jadi PM..

Memang Anwar jadi PM pon.. Bukan Perdana Menteri.. Pakar Menipu!
p/s: Penjilat PKR.. Taubat lah..

Posted in , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

GEMPAR!! Kurang Ajar Betul!!!

Semalam, ketika penulis beraya dirumah sahabat penulis di Kondominium Mutiara Bandar Perda, penulis tergamam dan terkejut sekali melihat bendera kebanggaan kita, Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Geram bercampur marah, penulis terus bertanya kepada sahabat yang tinggal di kondominium berkenaan.

Sahabat penulis berkata "Aku pun tak tau. Terkejut jugak aku tengok bendera terbalik. Keja sapa ni.."
Begitu rendahnya mentaliti gerangan yang gantung bendera terbalik ni. Geram dibuatnya.Penulis nak buat pandai pun tak berani, sebab ni bukan tempat kita. Tapi, apa yang penulis harap, mintak AJK Kondominium Mutiara Bandar Perda ambil tindakan untuk menurunkan bendera tu, pasang bagi elok.

P/S: Tak silap penulis, kawasan tu adalah kawasan tadika kemas, sebab ada bendera kemas yang buruk dan dah terkoyak kat situ. Wallahualam..

Posted in | 9 Comments
Jom komen di Facebook!

Saman Datang Lagi : Kok saman Utusan 30j

artikel asal disini

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan kolumnis, Mohd. Zaini Hassan bagi menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Teresa mendakwa artikel bertajuk `Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dalam Utusan Malaysia pada 10 September lalu diterbitkan dengan niat jahat.

Artikel itu juga didakwa diterbitkan dengan niat dan tujuan memperkecilkan beliau secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 8.42 pagi ini.

Teresa selaku plaintif menamakan Utusan Melayu defendan pertama dan Mohd. Zaini yang juga Pengarang Utusan Malaysia akhbar tersebut defendan kedua. - Utusan

Pewaris Melayu kata:
Amboi.. Kayanya Kok kalau dia menang kes ni. Tapi tak pa. Naik mahkamahla kan nanti. Kita bicara secara tulus dan adil..

p/s: Si Teressa Kok ni percaya juga ya pada badan kehakiman Malaysia.

Posted in , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Pak Lah tak letak jawatan lagi.. Pulun Pak Lah Pulun!

Sangkaan penulis tepat sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi presiden UMNO pada Mac 2009 nanti. Tabik spring pada Pak Lah kerana beliau berani membuat perubahan. Memang inilah kehendak akar umbi yang sebenar-benarnya. UMNO dan BN perlu dijenamakan semula seperti TV1 dan TV2 RTM. Kepada PM, penulis sokong Pak Lah, sekarang ni masa untuk buat kerja yang sehabis baik. Pulun! Pulun! Apa pula reaksi orang yang selalu mendesak Pak Lah turun?? Tengok dibawah --- >

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Hampa jangan dok tuduh HINDRAF - Anwar

Terbahak - bahak bila Abang Besar HINDRAF ni mula keluarkan kenyataan apabila dah lama menyepi setelah kerajaan langitnya 16 September tak menjadi kenyataan.

Sila baca artikel Utusan Malaysia disini


''Jangan dengar Utusanlah. Isunya bukan tunjuk perasaan Hindraf yang disebut oleh Utusan Malaysia. Dalam akhbar Utusan Malaysia, ceritanya cuma nak bangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Hindu. Saya katakan isunya adalah ISA yang zalim.

Pewaris Melayu:
Kita (orang Melayu) dah lama dah hidup dengan orang Hindu (orang India) di Malaysia ni.. Dah lama dah.. Boleh duduk berjiran kiri orang India, kanan orang Cina. Tak ada masalah pun. Tapi sekarang, siapa yang menjadi orang jahat yang mencucuk orang India agar bertindak ganas dan menjadi melampau.. Sapa bagi muka? Ayoo Aney Anwar.. Lu suda jadi hindu juga ka?? Itu lu punya gambar besat kat Batu Cave suruh orang Hindu sembah sama Lu ka?? Sikit hari, bawah itu gambat misti ada colok, buah oren dengan satu orang sami ada jaga sana, bikin sembahyang, doa kerajaan baru Lu, Dato Seri.

''Orang ditahan di bawah akta yang zalim kena dibebaskan. Jangan nak tukar (topik), makan anjing ke, makan beruk ke. Itu bukan soalnya.

Pewaris Melayu: 
Ya.. Dulu Dato kena ISA juga kan? Tapi saya pelik la Dato, Dato tak komplen pun pasal makan, ya? Dalam ISA dulu, Dato makan Chikenchop hari-hari kot? Si Teressa berKOKok tu bising sebab makan ikan goreng dengan telur rebus awat ha? Makan beruk macam mana pulak Dato? Depa bagi makan pisang saja ka Dato?

''Orang zalim kena dibetulkan kesalahan mereka. Kalau orang Melayu beragama Islam tunjuk zalim kepada orang Hindu, orang Melayu tak layak memimpin negara ini. Utusan Malaysia boleh catat perkara ini," katanya.
Pewaris Melayu:
Sapa zalim? sesedap rasa ja Dato tuduh orang lain zalim. Ya la kan, saya baru teringat. Dulu situasi yang sama kena pada batang hidung Dato, Sebabtu la Dato beria benar nak hapuskan ISA. Tapi kan Dato, saya pelik. Masa Dato jadi Timba dulu, Dato tak pernah langsung pun berminat nak hapuskan ISA. Tapi sekarang, bukan main lantang lagi Dato nak hapuskan? Ada apa apa ke Dato? Orang Melayu tak layak pimpin negera ini? Habis tu Dato tu bangsa apa? Dato pun tak layak tau nak pimpin negara ni.. Dengan perangai Dato macam tu, gelojoh nak jatuhkan kerajaan la ni.. Habistu kalau Melayu tak layak nak pimpin negara ni, sapa yang layak? Cina ? India? Depa lagi tak layak, Dato.. Urmm.. lupa lagi.. Dato proksi US.. Mesti Dato nak suruh orang US datang memerintah kat sini,  Maklumlah. orang US kan bijok-bijok belake...

Posted in , | 9 Comments
Jom komen di Facebook!

Macam-Macam : Malu.. Malu..

PewarisMelayu kata:
Malunya.. Ada juga orang Melayu macamni.. Sanggup gadaikan apa semua demi keuntungan Politik mereka. Kita patut hapuskan golongan macam ini. Marilah rakan-rakan bloggers sekalian, kita hapuskan mereka.. Ayuh! Perjalanan kita masih panjang dan belum selesai!

Malu la kat orang Hindu yang lain. Depa semua tolak HINDRAF, tapi si U-lar-Mak Pas ni sokong HINDRAF.. Kata perbuatan mereka tak biadap. Demokrasi. Ni sebab telampau ber'saing' dengan Anwar Al-J***** la.. Habis semua londeh.. Nanti kalau budak2 hitam HINDRAF kencing berak dalam masjid pun, Hadi nak bela lagi? Cukupla Hadi.. Cukuplah..

Dahla Anwar jadi Bapa Kesamarataan Malaysia, hang pun nak jadi macam dia jugak ke?? Hangpa (Hadi & Nik Aziz) dah cukup dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengelirukan, nak lagi backing si HINDRAF tak dak adap nih?
Ingat Hadi, sebab hampa semua pemimpin Melayu Pakatan Rakyat (baca:Pakatan Rapuh) harini buat perkara yang merosakkan apa yang tok nenek kita dah buat dulu kala, bagi negara kita bebas Merdeka, oleh kerana hampa semua yang gila kuasa sangat (esp Anwar Al-J****) tunggu la caci maki, sumpah seranah generasi akan datang terhadap hampa semua bila hampa semua mati.. bukannya yang baik jadi sebutan, tapi yang perbuatan jahat hampa pasti akan orang jaja..

Aku PewarisMelayu, selagi aku bernafas,selagi itu lah aku akan menentang sekeras-kerasnya Melayu Munafik PKR dan U-lar-Mak Pas yang menjadi petualang bangsa !Ingat wahai pengkhianat bangsa!!



Posted in , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

MACAM - MACAM : PAS sokong HINDRAF ; PM kecewa

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) tidak biadab apabila bertemu Perdana Menteri pada rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet beragama Islam Rabu lalu.

Beliau berkata, tindakan penyokong Hindraf bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bukan sesuatu yang biadab dan perlu dipandang dari sudut positif.

"Mereka dibenarkan masuk, mereka masuklah... kalau tak dibenarkan, macam mana mereka hendak masuk. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi... biasa. Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih... itu biasa... Kita kena lihat ini sebagai satu perubahan zaman Perdana Menteri kitalah.

"Kalau betul mereka tak mahu bagi Hindraf masuk, mereka boleh halang. Tetapi apa yang berlaku tidak ada polis yang halang. Tak ada masalah mereka jumpa Perdana Menteri macam tu... saya pun ada orang datang ke rumah. Kita kena lihat ia sebagai perubahan demokrasi di Malaysia, lagipun mereka tidak buat kecoh atau bertumbuk," katanya selepas berucap pada majlis perasmian Ijtima' Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Badan Perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu semalam.
Beliau meminta semua pihak melihat tindakan penyokong Hindraf bertemu Perdana Menteri pada majlis rumah terbuka itu sebagai demokrasi era baru.

Dalam kejadian itu, kira-kira 800 penyokong Hindraf berpakaian kemeja-T jingga beratur seawal jam 11 pagi bersama ribuan pengunjung lain untuk bersalam dengan Abdullah dan menyerahkan kad ucapan Aidilfitri yang turut diselitkan dengan mesej supaya Perdana Menteri membebaskan pemimpin Hindraf yang dikenakan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Keadaan dilaporkan "menjadi kecoh seketika" oleh akhbar-akhbar pro-Barisan Nasional (BN) apabila mereka dihalang memasuki dewan jamuan di aras empat PWTC dan "melaungkan rasa tidak puas hati kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu Perdana Menteri".

Polis pula dilaporkan terpaksa campur tangan polis untuk mengawal keadaan.
Hindraf, yang begitu sukar dan tidak pernah berpeluang berjumpa Perdana Menteri dikutuk oleh para pemimpin Umno khususnya kerana menyampaikan bantahan mereka ke atas penahanan tanpa bicara rakan-rakan mereka di bawah ISA di rumah terbuka itu.

"Kami telah berusaha untuk berjumpa dengannya (Perdana Menteri) selama ini, jadi kami mengambil peluang hari ini. Kami datang dengan hati yang terbuka," kata Koordinator Kebangsaan Ideologi Hindraf, W. Sambulingam.

K Shanti, isteri pemimpin Hindraf dalam pelarian P Waythamoorthy berkata, mereka hanya menyerahkan patung beruang dan kad tersebut sahaja.

"Dalam semangat saling bermaafan sempena Hari Raya Aidilfitri, kami mahu menyatakan bahawa orang-orang India di Malaysia memaafkannya (Perdana Menteri) kerana menghantar para pemimpin Hindraf ke (Kem Tahanan Perlindungan) Kamunting," Malaysiakini memetik Shanti sebagai berkata apabila ditanya mengenai kad itu.

Selain 200 penyokong Hindraf itu, kira-kira 40 aktivis anti-ISA juga hadir ke rumah terbuka itu.HKH

PM kecewa tindak-tanduk Hindraf

06/10/2008 3:10pm

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kecewa dengan tindak tanduk penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) sewaktu mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu lalu.
Beliau juga kesal kerana hanya seorang sahaja penyokong Hindraf yang bersalaman dengannya dan mengucapkan `Selamat Hari Raya’.

Katanya, majoriti daripada mereka tidak memahami semangat hari raya apabila melaungkan slogan `Hapuskan ISA’ dan `Bebaskan Tahanan ISA’.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. – Utusan.

PewarisMelayu kata:
Inilah yang terjadi bila terlalu kawan dengan Anwar.. Semua tindak tanduk dipengruhi oleh LK Siang dan Karpal Singh.. Sampaikan orang lain menghina majlis mulia 1 Syawal pun diorang lagi boleh sokong? Tak tau dah macam mana tahap kemunafikan diorang nih, U-lar-mak Pas, bukannya Ulama' Islam..

Posted in , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Gambar Besar Anwar Ibrahim : Apa reaksi ULAMA PAS?

Sumber: Skuad Dun Batu Caves

Apakah tujuan terbinanya gambar besar Anwar Ibrahim di Batu Caves Selangor? Adakah Anwar sekarang sudah bergelar Perdana Menteri ke enam ataupun President Malaysia? Apakah tujuan mereka membina gambar besar Anwar di sana?

"serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini.'"

PewarisMelayu kata: Sokongan padu? Berpada-padalah kalau nak sokong pun. Fanatik tahap kronik nih sampai buat gambar besar Anwar.. Mana pergi Ulama' PAS? Mana pergi tok haji, tok lebai PAS? Hari tu mereka membantah Pak Lah memberi kalungan bunga di Tugu Pahlawan, sekarang ni apa hukumnya membina replika sebesar 40kaki tersebut? Duit mana yang mereka guna untuk menyiapkan replika tersebut? Mesti duit rakyat kan?? Eh,, tak.. Duit depa sendiri la.. Depa kata lantak kt depa.. Nik Aziz mana? kenapa dia diam saja? Kan Dato Nik Aziz arif dalam agama.. So, dalam kes macam ni mana dia ilmu Dato? Cepat putuskan hukum untuk pengikut anda..


"yang pastinya akan membuat 'pihak tertentu' cemburu melihat situasi ini... syabas buat seluruh petugas dan skuad dun batu caves yang merealisasikan impian yang terpendam begitu lama ini"

PewarisMelayu: Cemburu ke? Sikit pun tidak, apa pendapat anda?


Adakah penyokong Anwar mahu menjadikan "IDOLA"mereka setaraf dengan Saddam Hussien, Joseph Stalin dll? Tokoh tokoh yang penulis nyatakan tersebut mempunyai replika atau patung mereka sendiri, tetapi walaubagaimanapun akhirnya patung tersebut dimusnahkan jua..



Selingan : Sila tengok video youtube dibawah

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

10 Stesen Minyak Saja Habis bekalan..

'Daripada 3,095 stesen minyak di seluruh negara, hanya 10 buah yang kehabisan bekalan dan sembilan daripadanya adalah dari syarikat yang sama.
''Terdapat empat stesen minyak yang kehabisan petrol di Kelantan, masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Pahang serta masing-masing sebuah di Selangor dan Johor,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baca lagi..




PewarisMelayu kata:
Biasalah, bila tiba musim perayaan macam sekarang ni, semua orang keluar berjalan, Melayu sibuk meraikan Aidilfitri, Cina dan India ambil peluang bercuti bersama keluarga. Memang adat kita rakyat Malaysia bila tiba cuti perayaan yang besar, semua kaum dapat manfaat.. kepada yang memandu, pandu dengan cermat dan patuhilah undang-undang jalanraya, kepada yang membonceng motosikal, tunggang dengan berhati-hati.

Malaysia! Oh Tanah Airku!

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Tak ada adab!

Hari raya aidilfitri merupakan hari mulia yang diraikan oleh orang Melayu dan Islam di Malaysia. Sudah 50 tahun kita meraikan bersama-sama, Melayu-Cina-India meraikan bersama-sama. Kenapa tahun ke 51 ini banyak sangat masalah "perkauman"?

 Dalam kejadian berkenaan, kelmarin, kira-kira 800 penyokong Hindraf dengan berpakaian kemeja-T jingga beratur seawal jam 11 pagi bersama ribuan pengunjung lain untuk bersalam dengan Abdullah dan menyerahkan kad ucapan Aidilfitri. Kira-kira 20 penyokong Hindraf berkesempatan menemui Abdullah dan seorang kanak-kanak, Vwaishhnnavi, yang juga anak perempuan Pengerusi Hindraf, W Waythamoorthy, menyerahkan kad ucapan Aidilfitri kepada Abdullah.

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila mereka dihalang memasuki dewan jamuan di aras empat PWTC dan mula melaungkan rasa tidak puas hati kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu Perdana Menteri. Bagaimanapun, campur tangan polis berjaya mengawal keadaan.
Lagi..

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya.

Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Sementara itu, The Star Online memetik kenyataan K. Shanti, isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy bahawa isi kandungan kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA. Lagi..

HINDRAF..HINDRAF..HINDRAF..HINDRAF.. Tak habis habis buat kecoh..
Lepas Melayu mengamuk (BUKIT BENDERA), Cina pula (KOK) .. Lepas kes orang Cina selesai, orang India pula buat hal (HINDRAF)..

Malaysia! Oh Tanah Airku!

Posted in , | 7 Comments
Jom komen di Facebook!

Salam Lebaran~

Salam lebaran kepada semua pengunjung dan rakan bloggers sekalian. Saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersilap tulis dan lain-lain.

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.