Archive for Mei 2008

Nepal: Pengajaran kepada orang Melayu, pertahankan institusi di-Raja Melayu Malaysia

KATHMANDU 29 Mei – Bendera diraja diturunkan dari istana raja Nepal hari ini apabila negara Himalaya ini menyambut hari pertamanya sebagai sebuah republik berikutan pemansuhan monarki Hindu berusia 239 tahun.

Institusi raja yang dahulunya disanjung kini tinggal dalam lembaran sejarah selepas Dewan Perlembagaan dengan hampir sebulat suara menyokong usul untuk menghapuskan pemerintahan beraja pada pengundian malam tadi.

Pihak berkuasa berkata, bendera kebangsaan akan di naikkan sebagai pengganti bendera diraja itu.

Rakyat Nepal mengibarkan bendera parti, menari dan bernyanyi untuk meraikan kelahiran republik baru itu malam tadi.

Parti politik dan puak Mao berkata,lebih banyak sambutan dirancang hari ini. Namun cabaran besar masih menanti.

Puak Mao yang memenangi 220 daripada 601 kerusi di Dewan Perlembagaan berikutan pilihan raya bulan lepas dijangka mengetuai kerajaan baru.

Mereka bagaimanapun perlu memenuhi harapan menggunung rakyat di negara ini, antara negara paling miskin di dunia.

Beribu-ribu bekas gerila Mao masih terkurung di kem-kem mereka.

Puak Mao mahu mereka digabungkan ke dalam angkatan bersenjata negara, tetapi tentera, yang dilihat bersimpati dengan raja setakat ini, enggan menerima kemasukan gerila itu.

Semasa kempen pilihan raya, puak Mao menjanjikan tanah kepada petani miskin dan pekerjaan untuk belia menganggur.

“Puak Mao kini menghadapi cabaran besar untuk membuktikan kemampuan mereka melaksanakan demokrasi dan memenuhi mandat perubahan,” kata ketua Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) bagi Nepal, Rhoderick Chalmers. – Reuters

Jangan jadi bodoh, wahai orang Melayu, kesultanan Melayu harus dijaga kerana ia lambang kekuasaan orang melayu di Malaysia. Ambil iktibar pada apa yang terjadi pada Nepal yang kini rajanya menjadi rakyat biasa, rakyatnya yang memilih untuk menggulingkan institusi diraja Hindu selama 239 tahun.

Ketuanan Rakyat bermaksud orang biasa yang mengetuai pimpinan yang diangkat menjadi pemerintah tertinggi, iaitu Presiden. Ketuanan melayu merujuk kepada kedaulatan raja-raja Melayu dan keistimewaan Melayu di Malaysia. Fikir dan pilih mana yang anda hendak??

Hanya MELAYU yang jatuhkan MELAYU!


5 Comments
Jom komen di Facebook!

Semut seberang sungai nampak, gajah depan batang hidung tak nampak!





Eh eh eh.. Depa dok cakap saja kat orang ni RASUAH, orang tu KRONI, orang ni KORUP, macam macam yang depa cakap kat orang lain, tapi depa tak sedaq yang depa tu bukanya 2 X 5 tapi 2000 X 5000, banyak sangat la yang depa dok cakap kat orang lain buruk, depa lagi buruk..

Pesanan: Jangan dok cakap kat orang lain saja, diri sendiri tengoklah dulu.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Isu benteng Bandar Mahkota Cheras: YB Khalid mainlah peranan!!

Peliklah kalau nak difikirkan penduduk Bandar Mahkota Cheras ni, isu benteng tu pun nak diperbesar-besarkan. Kita negara demokrasi, tak payah nak jadi macam negara lain, jangan jadi macam dekat India, Indonesia atau negara-negara lain yang susah mendapat bantuan polis ataupun pihak berkuasa lain.

Jangan terlalu emosi apabila sesuatu isu digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak yang cuba melagakan kita, antara satu sama lain. Kalau diikutkan perasaan, mesti banyak perkara yang tak diingini berlaku.


YB Khalid macam tiang saja, tak ambil perhatian serius macam kes babi mega hari tu, dia macam make donno saja pasal isu ni.

Buat perjuampaan dan rundingan, pihak yang benar pasti akan menang.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ezam: Selamat kembali ke pangkuan UMNO!


gambar dari AgendaDaily

Betulkah kemasukan kembali si Ezam, bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) jujur dan ikhlas?

Adakah kembalinya si Ezam ini merupakan muslihat atau satu strategi pembangkang untuk menghancurkan UMNO dari dalam?

Diharapkan kembalinya Ezam disisi parti UMNO akan menjadikan UMNO lebih kukuh dan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO yang mempertahankan kedaulatan, ketuanan Melayu di Malaysia.

Penyertaan kembali Ezam didalam UMNO disahkan sendiri oleh Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada petang tadi, di bangunan parlimen.

Setausaha Mantan Timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim itu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak bersefahaman dengan idol PKR tersebut.

"Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya," kata Abdullah.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Malaysia hilang Pulau Batu Putih

THE HAGUE, Belanda 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1980 adalah milik Singapura.

Namun ICJ memutuskan Pulau Middle Rocks diberi kedaulatan dan menjadi milik Malaysia sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.

Dalam keputusan majoriti 12-4, penghakiman bertulis yang dibacakan Naib Presiden ICJ, Awn Shawkat Al-Khasawneh, pada pendapat para hakim keputusan itu dicapai berdasarkan fakta sejarah, perundangan antarabangsa serta kesan-kesan pertindihan berkaitan tuntutan tersebut.

Awn Shawkat mula membacakan penghakiman tersebut tepat pukul 4 petang waktu Malaysia dan berakhir dua jam kemudian.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, ‘’Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.

Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. - Utusan

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

x-TPM : Malaysia Bukan Melayu Yang Punya

Kata-kata Anwar Ibrahim ni betol-betol buat penulis marah sangat dan benci kt dia nih.. tak patot dia buat kenyataan macam ni yang merendahkan kedudukan orang Melayu kat Malaysia ni. Tak Patot!



Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PAS TERKELIRU – ANTARA ISLAM ATAU KUASA

Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu telah memberikan pelbagai perspektif kepada semua orang .. tak kira penganalisis politik, rakyat, raja dan sesiapa saja. Apa yang paling menimbulkan kecelaruan di minda rakyat (pengundi) ialah kedudukan PAS dalam PAKATAN RAKYAT.????…

Kehadiran PAS dalam menceriakan gabungan yang bergelar PAKATAN RAKYAT telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli PAS itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan ini sehingga menyebabkan PAS kini hilang KUKU dalam usaha menegakkan ajaran ISLAM di bumi MALAYSIA ini. Bukankah taat kepada SULTAN merupakan ajaran ISLAM ….. tetapi KARPAL SINGH berjaya menguji kekuatan dan ketaatan PAS kepada ajaran ISLAM. Sudah pasti… pada pemikiran KARPAL SINGH… PAS hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan PAS boleh bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Tak hairanlah aku kalau PAS hanya menTOKONGkan diri sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa media yang membesar-besarkan isu KARPAL SINGH ini. Tak abis-abis cara PAS menangkis dakyah … pasti media yang disalahkan. Bukankah PAS mahu supaya media mendedahkan kenyataan atau lapuran yang benar dan telus. Inilah kenyataan yang dibuat oleh KARPAL SINGH yang secara telusnya disiarkan oleh media..

Takutkah PAS kepada DAP..sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam PAKATAN RAKYAT. Memanglah PAS hanya benar-benar berkuasa di KELANTAN…

Di empat negeri lain PAS diibaratkan sebagai seorang BURUH KASAR, menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri PAKATAN RAKYAT. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Bagaimana cekap dan cerdiknya DAP PERAK yang telah memainkan isu MELAYU dan SULTAN. MB PERAK yang ala –ala benggong telah dijadikan boneka dan menjadi alat bagi mencetuskan kemarahan orang melayu. Aku amat yakin ini adalah penrancangan yang licin oleh KARPAL SINGH dan kawan-kawan dalam DAP untuk menguji kesetiaaan orang melayu kepada SULTAN dan RAJA mereka.

Selagi PAS masih dibuai dengan mimpi indah memerintah PERAK, KEDAH dan KELANTAN .. selagi itulah DAP akan meneruskan agendanya menghilangkan hak MELAYU dengan menjadikan PAS sebagai KUDA TUNGGANGAN nya. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. ISLAM bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini…. Mereka hanya mahukan kerusi.

Kalau dah GILA KUASA.. beginilah jadinya….



petikan dari pedas berapi

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Tumpukan kesetiaan pada parti

Harap semua ahli UMNO terus setia pada UMNO, jangan fikir sapa yang memerintah, setialah kepada parti. UMNO tidak salah,hanya pemimpin UMNO dapat memimpin arahtuju UMNO dan kemampuan UMNO serta kekuatan parti. Sokongan dari ahli amat diperlukan untuk memastikan UMNO hidup seperti sedia kala. UMNO telah hidup sejak 62tahun yang lalu dibawah banyak kepimpinan terus hidup mekar. Ingatlah, jika anda sayangkan UMNO, setialah pada UMNO.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pengerusi DAP Karpal Singh diancam bunuh oleh pihak yang tidak dikenali hari ini, lapornya kepada polis.

Dalam aduannya, beliau mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu.

Menurutnya, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.

"Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!

"Kau jangan cuba mempersoalkan kuasa Raja-raja Melayu!

"Kalau kau tak berhenti!!! Peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau!" isi kandungan nota itu dipetik (foto bawah).

"Ini adalah amaran pertama."

Beliau, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, melaporkan kejadian itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 5 petang ini.

Katanya selepas aduan polis tersebut, beliau tidak berada di pejabat sewaktu kejadian dan sampul itu diterima oleh seorang keraninya.

"Sebagai seorang manusia tentulah saya berasa takut," katanya apabila ditanya tentang perasaannya selepas menerima ugutan tersebut.

Menurutnya, kejadian terbaru ini kali kedua beliau diancam dengan peluru hidup - kali pertama pada 1981.

Jika nyawanya terus terancam, katanya, beliau akan meminta perlindungan polis.

Mengulas aduan beberapa pihak tentang kenyataan beliau berhubung peranan dan kuasa Raja-raja Melayu, Karpal berkata beliau menunggu siasatan polis.

"Biar polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Turut hadir di balai ialah tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan anak peguam itu, Gobind Singh Deo.

Petikan dari Malaysiakini.com

1 Comment
Jom komen di Facebook!

PAS: Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai?

Harakah, Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

Pas hanya tahu mengkritik sahaja, janji pilihan
raya tak lagi ditunaikan oleh abang dan adiknya dalam pakatan rakyat. Rasuah berlaku dimana-mana negara didunia dan merupakan penyakit biasa dalam politik dan seharian. Rasuah UMNO tidak berlaku secara terang terangan macam parti politik yang lain.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

Penulis percaya, hanya UMNO sahajalah yang bertungkus lumus memastikan kedaulatan ISLAM dan ketuanan Melayu di Malaysia, bukanya macam pas, terang-terangan menghilangkan ISLAM dalam matlamat politiknya dan hanya mahu kuasa sahaja. Tiada ISLAM dalam perjuangan pas hari ini, buktinya, Slogan "negara berkebajikan" yang disebut pas dan menghilangkan negara ISLAM yang dimahu masa PRU11 dahulu.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

Penyelamat BANGSA MELAYU? Benarkah?? Bersekongkol dengan Bapa Rasuah Malaysia dan Si Gila Bontot, yang menghapuskan ketuanan Melayu dengan menggantikan Ketuanan rakyat, yang jelas amat seperti dasar British dahulu, "Malaysian Malaysia" sama 100% seperti Malayan Union yang ditentang UMNO.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

Sebelum ini, adakah tiada kepimpinan yang baik dalam UMNO? Apakah matlamat UMNO bertentangan dengan keinginan pas yang mahu Melayu dijaga??

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

Itulah sebabnya UMNO memainkan peranan dalam Barisan Nasional yang sangat sama-rata kepada rakyat Malaysia, yang selama 50tahun memberikan kepercayaan untuk mentadbir dan memerintah negara. Lihatlah pembangunan yang pesat di Malaysia sekarang.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

Lumrah manusia, ada manusia baik, ada yang tidak. Baik, buruk biasalah, adat permainan politik.

Ulasan: Penulis bersetuju dengan Pas jika ia tidak menyertai si gila bontot dan pemuja tokong yang mahu rakyat Malaysia disama-ratakan. Kita Melayu, tuan pada Tanah Melayu yang dipijak sekarang, kami tidak mahu diperleceh dibumi sendiri. Lihatlah Melayu Singapura yang ditindas serta hilang kebebasan bersuara lantas menjadi mioriti. ayuhla Melayu, bangkitlah menentang orang yang mahu menjatuhkan raja, menghilangkan keistimewaan Melayu di Malaysia.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mari kunjung blog Pedas berapi!

hah.. sekarang penulis mau mengpromote member penulis yang baru iaitu Pedas berapi. memang benar pedas berapi.. pedas sangat kata katanya yang sarat dengan pengajaran dan kebenaran! Keep the good work!


1 Comment
Jom komen di Facebook!

Abang Pakatan Rakyat dibaling telur oleh peminat PR sendiri!

Mungkin akibat kecewa dan tidak puas hati dengan sikap angkuh dan kurang ajar pemimpin DAP ini, maka salah seorang penyokonngya telah membaling telur ke arah Lim Kit Siang.

Apa yang menarik mengenai perkara ini ialah LKS tidak mahu membuat laporan polis mengenainya. Kita semua sedia maklum yang sikap pemimpin DAP kafir harbi yang suka membuat pelbagai laporan polis. Saya melihat adegan ini amat pelik kerana LKS tidak mahu membuat laporan polis kerana dia mungkin ingin menyembunyikan sesuatu isu yang lebih besar. Sekiranya pihak polis masuk campur, sudah pasti pelbagai isu yang cuba disembunyikan akan terbongkar.




Sumber: http://www.agendadaily.com/

Penasihat DAP Lim Kit Siang, ‘disambut’ dengan balingan dua biji telur ke arahnya oleh seorang lelaki semasa tiba di Plaza Tanjung Aru Kota Kinabalu bagi merasmikan Pesta Kaamatan anjuran parti itu hari Ahad.

Seorang lelaki yang dipercayai bekas ahli DAP bertindak membaling dua biji telur ke arah Kit Siang dan satu daripadanya mengenai dada pemimpin veteran DAP itu tetapi tidak pecah manakala sebiji lagi tersasar dan tidak mengenai Kit Siang.

Semasa kejadian Kit Siang diiringi oleh Pengerusi DAP Sabah, Hiew King Chiew serta beberapa orang pemimpin DAP negeri serta para penyokongnya.

Kit Siang ketika mengulas kejadian itu berkata, beliau tidak kisah dengan kejadian tersebut dan tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan atau membuat laporan polis mengenainya.

“Tidak ada guna untuk saya panjangkan isu ini. Lagi pun dia bukan lagi ahli parti dan biarlah insiden ini berlalu,” jelas Kit Siang.

Lelaki berkenaan yang ditahan kemudiannya diserahkan kepada pihak kawalan keselamatan plaza berkenaan. – 18/5/2008

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Paklah tak sangka Dr. M keluar UMNO: Apa nak jadi ni...

KUALA LUMPUR 19 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan ekoran tindakan terbaru Dr. Mahathir tersebut.

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta kesemua ahli UMNO supaya bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti. – Utusan.

Ulasan: Khas untuk PakLah, banyak-banyak la bersabar. Sabar itu separuh dari iman. apa apa pon terjadi, sabarla ye! Tapi bagi penulis, pantang undur sebelum ajal. Kecil hati saya kepada Dr.M sebab berbuat sebegini. Ekoran terjadinya peristiwa ini,penghormatan saya kepada Dr.M tergugat kerana perbuatan ini memecahbelahkan UMNO yang telah parah. Adui..


1 Comment
Jom komen di Facebook!

Tun Mahathir keluar UMNO

image from flickr: Kamalsell

ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.

Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan

Ulasan: bagi pendapat penulis, tindakan Dr.M keluar dari parti tidak patut dilakukan ketika masa kini UMNO sangat sangat memerlukan seorang pemimpin yang boleh menarik balik semua kekuatan parti UMNO. Jangan lah tambah kesedihan yang menyelubungi parti yang sedang perlu. tindakan dr.M itu menghancurleburkan keadaan sekarang dengan ketidakstabilan politik Melayu. Orang luar yang mahu Malaysia hancur lebur dan berpecah sudah bertepuk tangan bergembira dengan situasi Malaysia sekarang. Pembangkang sudah gembira dengan apa yang terjdi.

Ahli-ahli UMNO diminta bertenang

KUALA LUMPUR 19 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli-ahli UMNO bertenang di atas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti serta-merta.

``Tindakan Dr. Mahathir keluar UMNO merupakan satu kehilangan besar kepada parti kerana sumbangan beliau kepada UMNO sangat besar.

``Pada masa yang sama, kita sebagai ahli-ahli UMNO perlu mempertahankan parti kerana matlamat kita memasuki UMNO adalah untuk memperjuangkan nasib orang-orang Melayu,’’ katanya. - Utusan


UMNO Perlis rayu Tun Mahathir timbang semula

KUALA LUMPUR 19 Mei – Badan Perhubungan UMNO Perlis merayu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menimbangkan semula keputusannya untuk keluar daripada parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Hashim Suboh berkata, Dr. Mahathir ialah orang yang telah membina UMNO menjadi parti yang berkesan dalam memimpin kerajaan dan negara.

``Jika ada kelemahan, kesilapan dan kesalahan maka ia adalah masalah kepimpinan dan bukannya salah atau dosa UMNO.

``Rakyat dan akar umbi telah memberi mesej yang jelas kepada kepimpinan parti dan kerajaan. Gerakan untuk memperbetulkan parti dan kerajaan telah bermula dan makin berkembang di dalam UMNO,’’ katanya. – Utusan.





Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Puisi indah untuk si gila kuasa!

Masa kecik cerdik akal masuk MC,
Lepas Form 5 result MCE tak
menjadi,
Kawan-kawan ramai sambung belajar kat overseas,
Tapi Nuar hanya layak buat STP.

Lepas STP dekat UM si Nuar sambung study,
Dia buat pengajian melayu punya degree,
Orang sibuk belajar Nuar sibuk berdemostrasi,
Sebab tu Nuar hanya pas ngan GD.

Anwar mulakan langkah perjuangan ke arah Islam,
Dalam ABIM pidato Nuar susah nak lawan,
Berap-apian si Nuar ni kutuk kerajaan,
Tapi akhirnya pintu UMNO Nuar ketukkan.

Chedet terima Nuar dengan tangan terbuka,
Tapi Nuar dah mula nampak the ladder of power,
Perjuangan ABIM si Nuar pula makin lupa,
Dulu haram tapi kini semua halal belaka.

Dalam UMNO langkah si Nuar makin gelojoh,
Sorang-sorang pembesar UMNO hendak dijatuh,
Di suruh pula keldai si Zahid buat kecoh,
Supaya dia sorang je nampak bagus.

Anwar lupa bahawa dia pun dua kali lima,
Orang ABIM ramai yang kaya sekelip mata,
Ambil kesempatan sebab Pak Sheikh is finance minister,
Bapak dan abang si Nuar pun join sama.

ada lagi sambungan dia... tungguu!!!!!!!!

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ingat Gambar ini?

Photobucket

memang jolokan ini memang secocok la untk Pembohong Rakyat "PR".. Bagos.. banyaknya babi-bai kundur tuh...

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PM Malaysia ke-6? Ada can ke dia?

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Masterdedah: Memang master dalam dedah-mendedah.. Berani kerana benar..


Saja penulis ingin mengesyorkan pembaca sekalian ke blog masterdedah. Berani kerana benar!

Blog masterdedah: http://www.masterdedah.com/

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Mutfi Perak pun kecam Karpal Singh, PAS bila lagi?

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria turut serta mengecam tindakan biadap Pengerusi DAP harbi, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.

Katanya, isu kuasa Sultan dalam hal ehwal agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah termaktub dan diberi kuasa penuh dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan Mufti Perak ini dilihat sebagai satu lagi pengikhtirafannya ke atas perlantikan Datuk Jamry sebagai Pengarah JAIP. Ini juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada Datuk Mohd. Nizar.

Kata-katanya yang berbunyi, ‘‘Kalau ini dipertikaikan sudah tentu ia menyentuh sensitiviti dan hak yang terdapat pada bangsa Melayu itu sendiri”, seolah melihat bahawa kaum bukan Melayu semakin kurang ajar terhadap bangsa kita.

Sememangnya Datuk Seri Harusani seorang yang bijak dan dapat membaca percaturan politik sebenar Karpal Singh harbi apabila menyatakan, ‘‘Sejak dari dahulu lagi saya lihat Karpal tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua ini semua sudah termaktub dalam perlembagaan”. ‘‘Saya tidak tahu apakah motif sebenar Karpal cuba berbuat begitu sejak dari dulu lagi,” katanya.

Harussani menegaskan, Sultan mempunyai kuasa terhadap hal ehwal agama Islam dan setiap apa yang berlaku tentang hal ehwal Islam mesti diberitahu kepada baginda.

‘‘Siapa jua akan tersinggung jika sesuatu perubahan dilakukan di bawah kuasanya tanpa pengetahuan seerti pertukaran atau perkara berkaitan dengannya termasuk Sultan sendiri,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu turut membelakangkan Sultan, beliau berkata, tindakan itu jelas membelakangkan Sultan kerana Baginda sepatutnya orang pertama diberitahu mengenai pertukaran ini.

‘‘Sepatutnya kalau hendak membuat pertukaran beritahu dahulu kepada Sultan kerana Jabatan Agama Islam Perak memang di bawah kuasa Sultan.‘‘Ini perkara biasa yang kita amalkan,” katanya.

Lihat sahajalah bagaimana setiap rakyat di negara ini tanpa mengira pegangan politik sudah mula menyuarakan pendapat masing-masing.

Yang tinggal hanyalah PAS yang terus rela diperkuda dan diperbodohkan oleh DAP harbi. Kegelojohan PAS mendapatkan kuasa menyebabkan mereka mengamalkan prinsip “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA”. - SUMBER

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Klip video lawak Anwar..



Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pembangkang tamak kuasa

KUALA LUMPUR 15 Mei - Tawaran kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti merupakan taktik pintu belakang pihak pembangkang yang tamak kuasa selepas Pilihan Raya Umum Mac lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, taktik tersebut merupakan strategi politik yang tidak demokratik dan tidak beretika sama sekali.

Beliau berkata, rakyat sudah membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu dengan memberikan mandat sekali lagi kepada BN.

Oleh itu, kata beliau, semua pihak perlu meneruskan kehidupan dan tugas seperti biasa.

''Pada masa ini, banyak tugas perlu dilaksanakan dan saya berharap tidak ada gangguan melalui permainan politik seperti ini,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa ditawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk menyertai parti pembangkang.

Beliau ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Kebangsaan 2008 dan Pelancaran e-pasartani@FAMA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdul Rahman dilaporkan berkata, jumlah yang ditawarkan oleh pembangkang supaya beliau menyertai mereka cukup untuk beliau hidup senang-lenang tiga generasi.

Mustapa ketika mengulas lanjut berkata, pihak pembangkang sepatutnya menunggu pilihan raya umum akan datang dalam tempoh empat atau lima tahun lagi.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menggunakan taktik kotor seperti ini.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

UMNO kroni?

Kalau kita singkap sejarah politik tanah air, kita pasti dapat mengetahui salasiah keturunan ahli politik negara kita. sebagai contoh, pada masa sekarang, DS Najib Tun Abd Razak dan DS Hishamuddin Tun Hussien. Mereka adalah salah satu contoh daripada hubungan kekeluargaan anak-ayah. tetapi, situasi berkenaan tidak bermakna ianya kroni. yang bermaksud kroni sebenarnya bagi pendapat saya, perhubungan kekeluargaan dalam sesebuah organisasi pada masa yang sama. Pada masa sekarang, tuduhan ahli-ahli pembangkang yang ditujukan kepada PM kita, DS Abdullah Badawi tidak releven kerna ia merupakan tuduhan yang tidak berasas.

Pak Lah hanya mempunyai seorang anak lelaki didalam UMNO, iaitu Menantunya, Khairy Jamaludin yang sekarang merupakan Pemuda UMNO dan beliau baru sahaja menyertai pilihanraya yang pertama, iaitu PRU12. Tidak boleh dikatakan ianya kroni. Pembangkang tidak boleh melabel UMNO/BN sebagai parti kroni. Parti yang sebesar-besarnya kroni ialah PR (pakatan rakyat??)

Cuba kita lihat dalam parti tunjang, kepala pembangkang PR iaitu DAP, ia membuktikan dengan jelas bahawa parti ini juga mengamalkan kroni dalam sistemnya, cuba kita lihat, Lim Kit Siang menjadi penasihat DAP, dan anaknya, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan kita dapat lihat lagi, menantu kit Siang,
Betty Chew iaitu YB di Melaka. Jelaskah? Karpal Singh merupakan presiden DAP dan anaknya juga berada didalam DAP juga, iaitu Gobind Singh.Itu baru DAP, tidak kita lihat pada "PKR" yang sangat-sangat bersih! Pertama-tama kita lihat pada president PKR, Wan Azizah yang sekarang memegang kerusi Permatang Pauh dan anaknya , nurul Izzah yang merupakan YB di Lembah Pantai. Ayah Izzah pula merupakan Idol setiap peminat dan pemuja PKR, iaitu pemimpin yang Bersih, Anwar Ibrahim. See... Kata orang, dia yang lebih.. Saja tuhan mahu tunjukkan ini semua kepada kita supaya kita sedar..

Wallahualam...

P/s: Tukar je slogan. Kroni, Tulus, Bersih

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Usul tergempar Wan Azizah mengenai Myanmar ditolak

KUALA LUMPUR 12 Mei – Usul tergempar Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendesak kerajaan menggunakan pengaruh politik dan diplomatik supaya kerajaan junta Myanmar menangguhkan pungutan suara ditolak Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, usul itu ditolak kerana tidak memenuhi syarat ketiga iaitu ia tidak perlu disegerakan kerana Malaysia tidak harus mencampuri urusan dalaman negara itu.

"Mengikut perkara 18 peraturan mesyuarat, ia memenuhi dua kategori tertentu dan bagi kepentingan orang ramai tetapi tidak syarat ketiga,” katanya.

Dr. Wan Azizah berkata, pungutan suara itu akan memberi kesan kepada rantau ini, lebih-lebih lagi ketika negara berkenaan dilanda bencana taufan Nargis yang dilaporkan meragut nyawa puluhan ribu rakyat.

- Bernama

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Label Umno: Asyik-asyik bayar. Tiada perkataan lain ke?

Bayar, bayar, bayar! Itulah perkataan yang sering dilabel kepada UMNO oleh pembangkang. Mereka selalu mengeluarkan kata kata tersebut kepada sesiapa sahaja yang dianggap mereka Pro-Bn/ Pro-UMNO. Pelik atau tidak? Kenapa ia sering dikaitkan dengan UMNO? Sudah semestinya anda tahu.

Kroupsi, Politik wang, Duit Kopi dan istilah lain membawa maksud yang sama iaitu RASUAH iaitu penggelapan wang ataupun bayaran yang dikenakan untuk lari dari undang0-undang. Banyak label dikaitkan kepada UMNO/BN sekarang. Apabila menyebutkan kecenderungan kepada kerajaan, penyokong pembangkang sering menuduh "disuap" oleh kerajaan/UMNO supaya melakukan sesuatu perkara. Apa ini? Matangkah pemikiran pada seseorang manusia yang waras?

Cuba fikir sejenak. Jika bloggers Pro-Pembangkang membuat blog anti kerajaan, adakah mereka ditanya soalah sebegini: "berapa banyak duit yang diorang bagi kat kau suruh buat blog macamni?". Sudah semestinya tidak! Tetapi, jika Pro-kerajaan membuat blog ataupun sesuatu perkara yang lebih kepada kerajaan, pastinya Berapa banyakkah wang yang diberi oleh mereka untuk berbuat sebegini?. Yang pasti itulah perkataan yang seriing dikaitkan dengan kerajaan.

Teruk sangatkah kerajaan kita ini? Adakah anda kelaparan atau kebuluran dalam tempoh 50tahun pemerintahan kerajaan sekarang? Adakah anda tidak dapat sebarang pendidikan seperti jiran kita, Indonesia yang tidak memberikan pendidikan percuma kepada rakyat-rakyatnya? Hanya orang yang buta perut sahaja berperangai sedemikian.

Ingat wahai orang Melayu! Jangan lupa, pendidikan anda dari sekolah pada pemerintahan siapa? Dari manakah anda mendapat biasiswa anda? Jangan lupa diri dan jangan cepat bangga diri. Belajar tinggi-tinggi, dapat bantuan biasiswa dari kerajaan (BN), sudah grad, jadi pembangkang, yang membangkang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan! Halalkah ilmu, dan pengajian anda?

Posted in , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Kerajaan digesa buat usul bincang tindakan Karpal Singh pertikai Sultan Perak

KUALA LUMPUR 7 Mei – Seorang anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mencadangkan agar kerajaan mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi membincangkan tindakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempertikaikan Titah Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian persidangan Parlimen minggu lalu.

Razali Ibrahim (BN-Muar), yang menyambung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong berkata, tindakan Karpal mempersoalkan siapa yang menulis Titah Diraja itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(8) iaitu jika ingin membicarakan soal perlakuan Yang di-Pertuan Agong dan ini termasuk titah, Yang Berhormat Bukit Gelugor kena buat usul. Tetapi beliau tidak berbuat demikian dan ini sendiri telah melanggar peraturan.

“Pada masa yang sama saya juga sedar di bawah 26(1p), saya dah terlepas kerana peraturan itu mensyaratkan supaya usul dibuat semasa ia berlaku, iaitu minggu lepas.

“Oleh sebab itu saya cadangkan pihak kerajaan membuat satu usul berkenaan Yang Berhormat Bukit Gelugor, supaya dapat kita bahas dan buat keputusan. Kalau boleh bawa Yang Berhormat Bukit Gelugor ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya. - Bernama

sumber: Utusan

Ulasan: Kerajaan PATUT mengambil tindakan keatas Karpal Singh kerana dia merupakan Pembangkang no 1 dalam Malaysia yang biadap. Lim Kit Siang juga patut diambil tindakan keatasnya kerana mempertikaikan status Sultan diPerak. Sebagai profesional, Karpal Singh tidak wajar berkata sedemikian kerana dia berada di Malaysia, yang mendaulatkan Raja Melayu sebagai pemerintah tertinggi di Malaysia.

P/s: Kalau tak suka raja Melayu, baik keluar saja dari Malaysia. Balik negeri, jadi YB kat sana..

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hadiah Dari Barisan Alternatif!

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mufti Perlis: gila dan bapak setan?

Walaupun isu ini sudah lama, tetapi, bagi penulis, ini menunjukkan kebiadapan seorang ahli politik yang sanggup menggadaikan agama bagi kepentingan politik. Lihatlah, akibat pengaruh politik, beliau berkata sedemikian, mencerminkan karektor dan sifat diri mereka yang sangat jijik dan keji.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Promote: Kunjungi website Pembela Melayu..


Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Cakap orang, dia yang lebih: Abd Hadi Awang..

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Siapa Karpal Singh yang Sebenarnya - Bahagian 1

Arikel asal diambil dari http://umnolawanpas.wordpress.com

Siapa Karpal Singh yang Sebenarnya - Bahagian 1

Apabila Tun Dr Mahathir menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya, saya fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan.

Karpal Singh adalah kafir harbi yang memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana.

Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.
Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP kafir harbi amnya dan Karpal Singh khusunya demi kepentingan politik mereka.

Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas. Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya, ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya ialah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikan semula nilai penghakiman tersebut.

Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP kafir harbi akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.
Pada masa itu, PAS akan terperangkap dengan isu dan fakta ini serta terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh (dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvention mereka di Kuala Lumpur. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tapi benar, 2 orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada undang, di sebalik batu’? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks.

Pada pandangan saya, Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.

Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.
Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.

Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.
Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!! Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri.

Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia. Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.
Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.

Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.

Anwar yang sememangnya gilakan popularity pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada kafir harbi. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan.

bersambung bahagian 2

Posted in , , , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Wan Azizah berangan jadi Perdana Menteri?

Harakahdaily bertarikh 29 April 2008 telah menyiarkan satu artikel bertajuk "Jika Indonesia ada Megawati (pemimpin wanita), kenapa tidak di Malaysia?".

Penulis tidak yakin sedikit pun akan kepimpinan Datin Seri Wan Azizah yang kini menyandang jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Artikel itu apa lagi tidak lain tidak bukan adalah kenyataan dari Ketua Pembangkang Parlimen yang baru, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang ditanya oleh wartawan tentang peluangnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Antara petikan jawapannya adalah seperti berikut :-

"Peluang sebagai PM (akan muncul) ketika kami mempunyai banyak kerusi Parlimen, insya-Allah. Sebelum Anwar dapat memegang teraju itu kerana dia belum lagi menjadi ahli Parlimen serta belum berlaku pilihan raya umum, jadi kalau itu berlaku, saya akan menjadi Perdana Menteri, insya-Allah. Kalau Indonesia boleh ada Presiden Megawati kenapa tidak Malaysia?" ujar beliau penuh yakin dalam lembut tutur katanya.

Kesian betul melihat dia yang begitu teruja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim.

Persoalan pertama, adakah dia mempunyai ciri-ciri pemimpin dan bolehkan dia memimpin Malaysia?

Sedangkan dalam pakatan pembangkang pun tidak kelihatan yang dia memimpin ketiga-tiga parti itu iaitu; PKR, DAP dan Pas.

Memang apa-apa pun boleh dikatakan kerana mulut ini bebas mengatakan apa sahaja tetapi adakah beliau dapat memberikan arahan kepada ketiga-tiga parti tersebut dan pemimpin-pemimpin di dalam ketiga-tiga parti itu mengikut arahan yang diberikan olehnya?

Jika itu pun tidak dapat dilakukan, tak payahlah bercakap besar seakan-akan dia akan menerajui Malaysia esok.



Sumber: IsuHot


Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Malaysia for Malaysian: Hasrat Anwar Ibrahim

Ya, memang itulah hasrat Anwar Ibrahim untuk memegang tampuk pemerintahan di Malaysia. Apa yang ingin diperjuangkan oleh beliau adalah kedaulatan kekuasaan rakyat. Rakyat Malaysia, yakni orang Melayu masih tidak cerdik dalam pemikiran politiknya. Cuba kita renung sejarah lampau yang berlaku pada zaman dahulu. Apa yang ingin diwujudkan oleh British? Cuba kita Renungkan....

Semasa penjajahan British, Mereka mahu Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Ini direka oleh British dengan membawa masuk orang Cina dari tanah besar yang ditujukan untuk berkerja di lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu dan orang India dibawa untuk berkerja di estet-estet getah.

Setelah Tunku Abdul Rahman mendesak kemerdekaan, mereka memberi peluang kemerdekaan kepada kita dengan mendesak penubuhan Malayan Union. Setelah itu, orang Melayu dengan pantas dan berkembang menubuhkan UMNO (United Malay National Organization) yang ditubuhkan khas untuk menentang Malayan Union.

Ternyata, manusia sekarang buta hati, akal dan otak demi mengejar cita-cita peribadi. Anwar Ibrahim ingin menjadi orang yang berkuasa diMalaysia dengan berhasrat menubuhkan Pakatan Rakyat, yang konon-kononnya membela nasib rakyat. Fitnah ditabur, dicanang tiap-tiap hari.
Inikah Pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan?? Inikah icon untuk negara kita? Layakkah dia?

Penulis menyokong kata-kata Tun Dr. Mahathir, Anwar tidak boleh jadi PM!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PERAK: Dilemma Rakyat kepada ketaatan Kerajaan Negeri atau Instittusi Di-Raja

Merujuk kepada Utusan Malaysia yang bertarikh 5 Mei 2008, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan yang membidas campur tangan raja didalam pemerintahan negeri Perak. Ini menyebabkan banyak tentangan orang Melayu yang cerdik pandai, yang mahu Insitusi Di-Raja diangkat di negeri-negeri di Malaysia.

Karpal Singh yang berkerusi roda itu menunjukkan keegoannya dalam memerintah negeri tersebut, walaupun MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengarahkan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Inikan sifat PROFESIONAL Karpal Singh yang ingin ditunjukkan kepada rakyat? Kita rujuk kembali apa yang beliau katakan pada sidang Dewan Rakyat ke -13 yang diadakan tempoh hari.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.