Archive for Ogos 2008

Selamat menghayati hari Kemerdekaan yang ke - 51

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke - 51
"Perpaduan Teras Kejayaan"

Bagi penulis, ulangtahun kemerdekaan tahun ini tidak rasa bahangnya kerana majoriti rakyat Malaysia terlalu asyik dan leka dengan politik, sampai terlupa akan satu tarikh keramat bagi kita semua rakyat Malaysia, yang acapkali setiap tahun diraikan dengan gilang gemilang.

Penulis sedih, majoriti rakyat Malaysia (kita la..) yang lebih suka mempamirkan logo dan bendera parti yang sesuai dengan jiwa mereka di kenderaan, rumah bahkan di badan (pakaian) Kenapa ini semua terjadi? Berikut jawapan penulis (penulis sendiri tanya, penulis sendiri la yang jawap.. hahaha)
  • Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh masih terasa. Si pemenang asyik sebut dia menang, menang dan menang saja.
  • Mungkin terjadi perpecahan diantara kita, penduduk pelbagai kaum di Malaysia. Penulis meragui.
  • Kerajaan mungkin tidak bersemangat ekoran kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke - 12 yang lalu.
  • Dan salah satu punca kelesuan merdeka tahun ini ialah keghairahan penduduk/rakyat Malaysia mendapat pemerintahan baru, yakni 16 September yang dipercayai akan membela rakyat, lebih profesional, tak korap, tak kroni dan lain-lain.
Sekali lagi, Pewaris Melayu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke - 51

Perpaduan Teras Kejayaan!





Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Rampasan Kuasa - Abdullah selar Anwar


Semasa mengakhiri pembentangan bajet 2009, DS Abdullah Badawi menyelar tindakan parti pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya pada tarikh 16 September 2008. Abdullah menyatakan hasratnya untuk mempertahankan mandat rakyat yang diberikan kepada BN untuk memerintah selama 5 tahun walaupun telah kehilangan majoriti 2/3 pada PRU12 yang lalu.

Dr. Mahatir sudah berkali - kali berkata Anwar tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri pada 16 September nanti. Beliau yang terkenal dengan sifat lantang bersuara mengkritik Anwar Ibrahim yang merupakan timbalanya sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Adakah Anwar akan berjaya membentuk kerajaan baru, kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti yang berlainan ideologi? Adakah Anwar akan dapat menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional yang sudah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

Alhamdulillah, tarikh 16 September 2008 jatuh pada bulan Ramadhan.. Semalam, ada sebuah laporan mendakwa ahli parlimen BN mula hantar SMS kepada Anwar dan tertarik untuk menyertai Pakatan Rakyat. Adakah kenyataan ini benar atau palsu? Ahli parlimen BN sudah berikrar dan berjanji untuk setia bersama kerajaan pimpinan Abdullah. Siap kumpul tanda tangan lagi sebagai bukti mereka berjanji tak berpaling tadah. Apakah yang sedang dirancang oleh Anwar untuk menjatuhkan kerajaan BN sebelum 16 September?
Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Posted in , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Keluar Dewan : Anwar and the geng biadap!


Semalam, setelah mengangkat sumpah, Anwar secara rasmi bergelar ahli parlimen Permatang Pauh.

Apa yang penulis harapkan,kehadiran beliau kembali ke parlimen akan membantu menyuburkan lagi proses demokrasi di Malaysia, tetapi sangkaan penulis meleset apabila beliau dan konco-konconya bertindak keluar dewan pada persidangan dewan rakyat semalam.

Kenapa mereka bertindak sedemikian? Ini kah imej seorang ahli parlimen yang sentiasa melaung-laungkan berkhidmat untuk rakyat, bela rakyat, dan lain-lain. Dahla masuk parlimen dan menang pilihan raya atas tiket simpati rakyat, masuk-masuk saja gelanggang pada hari pertama dah buat hal.

berikut ulasan penulis:

  1. Anwar sebagai Ketua Pembangkang pada hari pertama mahu "pecah tong" untuk mencuba kuasanya dan mahu menaikkan popularitinya sebagai Ketua Pembangkang.
  2. Mereka (pembangkang) tidak berkhidmat kepada rakyat, hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri dan keluarga.
  3. Rang undang-undang DNA amat penting dan sudah digunapakai di negara yang lain. Kenapa tidak di Malaysia?
  4. Adakah rang undang-undang ini ditubuhkan untuk mengaitkan kes Anwar-Saiful? Mereka keluar dewan kerana berasa rang undang-undang ini ditujukan kepada Anwar semata-mata, sebab itu lah mereka bertindak tidak menyokong dan keluar dewan.
  5. Mereka (pembangkang) tidak fikir kepentingan undang-undang DNA ini. Jika sesuatu perkara terjadi kepada keluarga mereka, contohnya dirogol; undang-undang ini amat penting untuk siasatan bagi polis.
PewarisMelayu kata:
Kalau dah asyik nak keluaq dewan saja, baik jangan masuk dewan rakyat. Bazir masa dan tenaga saja.

Posted in | 9 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar sudah bersumpah!


Anwar sudah bersumpah! Kali ini bukannya dia bersumpah laknat ekoran kes Saiful Bukhari, tetapi dia bersumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh

Dalam duk takut-takut dia bersumpah, dia berani sumpah juga jadi ahli parlimen. Moga-moga Anwar Matang Pauh (geng luar pagar) tak buat masalah macam dulu masa Anwar Matang Pauh dalam pagar (kerajaan)

Misi "dari Permatang Pauh ke Putrajaya" tetap dipegang, 16 September tetap disebut sebagai tarikh keramat kebangkitan Rakyat. Kebangkitan Rakyat??

Kebangkitan rakyat ke kebangkitan Anwar Ibrahim? Ura-ura mengatakan jika tanggal 16 September berlaku, negara akan berada didalam situasi darurat.

Tragedi 13 Mei pasti akan berlaku jika Anwar Family dan konco-konconya terus dan terus melakukan pelbagai isu yang akan membangkitkan kemarahan bangsa Melayu di Malaysia.
Sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh, Khalid Flinstone cadang 10% kemasukan non-bumi dalam Uitm, budak-budak Uitm demo satu Malaysia.Exco Selangor desak 30% wang JAIS diberikan kepada agama lain, orang Melayu leka dok dewa-dewi Anwar.

Tak pa orang Matang Pauh, terima kasih kerana memasukkan Anwar kedalam parlimen. Esok lusa dah terlondeh, dah terliwat oleh PKR and geng, baru nak rasa sakit.

Posted in , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

DR M : Anwar tak layak jadi PM

PUTRAJAYA 27 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti bagi membentuk kerajaan Pusat.

``Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kehadiran semula Anwar dalam Parlimen selepas menewaskan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam.

Bekas Presiden BN itu menambah, kerajaan harus mengambil pengajaran di atas kekalahan BN semalam dan Pilihan Raya Umum lima bulan lalu.

``Kemenangan PKR bukan kerana parti itu hebat, sebaliknya ekoran kegagalan calon-calon daripada UMNO yang bertanding,'' katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir bimbang kejatuhan populariti BN dalam masa lima bulan sejak pilihan raya umum lalu, tidak hanya akan berlaku di kawasan Permatang Pauh tetapi akan turut memberi kesan ke tempat lain jika berlaku sekali lagi pilihan raya kecil. - UTUSAN

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

ANWAR menang di P44

Tahniah kepada Penduduk Permatang Pauh dengan memberi undi kepada Anwar sebanyak 31,195 mengalahkan Ariff Shah dan sebanyak 15,671 undi. Hanafi Mamat hilang wang pertaruhannya dengan mendapat 92 undi. Ada juga ya penduduk P44 mengundi AKIM. Ini menandakan proses demokrasi berjalan dengan aman di Malaysia, kata Najib.

Bagi penulis, BN dan UMNO tidak perlu berduka kerana anda memberikan tentangan yang hebat kepada Anwar semasa kempen PRK ini, tetapi anda tidak dapat melawan Anwar kerana penduduk Permatang Pauh lebih rela melihat Anwar menuju ke Putrajaya, biarlah Anwar berjaya ke Putrajaya dengan senang lenang, kami (penduduk Permatang Pauh) mundur dan tidak terbela pun tak apa.

Slogan 'MEMERDEKAKAN PERMATANG PAUH' tak tercapai. Tak mengapa Ariff Shah, anda tidak hilang gelaran YB dan elaun-elaun yang lain. Parit sumbat, anak-anak DUN Seberang Jaya yang sakit atau ingin memohon bantuan melanjutkan pelajaran masih mencari anda, Dato Ariff. Terimalah keputusan ini dengan sabar. Adat berpolitik, memang lagu ni (dialek orang utara)

Tahniah sekali lagi tak terhingga kepada penduduk Permatang Pauh yang memilih Anwar! Tangga-tangga 16 September ke Putrajaya ? akan membawa kita (rakyat Malaysia) menuju Malaysian Malaysia! Tunggulah nanti, kemunculan TIMBALAN PERDANA MENTERI 1 dan TIMBALAN PERDANA MENTERI 2 yang akan wujud tak lama lagi jika Pakatan Rakyat memerintah.

Kerajaan pintu belakang (Pakatan Rakyat) dan pemimpin main belakang (Anwar Ibrahim) akan membawa HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA, untuk kesamarataan dan melenyapkan Hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.

PewarisMelayu kata: Sabaq sat ya orang Matang Pauh, Tok Shiekh tak dapat lagi kot nak jadi ahli Parlimen, ura-ura kata Speaker tak mau Anwar P44 angkat sumpah esok. 27hb nak jadi Ketua Pembangkang pon tak taw lagi la noh.. Oh lupa, Anwar jangan dok seronok sangat ya raikan kemenangan, sila jumpa Saiful Bukhari, Dato Nallakarupan dan Dato Hamzah ya. Awat tak saman Ezam? Lagi best.. Kerjasama anda sangat dihargai. Jangan lari-lari tau.

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Kepada pengikut setia Pas, kajilah persahabatan Pas dalam Pakatan Rakyat

Esok merupakan tarikh keramat untuk menentukan masa depan orang Melayu untuk terus memimpin negara kini dan selamanya. Untuk pengikut setia Pas, kaji balik persahabatan kamu dengan PKR laknatullah.

Anwar Ibrahim, bayangan Dajjal dimuka bumi sanggup mempersendakan rakyat dan bangsanya sendiri untuk mencapai cita-cita politik peribadi yang kita tahu kian hari kian malap. Perangainya yang suka mendedah dan mencanangkan keburukan orang lain telah mengundang padah pada pada pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini.

Apa jua taktik digunapakai oleh Anwar untuk meraih undi rakyat sama ada baik atau buruk.

Renung kembali rakan rakan Pas, Anwar telah diikitaf oleh DAP sebagai Perdana Menteri Alternetif dan diiktiraf sebagai pemimpin Pakatan Rakyat yang rapuh dan retak menanti belah. Persahabatan PKR dengan DAP meliberalkan Anwar dan menjadikan karekter Anwar Ibrahim yang sebelum ini didalam UMNO membela Melayu, mendaulatkan Islam telah bertukar kepada Liberal dan sekular. Dimanakah harapan anda untuk menaikkan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia?? Sudah tentu Pas berangan-angan Mat Jenin sahaja..

Dalam PRK Permatang Pauh, banyak poster-poster besar dinaikkan disepanjang jalan di Permatang Pauh untuk mengingatkan pengundi Pmtg Pauh bahawa Anwar merupakan pemimpin terbaik, tiada salah atau cacat cela, seolah-olah DEWA ekoran disanjung dan dipuja oleh penyokong-penyokongnya. Bagi penyokong Pas, ingat kembali segala perbuatan dan tindakan Anwar untuk melemaskan Pas semasa dia menjadi ahli UMNO dan menteri dalam kabinet BN.

Anwar berhempas pulas melemaskan Pas dengan pelbagai bentuk, tetapi sekarang dia mahukan sokongan dari Pas untuk menaikkanya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anwar jilat ludah dan kahaknya kembali. Anwar 2008 bukan seperti Anwar 1998 yang dianggap seperti hero rakyat.

Pada penyokong Pas, pasti anda harapkan undang-undang Islam digunapakai didalam pentadbiran kerajaan? Pasti anda mengidam-idamkan cita-cita dan mimpi anda untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam? Kenapa anda menyokong Anwar Ibrahim yang terang-terang menyokong DAP yang kita tahu menentang Negara Islam dan syiarnya??

Oleh itu, bagi pengundi Permatang Pauh, tekadlah, undilah calon yang mahu bekerja dan mahu menjadi kuli rakyat, bukan calon yang hanya mahu kepentingan peribadi.

**Minta maaf kepada individu tersebut, penulis tidak menulis gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kerana penulis merasa dia tidak layak diberi anugerah tersebut ekoran perbuatannya yang jahat untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Antara Liwat dan Zina

Saiful: "A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

Anwar: Tak payah sumpah la Saiful. Mahkamah Pakatan Rakyat kata aku tak salah. Ulama Pas, Ulama' PKR dan Ulama' Kroni (AS & Aust) dah siap kata aku tak salah. For what nak sumpah-sumpah lagi?

Semalam, semasa ceramah perdana Anwar Ibrahim di Guar Perahu, Harun Din ada menceritakan tentang bersumpah. Pada zaman nabi, ada seorang suami isteri bertelagah. Si suami menuduh isterinya berzina. Nabi SAW meragui kepada si suami dan bertanya adakah awak melihat dan berada ditempat kejadian?

Si suami berkata "Saya ada disitu dan menyaksikan kejadian tersebut'" dakwa si suami. Sebagai langkah akhir, Nabi SAW menyuruh si suami mengemukakan empat orang saksi sepertimana dituntut syara'.

Si suami gagal mengemukakan empat orang saksi dan Nabi SAW menyuruh kedua-duanya bersumpah li'an. Tuduhan Si Suami kepada isterinya ialah tuduhan zina. Pada keadaan tersebut, mereka merupakan suami isteri. Tetapi, apa hubungan Saiful dan Anwar Ibrahim pula?

Apa perbezaan situasi sahabat Nabi dengan situasi Saiful - Anwar? Situasinya lebih kurang sama, Saiful menuduh Anwar meliwatnya. Orang Pas pandai memutarbelit fakta. Kes ini merupakan kes Liwat tetapi mereka memutarbelit cerita sahabat itu yang merupakan kes zina.

Apa yang kita bincangkan sekarang ini adalah kes Saiful MENUDUH Anwar meliwatnya. Itu merupakan KEY dalam kes ini dan untuk membuktikan tuduhannya benar apabila tidak dapat membawa empat orang saksi, Saiful memulakan langkahnya dengan bersumpah laknat (li'an) dan apabila dia bersumpah li'an, Saiful tidak akan dikenakan hukum khazaf lagi sepertimana kes sahabat nabi diatas.

Ini menyebabkan ulama Pas mengeluarkan FATWA mereka dahulu, ditempat yang sama pada ceramah Mat Sabu yang lepas, seorang penceramah ataupun Ulama' Pas mencabar si Saiful dan Dato Najib bersumpah terlebih dahulu sebelum menyuruh Anwar bersumpah.

Sekarang, cabaran itu sudah disahut oleh Saiful pada minggu lepas dan Dato Najib telah bersumpah dua kali, ketika berada di kuala Lumpur dan di Guar Perahu juga. Apa respon Anwar Ibrahim?

Mursyidul am Pas dan Presiden Pas pada sebenarnya bercanggah pendapat. Pada mulanya, Nik Aziz bersetuju langkah saiful bersumpah, memadai dengan menyebut Wallahi, Wabillahi,Watallahi.

Tetapi, Haji Hadi mendakwa langkah saiful bersumpah tidak betul dan tidak sah, persis prosedur sumpah orang Kristian tetapi pada saat saat akhir apabila percanggahan pendapat mula disedari oleh kedua-dua orang kuat Pas ini, Nik Aziz mula mengubah kenyataannya seperti pendapat Haji Hadi.

PKR mempergunakan khutbah jumaat di masjid guar perahu untuk memberitahu kepada rakyat sumpah saiful tidak sah, tetapi hakikatnya sumpah saiful sudah berlalu dan valid mengatakan saiful tidak bersalah dan tidak berbohong mendakwa Anwar meliwatnya. Sekarang, rakyat mahu respon dari Anwar, mahu Anwar melakukan sumpah sama seperti saiful untuk membersihkan nama Anwar dan keluarganya.

Sebenarnya, Ulama' Pas sedang gelabah dan habis modal apabila mentor mereka, Anwar tetap tak mahu bersumpah. Dalam diri penyokong Pas sekarang, mereka pun serabut memikirkan isu liwat dan sumpah Anwar. Adakah Anwar difitnah ataupun Anwar memang bersalah? Itu menjadi persoalan didalam diri mereka untuk terus menyokong Anwar Ibrahim yang bercita-cita ke Putrajaya.

Hakikatnya, Ulama Pas tak berani untuk mendesak dan mencabar Anwar untuk turut bersumpah sepertimana Dato' Najib dan Saiful lakukan. Jika mereka berani melakukan sedemikian, JIKA Anwar benar-benar dapat memasuki Putrajaya, pasti Anwar tidak akan pandang kepada mereka dan mereka mengharapkan jawatan tertinggi negara disandang oleh Pas apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. "Jaga periuk nasi lebih baik daripada menyatakan kebenaran", itulah Pas.

Posted in , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

P.44 Parlimen Permatang Pauh (Bhg 3) Edisi 24 Ogos 2008

Panas.. Itulah perkataan yang dapat diungkap apabila penulis keluar meninjau keadaan P.44 ketika semakin dekat dengan hari pengundian. kedua-dua belah pihak, BN dan PKR bertungkus-lumus memasang bendera dan poster mereka disepanjang jalan Kubang Semang - Bukit Mertajam.

Tempat-tempat lain tidak kurang hebatnya. Nantikan posting penulis akan datang.



Boy burger turut mengalami 'kepanasan' pilihanraya



Jalan sesak! Jika anda mahu turun ke sini, cadangan penulis, gunakanlah motorsikal. Sepanjang jalan BM- Kubang Semang, pagi atau petang, mesti sesak.



Dari tepi jalan, kelihatan disekitar kubu Anwar dah jadi macam expo atau pasar malam. Pandai PKR cari duit nak tebalkan poket masing-masing.



Bendera dan poster penuh mewarnai bangunan UMNO Permatang Pauh.



Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

P.44 Parlimen Permatang Pauh (Bhg 2) Edisi 23 Ogos 2008

Tinggal beberapa hari lagi untuk calon-calon yang menyertai pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk berkempen. Masa yang terakhir ini akan digunakan sehabis mungkin untuk meraih undi daripada penduduk untuk keluar mengundi dan mengundi pemimpin pilihan mereka.

Penulis amat gembira akan proses demokrasi negara kita yang berjalan dengan aman dan lancar, tetapi penulis amat berkecil hati kepada sesetengah pihak yang tidak mengamalkan demokrasi dengan sepenuhnya. Terjadilah pelbagai siri pergaduhan dan lain-lain lagi yang menggugat kelancaran proses berkempen. Disini penulis sempat memuatnaik gambar terbaru "bahang" pilihanraya kecil Permatang Pauh (p.44)





Mereka mengharapkan kerajaan BN jatuh dan tumbang. Adakah Pakatan Rakyat dapat menandingi Barisan Nasional?



Terdapat khemah jentera parti Gerakkan membantu UMNO untuk memperkasakan jentera parti Barisan Nasional



Kereta Tokoh-tokoh Pemimpin Dunia ini selalu berlegar - legar disekitar Parlimen Permatang Pauh.Penulis mengambil gambar kereta ini dihadapan Wisma Adil, bersebelahan SMK Penanti Bukit Mertajam.



PEMBOHONG!Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut penulis apabila melihat kali pertama poster Anwar yang dipaparkan sebagai "Hero" rakyat dan pembela Melayu. Banyak sungguh duit PKR membuat papantanda sebegini disekitar Parlimen Permatang Pauh. Di anggaarkan PKR memasang hampir 50 poster sebegini disekitar Permatang Pauh.



Kehangatan Pekan Kecil Penanti yang dibanjiri oleh bendera dan poster kedua-dua belah pihak. Tidak kelihatan pun poster atau bendera daripada AKIM.

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

PKR terdesak!!

Sebrang Jaya - 23 Ogos, Menurut Ketua Angkatan Pemuda Keadilan sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Seri Anwar sudah menang tanpa bertanding kerana Ariff Shah telah terbatal kerana melanggar undang-undang pilihanraya. Beliau bercakap ketika berlaku kekecohan dihadapan Hotel Sunway dimana sebuah lori dan 2 orang pekerja yang dilaporkan memakai baju UMNO telah memasang banner yang mengecam Datuk Seri Anwar.

Peristiwa yang berlaku pada jam 4 petang ini telah membakar semangat penyokong parti Keadilan yang telah datang beramai-ramai untuk melihat banner yang dipasang disekitar hotel dimana ramai penyokong UMNO yang tinggal dihotel berkenaan. Menurut saksi, pemasang banner itu hanya sempat memasang 5 keping banner dan mereka telah menangkap si pemasang banner.

Shamsul juga telah menuduh kerja-kerja ini dilakukan oleh orang UMNO kerana budak yang memasang banner ini memakai baju UMNO.

Apakah UMNO begitu bodoh untuk memasang banner berkenaan pada siang hari dan memakai baju UMNO? Yang peliknya bagaimana Shamsul dan rakan boleh tiba tepat pada waktu mereka memasang banner, apakah Keadilan begitu terdesak sehingga membuat lakonan bagi memenangkan Datuk Seri Anwar.

Menurut beberapa orang yang menjadi saksi, mereka telah melihat lori itu parking dihadapan hotel hampir sejam dan apabila Shamsul sampai baru mereka mula memasang banner berkenaan. Kami telah menghubungi bilik gerakan UMNO dan juga bilik gerakan Pemuda dan mereka menafikan terlibat dalam perbuatan ini.

Antara baner yang dipasang tertulis:

-Anwar jadi PM-Esok Isarael buka kedutaan KL-Lusa Amerika buka pangkalan di Butterworth

-Penang gua punya - Lim Guan Eng

-Hj Hadi layak jadi PM dari Anwar.

Norhisham Abu Bakar


Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Kempen PKR berleluasa hasut pengundi

Rumah penulis didatang oleh peraih undi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi. Mereka datang untuk mengajak penduduk disekitar rumah penulis mengundi Anwar dalam pilihanraya kecil nanti pada 26 ogos 2008. Mereka datang dalam kumpulan ber-empat yang terdiri daripada wanita kesemuanya menceritakan kisah silam Anwar didera dan dimalu serta difitnah oleh kerajaan.

Oleh kerana penulis tak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, penulis mengambil dan mendengar apa yang mereka beri dan ceritakan. Mereka melayu juga, kita sama sama muslim. Itulah perkataan yang bermain-main didalam fikiran penulis.


Kenapa Niz Aziz mahu memperkukuhkan ikatan PAS dengan Pakatan Rakyat, sedangkan dalam muktamar agung PAS, pemuda PAS amat menentang dan tidak bersetuju penggabungan PAS dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang realitinya akan membawa kerugian besar khasnya kepada PAS dan tidak boleh melaksanakan syiar Islam dan tak dapat merealisasikan impian negara Islam tajaan PAS.

Artikel sokongan Gus Dur turut berada didalam akhbar kempen Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Siapa Gus Dur? Kenapa dia sokong dan bela Anwar Ibrahim?


Gambar diatas menunjukkan surat rayuan mursyidur am PAS, membuktikan komitmen beliau menyokong Anwar dan merayu penduduk Permatang Pauh mengundi Anwar dalam pilihanraya kecil ini. Nik Aziz serius ke sokong Anwar?
Berikut merupakan statistik penipu yang dikeluarkan oleh Anwar untuk mengelirukan pengundi di Permatang Pauh ekoran isu liwat membabitkan al-juburi dengan Saiful Bukhari Azlan. ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar memihak bulat-bulat kepadanya. Masuk bakul angkat sendiri la.. Tak malu Anwar!

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Lim Kit Siang: Melayu tidak tertindas

Penulis ada mengikuti perbahasan di dewan rakyat baru-baru ini. MP dari Ipoh Timur, Lim Kit Siang ada bertanya kepada menteri dan ahli parlimen lain, adakah orang melayu sekarang ditindas?

Berikut adalah jawapan dan ulasan penulis:

  • Jika kita singkap balik exco Pulau Pinang, pembaca boleh melihat ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang dengan Barisan Nasional.
Dulu, bawah ketua menteri Dr. Koh

Melayu BN = 5
Cina BN = 6
India BN = 1


Sekarang, bawah pemerintahan Guan Eng

Melayu PKR = 2
Cina DAP = 7
Cina PKR = 1
India DAP = 1


Dulu exco Melayu BN = 5 sekarang PR = 2
Dimanakah ketuanan Melayu?

Berapa kerat orang Melayu Islam yang berada didalam exco kerajaan negeri Guan Eng? Lihat betapa bodohnya Melayu (orang Melayu PKR dan PAS & pengundi) ditindas dan diperbodohkan oleh DAP kafir harbi yang hanya mahu memperalat mereka untuk merealisasikan matlamat "Malaysian Malaysia"

  • Exco BN dulu mempunyai kesepakatan untuk melakukan sesebuah perkara. Dalam BN, setiap usul dan tindakan dari kerajaan akan dibincang dan dilaksanakan tanpa sebarang masalah dan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti kaum di Malaysia.
  • Sekarang, kerajaan Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka lebih baik dari kerajaan BN sesuka hati mengeluarkan cadangan bodoh seperti kemasukan 10% non bumi kedalam UiTM tanpa memikirkan sensitiviti orang Melayu yang sekarang ini kian lama, kian terlondeh oleh pemimpin-pemimpin didakwa "bersih", "pembela melayu", "tidak kroni" dan lain-lain lagi.
Jika kita pergi ke negeri Perak pula, ketidakseimbangan exco didalam kabinet negeri amat ketara sekali.

Cina DAP dan PKR = 6
Melayu PAS dan PKR = 4
India DAP = 1

Dimana ketuanan Melayu negeri Perak? Jika kita singkap kembali "sumbangan" Pakatan Rakyat Negeri Perak:
  • Kerajaan negeri memberikan hak milik tanah kepada penduduk kampung baru selama 999 tahun yang majoriti penduduknya cina.
  • Kenapa penduduk kampung Melayu diberikan hak milik tanah selama 99 tahun sahaja? Dimanakah keADILan??
Inilah sumbangan kerajaan negeri Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang dan Perak yang kononnya membela nasib orang Melayu dan agama Islam. Adakah mereka akan melaksanakan syiar Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang apabila mereka memerintah kelask? Dalam kerajaan negeri pun mereka dah tunjuk belang, apatah lagi apabila mereka bergelar kerajaan persekutuan nanti?

Ya.. tak lupa juga kepada penyokong PAS, tahniah kerana anda dan pemimpin anda ditunggang oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Nampaknya, PAS telah menjadi kuda padi DAP dan PKR yang dicucuk hidung dan diliwat duburnya.. tahniah.. HADI AWANG NAK JADI PM?? LANGKAH MAYAT ANWAR DULU!

Fikir-fikirkan!

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Pemimpin Bermuka-muka...

Dalam video ini, Anwar nampak alim dan disanjung ketika memberi ucapan didalam masjid.


Anwar dimajlis lain. Beliau begitu lantang sekali

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Perli PKR


Penulis tak setuju apa yang dilakukan oleh pemuda BN tu..
Tak elok.. Baik PKR atau BN, kita kena tunjuk perlakuan yang sopan yang menunjukkan identiti kita orang Melayu yang mempunyai adat dan adab terhadap orang lain.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Sesumpah... Sesumpah!

Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar: Kita bukan mahu keganasan

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis.

"Saya ni bukanlah anti-polis. Jadi kita buatlah apa yang mereka suruh asal jangan bertentangan dengan apa yang kita mahu.

"Kita bukan mahu keganasan, kita mahu satu perubahan," beliau dilaporkan berkata kepada kira-kira 5,000 hadirin dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir malam tadi.

Menurut laporan Bernama lagi, penyokongnya mula bersorak sambil melaungkan slogan "reformasi" apabila sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlegar di sekitar tapak ceramah.

Pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat.

Dalam ceramah Anwar di Kampung Belah Dua, di Permatang Pauh malam tadi, beliau berkata tidak mempunyai dana yang cukup bagi
menaja makan dan minum para penyokong PKR yang hadir pada setiap ceramahnya.

"Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu... Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah," katanya.

Pada setiap ceramahnya, lapor agensi berita itu lagi, petugas PKR akan melakukan pungutan wang bagi menampung keperluan berkempen pada pilihanraya kecil ini yang akan diadakan pada 26 Ogos.

Anwar yang sentiasa dilihat menaiki kereta jenis Mercedes S320 berwarna perang di setiap ceramahnya juga menafikan kenderaan itu adalah miliknya.

"Kereta saya naik itu bukan saya punya. Tapi pak (bapa) saya punya. Saya ni tiada apa-apa pun. Kalau tak percaya boleh tanya Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isterinya dan juga residen PKR). - Malaysiakini

Pewaris Melayu kata:
Kereta kereta tu bukanya saya punya, itu kereta kroni-kroni saya dalam KDEB yang punya. Saya tak mampu nak beli kereta dalam negara, tak ada tanah tak, saya tak ada saham. Tapi, saya ada rumah villa yang besar di Selangor. Saya kayakan kroni-kroni saya masa jadi Timbalan Perdana Menteri, sekarang diorang pulak la yang tolong saya.
Saya tak ada duit banyak dalam Malaysia, tapi di luar negara, akaun saya penuh dengan jutaan wang dolar..

Posted in , , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Kempen oh kempen

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

7 Dalil kenapa anda PERLU undi PKR

Fikir fikirkanlah.. Jika anda sayangkan bangsa, tinggalkanlah PKR.. Ingat, PKR perosak bangsa dan negara.
Ini baru sikit, tak larat penulis nak menyenaraikan kesemuanya. Tengoklah nanti dalam posting yang seterusnya. Insyaallah..

8 Comments
Jom komen di Facebook!

Macam - Macam!

Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

KPMU:Anwar munafik hina Islam dan Al-Quran

Anwar Ibrahim dayus dan masih mahu menikus dan tidak menghormati rumah Allah dan Al-Quran sebagai pegangan umat Islam. Anwar menghina perbuatan Saiful sedangkan dia langsung tidak berani untuk menyatakan kebenaran dirumah Allah dan dihadapan Al-Quran.

Jangan berdalih, apa yang Saiful lakukan adalah mengikut Islam dan dia tidak ke gereja atau kuil. Polis adalah tuntutan dunia. Tuntutan Islam telah dilakukan petang tadi.

DS Anwar dakwa sumpah Al-Quran bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi hanya satu gimik kotor politik UMNO. Mengulasnya hal itu Anwar berkata jika Saiful nak ikut cara Islam maka dia harus bawa kesnya ke Mahkamah Syariah dan tidak buat aduan pada polis. Katanya sehari selepas SPR umum tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh beliau didakwa di mahkamah dan kini sehari sebelum penamaan calon angkat sumpah ini diadakan.

Inilah yang dikatakan Anwar menggunakan kuasa politik untuk mempertahankan diri. Apa saja kesalahan yang beliau lakukan akan beliau salurkan kepada politik dan kaitkan dengan UMNO. Jika Anwar membunuh sekali pun semua akan disalurkan sebagai UMNO mahu memfitnah beliau.

Itulah sebabnya, Wan Azizah terpaksa tergesa-gesa mengosongkan kerusi setelah tahu kertas siasatan kes Anwar berjubur dengan Saiful selesai dan telah diserah kepada peguam negara. Jauh mana Anwar mahu lari. Bangkai gajah tidak akan dapat disembunyikan walau sebesar padang bola tikar yang menutupnya.

Anwar menghina Islam lagi. Anwar menghina Al-Quran Anwar menghina rumah Allah dan yang paling keji Anwar menghina umat Islam. Seoalah-olah sumpah di rumah Allah sumpah di hadapan Al-Quran sumpah orang Islam boleh dipersendakan.

UMNO tidak takut jika Anwar ke Parlimen. UMNO tidak pernah takut dalam mana-mana pilihanraya. Umno pernah kalah di Lunas kepada PKR tetapi UMNO tidak akan persendakan Islam.

Anwar munafik ini. Akan mendapat pengajaran dari Allah SWT. Semoga Allah SWT berikan petunjuk kepada munafik ini. Kalau anak jantan ada telor. Bersumpahlah Anwar anak Ibrahim. Agar roh allahyarham ayahanda mu aman disisi Allah SWT. Ingat pesanan allahayrahamah ibu mu sebelum hembus nafas terakhir, wahai Anwar munafik.

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Penamaan Calon > Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh P.44

Nampaknya saingan begitu sengit pada pilihanraya kecil kali ini. PKR sudah jelas meletakkan calon simpanan mereka Dr. Mansor Bin Othman sebagai simpanan jika Anwar Ibrahim ditangkap atas pertuduhan sodomi keatas Saiful Bukhari Azlan. Calon Akim, Hanafi Mamat yang merupakan president Akim juga bertanding. Dapatkah Anwar Ibrahim mendapat undian majoriti seperti pilihanraya yang lepas? Adakah langkah PKR meletakkan calon simpanan wajar? Kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya.

Update:

Hanya 3 calon bertanding pada pilihanraya kecil Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya itu akan ditandingi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Proses penamaan calon pilihan raya itu diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini pagi ini. - Utusan.



Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PERHIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK

Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

Pewaris Melayu kata:

Berani kerana benar, takut kerana salah. Saiful tak bodoh dan tak cetek dalam agama. Kesan sumpah saiful amat besar. Apa respons anwar?

Posted in , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Saiful bersumpah!!

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Pewaris Melayu kata:

Bagus, good job Saiful. Sekarang, Anwar pasti terpinga pinga dan terkejut dengan tindakan Saiful ini. Anwar yang sibuk mengadakan pusing satu Permatang Pauh dijangka akan mengadakan ceramah di hadapan Masjid Kubang Semang iaitu di markas PKR yang kononnya kubu kuat beliau. Sama sama kita nantikan drama Anwar yang seterusnya.

3 Comments
Jom komen di Facebook!

Hadi paling layak - Dewan Ulama

IPOH 14 Ogos - Dewan Ulama Pas berpendapat Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini selepas 16 September depan.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sebagai ulama Pas, sudah tentu pihaknya menyokong Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri berbanding Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Bagi kita ulama Pas, pandangan kita tentulah 'Tok Guru Haji (Abdul) Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri. Kalau kita orang PKR, saya cakap Presiden PKR paling sesuai.

''Bagaimanapun, keputusan untuk melantik pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri kerajaan pembangkang akan ditentukan oleh Majlis Presiden yang dianggotai ketiga-tiga parti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat, di sini hari ini.

Pada muktamar itu, wakil dari Ikhwanul Muslimin Jordan, Dr. Ammam Said turut menyampaikan ceramah mengenai peranan ulama sebagai pewaris nabi.

Menurut Mohamed Daud, Dewan Ulama Pas akan menyokong siapa sahaja pemimpin daripada kalangan pakatan pembangkang selagi ia menguntungkan Islam.

''Kalau Perdana Menteri yang naik itu tidak menguntungkan Islam, kita tunggu dan lihatlah," katanya.

Beliau juga berkata, Pas akan tetap kekal dalam pakatan pembangkang walaupun ia gagal memerintah negara selepas 16 September ini seperti yang didakwa oleh Anwar.

Pada muktamar hari ini, Dewan Ulama Pas menerima tanpa membahaskan tiga usul daripada Dewan Ulama Pas Kelantan, Melaka dan Terengganu.

Bagi usul pertama, Dewan Ulama Pas Kelantan dan Melaka secara bersama meminta Dewan Pas Pusat supaya mendesak kepimpinan Pas Pusat mengadakan taklimat khas kepada ahli dan penyokong parti itu di semua peringkat dengan kadar segera berhubung muqabalah antara Pas dan UMNO.

Usul itu dibuat bagi menginsafi pengalaman pahit dan sejarah hitam yang pernah Pas lalui ketika penyertaannya dalam Barisan Nasional (BN) dahulu.

Dewan Ulama Pas Terengganu pula mengusulkan supaya Dewan Ulama Pas Pusat mendesak pimpinan parti itu menyusun dan menjalankan program sesuai dengan masyarakat bukan Islam ekoran sokongan yang diberikan golongan itu semasa pilihan raya umum lalu.

Satu lagi usul daripada dewan itu ialah menggesa Dewan Ulama Pas Pusat mengeluarkan hukum secara ilmiah terhadap caruman takaful. UTUSAN

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Kesal sikap Guan Eng, Khalid

IPOH 14 Ogos - Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dan Selangor kecewa dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang seolah-olah cuba mengetepikan kepimpinan Pas negeri.

Wakil Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Radzuan Ramli berkata, sikap Guan Eng yang enggan bertemu Pemuda Pas menunjukkan pemimpin itu meminggirkan mereka yang telah menyumbang kemenangan pakatan pembangkang.

Kata beliau, apa yang lebih menyedihkan ialah usaha mereka untuk berjumpa Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin tidak mendapat layanan.

''Sebelum ini Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri mewujudkan Majlis Silaturrahim Antara Agama dengan beliau sendiri sebagai pengerusinya.

''Tujuan majlis itu untuk menyamaratakan semua agama di Pulau Pinang tetapi malangnya kita tidak dapat jumpa mereka sampai sekarang," katanya semasa membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Bagi Dewan Pemuda Pas Selangor, Menteri Besar mereka juga enggan bertemu sejak Mac lalu.

Ketua Penerangannya, Mohd. Sani Hamzah memberitahu, sebaik Khalid menjadi Menteri Besar, beliau sehingga kini tidak melayan permintaan bertemu.

Kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga didapati mula 'lupa diri' apabila mendakwa kemenangan pakatan pembangkang di Selangor adalah hasil usaha PKR sendiri.

''Bila ceramah cari Pemuda Pas, kutip sampah cari Pemuda Pas, ada masalah cari Pemuda Pas tetapi bila dah menang dalam membentuk kerajaan mereka mengenepikan Pas.

''Sebelum pilihan raya rintih minta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen walaupun mereka tidak mempunyai sokongan akar umbi.

''Sempena sambutan 100 Hari Pemerintahan PKR di Selangor tiada satu pun bendera Pas," katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Mohamad Nordin turut menyelar tindakan Guan Eng cuba menukar nama Jalan Masjid Kapitan Keling.

''Golongan yang sering mempertikaikan hak Melayu dan Islam tidak ramai tetapi mereka sering bersuara lantang dan biadap seolah-olah golongan majoriti.

''Ia sama sekali tidak boleh diterima," katanya ketika menyokong usul pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Katanya, antara kebiadapan kaum lain terhadap orang Melayu dan Islam termasuk ada kumpulan tertentu yang memfailkan tuntutan mahkamah di London.

Beliau berkata, begitu juga dengan Majlis Peguam yang begitu biadap menganjurkan forum sensitif membincangkan hal berkaitan dengan Islam secara terbuka.

"Siapa dia (Majlis Peguam) nak bincang tentang Islam? Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan picisan lain mengapa begitu berani hendak bercakap tentang Islam?

"Tolong hormat kami (orang Melayu) yang merupakan pribumi kepada bumi Malaysia ini," katanya. - UTUSAN

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dato Nalla dan Ezam : Dedahkanlah Kebenaran

Tak sabar penulis nak mendengar rahsia Anwar dari mulut Ezam Mohd Nor dan Dato Nallakarupan. Bekas orang kuat Anwar Ibrahim ini akan menceritakan realiti kejahatan dan kekotoran politik bekas timbalan perdana menteri itu untuk membuka mata pengundi Melayu dan rakyat Malaysia. Anwar sedang bermimpi menuju ke Putrajaya itu akan bertanding pada Pilihanraya Kecil parlimen Permatang Pauh yang ditentang oleh calon Barisan Nasional, Dato Ariff Shah Omar Shah pada 26 Ogos ini.

Menurut sumber yang diperolehi, Ezam dan Dato Nalla akan membuat ceramah bersiri di Parlimen Permatang Pauh dalam masa yang terdekat. Pendedahan telah dibuat di Blog Medan Info Kita .

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar, Khalid dan Permatang Pauh

Isu cadangan kemasukan 10% orang bukan bumiputera oleh MB Khalid Ibrahim baru baru ini masih hangat diperkatakan. Isu ini sangat menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu yang mahu keistimewaan mereka tetap dipertahankan.

Isu ini amat berkait rapat dengan Anwar dan merupakan taktik jarum halus yang Anwar gunakan untuk menarik pengundi bukan Melayu untuk mengundi PKR dan tidak mengundi BN pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008.

Berikut merupakan ulasan penulis:


  1. Isu ini merupakan taktik kotor yang digunakan PKR yang mempergunakan suasana politik sekarang dan untuk menegangkan sifat perkauman diantara kaum diMalaysia.
  2. Sedangkan semua orang Malaysia mengetahui Uitm yang diselia oleh MARA, Anwar dan Khalid saja mahu menaikkan kemarahan orang Melayu melalui isu ini.
  3. Orang Melayu sangat sensitif apabila mengacau hak keistimewaan mereka. Di mata orang bukan Melayu, orang bukan Melayu amat membenci orang Melayu kerana protes mereka terhadapa cadangan MB Khalid tersebut.
  4. Ini merupakan taktik licik yang kotor Anwar untuk menarik undi bukan Melayu kepada PKR dan membenci BN.
  5. Anwar tidak peduli situasi negara yang kecoh ataupun tegang, asalkan dia dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi Orang No.1 negara.
  6. Anwar sanggup melakukan apa saja untuk matlamat politik kotor beliau. Diharap pengundi Permatang Pauh dapat memikir dan mempertimbangkan untuk memilih Anwar dan PKR sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Isu Uitm dan keistimewaan orang Melayu sudah termaktub didalam perlembagaan dan kontrak sosial dan semua 'Malaysian' sudah tahu ia tidak boleh diganggu gugat.

MB Khalid mengocak air yang tenang, untuk mencapai matlamat politik peribadi mereka. MB Khalid mengeruhkan keadaan untuk mendapat publisiti murahan dan mahu menjadi popular.

Kepada orang bukan Melayu, orang Melayu tidak memprotes kuota dan hal lain yang menjadi hak milik orang Melayu, tetapi orang Melayu memprotes tindakan Menteri Besar Boneka yang mencadangkan kemasukan 10% non bumi kedalam Uitm. Harap jangan termakan taktik licik yang merupakan perang saraf tajaan Anwar melalui MB Khalid.

Posted in , , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

P.44 Parlimen Permatang Pauh ( Bhg 1) Edisi 13 Ogos 2008

Apa yang penulis dapat tengok dikawasan Parlimen Permatang Pauh sekarang tidak sama seperti Pilihanraya Umum yang lepas. Kali ini, PKR mengorak langkah terlebih dahulu memasang bendera dan sepanduk menandakan mereka bersedia terlebih dahulu dalam pilihanraya kecil kali ini. Mampukah Ariff Shah Omar Shah bertempur dengan Anwar Ibrahim? Kita saksikan pada 26 Ogos ini, rakyat menentukan siapa yang akan menang dan kalah.

Diharap jentera UMNO dan BN dapat mempersiapkan parti. Selamat bertempur wahai panglimaku! Hapuskan Hang Jebat penderhaka!


Bilik Gerakan UMNO

Kubu Kuat Anwar Ibrahim di Kubang Semang

Perlawanan sengit, PKR vs BN/UMNO

Puluhan buah kereta parking ditepi jalan, dihadapan bangunan UMNO Cawangan Permatang Pauh.


Bendera UMNO dan Barisan Nasional mewarnai perkarangan Bangunan UMNO Permatang Pauh

Gambar ni paling penulis suka.. Adakah betul Anwar pejuang tulen??
Apa pendapat anda?

Bahagian 2 menyusul kemudian.

3 Comments
Jom komen di Facebook!

Kenapa MBB Khalid kalut-kalut?

Sakit hati saya apabila membaca Utusan Malaysia hari ini pada artikel bertajuk MB akui kerajaan negeri tiada hak. Kenapa si Khalid Ibrahim ni beria-ria sangat nak mempertahankan ideanya untuk membenarkan 10% pelajar bukan bumiputera ke dalam Uitm? Berikut pandangan penulis:

  1. Tahniah kepada pengundi Melayu kerana mengundi PKR pada PRU12 yang lepas.
  2. Ini merupakan siri membalas jasa kepada pengundi Melayu selepas projek Kandang Babi Mega Teressa Kok.
  3. Kerajaan PKR nampak sangat kerajaan boneka.
  4. Khalid Ibrahim umpama lembu dicucuk hidung, boleh ditarik kesana dan kemari, lembu yang digunakan apabila hanya membajak sawah sahaja. Lepas padi dituai, orang lain yang makan.
  5. Khalid Ibrahim sememangnya bukan pejuang Melayu, bukanlah pejuang yang mempertahankan hak dan keistimewaaan Melayu, tetapi Khalid adalah pejuang kesamarataan sama seperti Lim Kit Siang and Co.
  6. Nampak sangatlah Khalid Ibrahim ni gila kuasa.
  7. Tahniah kepada pelajar Uitm yang terus menyokong PKR dan PR walaupun busuk apabila dihidu.

Posted in , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.