Archive for Mac 2017

Guan Eng: Dr M and Wan Azizah are Pakatan's 'symbols of unity'

GEORGE TOWN: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and Opposition leader Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail will be the two main symbols of Pakatan Harapan, says DAP secretary-general Lim Guan Eng.

Calling the move a "political reset", Lim said it was a case of retaining the good and discarding the bad.

"The two main personalities chosen for the coalition were decided at the presidential council to 'project a sense of unity' and as a symbol of going forward.

"We are looking for a political reset... a reset of the political future.

"We have Tun Mahathir at one end and Wan Azizah at the other," he said at a press conference in Komtar on Wednesday.

Responding to an article from an online portal claiming that the two had been named advisers in the Pakatan pro-tem committee, Lim said their positions would only be decided at the next meeting.

"To sit at the committee, they will have to be various office bearers. I think that has not been decided but they will be the two main symbols of Pakatan," he said.

It was reported that Parti Pribumi Bersatu Malaysia, which national chairman is Dr Mahathir, had been registered as the Opposition pact's fourth member on April 20.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hadi: PAS will not join BN or Pakatan



KUALA LUMPUR, March 26 — PAS said it would not be a part of Barisan Nasional (BN) or Pakatan Harapan due to differences in beliefs.

The Islamist party's president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was reported claiming that PAS would not join either the ruling or federal Opposition coalitions as it contradicted the party's principles.

"PAS will not be together with Pakatan Harapan as there is a clash in policies and concepts, moreover there are leaders and parties in it that continue to oppose Islam openly," he was quoted saying by local daily Sinar Harian in Marang, Terengganu.

Hadi also compared BN and Pakatan to "live monitor lizards", which brought problems and "diseases" to the country.

"To join Pakatan, the monitor lizard is bigger and the disease is even more deadly," the Marang MP cryptically said.

PAS exited Pakatan last year after it refused to work with the DAP and severed ties with the party. This has led the party to seek new allies ahead of the next general elections.

Several PAS divisions have also recently conflicted with PKR, with ties between both parties up for review at the PAS muktamar next month.

PKR, DAP and PAS remain part of the Selangor state government headed by PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), led by former deputy prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, officially joined Pakatan Harapan Monday.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Muhyiddin: PPBM championing ‘Malay-led’ government



KUALA LUMPUR, March 26 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) said it would propose a Malay-led coalition, after the Bumiputera-centric party recently joined Pakatan Harapan.

News portal Malaysiakini reported PPBM president Tan Sri Muhyiddin Yassin as saying in Padang Rengas, Perak, last night that the rights of both Malays and non-Malays would be protected.

"It must be a Malay-led government. I am mentioning this here not because I want to favour anyone, but because I know the majority of the rakyat are Malays," Muhyiddin was quoted saying.

"That's why we have to determine a new political coalition that is sustainable, not something that is only for today but for the long-term," he added.

Muhyiddin reportedly allayed concerns about the new coalition being "Malay-led" and said the DAP and PKR would be "part of the family."

The PPBM president also reportedly suggested that Pakatan Harapan be renamed "Barisan Rakyat" in the federal Opposition pact's fight against the ruling Barisan Nasional.

PPBM officially joined Pakatan Harapan, comprising PKR, DAP and Parti Amanah Negara, on Monday.

The party, whose chairman is former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, restricts non-Bumiputera to associate membership. They cannot vote or contest for party positions, although they may be appointed.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kit Siang Pertimbang Bertanding Di Kerusi Lain Pada PRU-14



JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen lain pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) sebagai strategi politik.

Pada masa sama Penasihat DAP itu berkata beliau juga mempertimbangkan kemungkinan bersara daripada dunia politik selepas lebih 51 tahun dalam arena tersebut.

"Semalam saya berada di Alor Star, Kedah dan pemimpin di sana ada mencadangkan supaya saya bertanding di Kedah.

"Kalau saya bertanding pada PRU-14, pilihan pertama saya ialah Gelang Patah tetapi sebab strategi parti cadangkan saya bertanding di kawasan lain, saya rela untuk timbangkannya," katanya kepada pemberita di sini Sabtui.

Ditanya mengenai ada aduan beliau tidak pulang melawat kawasan parlimennya, Lim berkata beliau tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya di kawasan Gelang Patah.

Pada PRU-13, Lim menewaskan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi.

Sebelum bertanding di Gelang Patah, Lim merupakan Anggota Parlimen Ipoh Timur sejak 2004.

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pembohongan Pembangkang Mudaratkan Imej Negara, Rakyat - Abdul Rahman


BATU PAHAT, 24 Mac (Bernama) -- Tindakan pembangkang khususnya DAP melakukan pembohongan tentang kerajaan bukan sahaja memudaratkan kepimpinan dan imej negara di peringkat antarabangsa malah kehidupan rakyat, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata tindakan pembangkang yang mengatakan kerajaan menjual negara kepada China dan Arab Saudi jelas merupakan satu pembohongan besar.

"Martabat kita (Malaysia) tinggi. Jadi, jangan terpengaruh dengan kata-kata pembangkang kerana Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dahulu pun memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur.

"Mereka (pembangkang) kata kita (kerajaan) jual negara tetapi mereka lupa China adalah negara kaya yang mampu melabur berbilion ringgit di negara ini," katanya pada "Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku P. 150 Batu Pahat" di Dataran Kompleks Niaga Senggarang, di sini, malam ini.

Hadir sama Naib Presiden MCA Datuk Chua Tee Yong, Pengerusi MIC Johor Datuk M. Asojan, Pengerusi MyPPP Johor Datuk Dr S.Sivakumar dan Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Samsol Bari Jamali.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pelaburan sejumlah RM144 bilion oleh China dan terbaru, pelaburan RM31 bilion oleh Arab Saudi menerusi Saudi Aramco di Pengerang menjadi bukti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih dihormati masyarakat antarabangsa.

Menurutnya, pelaburan di Pengerang bakal menjana 8,000 pekerjaan yang akan menjamin masa depan golongan muda negara ini.

"Ini sebenarnya pelaburan untuk rakyat Johor yang dikhianati pembangkang khususnya DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Ini tentang masa depan anak-anak kita, tetapi apabila mereka (pembangkang) menidakkan pelaburan ini, maka, kita akan lawan habis-habisan," katanya dengan menyifatkan politik pembangkang sebagai politik kotor yang bertujuan memecah- belahkan rakyat.

Sehubungan itu, Abdul Rahman sekali lagi menegaskan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewujudkan undang-undang supaya mereka yang melakukan fitnah berkaitan ekonomi negara dapat dikenakan tindakan sewajarnya.

"Puak-puak yang mengeluarkan kenyataan yang memudaratkan (negara dan rakyat) merupakan satu ancaman... kena anggap mereka yang membuat tuduhan berkaitan ekonomi, orang itu adalah musuh keselamatan negara," katanya.

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tentang RUU355 untuk kelirukan bukan Islam



MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang menentang RUU355 sebagai golongan mahu mengelirukan orang bukan Islam dan orang yang buta agama.

Menurutnya, golongan lantang bersuara dan menulis hujah bersifat teknikal secara melulu mengenai RUU355 sebenarnya tidak peduli perkara tersurat dalam Perlembagaan.

Katanya, ini kerana mahkamah syariah tidak diberi bidang kuasa terhadap bukan Islam.

"Ini menunjukkan mereka jauh sekali menyaksikan hikmah menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran yang tidak ada dalam istilah mereka. Mereka (juga) tidak mengira masyarakat terbeban dengan kadar jenayah terus meningkat.
Ini menunjukkan kelemahan undang-undang ciptaan manusia tidak beraqidah itu, namun terus mempertahankannya dengan segala cara halal dan haram.

"Mereka sepatutnya hormati Islam, kedudukannya dalam Perlembagaan dan hak diberi kepada agama lain sudah mencukupi. Mereka juga sepatutnya menghormati penganut Islam diberi hak mereka antaranya peluang kepada undang-undang syariat dan mahkamah yang banyak disekat penjajah dahulu hingga sekarang," katanya.

Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang berkata demikian dalam kenyataannya, semalam.

Abdul Hadi berkata, RUU 355 hanya kuasa masih sedikit yang memberi ruang kepada umat Islam menunaikan hak mereka, namun dicampur tangan tanpa mengira sempadan yang sudah nyata dalam Perlembagaan.

"Mereka tidak menghormati masyarakat Islam yang berada di keliling. Apakah di sebalik suara sumbang ini? Terang lagi bersuluh sebenarnya mereka tidak mahu buka ruang kepada syariat Islam sehingga semata-mata kerana Islamnya?

"Mereka menentang kerana Islamofobia disebarkan kuasa besar yang sedang bermusuh terhadap Islam? Maka bersedia menjadi khadam kepada negara asing yang menjadi dalang. Mereka menentang kerana sikap cemburu buta menyaksikan banyaknya kebaikan daripada syariat Islam?

"Sepatutnya mereka mencari kebaikan daripada semua pihak, bukan menutup kebaikan dan merelakan kemungkaran. Inilah konsep semua agama, samawi dan tidak samawi, walaupun berbeza aqidah," katanya.

Abdul Hadi juga menyifatkan golongan terbabit tidak bersedia untuk menerima syariat Islam walaupun lebih baik untuk mereka.

Menurutnya, memperkenalkan hukuman dalam syariat Islam adalah berkonsepkan mendidik dan bukan menyeksa, berpandukan nas-nas dalam al-Quran dan juga hadis.

Tambahnya, antara hujah mereka yang menentang RUU355 adalah menerusi video disebarkan media musuh Islam termasuk cara hukuman tidak menepati al-Quran dan sunnah.

"Lalu pihak yang menentang itu menjadi alat dan ejen menyiarkannya dengan tujuan mencalarkan wajah Islam yang mulia dan adil terhadap semua.

"Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk mengelirukan masyarakat bukan Islam dan orang Islam yang buta agamanya," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tuan Ibrahim : Maaf, tak boleh ambil kerusi Pas


BUKIT GANTANG - Pas tidak akan mengorbankan kerusi yang memang sudah menjadi tradisinya demi memberi laluan kepada parti pembangkang lain pada PRU14.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu muktamad kerana Pas tidak akan menyertai pakatan pembangkang dalam pilihan raya.

Namun katanya, Pas mengalu-alukan kerjasama  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dasar dan prinsip parti untuk menang PRU14.

"Kami (Pas) tidak akan menyertai Pakatan Harapan atau mana-mana pakatan, kerana setiap kali berpakat, Pas terpaksa korbankan kerusi yang ada.

"Sebelum ini, dengan Parti Semangat 46, Pas terpaksa mengorbankan satu pertiga kerusi dan dengan PKR juga begitu. Kita perlu menyerahkan kerusi setiap kali muafakat," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di sini, kelmarin.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin dan Yang Dipertua Pas Bukit Gantang, Faisal Abd Raman.

Tuan Ibrahim berkata, kini Pas diminta menyertai Pakatan Harapan, tetapi dengan menyertainya, Pas terpaksa menyerahkan kerusi.

"Itu tidak akan berlaku, kita (pembangkang) boleh sama-sama tumbangkan Umno dan BN tetapi jangan ganggu kerusi Pas. Minta maaf, tak boleh.

"Pas sentiasa buka pintu perundingan, tetapi apabila masuk ke rumah kami, jangan curi barang kami," katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana parti pembangkang lain untuk tidak cuba merampas dan jatuhkan kerajaan Pas Kelantan.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tragedi Westminster

LONDON 23 Mac - Genap setahun selepas tragedi serangan di Belgium yang mengorbankan sekurang-ku­rangnya 30 nyawa, kota raya London menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk melancarkan keganasan.

Walaupun hanya melibatkan lima kematian dengan mangsa yang cedera dilaporkan sekitar 40 orang, insiden pada pukul 2.40 petang waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) itu mendapat perhatian masyarakat dunia.

Menurut Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Mark Rowley, insiden bermula apabila penyerang terbabit dikatakan memandu secara melulu ketika melalui Jambatan Westminster di sini menuju ke bangunan Parlimen Britain.

Jelasnya, dalam kejadian itu, suspek kelahiran Britain itu dipercayai merempuh tiga orang awam sebelum menikam seorang anggota polis iaitu Keith Palmer, 48, ketika sampai di pintu masuk bersebelahan bangunan berkenaan.

Rowley berkata, keempat-empat mangsa termasuk Palmer terbunuh dalam insiden itu sebelum suspek bersenjata pisau ditembak mati oleh anggota polis yang ber­a­da di tempat kejadian.

"Setakat ini lapan individu ditahan dalam serbuan di Birmingham untuk disoal siasat berhubung insiden tersebut," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak me­nganggap kejadian itu sebagai ancaman besar terhadap penduduk Britain, namun menegaskan, ka­wa­lan keselamatan tetap akan dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kami (rakyat Britain) akan melangkah bersama tanpa memberi ruang kepada aktiviti keganasan serta suara kebencian yang cuba memisahkan kami," katanya selepas mempengerusikan satu mesyuarat tergempar berhubung perkara itu.

Difahamkan, May dan sebahagian daripada ahli Parlimen berada di dalam bangunan Parlimen ketika kejadian.

Sebagai langkah keselamatan, bangunan tersebut terpaksa dikunci serta-merta dan kebanyakan ahli Parlimen terbabit terma­suk May serta orang awam yang berada di situ hanya dibenarkan keluar kira-kira lima jam kemudian.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Datuk Bandar London, Sadiq Khan berjanji akan me­nangani insiden itu dengan sebaik­nya. – DPA/AGENSI



Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Man in Antwerp, Belgium, Tries to Drive Into Crowd



(NY Times) PARIS — A French resident tried to drive over pedestrians on a crowded shopping street in the Belgian port city of Antwerp on Thursday, and a rifle and several knives were found in the vehicle, prosecutors said.

With tensions already high in Europe after a similar attack involving a vehicle on Wednesday near Parliament in London, Belgian prosecutors identified the suspect only as Mohamed R., in keeping with traditional practice — a 39-year-old French resident of North African ancestry.

No injuries were reported, but a bomb disposal unit was sweeping the car for explosives and inspecting an unidentified canister of liquid that was also found in the car.

"We remain vigilant," said the Belgian prime minister, Charles Michel, on Twitter. "Our security services did an outstanding job in Antwerp."

Bart De Wever, the mayor of Antwerp, increased the state of alert and added police security in busy neighborhoods, including shopping areas, transportation hubs, monuments and museums. The ministry of defense was sending additional troops to patrol.

It was one day after Belgium observed the first anniversary of the deadliest attack on its soil, when suicide bombers in Brussels assaulted the main airport and a subway station, killing 32 people.

Antwerp is the second most important hub for radicalization in Belgium, and only Brussels has sent more people from the country to fight for Islamists in Syria.

The city is home to the now-banned and defunct terrorist group Sharia4Belgium, but Antwerp has so far averted a large-scale terrorist attack, and the local authorities have succeeded in foiling several plots and convicting dozens of terrorists in court over the last three years.

Around 10:45 a.m. Thursday, the authorities said, a red car with French plates sped through a shopping area in central Antwerp, forcing pedestrians in the Meir, Belgium's biggest shopping area, to dive out of the way.

Soldiers on a routine patrol noticed the vehicle and signaled to the driver to stop, but he ignored them and drove through a red light, again putting pedestrians in danger.

A rapid response team was called in and chased the car, stopping it less than a mile away and arresting the driver on the banks of the Scheldt River.

Once the car stopped, the suspect did not resist as he was taken into custody, bystanders told local news media.

The investigation was being handled by the federal prosecutor's office, an indication that the attack would be treated as a terrorist case unless proved otherwise.

President François Hollande of France said the attack "seemed to involve a French national," adding that the suspect "was looking to kill or at the very least create a dramatic incident."

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kerajaan umum harga 
petrol, diesel setiap Rabu


KUALA LUMPUR 22 Mac – Kerajaan akan mengumumkan pe­netapan harga petrol dan diesel secara mingguan pada setiap Rabu bermula pukul 12.01 ­te­ngah malam bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan seperti sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelaksanaan kaedah tersebut akan dilakukan buat pertama kali Rabu ini dan harga tersebut berkuat kuasa keesokannya, 30 Mac.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pengusaha dan syarikat minyak supaya mematuhi penetapan harga baharu berkenaan dengan tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak yang menjual petrol dan diesel pada harga selain daripada yang ditetapkan kerajaan.

"Bagaimanapun, bagi mana-mana syarikat dan pengusaha minyak yang ingin melakukan promosi dengan memberikan diskaun daripada harga yang te­lah ditetapkan, boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada kementerian," katanya menerusi siaran Berita Nasional 5 Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.

Sementara itu, jelas Hamzah, penetapan harga secara pengapungan terkawal pada setiap bulan yang dilaksanakan ketika ini menyebabkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak apabila perubahan atau kadar turun naik harga ini begitu ketara.

Katanya, ini berikutan kaedah tersebut mengambil pendekatan penetapan harga secara pe­ng­a­­pungan terkawal mengguna pakai formula Penetapan Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.

"Formula APM ini digunakan mengikut kadar pasaran harga minyak dunia dan kerajaan turut memberikan angkubah perkiraan untuk syarikat mi­nyak dan juga pengusaha ste­sen minyak de­ngan angkubah ini ditetapkan kerajaan dengan mengambil kira komponen se­perti kos produk, kos operasi, margin syarikat dan margin peng­usaha stesen mi­nyak," ujarnya.

Sehubungan itu, Hamzah me­nambah, bagimenambah baik mekanisme sekarang, kementerian melakukan beberapa sesi keterlibatan dan konsultasi de­ngan syarikat minyak, pengusaha stesen minyak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan lain.

"Hasil daripada perbinca­ngan itu telah dibentang kepada Kabinet dan dipersetujui pada 22 Februari lalu agar kementerian me­lakukan mekanisme pengurusan pengapungan harga terkawal petrol dan diesel secara mingguan.

"Ini bermakna sebarang perubahan harga Means of Platts Singapore (MOPS) dan kadar tukaran asing dapat diterjemahkan lebih tepat mengikut perkiraan pasaran global," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada pemberita di Ang­kasapuri, Hamzah berkata, kerajaan mengambil pendekatan baharu tersebut kerana perkiraan secara bulanan sebelum ini melibatkan perubahan harga yang terlampau sehingga mendatangkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna.

"Kadangkala kita dapati perubahan harga yang terlampau sehingga 20 sen satu liter. Saya yakin mekanisme baharu ini akan memberi rasa yang lebih lega kepada semua pihak terutamanya pengguna," katanya.

Hamzah menjelaskan, selepas tempoh 12 bulan, kementeriannya akan mengkaji semula keberkesanan mekanisme baharu itu sama ada mahu meneruskan kaedah sama atau beralih kepada lain.

Beliau juga menjelaskan, pegawai-pegawainya akan me­nemui rakyat untuk mengadakan sesi dialog bagi menjawab segala persoalan yang bakal dibangkitkan nanti.

"Sebelum ini, saya juga telah mengadakan pertemuan de­ngan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna bagi membincangkan mekanisme baharu ini dan mereka dilihat menyambut baik," ujarnya.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

No Malaysian Involved In Attack In Front Of London's Houses Of Parliament

PUTRAJAYA, March 23 (Bernama) -- The Ministry of Foreign Affairs Thursday confirmed that no Malaysians were involved in the March 22 attack in front of the Houses of Parliament, Westminster, London.

In a statement, the ministry said the attack, perpetrated by an unknown assailant, left five dead and 40 others injured.

"The local police have confirmed they are currently treating the incident as a terrorist incident," it said.

The attacker mowed pedestrians as he drove across Westminster Bridge, hitting and injuring members of the public along the way.

Three off duty police officers were also among those injured on the Bridge.

The car came to a stop when it crashed into the railings near the Houses of Parliament.

The attacker then tried to enter the building, stabbing a police officer and attempting to attack another before he was gunned down.

"The High Commission of Malaysia in London is in close contact with the local authorities and currently providing timely updates to the Malaysian community in the city over the incident," it said.

The Ministry of Foreign Affairs conveyed its deepest sympathies and condolences to the families of the victims of the incident.

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib Mahu Tindakan Mensabotaj Ekonomi Dihentikan



KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak tertentu berhenti daripada melakukan tindakan mensabotaj ekonomi demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, pendapat dan pandangan yang dibuat tanpa fakta dan asas bertujuan memburukkan ekonomi negara sedikit sebanyak membawa sentimen yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Oleh itu, perkara ini tidak wajar diteruskan walaupun kita ada perbezaan pendapat politik, tapi kepentingan negara tidak seharusnya dijadikan sebagai pertaruhan dalam soal politik kepartian.
 
"Ini amat penting sebab kepentingan negara sepatutnya mengatasi segala-galanya dan inilah yang saya harap dan saya merayu jangan ada unsur-unsur sedemikian," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin tahu bagaimana kerajaan menangani tekanan ke atas ringgit dan sabotaj ekonomi yang dilakukan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan kestabilan ekonomi negara terjejas.

Perdana Menteri mengambil contoh di mana kerajaan baru-baru ini hampir terlepas pelaburan besar RM31 bilion Saudi Aramco disebabkan oleh tindakan sabotaj yang dilakukan pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan berjaya meyakinkan pelabur berkenaan dengan mengemukakan fakta-fakta yang tepat mengenai keadaan sebenar ekonomi negara.

"Alhamdulillah, kita berjaya yakinkan mereka bahawa ekonomi Malaysia ini ditangani dengan begitu baik dan kita mendapat penarafan yang tinggi oleh badan-badan penarafan.

"Umpamanya kita dalam kategori 'A-', hanya beberapa negara sahaja dalam kategori 'A', tetapi apa yang disebarkan pihak tertentu adalah sebaliknya," katanya.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu cara-cara kerajaan mengatasi tekanan ke atas ringgit, Perdana Menteri berkata penyusutan nilai mata wang bukanlah unik kepada Malaysia sahaja, sebaliknya keadaan ini turut dialami mata wang serantau yang mencerminkan terutamanya pengukuhan dolar Amerika Syarikat.

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pengundi Muda Disaran Renungi Masa Depan Sebelum Pilih Kerajaan



KIULU, 19 Mac (Bernama) -- Golongan belia, khususnya pengundi muda, perlu memikirkan tentang masa depan dan memilih kerajaan yang benar-benar mampu menjadikan impian serta harapan mereka menjadi suatu kenyataan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata belia mempunyai aspirasi tersendiri untuk negara ini dan oleh itu mereka janganlah sekali-kali terpengaruh oleh janji kosong bersifat emosional.

"Sebagai contoh, dulu, pada pilihan raya umum lepas, pembangkang berkata sekiranya mereka diberi kuasa, mereka akan bubarkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

"Banyak orang terpengaruh dengan janji itu, tetapi pembangkang tidak jelaskan sebab ia akan dibubarkan," katanya kepada pemberita selepas menyertai program bersama masyarakat Kampung Malanggang di sini hari ini.

Tangau, yang juga pemangku presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Anggota Parlimen Tuaran, berkata langkah membubarkan PTPTN boleh membawa mudarat kerana ia akan menghancurkan harapan rakyat untuk mendapat pendidikan tinggi.

"Dan kerajaan masih perlu menyediakan RM40-50 bilion bagi memastikan rakyat dapat belajar di universiti," katanya.

Beliau berkata golongan muda negara ini perlu menyuarakan hasrat mereka untuk negara dan sebelum berbuat demikian, belia terlebih dahulu perlu mengenal pasti platform yang betul untuk mendapatkan maklumat tentang apa yang disediakan untuk mereka untuk masa akan datang.

"Janji mereka (pembangkang) adalah janji semata-mata. Oleh itu, golongan muda perlu melibatkan diri dengan forum atau dialog bagi memastikan janji yang dibuat itu adalah bukan janji palsu," katanya.

Program itu adalah anjuran bersama Biro Komunikasi dan Multimedia UPKO, Biro Tatanegara (BTN) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengerusi penganjur, Felix Joseph Saang, yang juga pengerusi Biro Komunikasi dan Multimedia UPKO, berkata kira-kira 100 pelajar UMS menyertai program tersebut, yang turut diisi dengan beberapa aktiviti bersama masyarakat kampung seperti membersihkan tebing Sungai Kiulu, tapak rekreasi popular bagi aktiviti berakit meredah jeram.

"Mereka juga mendengar ceramah tentang Program Transformasi Negara (TN50) 2050 dan menyuarakan hasrat masing-masing untuk dimasukkan ke dalamnya bagi membantu usaha membina negara," kata beliau.

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tuan Ibrahim Tuan Man : Kita umum sebelum muktamar



KOTA BHARU – Keputusan kerjasama Pas dan Bersatu akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang dijangka berlangsung sebelum Muktamar, April ini, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, sehingga kini sebarang keputusan masih belum dimuktamadkan memandangkan perkara itu memerlukan perbincangan teliti.

"Parti belum mesyuarat lagi, isu persefahaman ini perlu perbincangan, secara rasmi kena tunggu mesyuarat juga," katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah sesi kedua di Medan Ilmu, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan kerjasama antara Bersatu dan Pas selepas Bersatu mengumumkan menyertai Pakatan Harapan, dua hari lalu.

Mengulas mengenai bayangan Bersatu akan bertanding tiga penjuru jika Pas menolak kerjasama dengan parti itu, Tuan Ibrahim berkata, Bersatu perlu melihat kembali matlamat asal penubuhan parti itu, sama ada ingin menjatuhkan Pas atau BN.

Menurutnya, Pas di Kelantan sudah berjaya mengalahkan BN sejak lebih 20 tahun lalu, namun jika benar Bersatu mahu bertanding di Kelantan, ia membuktikan parti itu mahu BN kembali berkuasa di negeri ini, sekali gus ia ditubuhkan bukan untuk menjatuhkan BN.

"Kelantan tidak ada keperluan untuk parti pembangkang lain untuk campur (bertanding) di sini, kita kena pertahankan Pas, sebab kalau Bersatu buat demikian (bertanding), akan timbul polemik lain pula nanti," katanya.

Terdahulu, Bersatu melalui kenyataan Ketua Penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor memberitahu tidak menolak kemungkinan bertanding tiga penjuru jika Pas masih tidak memutuskan sebarang keputusan berhubung kerjasama antara dua parti itu.

Menurutnya, kerjasama yang wujud antara Bersatu dan Pakatan Harapan bukanlah satu perkara baru, malah ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk Pas menolak kerjasama dengan parti itu.


5 Comments
Jom komen di Facebook!

Muhyiddin ‘atas pagar’

KUALA LUMPUR 15 Mac - Pendirian Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dilihat masih 'atas pagar' bagi menjaga kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendirian Muhyiddin dikhuatiri berdasarkan keputusan pakatan pembangkang yang di­dominasi DAP iaitu jelas menolak akta berkenaan.

Malah dakwa beliau, tindakan itu merupakan satu pemuafakat­an dalam pakatan pembangkang walaupun secara individu ramai yang didapati menyokong tetapi terpaksa akur dengan ketentuan pakatan itu yang diketuai DAP.

"Sebab itu kita dengar pe­mimpin-pemimpin Pas yang hampir separuh hayat berjuang tentang isu ini (RUU 355) apabila bertukar parti dan tidak lagi berada dalam Pas serta menjadi rakan kepada pakatan pembangkang.

"Kita tengok nada mereka pun sudah berubah walaupun menyentuh soal agama," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Annuar berkata, perkara itu juga jelas membezakan pendirian UMNO dengan pembangkang kerana mereka sanggup mele­takkan kepentingan parti berbanding agama.

"Ini menunjukkan titik yang sebenar-benarnya menguji pendirian kita dalam berpolitik. Biar rakyat menilai mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Annuar turut menyelar perbuatan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang secara melulu menentang RUU355 selain menyifatkannya sebagai tidak menghormati berdasarkan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, perkara yang menyentuh mengenai agama Islam juga perlu dibincangkan secara tertib oleh mana-mana kaum bagi menghormati kedudukan agama tersebut sebagai agama rasmi.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbuatan pusingan U politik dalam kalangan pembangkang sudah menjadi kebiasaan.

Bahkan katanya, sehingga hari ini pandangan pembangkang berkaitan RUU 355 tidak sehaluan, berbanding

Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pendirian tetap.

"Satu hari kita dengar panda­ngan ini, esok pula berubah. Sukar untuk menilai pendirian mereka.

"Jadi kalau pembangkang se­ring mempunyai pandangan berbeza, mungkin ada yang ter­pengaruh dengan politik persekitaran mereka," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

White House: Trump paid $38 million in taxes in 2005

WASHINGTON: President Donald Trump paid $38 million in taxes on more than $150 million in income in 2005, the White House said on Tuesday, responding to an MSNBC report that the network had obtained two pages of the returns.

MSNBC host Rachel Maddow said she received the documents from journalist David Cay Johnston, who said on her show that he received them in the mail.

The returns, which MSNBC posted on its website, showed Trump paid an effective federal tax rate of 25 percent in 2005 after writing off $100 million in losses.

The White House said in a statement that Trump took into account "large scale depreciation for construction."

Trump has repeatedly refused to release his tax returns, drawing criticism throughout his campaign last year and speculation from his political rivals he was hiding something.

A New York Times report in October said Trump, a New York real estate developer, declared a $916 million loss on his 1995 income tax returns. The newspaper said the large tax deduction could have allowed him to avoid paying federal income taxes for up to 18 years.

But the returns posted by MSNBC on Tuesday showed that he did pay taxes in 2005. The returns do not indicate whether he paid taxes in other years or how much he might have paid. The Washington Post reported last year that Trump paid no federal income taxes for at least two years in the late 1970s.

The White House said in a statement on Tuesday that Trump, as head of the Trump Organization, had a responsibility "to pay no more tax than legally required."

Presidents and major candidates for the White House have routinely released their income tax returns.

Trump says he has not released his tax returns because they are under audit by the Internal Revenue Service. Experts say an IRS audit does not bar someone from releasing the documents.

During a September presidential debate, Democratic candidate Hillary Clinton criticized Trump, a Republican, for paying no federal income taxes.

"That makes me smart," he responded.

Trump has feuded with the media since his inauguration, often accusing it of promoting "fake news" intended to undermine his presidency.

"The dishonest media can continue to make this part of their agenda, while the President will focus on his, which includes tax reform that will benefit all Americans," the White House said on Tuesday.

--
Sent from Gmail Mobile via iPhone

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dr. M sahkan capai persetujuan pakatan gabungan

KUALA LUMPUR 14 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa partinya telah mencapai persetujuan mengenai beberapa perkara berhubung pakatan gabungan yang bakal dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beberapa perkara diputuskan secara rasmi sebagai ketetapan kewujudan sebuah pakatan termasuklah sentiasa terbuka mene­rima apa juga parti yang berminat menyertai gabungan itu.

Beliau berkata, persetujuan turut dicapai bagi menyesuaikan nama gabungan yang dipersetujui parti pa­katan yang bakal di­ben­tuk tidak lama lagi.

"PPBM secara prinsip bersetuju untuk gunakan hanya satu logo, satu simbol dan manifesto yang sama bagi pakatan. Kita juga setuju dan memutuskan hanya satu calon sahaja diletak mewakili parti gabungan yang dibentuk nanti," kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, ketetapan dibuat akan disokong parti komponen yang lain memandangkan pertindihan calon sesama parti dalam pakatan hanya memecahkan undi dan melemahkan gabungan yang dibentuk.

"Saya yakin mereka akan setuju malah sedar kerana kekalahan mereka dahulu disebabkan mereka tidak memperkukuhkan parti dan tidak bersama dalam gabungan yang dibentuk ketika itu," ujarnya.

PPBM sebelum ini telah me­ngumumkan masih belum menyertai pakatan secara rasmi, sebaliknya hanya menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Antara kandungan perjanjian tersebut termasuklah kedua-dua parti bersetuju meletakkan ha­nya seorang calon mewakili Pakatan Harapan-PPBM di setiap kerusi ditandingi dalam pilihan raya umum.

--
Sent from Gmail Mobile via iPhone

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Petronas catat untung bersih RM23.5 bilion

KUALA LUMPUR 14 Mac - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM23.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, meningkat 12 peratus berbanding RM20.9 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, bagi tahun kewangan tersebut, perolehan kumpulan menyusut 17 peratus kepada RM204.9 bilion daripada RM247.7 bilion pada 2015 di­sebabkan oleh harga purata mi­nyak yang lebih rendah dan impak nilai jualan yang lemah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin bagaimanapun optimis, Petronas berada dalam posisi terbaik untuk mencatat prestasi lebih kukuh tahun ini berdasarkan kepada langkah-langkah transformasi yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu.

Beliau menjangkakan dengan harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$45 (RM200.16) setong tahun ini, Petronas berupaya memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) antara RM50 bilion hingga RM60 bilion bagi menampung keseluruhan operasi kumpulan.

"Sehubungan itu, berdasarkan prestasi 2016, kami juga komited untuk memperuntukkan dividen sebanyak RM13 bilion kepada kerajaan setelah mengambil kira pelbagai aspek dan persekitaran semasa serta berdasarkan persetujuan para pemegang saham," katanya dalam sidang akhbar prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Petronas, Datuk George Ratilal; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan, Datuk Mohd. Anuar Taib dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Hiliran, Md. Arif Mahmood.

Pembayaran dividen itu adalah yang terendah sejak 2007 dan tahun lalu Petronas membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan. Pada 2015, Petronas membayar dividen sebanyak RM26 bilion kepada kerajaan.

Aliran tunai kumpulan daripada aktiviti operasi menyusut daripada RM69.6 bilion pada 2015 kepada RM53.8 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2016 disebabkan harga purata yang rendah dengan sebahagian besarnya daripada bayaran cukai yang rendah.

Usaha berterusan kumpulan untuk mengurangkan kos menyaksikan pengurang­an lapan peratus atau RM4.1 bilion dalam kos boleh kawal kepada RM49.1 bilion berbanding RM53.2 bi­lion pada 2015.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, mo­dal pelaburan Pet­­ronas dikurangkan se­banyak 22 peratus kepada RM50.4 bilion berikutan pe­nangguhan dan penyusunan semula projek termasuk langkah me­ng­op­timumkan kos.

Menurut Wan Zulkiflee, projek hiliran terus mencatat perkembangan yang baik de­ngan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) hampir 60 peratus siap setakat Februari tahun ini dan dalam momentum yang betul untuk beroperasi pada 2019.

"Dalam kerja­sama dengan Sau­di Aramco dalam projek Kompleks Ber­sepadu Penapisan Mi­nyak dan Petrokimia (RAPID) ini, Petronas secara dasarnya terbuka de­ngan sebarang kerjasama selagi ia meme­nuhi terma yang dipersetujui antara kedua-dua pi­hak," katanya.

PAT 
meningkat 
12% 
berbanding 
RM20.9 bilion 
2015

Perolehan 
kumpulan 
susut

17%

kepada 
RM204.9 
bilion.

Jangka 
harga 
minyak 
mentah 
Brent AS$45 (RM200.16) setong.

Peruntuk 
capex
 RM50 
bilion-RM60 
bilion.

Peruntuk 
dividen 
RM13 
bilion 
kepada 
kerajaan.

--
Sent from Gmail Mobile via iPhone

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

SECOND WAVE OF RESIGNATIONS HIT MALACCA DAP

(Bernama) – A total of 182 members of the Melaka DAP were believed to have quit the party today.

When contacted, state DAP secretary Khoo Poay Tiong said he could not comment on the matter as he was not present during a media conference supposedly held by the group.

"I was only informed by the media that a group of DAP members held a press conference earlier today, and announced their intention to leave the party," the Ayer Keroh state assemblyman told Bernama here.

--
Sent from Gmail Mobile via iPhone

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Oil prices hit three-month low as US rig count climbs



SEOUL: Oil prices dropped to their lowest in three months on Monday despite OPEC efforts to curb crude output, dragged down as U.S. drillers kept adding rigs.

Brent crude had by 0011 GMT (8:11 p.m. ET) fallen 42 cents, or 0.82 percent, to its lowest since Nov. 30 at US$50.95 per barrel. It closed the previous session down 1.6 percent at US$51.37 a barrel.

U.S. West Texas Intermediate crude (WTI) declined 50 cents, or 1.03 percent, to US$47.99 a barrel, its weakest since Nov.29.

U.S. drillers added oil rigs for an eighth consecutive week, Baker Hughes said on Friday, as energy companies increased spending to take advantage of a recovery in crude prices since the Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) agreed to cut output late last year.

OPEC and other major oil producers including Russia reached a landmark agreement last year to cut production by almost 1.8 million barrels per day (bpd) during the first half of 2017.

Overshadowing the cuts, crude inventories in the United States, the world's top oil consumer, surged last week by 8.2 million barrels.

"With the market still digesting the big increase in inventories, oil prices are likely to remain under pressure today," ANZ bank said in a note.

Hedge funds and other money managers cut their net long U.S. crude futures and options positions in the week to March 7, according to data from the U.S. Commodity Futures Trading Commission (CFTC) on Friday.

(Reporting by Jane Chung; Editing by Joseph Radford)

- Reuters / CNA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib: I love the people of Kelantan


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is determined to continue bringing transformation to Kelantan by implementing many more development projects for the people's benefit.

He said the development projects for the good of the people and help to boost the economy of Kelantan, included the construction of Bachok Hospital and East Coast Rail Line (ECRL).

"The government also provides other facilities such as a new hospital in Kuala Krai, worth over RM300 million, which is under construction.

"We build a hospital, university and modern railway for the people of Kelantan because I love the people of Kelantan," he said when launching the 'Jom Bantu Rakyat' programme and ground breaking ceremony of the Bachok Hospital in Kampung Bator, Jelawat, here today.

Also present were International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed, Health Minister Dr S Subramaniam and Bachok Umno chief Dr Awang Adek Hussin.

The prime minister said the government had increased the allocation of up to RM12.11 billion in the Eleventh Malaysia Plan (11MP) to bring about these changes.

He said this showed a significant increase compared to the allocation under the 8MP of RM3.37 billion followed by RM6.9 billion in the 9MP and RM5.6 billion in the 10MP.

"The previous leader before me, no need to mention names, he said the people of Kelantan should be punished, reduce allocation. I don't believe, I don't reduce, I increase the allocation for the people of Kelantan," he said.

Najib said the government would also build more houses for the needy in the state.

He also approved an allocation of RM56,000 each to build new houses to replace the dilapidated ones occupied by three families whom he visited here.

Najib also urged the people of Kelantan to give their support to the government helmed by the Barisan Nasional (BN) to ensure these transformations being implemented could be expedited.

According to the prime minister, the people especially in Bachok would enjoy various facilities in the new hospital when it is completed in 2019 and the modern ECRL in five years' time.

Meanwhile he took to task certain quarters, including the opposition for alleging the government of Malaysia was bankrupt.

"If the government of Malaysia is bankrupt, the (Monarch of Saudi Arabia) King Salman (Abdulaziz Al Saud) would not have come to invest in this country and set up the King Salman Centre. King Salman also appreciates and recognises the leadership of the Malaysian government," he said.

Najib stressed that the government would continue to strive to make Malaysia more progressive in all fields and not be insulted and humiliated by any quarters.

In his speech which frequently received applauses from the audience, Najib said North Korea should not insult the people of Malaysia following the murder of Kim Jong Nam.

"Respect us and make sure our people are safe," he said in alluding to the nine more Malaysians barred from leaving North Korea.

Kuala Lumpur-Pyongyang relations were strained following the murder of Kim Jong Nam, brother of North Korean leader Kim Jong Un at the Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) on Feb 13.

Last Tuesday, North Korea announced the ban on Malaysians leaving that country.

Initially the ban involved 11 Malaysians but two of them, United Nations staff, were allowed to leave North Korea and are currently in Beijing.

Najib was also given a briefing on the construction of an ECRL station in Jelawat.-13/3/2017 BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Jari plastik untuk PRU14? Biaq betui!!



Tersebar melalui laman sosial WhatsApp fitnah mengatakan sebanyak 15 juta sarung jari plastik telah tiba untuk digunakan semasa PRU14 nanti bagi menanggalkan kesan dakwat supaya boleh pergi mengundi berkali-kali.

Hujung bulan lepas, di dalam program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Cap Bunga Raya di Seksyen 18, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, YB Rodziah Ismai berkata, selain memindahkan pengundi dengan sewenang-wenangnya, kemasukan jari palsu yang ditempah khas daripada China juga menimbulkan tanda tanya. Baca di sini.

Dengan pelbagai kemelut dan skandal yang menyelubungi Selangor, pemimpin-pemimpin Selangor semakin goyah. Jalan terakhir yang cuba dimainkan mereka adalah dengan mewujudkan persepsi dan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Gambar-gambar yang tersebar tentang jari palsu itu atau jari prostetik untuk orang yang kudung jari akibat gangsterisme Yakuza di Jepun. Gambar-gambar yang ditular adalah diambil dari pelbagai laporan berita pada tahun 2013 tentang usaha untuk masalah jari kudung di Jepun. Bukan cerita jari palsu dari China untuk Malaysia. Baca di sini.

Jari prostetik berkenaan hanya untuk orang yang tiada jari. Bagaimana hendak disarungkan kepada orang yang sudah berjari? Inilah yang dikatakan bodoh. Dan YB Rodziah Ismail yang saya kenali secara peribadi bukanlah sebodoh itu untuk memperbodohkan pengundi-pengundi beliau.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tukar PM tidak selesai masalah



JERLUN 11 Mac - Menukar Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan masalah kerana jawatan itu sememangnya terdedah kepada sasaran kritikan pelbagai pihak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap Perdana Menteri iaitu bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sentiasa dikritik sehinggalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

Malah kata beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui perkara itu ketika beliau berada dalam Kabinet.

"Ini adalah perkara lumrah kerana jawatan Perdana Menteri menjadi sasaran kritikan. Dr. Mahathir dikritik kerana kerugian dalam skandal BMF (Bumiputra Malaysia Finance Ltd.) dan tukaran wang asing.

"Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) turut dikata macam-macam seperti lemah," katanya ketika menyampaikan ceramah menjelaskan isu-isu semasa di Padang Sera, di sini malam tadi.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul.

Menurut Annuar, apa yang le­bih penting ahli-ahli UMNO terus bersatu-padu agar 'kapal' besar UMNO terus belayar dan bukan bercerai-berai sehingga menenggelamkan 'kapal' berkenaan yang sekali gus akan meranapkan sejarah penubuhan bangsa.

Tambah beliau, dalam sejarah UMNO, seseorang individu tidak penting kerana pemimpin boleh datang dan pergi atas pelbagai sebab.

"Datuk Onn Jaafar yang ba­nyak jasanya kerana mencetuskan penubuhan UMNO, apabila keluar parti hanya dilihat sebagai individu sedangkan parti tetap perlu diteruskan," katanya.

Tambah beliau, Dr. Mahathir pula diibaratkan sebagai bapa­nya kerana merupakan idolanya, malah beliau taksub kepada bekas Perdana Menteri itu semasa menjadi pemimpin belia.

"Kasih sayang tetap tidak berubah, jasa tetap saya kenang. Namun, soal masa depan bangsa adalah lebih besar berbanding individu," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hamzah : SOP Tentukan Harga Siling Bahan Api Dibentang Kepada Kabinet Rabu Ini



BATU KURAU: Prosedur Operasi Standard (SOP) penentuan mekanisme harga siling bahan api secara mingguan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pembentangan itu bertujuan memberi penerangan mengenai mekanisme itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April depan.

"Apabila SOP penentuan harga itu siap, barulah saya umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang dekat sini, Sabtu.

Pada 6 Mac lepas, Hamzah berkata harga siling bahan api akan diumumkan secara mingguan bermula bulan depan.

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan operator stesen minyak supaya bekerjasama dengan Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia bagi membentuk konsep yang boleh mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Hamzah, yang juga Anggota Parlimen Larut, berkata tindakan yang diambil kerajaan berhubung isu itu sentiasa mendahulukan kepentingan dan  keperluan rakyat.

"Ini termasuk menyediakan pengangkutan awam lebih baik dan terancang seperti sistem transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) di Kuala Lumpur," katanya. - Bernama

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PRU-14:Arahan Beku Cuti Hanya Untuk Kakitangan JaPen



PETALING JAYA: Surat pekeliling arahan pembekuan cuti persendirian ke luar negara terhadap penjawat awam bertarikh 28 Februari lalu hanya dikeluarkan khusus untuk kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen).

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata arahan tersebut tidak melibatkan semua kakitangan kerajaan sebagaimana tular.
"Surat pekeliling dalaman ini dikeluarkan kerana ada anggota JaPen yang menempah tiket kapal terbang setahun lebih awal dari tarikh penerbangan mereka bagi mendapat tambang murah.

"Apabila cuti mereka tidak diluluskan, mereka merayu dengan memberi alasan bahawa tiket telah ditempah dan  tidak boleh ditunda tarikhnya," katanya dalam  enyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai surat pekeliling dikeluarkan Jabatan Penerangan berkaitan pembekuan cuti bermula Mei ini konon sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjadi tular di laman media sosial baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, surat tersebut adalah sebagai peringatan cuti ke luar negara persendirian atau urusan peribadi bagi mengelakkan kakitangan JaPen menempah tiket penerbangan ketika jabatan memerlukan khidmat mereka untuk program rasmi kerajaan.

"JaPen terlibat dalam aktiviti utama negara seperti perayaan Hari Kebangsaan, Sukan SEA, pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan aktiviti advokasi, komunikasi serta penghebahan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada rakyat," katanya.

Ibrahim berkata, menjadi kelaziman surat pekeliling itu dikeluarkan setahun sebelum tamat tempoh Parlimen bagi mengingatkan seluruh kakitangan jabatan itu agar bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) apabila diisytiharkan nanti.

"Adalah tanggungjawab JaPen sejak dahulu membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan demokrasi berjalan lancar melalui kempen keluar mengundi, pendidikan tatacara dan kaedah mengundi dalam media dan komunikasi bersemuka menjelang PRU.

"Di samping itu tanggungjawab hakiki JaPen untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan juga dibuat secara berterusan," katanya.

Namun, Ibrahim berkata, surat pekeliling itu tidak melibatkan cuti dalam negara yang masih boleh dimohon melalui ketua bahagian atau pengarah masing-masing.
Malah, katanya, pembekuan itu tidak melibatkan mereka yang mendapat tawaran menunaikan fardu haji atau umrah dan keperluan ke luar negara tertentu.

"Ia masih boleh dipertimbangkan mengikut merit permohonan mereka, contohnya kematian keluarga terdekat di luar negara," katanya.- Mstar 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

UMNO dan Pas akan bersatu - Annuar Musa



KUALA LUMPUR: UMNO dan Pas akan bersatu demi menjaga kepentingan serta kedaulatan agama, kata Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Kata Annuar, biarpun UMNO dan Pas sering tidak sependapat, namun dalam soal perhitungan agama dan akidah seperti soal Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kedua parti akan mengenepikan perbezaaan.

"Politik itu politik, tetapi agama itu lebih tinggi daripada politik. Tak lama lagi kita akan tengok apabila RUU355 nak memperkasakan mahkamah syariah, bila sampai bab agama itu, politik parti di bawah dan agama perlu berada di atas.
"Apabila agama perlukan pembelaan, kita akan lihat dalam Parlimen siapa yang akan membela Islam. Adakah DAP akan sokong? Adakah parti cap bunga akan sokong ataupun PKR akan sokong? Mereka tidak akan sokong sebab mereka ada perhitungan politik," katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Annuar berkata demikian sempena siri jelajah penerangan UMNO pusingan ketiga di pekarangan Dewan JKKK Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, di sini, kelmarin.

Menurutnya, apabila sampai pada soal agama, bangsa dan negara, maka kebergantungannya adalah kepada UMNO.

"Kita berpolitik bukan kerana saja-saja seronok nak perintah parti, kita tidak boleh berpolitik hanya soal dendam peribadi, kita tidak bermain politik kerana kebetulan ikut mak ayah semata-mata, kita tidak bermain parti kebetulan orang suruh, kita semua terlibat dengan politik kerana dari sudut kehidupan beragama kita sedang tunaikan fardhu kifayah," katanya.

Jelasnya, politik itu merupakan sebahagian daripada ibadah dan ibadah tidak boleh dibuat main-main dan tak boleh dibuat ikut perasaan.

Ia bukan dilakukan kerana sayangkan kepada individu tertentu dan bukan soal jasa pemimpin tertentu.

Dalam perkembangan lain, Annuar mengakui kasih sayangnya dan rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berubah meskipun tokoh pemimpin itu kini tidak lagi berada dalam UMNO.

Beliau turut mendoakan supaya Tun Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan kembali kepada UMNO.

Pewaris kata : Tak payahla nak buat kenyataan terbuka macam ni Annuar oiii! Lebih baik buat kerja diam diam daripada bagitau semua orang macam ni. Haih

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Sultan Johor : Biarkan SPRM Laksana Tugas Mereka


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar  bertitah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kerjasama dalam siasatan berhubung kes rasuah di negeri ini.

Baginda berkata, tiada individu boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang dan tiada pengecualian boleh diberikan dalam kes tersebut.
"Biarkan SPRM menjalankan siasatan dan undang-undang dilaksanakan," kata baginda kepada The Star pada Jumaat.

Sultan Ibrahim bertitah, selain polis, pihak SPRM juga ada bertemu dengannya untuk memaklumkan perkembangan terkini siasatan kes tersebut.

"Beta menyarankan agar agensi terlibat melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dan pilih kasih," katanya.

Selain itu, Sultan Ibrahim berharap tiada spekulasi tercetus berkaitan siasatan tersebut.

"Pihak Istana Johor tidak mencampuri sebarang siasatan pihak berkuasa atau melindungi mana-mana pihak," kata baginda. - Mstar

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ketua pembangkang Sabah, Jeffrey Kitingan Disekat Masuk Sarawak



KOTA KINABALU:
 Ketua pembangkang Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah disekat daripada memasuki Sarawak.

Dr Jeffrey, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor dan presiden parti STAR Sabah, telah ditahan oleh pegawai imigresen ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Kota Kinabalu pada 6 petang Sabtu.

"Saya masih di imigresen lapangan terbang. Arahan itu datang dari kerajaan Sarawak yang berkuat kuasa bulan Februari tahun ini," katanya ketika dihubungi.

Dr Jeffrey berkata beliau dijadualkan untuk meninggalkan Kuching dengan penerbangan jam 8.30 malam.

Beliau sepatutnya mempengerusikan mesyuarat antara pemimpin Dayak dari Kalimantan dan Sabah di Kuching.

Beliau enggan mengulas  lanjut mengenai perkara itu. - Mstar

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Polis Sahkan Kim Chol Sebenarnya Kim Jong-nam - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan warga Korea Utara Kim Chol yang dibunuh di negara ini 13 Feb lepas sebenarnya adalah Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan cara pengesahan identiti muktamad mayat itu dibuat demi keselamatan saksi-saksi.

"Saya tidak akan beri penjelasan lanjut macam mana caranya (sahkan identiti Jong-nam), demi keselamatan saksi-saksi, saya tidak akan beri apa-apa penjelasan, jadi kini kami telah selesai (jalankan penyiasatan) ke atas di mati," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan projek perintis balai polis moden di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini.

Polis menyerahkan mayat Jong-nam kepada Kementerian Kesihatan untuk urusan seterusnya kerana tidak ada waris yang menuntutnya setakat ini.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan untuk ke Macau.

Beliau diserang dua wanita yang menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka mengandungi bahan yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama 'Kim Chol', meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Putrajaya.

Khalid berkata pihak polis telah selesai dalam siasatan terhadap mayat Jong-nam.

"Kita akan serahkan kepada Kementerian Kesihatan oleh sebab tiada yang tuntut mayat itu," katanya.

Ditanya adakah mayat Jong-nam akan diserahkan kepada pihak Korea Utara, Khalid berkata mengikut peruntukan undang-undang negara ini hanya waris kepada si mati sahaja yang boleh menuntut sesuatu mayat di mana-mana hospital di Malaysia.

"Undang-undang kita hanya membenarkan kita mengembalikan mayat, diserah kepada waris, pada ahli keluarga, oleh kerana tidak ada ahli keluarga yang menuntut, kita serahlah kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan mereka selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

DAP Dakwa Goh Gunakan Sidang DUN Melaka Medan Balas Dendam

MELAKA, 10 Mac (Bernama) -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa Goh Leong San yang kini merupakan wakil rakyat Bebas selepas keluar DAP bulan lepas, menggunakan persidangan DUN sebagai medan untuk membalas dendam.

Khoo (DAP-Ayer Keroh) mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu berniat demikian apabila mengajukan soalan lisan tentang hasil siasatan terhadap laporan polis satu kes didakwa penipuan pajakan tanah melibatkan kerugian RM976,300 yang menyebut nama beliau (Khoo) dalam laporan polis itu.

"Sejak hari kedua, ketiga, keempat (persidangan DUN) setiap hari dia (Goh) hanya sebut mengenai laporan ini sahaja... menimbulkan persepsi negatif kepada saya dan DAP," katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Ditanya status pajakan tanah berkenaan, Khoo mengakui transaksi itu berlaku namun menegaskan ia merupakan transaksi 'tulen' dan bukannya suatu penipuan, malah sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

Sementara itu, Goh ketika ditemui pemberita berkata beliau mengajukan soalan itu pada persidangan DUN atas dasar kepentingan rakyat.

"Ini suatu usaha pembelaan kepada pengadu terbabit, apapun kita serahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Terdahulu dalam persidangan tersebut, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron ketika menjawab soalan lisan itu berkata pihak polis mengesahkan laporan itu yang dibuat pada 14 Dis tahun lepas (2016) sedang disiasat.

"Pengadu mendapati tiada perkembangan mengenai tanah yang dipohon dan kesemua suspek tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pajakan tanah terhadap pengadu. Merasakan diri tertipu pengadu membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata pada masa ini juga siasatan sedang dijalankan untuk mengumpul bahan bukti dan mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi yang terlibat.

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Special Team To Investigate Issuance Of False I/C In Sabah

PUTRAJAYA, March 9 (Bernama) -- A special team will be set up to investigate syndicates issuing false identity cards in Sabah.

This was announced by Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman in a joint statement in conjunction with the meeting of the Steering Committee on the Management of Foreign Nationals in Sabah (JKPWAS-Induk) held in Putrajaya today.

The joint statement said that the government took a serious view on cases of issuing and distributing false identity cards that were still being carried out by certain syndicates.

In order to intensify enforcement, the government via the Committee on the Management of Foreign Nationals in Sabah (JKPWAS) decided on the formation of the special team to investigate in detail the syndicates issuing the false identity cards as had happened in Sandakan and Tawau, Sabah recently, he said.

"A more comprehensive investigation must be initiated until the individuals acting as the real masterminds can be identified and legal action taken," the joint statement said.

It said that although the documents issued were illegal as they would not exist in the national registration system and record, yet a more aggressive and firm action must be initiated.

"It not only involved cheating to the recipients but also affected the government's image," said the joint statement.

It also emphasised that the government was also focusing on the problems of the entry of illegal immigrants (PATI) especially in the state's waters.

Taking into account the security and public interest factors, the government had taken the initiative by intensifying patrols at the entry points in the state of Sabah, the statement said.

According to the joint statement, proactive actions had been taken by the Malaysian Immigration Department (JIM) such as taking biometric information on every foreigner entering and leaving the state of Sabah and the installation of the image recognition system at all entry points in Sabah.

The joint statement said that based on the records of the National Security Council (NSC) Sabah, the total number of illegal immigrants in Sabah expelled since 1990 until March 3, this year (2017) was 553,692.

For the year 2017 alone, the number of expulsions until March 3 was 1,120 immigrants, he said.

The joint statement also dislcosed that the government had decided that transhipment activities be resumed effective last Feb 1 (2017) to boost economic activities in Sabah.

"It involved normal trade activities namely the import and export of goods only and excluded the petroleum trade," it said.

However, the joint statement said that the government still maintained the ban on Barter Trade activities.

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .