Archive for Jun 2008

Mari buka semula buku sejarah..

Baik kita semua tengok balik sejarah yang lalu..

Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang

Perkara 14. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orng yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu :

a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian i Jadual Kedua ; dan

b) tiap-tiap org yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakkan yang dinyatakan dalam Bahagaian II Jadual kedua

Saja kita nak kongsi sikit...

3 kaum utama di dalam negara Malaysia ini semua Pendatang tapi kenapa org Melayu hanya dapat taraf Hak Bumiputera kaum lain tak dapat...???

Mai kita tgk sejarah Org Cina

Diaorg datang mcm2 cara sbg contoh dari sistem Kanchu dan dipaksa oleh Pihak Britian atas sebab seperti di bawah :

•FAKTOR POLITIK
- Pemerintahan di Tanah Melayu Stabil
•FAKTOR SOSIAL & EKONOMI
- Tekanan Kerajaan Manchu
- Kerajaan Manchu bermasalah
- Penduduk padat makanan kurang
•FAKTOR BENCANA ALAM
- kemarau dan banjir

jenis org Cina yg datang kes ini seperti di bawah :

i. ORG HOKKEIN ( PENANG/MELAKA/S’PORE )
PENIAGA DAN PELABUHAN
ii. ORANG KANTONIS DAN HAKKA
KERJA DI LOMBONG BIJIH
iii. ORANG TEOCHOW (JOHOR/SEBERANG PERAI/PERAK)
PEDAGANG DAN PERTANIAN
iv. ORANG HAILAM - ORG GAJI PENJAJAH BARAT, BURUH
DI LDG GETAH DAN BUKA KEDAI MINUMAN

pada tahun 1957 Org Cina di Tanah Melayu sebanyak 2, 796,200 org = 45.1 %

Kita tengok sejarah org India pula :

FAKTOR POLITIK
- Pemerintahan di Tanah Melayu Stabil
- dorongan british kerja sbg buruh JKR dan
KTM/kerani/guru/doktor
FAKTOR SOSIAL & EKONOMI
- Tekanan SISTEM KASTA
- Cukai tanah tinggi
- Penduduk padat makanan kurang
FAKTOR BENCANA ALAM
- kemarau dan banjir
- 30 peristiwa kebuluran dlm abad ke-19

Jenis2 org India yg datang ke sini :


i. ORG TAMIL - 82% ORG 1931 – KERJA DI ESTET DAN
PEJABAT KERAJAAN
ii. ORANG MALAYANI – 6% ORG 1931 – KERJA ESTET DAN
JABATAN KERAJAAN SBG KERANI /PROFESIONAL
iii. ORANG TELUGU – 5% ORG 1931 - ESTET
iv. ORG CEYLON – ESTET/ KERJA BURUH
v. ORANG INDIA UTARA (BENGGALI/PUNJABI(SIKH)/
SINDHI/GUJERATI/PARSIS/MARWARIS – BYK TERLIBAT
PERNIAGAAN DAN SIKH KERJA PEGAWAI
KESELAMATAN DAN PASUKAN POLIS.

pada tahun 1957 org India mempunyai seramai 620,000 org = 10 %
di Tanah Melayu.

Soalannya ialah... Kenapa orang Melayu yang asalnya Pendatang Juga hanya diiktiraf sebagai Bumiputera dan tidak kepada orang Cina dan India ???

Jawapannya ....
Orang Cina dan India diiktiraf imigran kerana mereka pendatang dari alam budaya yang berbeza (mereka menyeberang dan melepasi sempadan dan meninggalkan alam budaya mereka). Orang Cina meninggalkan benua Cina dan India meninggalkan benua india dengan berhijrah dan tinggal di alam budaya Melayu.

Orang Melayu bukan imigran kerana mereka hanya berhijrah dan berpindah di dalam alam budaya yang sama : "Nusantara" (Malay Archipelagos) iaitu di dalam Budaya Hak Asasi mereka (orang Melayu)

Oleh Yang sedemikian, tidak patutlah sesetenggah golongan ekstremis kaum menuntut yg bukan2 dr kerajaan kerana mereka perlu tahu dan insaf asal-usul mereka jika nak dibandingkan dgn penduduk yang sebangsa dgn mereka di negara asal. mungkin mereka lebih merempat dan lebih hina lagi sekiranya nenek moyang mereka tidak datang disini..

tapi kalau tidak puas hati juga hanya ada dua pilihan :

A. Balik ke negara asal
B. Mendesak atau menuntut mengikut saluran yang betul.

Renung-renungkanlah...

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Adik Anwar nafi masuk KDEB

KUALA LUMPUR 27 Jun - Adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rosli, hari ini menafikan beliau pernah dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ia dilakukan bertujuan menjatuhkan maruah dan mengaibkan abangnya yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau berkata, bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor seharusnya mengemukakan bukti mengenai perkara itu terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelak akan memakan dirinya sendiri.

''Dia (Mohamad Ezam) jangan lupa bahawa abang saya pernah menjadi majikannya. Justeru, sebelum membuat sebarang tuduhan yang menganiaya orang lain, dia patut fikir dahulu,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan kemungkinan Anwar mengamalkan nepotisme dengan melantik ahli keluarga sebagai penasihat dalam KDEB.

Rosli menegaskan, beliau tidak pernah dilantik secara rasmi sebagai penasihat dalam syarikat tersebut.

Justeru, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana perkara itu kini boleh menjadi isu.

Bagaimanapun, Rosli mengakui, beliau mengenali Presiden KDEB, Datuk Abdul Karim Munisar sejak lebih 20 tahun lalu.

Katanya, sebagai rakan perniagaan, beliau ada memberi nasihat kepada Abdul Karim ketika Presiden KDEB itu berhadapan dengan masalah.

''Saya tidak terlibat atau mempunyai kaitan langsung dengan KDEB dan saya mempunyai syarikat sendiri.

''Sebagai adik kepada seorang yang berpengaruh, tohmahan seperti ini memang tidak dapat dielakkan,'' ujarnya.

Beliau kesal dengan tindakan Mohamad Ezam itu yang sebelum ini pernah menganggap Anwar sekeluarga seperti keluarganya sendiri.

Menurut Rosli, anggapan itu kini telah berubah apabila Mohamad Ezam sanggup menikam 'ahli keluarganya' dari belakang.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar amal nepotisme?

KUALA LUMPUR 26 Jun – Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) digesa memberi penjelasan tentang dakwaan terdapat ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu.

Bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau amat terkejut apabila diberitahu tentang perkara itu dan jika benar bermakna tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah melanggar prinsip reformasi.

“Selama ini, Anwar sering katakan bahawa tidak patut wujudnya nepotisme dalam politik, namun kini, dia sendiri yang mengamalkannya dengan melantik ahli keluarga menjawat jawatan tersebut.

“Pihak pengurusan KDEB harus tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara ini dan mengesahkan kebenaran dakwaan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaannya sebelum ini mengenai ahli keluarga Anwar yang dilantik sebagai penasihat KDEB, baru-baru ini.

Menurut Mohamad Ezam, beliau mendapatkan maklumat tentang dakwaan itu daripada sumber, tetapi tidak dapat mengesahkan kebenarannya.

Sehubungan itu, Mohamad Ezam menggesa KDEB agar mengeluarkan kenyataan umum untuk menjelaskan dakwaan itu.

“Kini, hanya KDEB dan juga pengerusinya yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mengesahkannya. Saya berharap, pihak berkenaan dapat mengesahkannya dengan secepat mungkin,” katanya.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Janji makmur manifesto BN rupanya bawa celaka.Harakah bohong lagi

Pengundi terutama yang memangkah Barisan Nasional (BN) akhirnya tertipu dengan janji makmur sebagaimana yang ditawarkan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Pas hanya saja membuat isu ini kerana ingin menyorokkan kelemahan dirinya dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan ingin mengalihkan pandangan rakyat pada keretakan dalaman yang berlaku didalam kerajaan campuran Pakatan Rakyat bak retak menanti belah.

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu, bertentangan dengan janji BN ketika pilihan raya umum lalu untuk memberi kemakmuran kepada rakyat.

Selama 50tahun pemerintahan BN di Malaysia, rakyat telah mendapat kemakmuran,keharmonian serta perpaduan hidup dikalangan berbilang kaum. Ekoran kenaikan harga minyak global, Malaysia tidak terkecuali menaikkan harga minyak kerana kerajaan tidak mampu menampung jumlah subsidi minyak yang terlalu besar nilainya.

Sebelum ini Umno menuduh kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu, terutama di Selangor. Kemampuan kerajaan PKR Selangor sering dipertikai.

Ya, memang kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat dipertikai dalam proses mentadbir kerajaannya iaitu Perak dan Selangor yang sering membawa isu yang menaikkan kemarahan rakyat lantas mengurangkan kayakinan rakyat terhadap kepimpinan PR.

Umno mengambil peluang menyerang negeri itu melalui media massa kononnya PKR gagal tunai janji manifesto walaupun berkali diterangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaannya memerintah hanya beberapa bulan.

Kerajaan PR Selangor memang cakap tak serupa bikin, manifesto yang ditawarkan kepada penduduk Selangor punya hebat macam nak rak, tapi bukan kesemuanya ditunaikan. Pada awal bulan Jun, isu pemberian air percuma mengelirukan rakyat bererti sama sekali menipu rakyat Selangor. PR janji memberi air percuma lewat pada tarikh yang dijanjikan. YB Khalid sekarang sedang pening kepala, desakan melepaskan jawatan MB S'gor.

Bagaimanapun katanya kerajaannya telah berjaya menunaikan banyak perkara sementara selebihnya akan dilakukan secara berperingkat.

Yeke, tengok langkah yang dilakukan oleh PR sangat lembap, sekarang sudah bulan 6, wang saguhati RM1000 kepada anak S'gor yang menyambung pelajaran ke ipta masih gagal lagi ditunaikan, kita tunggu dan lihat. PR gagal membuat keputusan seperti kerajaan negeri BN yang memotong elaun keraian dan menteri sebanyak 10%.

Persoalannya, siapa pada hakikat sebenarnya telah memungkiri janji secara terang dan nyata? Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, mereka sedang berusaha menunaikan janji manifesto walaupun mungkin sebahagiannya mengambil masa kerana melibatkan undang-undang, kewangan dan pentadbiran serta kajian semula tentang data sosial ekonomi rakyat.

Secara terang dan nyata Pakatan Rakyat lah yang memungkiri janji secara terang dan nyata. BN sentiasa menunaikan janji-janji mereka hari-ke hari. Tengok langkah yang dibuat oleh Dato' Seri Najib yang ingin membanteras PATI secara besar-besaran di Sabah, itu langkah terkini BN, dan apa yang PR lakukan?

Tetapi Umno secara nyata dan terangan telah melanggar janji dan memungkiri apa yang telah ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum 8 Mac iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'.

Pas sudah tentu melanggar janji manis mereka dalam PRU12 iaitu 'Negara Berkebajikan'. Padahal tak terjaga pon rakyat PR.

BN begitu manis serta lunak mengajak rakyat supaya terus menyokong mereka dengan kempen 'Selamat, Aman dan Makmur' sehingga rakyat termakan hasutan dan bersedia memberi peluang BN memerintah negara lagi walapun ketika itu pembangkang turut menawarkan janji manifesto yang terbaik.

BN lawan Pas, tapi sekarang BN yang banyak laksanakan manifesto mereka, bukannya pas, habuk pun takdak. Yang dok nampak pembangunan di Kelantan saja, Pas di Perak haya jadi boneka DAP, jadi pak turut.

Rupanya kemanisan BN seperti gula bukannya madu dan akhirnya membawa penyakit kencing manis. Siapa yang termakan dakyah manis kempen BN akhirnya terasa sakit hati kerana minyak naik sedangkan sebelum itu dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa minyak tidak naik.

Najib hanya ramal sahaja minyak tidak naik, lagipun bukanlah kerja beliau menaikkan dan menurunkan harga minyak, yang buat kerja pak lah, bukan dia. Yang janji minyak tak naik adalah Anwar Ibrahim. Dia yakin sangat minyak akan naik kalau PR dapat tadbir Malaysia melalui kerajaan pusat. Sekarang dah dapat 5 negeri turunkanlah minyak di negeri2 PR.

Bagi yang sudah tahu rupa paras dan tipu helah BN sudah lama 'sakit hati' tetapi mereka yang baru 'sakit hati' makin bertambah lebih 'sakit' kerana boleh dimaki hamun orang yang bertanggung jawab menaikkan harga minyak.

Selama ni Pas la yang sakit hati iri hati tengok perkembangan serta pendekatan yang dilakukan oleh BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Perangai maki hamun dan mengherdik kebanyakan daripada penyokong pembangkan yang tidak mempunyai sopan santun dan budi bahasa. dah minyak dunia naik, marahlah bush. Kan anwar sekutu US, suruh anwar pegi marah US minyak mahal sangat, mesti besok atau lusa minyak jadi murah.

Makmur sebagaimana dijanjikan BN sudah terasa tidak makmur lagi. Dalam kerajaan BN yang dikatakan makmur tetapi makmur untuk kroni atau kekayaan berpusing dan beredar di kalangan tertentu sahaja.

Sebagaimana maksud Firman Allah dalam Suratul Haj: "Apa-apa hasil negara yang dihasilkan dalam sesebuah negeri, maka hasil itu bagi Allah dan Rasul yakni bagi kepentingan umum. Bagi mereka yang memerlukan pertolongan di kalangan keluarga orang-orang miskin, anak yatim dan orang musafir yang memerlukan bantuan supaya harta negara tidak berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja."

Apa erti makmur? Mengikut Kamus Dewan makmur membawa maksud mempunyai hasil yang banyak sama ada daerah, negeri atau negara dan lain-lain. Ia juga bermakna mempunyai banyak penduduk yang cukup kehidupannya. Makmur juga bererti hidup mewah, serba cukup dan tidak berkurangan apa pun.

Bagaimanapun semua itu belum mampu dikecapi oleh sebahagian rakyat dalam pemerintahan Umno sebaliknya ditambah lagi oleh kenaikan harga petrol sehingga 40.6 peratus dan diesel sebanyak 63.3 peratus menyebabkan ramai rakyat makin miskin.

Rakyat makin miskin ke? dah lama hidup, sejak 50tahun merdeka semua perbelanjaan kita disubsidi oleh kerajaan. kini tibalah masa untuk kita berusha merubah cara hidup yang selama ini terlalu mewah, terlalu senang dan tiba masa ujian dari Allah untuk menguji kita, setiap yang susah, mesti ada senangnya kelak.

Kajian Presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria mendakwa kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

Purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686 mengikut yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, bermakna garis kemiskinan ialah separuh daripadanya iaitu RM1,843.

Kadar kemiskinan 5.7 peratus adalah mengikut dasar pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765).

Menurut Denison yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) mengikut kiraan 2005 hanya digunakan oleh negara miskin dan tidak layak diamalkan oleh Malaysia kerana ia perlu mengambil kira taraf hidup isi rumah bukan semata-mata keperluan asas sahaja.

Sementara itu, di Dewan Rakyat, Isnin lalu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng daripada DAP mencadangkan kepada kerajaan memberikan RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah sebulan.

Beliau membuat cadangan tersebut tentu sekali mengikut autoritinya berkelulusan akauntan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bukan Guan Eng sorang saja yang berkelulusan akauntan, ramai lagi akauntan akauntan diluar sana. Jangan nak bela si DAP kafir harbi ni.

Bagaimanapun cadangan tersebut perlu menambah pembaikan kerana keluarga miskin akan tetap miskin jika imbuhan RM500 sebulan dicampurkan dengan pendapatan isi rumah masih tidak mampu mengatasi garis kemiskinan.

Kerajaan boleh memberi elaun kepada keluarga miskin yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan RM1,843. Kadar elaun hendaklah mengikut kekurangan yang perlu ditampung bagi membolehkan pendapatan keluarga melepasi garis kemiskinan.

Cadangan ini lebih baik daripada memberi RM6,000 setahun kepada mereka berpendapatan bawah RM6,000 sebulan kerana ia boleh mengatasi masalah kemiskinan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mencadangkan supaya diberi elaun mengikut bilangan anak kepada rakyat yang layak atau miskin.

Alah, besa la, semua pembangunan dibuat di kelantan sebab banyak orang miskin kat kelantan, dah 18tahun dok bawah pemerintahan Pas yang tak membawa pembangunan. Orang suruh ubah kerajaan negeri tak mahu, nak duduk bwah pemerintahan Pas lagi. Apa yang Pas beri pada penduduk Kelantan? yang ada hanya membesarkan perut Ulama' pas dan memperbesarkan Pejabat2 Pas.

Mengikut kebiasaannya semakin ramai bilangan anak maka makin bertambah perbelanjaan keluarga. Keadaan ini sudah tentu meningkatkan bebanan kepada keluarga miskin. Jadi langkah sebaiknya meningkat keharmonian keluarga memberi elaun mengikut kepala jumlah anak. - mns_

Komen: Aritkel ini ternyata berat sebelah dan terlampau mengutuk kerajaan. Semua perkataan yang disampaikan didalam artikel ini berbau fitnah dan diputarbelitkan. Inilah kualiti Harakah dalam menyampaikan Fitnah2 ulama mereka.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Perbandingan sebenar

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar langgar semangat demokrasi berparlimen

KUALA LUMPUR 22 Jun - Percubaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan 'rampasan politik' dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, perbuatan tersebut tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu.

Menurut beliau, BN layak memerintah negara ini setelah mendapat mandat daripada para pengundi walaupun gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

"Percubaan Anwar merampas kuasa BN jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen.

"Tindakan Anwar adalah satu bentuk pengkhianatan dan boleh memecahbelahkan masyarakat,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Rakyat Berhad di Menara PGRM di sini hari ini.

Beliau melihat tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai 'kejayaan' perancangan Anwar mempengaruhi Presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee.

Sebaliknya BN, kata Tsu Koon, tidak pula cuba bertindak menjatuhkan kerajaan negeri yang dimenangi oleh pembangkang di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Kata beliau, BN ingin melihat kerajaan pembangkang memerintah keempat-empat negeri itu selain menunaikan janji mereka kepada pengundi.

"Di Pulau Pinang, DAP menang dan kami menyerahkan kuasa kerana menghormati keputusan rakyat tetapi Gerakan tidak menjalankan usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan DAP,'' ujarnya lagi.

Tsu Koon sedih jika perbuatan ahli Parlimen atau ADUN melompat parti atas pengaruh sogokan wang dibiarkan.

Menurutnya, tindakan Anwar itu sama seperti yang dilakukannya di Sabah pada 1990-an yang menyaksikan ramai wakil rakyat negeri itu menyertai UMNO sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Bersatu Sabah.

Sehubungan itu kata beliau, jika benar ada Ahli Parlimen daripada BN yang sanggup 'dibeli' dan melompat parti, mereka harus memikirkan implikasi tindakan itu kerana rakyat akan melihatnya sebagai tidak bermoral.

Komen: Memang Anwar saja nak mengacau sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia ni. PRU12 dah lepas. lepas la.. Rakyat dah bagi mandat pada Pak Lah dan BN untuk kekal memerintah untuk tempoh 5 tahun ni. Yang penting sekarang BN kena mula buat kerja, jangan dok layan sangat si gila kuasa ni, kalau layan, memang tak jadi kerja. Agenda ni, agenda tu, semua dia yang bagos, semua dia yang baik,bersih,tak kroni. Mana-mana ahli atau parti komponen BN yang khianat, jangan terima balik masuk dalam BN.

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Harakah: Nik Aziz pelawa SAPP sertai Pakatan Rakyat

KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Pakatan Rakyat, sekiranya parti itu kecewa dalam pakatan Barisan Nasional (BN) yang telah disertainya sekian lama.

Tuan Guru berkata, Pakatan bersedia memberi laluan kepada parti itu untuk membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara sekiranya SAPP berminat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan tapak projek Bandar Stelit Pasir Tumbuh, Khamis lalu apabila parti itu memperlihatkan rasa kecewa terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden BN.

Yang ada masalah sekarang antara SAPP dengan BN, kenapa Pakatan Rakyat nak sibuk-sibuk?

Menurutnya, tindakan SAPP itu jelas menunjukkan sikap orang yang kecewa, untuk itu beliau diseru menyertai Pakatan Rakyat.

Ya, memang barisan pemimpin Pakatan Rakyat terdiri daripada orang yang gila kuasa, pentingkan peribadi daripada mengutamakan rakyat. Ternyata keputusan presiden SAPP itu hanya untuk dirinya sendiri ekoran kemahuannya tidak ditunaikan oleh Pak lah dan bertindak mengeluarkan usul tidak percaya pada kepimpinan PM setelah menerima tawaran dari Anwar.

"Memang kami belum mengenali secara keseluruhannya parti itu, namun ia boleh berbincang dan dengan cara ini sudah mula ada titik pertemuan antara Pakatan Rakyat dan SAPP yang jelas begitu kecewa dalam pakatannya dengan BN selama ini.

"SAPP sebenarnya sudah melalui jalan pembangkang, ini memberi gambaran yang baik untuk menjalinkan pakatan yang baru," ujarnya.

Memang SAPP tak kenang budi, dulu jadi pembangkang, lepastu mohon balik nak jadi parti komponen BN. Apa yang SAPP buat ni memang pengkhianatan kepada BN. Bagusla Anwar mengetuai Pakatan Rakyat, dia pun pengkhianat besar juga masa dalam UMNO.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas adakah usaha untuk mengajak parti itu menyertai Pakatan selepas parti itu mengumumkan rasa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah.

Ketika ditanya adakah PAS bersedia menyokong usul tersebut sekiranya dibentangkan di Parlimen, beliau memberitahu perkara itu akan berlaku.

Sambungnya, ini kerana usaha untuk menyingkir Perdana Menteri itu bukan atas peribadi, sebaliknya atas dasar serta ketidakupayaannya mentadbir negara.

Jumaat lalu, Presiden parti itu, Yong Teck Lee, mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN.

Ketika mengumumkan perkara itu, Yong dan dua Anggota Parlimennya, Dato' Eric Majimbun (Sepanggar) dan Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya di Dewan Rakyat yang bakal bersidang Isnin ini.

"SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, peruntukan undi tidak percaya ada dalam Perlembagaan, dan menjadi sebahagian proses demokrasi di negara ini," ujarnya dalam sidang media itu.

Tuan Guru sebelum itu merasmikan tapak projek Bandar Stalet Pasir Tumbuh yang bernilai RM100juta di atas stanah seluas 20 ekar. - mns_

HARAKAH

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PKR dakwa 10 MP Sarawak dibawa ke luar negeri untuk elak lompat parti

كوتا كينبالو 21 جون — كتيك ترچتوس دراما ڤوليتيك د سابه برايكوتن ڤڠعمومن ڤرتي ماجو سابه ﴿SAPP﴾ بهاوا مريك اكن منروسكن لڠكه مڠوسولكن اوندي تيدق ڤرچاي ترهادڤ ڤردان منتري، ڤرتي كعاديلن رعيت ﴿PKR﴾ ممڤرهيبت كيمڤين ممڤامير كقواتن.

اي مندعوا 10 اهلي ڤرليمين ﴿MP﴾ سراوق تله دباوا ك سبرڠ لاوت دالم اوسها مڽكت مريك درڤد منيڠڬلكن باريسن ناسيونل ﴿BN﴾ اونتوق مڽرتاي PKR.

تيمبالن ڤريسيدن PKR، دوكتور سيد حسين علي مندعوا مريك تله دباوا ك بيجيڠ.

تيدق سموا 10 اورڠ ايت اكن مڽرتاي PKR، كاتڽ كڤد ڤمبريتا سلڤس مراسميكن ڤرايأن كاامتن PKR د سيني هاري اين. ناءيب ڤريسيدن PKR، داتوق DR جيففريي كيتيڠن بيلا دتاڽ سام اد ببراڤ مڤ د سابه جوڬ ممڤرتيمبڠ اونتوق مڽرتاي مريك، بركات: “يا، سوده تنتو، اداله ببراڤ اورڠ دري سابه“. - برنام

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pewaris Melayu@ Friendster ditentang hebat!

Profile Friendster Pewaris Melayu, kini ditentang hebat oleh para mahasiswa dan mahasiswi yang pro pembangkang.

Penulis baru sahaja memasuki medan tempur tersebut ekoran pelawaan dari rakan bloggers, yang mahu generasi muda, iaitu para pemuda dibasuh fikiran mereka yang kini banyak diracun oleh pembangkang.

Isu yang didebatkan di PewarisMelayu@friendster ialah tentang ketuanan Melayu, Islam,ketokohan Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi.

Di harap generasi muda dapat menimbang dan memikirkan mana satu yang benar dan mana satu pihak yang salah.

2 Comments
Jom komen di Facebook!

PAKATAN RAKYAT vs UMNO; Sapa yang kroni sebenarnya?

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Isu Harga Minyak : Kedangkalan Pemimpin Pembangkang Terserlah

Kuala Lumpur — Nampaknya pemimpin-pemimpin parti pembangkang betul-betul mahu menjadi jaguh di mata rakyat dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Mereka bukan sahaja lantang mengecam tindakan serta langkah-langkah yang dilakukan kerajaan bagi menangani kenaikan global harga minyak ini malah cuba menunjukkan kejantanan mereka memimpin demonstrasi jalanan yang sememangnya sudah cukup sebati dengan jiwa mereka.

Pelbagai bentuk demostrasi telah diatur juga sudah banyak program ceramah telah dirancang di merata-rata tempat semata-mata mahu mencuri peluang menyerang kerajaan dalam isu minyak seterusnya meraih populariti.

Pemimpin-pemimpin pembangkang ini cukup hebat berhujah terutama di hadapan para penyokong mereka. Bermacam-macam teori dikeluarkan dan berbagai-bagai dalil diucapkan.

Malang kehebatan mereka ini gagal diterjemahkan di gelanggang yang sepatutnya. Mereka bagai hilang suara, menjadi kurang cerdik dan teragak-agak, malu-malu kucing bila bertemu dengan ruas.

Inilah yang boleh dilihat dan dinilai rakyat apabila melihat gelagat ayam sabung mereka iaitu YB Salahuddin Ayub ketika dberi peluang berhujah di hadapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP), Datuk Shahrir Samad dalam satu program yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 baru-baru ini.

Salahuddin bukan sahaja gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan idea yang bernas malah dilihat seringkali tersasar fakta. Ketua Pemuda Pas itu juga seperti bangkrap idea dan tergagap-gagap untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan moderator rancangan terbabit.

Kegagalan Salahuddin ini bukan sahaja mengecewakan rakyat yang menonton rancangan ini malah di kalangan penyokong beliau sendiri turut berasa malu.

Hakikatnya Salahuddin jelas kurang membuat persediaan dan gagal melihat fakta sebenar terutama dalam mengatakan betapa harga minyak di Malaysia mahal berbanding negara-negara pengeluar minyak yang lain.

Mereka sering membuat perbandingan harga seliter minyak seperti berikut Indonesia=RM1.61, Iran-RM0.29, Venezuela RM0.16, Turkemenistan RM0.39, Arab Saudi RM0.19 dan Mesir RM0.81.

Untuk Salahuddin, pemimpin-pemimpin pembangkang lain serta para penyokong mereka jika mereka mahu membuat perbandingan tersebut adalah lebih baik mereka meneliti fakta di bawah ini dan buatlah penilaian yang sewajarnya.

UAE

Jumlah Penduduk = 4,380,000 Minyak dalam simpanan = 97 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 107 tahun

Kuwait

Jumlah Penduduk = 2,851,000 Minyak dalam simpanan = 99 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 108 tahun

Saudi Arabia

Jumlah Penduduk = 24,735,000 Minyak dalam simpanan = 260 bilion tong Jumlah pengeluaran = 8.8 juta tong sehari Umur simpanan = 81 tahun

Iran

Jumlah Penduduk = 71,208,000 Minyak dalam simpanan = 136 bilion tong Jumlah pengeluaran = 3.9 juta tong sehari Umur simpanan = 74 tahun

Nigeria

Jumlah Penduduk = 148,093,000 Minyak dalam simpanan = 36.2 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.3 juta tong sehari Umur simpanan = 43 tahun

Venezuela

Jumlah Penduduk = 27,877,000 Minyak dalam simpanan = 80 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.4 juta tong sehari Umur simpanan = 91 tahun

Malaysia

Jumlah Penduduk = 27,452,091 Minyak dalam simpanan = 4.8 bilion tong Jumlah pengeluaran = 550,000 tong sehari Umur simpanan = 33 tahun


Sumber: KPMU.NET

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Apa konsep Islam Hadhari yang sebenarnya?

Konsep sebenarnya Islam Hadhari:

  1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
  2. Kerajaan Adil dan Beramanah.
  3. Rakyat Berjiwa Merdeka.
  4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
  5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
  6. Kehidupan Berkualiti.
  7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
  8. Keutuhan Budaya dan Moral.
  9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.
  10. Kekuatan Pertahanan.
Anda boleh rujuk di laman web JAKIM

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

DAP tunjuk kebiadabannya lagi!

Kali ini Dap cuba untuk menunjukkan belangnya di pembukaan DUN Johor hari ini.

Wakil Dap Dewan Undangan Negeri Bentayan (DAP), Gwee Tong Hiang diarah meniggalkan dewan oleh Speaker DUN, Datuk Mohamad Ali Hassan pada pukul 9.45 pagi sebelum majlis perasmian dirasmikan oleh Sultan Johor.

Berita lanjut boleh didapati disini.

ULASAN: Kalau anda (Dap) tak mahu mengikut prosedur yang ditetapkan, sila kosongkan kerusi dun anda, kerana anda memang tidak layak untuk membela rakyat, kalau tak mahu ikut adat resam negeri-negeri Melayu, seperti yang telah diamalkan sejak 50tahun yang lalu, sila keluar dari Malaysia.

Itu saja ayat yang paling layak untuk si Dap ini. Sebelum ini, tidak ada seorang ahli dun yang berani melanggar prosedur pemakaian untuk persidangan DUN.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Islam hadhari di Selangor

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ketuanan Rakyat Anwar Ibrahim

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Harakah: Minyak naik, PM 'korek kubur sendiri'

PULAU PINANG, 5 Jun (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah 'mengorek kubur sendiri' berikutan pengumumanya berhubung kenaikan minyak petrol 78 sen seliter iaitu kenaikan mendadak 41 peratus yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara kata Exco Angkatan Muda KeAdiLan Malaysia, Zulkipli Ibrahim.

Beliau menegaskan, padah bagi rakyat negara ini yang masih memilih Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita dah kata jangan pilih BN tapi ramai terutamanya orang Melayu masih tidak percaya. Kenaikan itu adalah hadiah paling istimewa yang BN anugerahkan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Harakahdaily semalam.

Beliau yakin inilah kenaikan terakhir pengumuman oleh Perdana Menteri ke lima negara kerana selepas ini beliau hanya duduk di kerusi pembangkang.

Pemerintahan yang lemah menjadi sebab utama kenapa rata-rata rakyat menolak kepimpinan 'tiga beranak' itu.

Kenaikan harga minyak yang terlampau tinggi sudah tentunya memberi impak kepada kos saraan hidup rakyat tambahan lagi rakyat yang berpendapatan rendah, katanya.

"Di mana perginya pertimbangan Perdana Menteri untuk membantu rakyat yang sedia menderita. Apakah itu manisfesto BN," tanyanya.

Kenaikan 30 sen dulu pun sambung Zulkipli, rakyat masih belum mampu menyara kehidupan berbanding pula dengan kenaikan sekali lagi pada awal penggal pemerintahan BN.

Tegas beliau, kenaikan itu sekali gus menafikan kepentingan nelayan, petani, tukang kebun, pekerja kilang atau pemandu teksi ekoran mereka antara golongan yang paling tertindas setelah tindakan kerajaan semalam.

"Cukuplah BN menipu rakyat bila menang pilihan raya umum lalu. Mereka begitu berani mengumumkan satu keputusan yang nyata menimbulkan kemarahan rakyat walaupun kemenangan mereka bergantung harap pada BN di Sabah dan Sarawak sahaja," jelasnya yang yakin Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya memegang tampuk pemerintah dalam masa terdekat. - mns_

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tajuk gambar: Doa Nik Aziz. berlakon ke sungguh doa tu??



Tiba tiba penulis terjumpa poster pilihanraya pas yang lepas, kini tinggal kenangan saja la. Pas tidak lagi menegakkan agama Islam seperti dalam gambar, semua ini tinggal kenangan berikutan Pas memasuki kelompok pakatan yang kononnya membela rakyat.

Bagi penulis, pas kini tidak lagi releven dengan islam. So, cadangan saya, buang saja perkataan "ISLAM" dihujung nama parti kerana golongan-golongan ini tak memartabatkan Islam, tetapi sebaliknya memusnahkan Islam.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

"ada parti komponen yang akan keluar bn" kata Ku Li

MENTAKAB 14 Jun - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti itu sebelum hujung bulan ini.

Bekas Menteri Kewangan itu bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar daripada BN itu.

"Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini," dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-Cawangan UMNO Pahang di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Sementara itu, beliau secara terbuka menamakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gandingan paling sesuai baginya untuk bertanding pada pemilihan UMNO Disember ini.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding kerusi Presiden UMNO pada pemilihan itu bagaimanapun menjelaskan, keputusan muktamad untuk menentukan siapa regu terbaiknya akan tetap mengambil kira kehendak majoriti ahli parti sendiri.

''Pilihlah sesiapa sahaja untuk jadi timbalan saya tetapi Datuk Seri Najib lebih sesuai kerana beliau pernah bekerja dengan saya sebelum ini," katanya.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PAKATAN RAKYAT HERO JALANAN!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Bisik-bisik Awang Selamat: Malaysia kearah republik. Kami dah sedaq awai dah~

SEJAK kebelakangan ini, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa parti itu memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu.

Malah penasihat PKR, Anwar Ibrahim mendakwa parti itu tidak akan berkompromi sama sekali dalam hal tersebut.

Awang cuma ingin bertanya di mana suara PKR semasa pemimpin pembangkang bukan Melayu mencabar dan menghina raja Melayu secara terbuka?

PKR boleh mendakwa apa sahaja tetapi orang Melayu semakin nampak pekung parti itu, yang hanya ghairah untuk berkuasa daripada menjaga kepentingan Melayu.

Banyak lagi persoalan yang boleh dibangkitkan terhadap PKR terutama ‘dosa-dosa’ terhadap orang Melayu selepas pilihan raya umum lalu.

Mungkin benar kata bekas pemimpin muda PKR, Mohamad Ezam Mohd. Noor sebelum ini bahawa PKR terpaksa menukar strateginya untuk memenangi hati orang Melayu yang sudah mereka kecewakan.

PKR juga melaung-laungkan konsep Ketuanan Rakyat bagi menggantikan Ketuanan Melayu. Tetapi beberapa tokoh melihatnya sebagai konsep untuk merepublikkan negara ini dan ia mirip gagasan Malaysian Malaysia tajaan DAP.

Awang – Tak khianati bangsa.


Komen: Awang selamat lambat nak sedar akan isu ini, kami sedar awai dah.. dok tengok Anwar ni lain macam ja perjuangan dia. Melayu pun dia gadai, raja pun dia londeh, apa punya perjuangan nak bela melayu kalau macam tu?

orang melayu yang dalam pakatan rakyat tu dok seronok lagi, menang sorak kampung tergadai, nanti berputih mata. jadi macam orang melayu singapura. baru padan muka!

ANWAR NAK JUAI MELAYU, NAK LONDEH RAJA DAN NAK GADAI AGAMA DEMI GILAKAN KUASA DAN PANGKAT UNTUK KELUARGA DAN NAK BALAS DENDAM SAJA.

masa tu teriak air mata darah pon dah tak guna. raja dah jatuh, melayu dah hilang keistimewaan, agama islam pun dah tak jadi no 1 dalam negara.

Contoh sekarang, macam depan mata kita la nih, peristiwa kehilangan Pulau Batu Putih. INGAT! Jangan sampai anak cucu kita nanti menyumpah seranah kita kerana kesilapan kita sekarang. Jangan tersalah memilih!

Ingatlah wahai Melayu! yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Nak dapat kuasa saja, habis melayu, raja dan islam hilang.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Bolehkah Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan?

Selain kelemahan-kelemahan strategi melompat seperti dinyatakan sebelum ini, keadaan objektif juga belum lagi matang untuk mengambil alih kuasa daripada BN kerana:

• BN kalah, tetapi Pakatan belum menang: Dalam kebanyakan kes, pengundi pelbagai kaum memilih calon pembangkang kerana mereka menolak calon BN untuk menunjukkan mereka tidak berpuas hati dengan dasar-dasar parti pemerintah, namun pilihan ini tidak bermakna mereka menyokong agenda-agenda rakyat atau agenda perubahan yang diperjuangkan oleh PKR, PAS, DAP dan PSM.

• Pakatan merupakan gabungan yang longgar tanpa asas yang kukuh. Ia terpaksa dibentuk kerana keperluan realpolitik untuk menubuhkan kerajaan campuran di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. DAP padahal telah berundur daripada Barisan Alternatif (BA) kerana tidak bersetuju dengan matlamat negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

• Selain parti Islam, PKR dan DAP belum ada pengalaman memerintah. Oleh itu, cabaran memerintah di lima kerajaan Pakatan adalah cabaran yang tidak mudah dihadapi, terutamanya memandangkan kerajaan persekutuan enggan memberi kerjasama yang diperlukan, malah cuba mensabotaj dari segi kewangan dan pentadbiran.

• Kerjasama dan penyelarasan antara kerajaan negeri Pakatan dengan badan-badan bukan kerajaan juga perlu dijalinkan atau dipereratkan lagi agar agenda-agenda rakyat dan dasar-dasar baru yang melibatkan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat dilaksanakan secepat mungkin.

• Jika dalam penggal ini, badan-badan dan parti-parti progresif dapat bergembleng tenaga dengan lima buah kerajaan negeri Pakatan bersama-sama rakyat untuk melancarkan perjuangan secara serius dan besar-besaran agar dapat memansuhkan undang-undang zalim seperti akta ISA, Akta Rahsia Rasmi, Akta Universiti dan Kolej Universiti – di samping melaksanakan dasar-dasar pro-rakyat serta membanteras salah guna kuasa dan memulihkan hak-hak asasi rakyat – maka pilihanraya umum ke-13 seharusnya menjadi masa Pakatan mengambil alih kuasa politik daripada BN!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pakatan Rakyat memang bagus!

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat memberi ingatan kepada peserta perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak hari ini, supaya mengawasi kemungkinan provokasi didalangi pihak tertentu. Jurucakap Pemuda Pakatan Rakyat memberitahu, pihaknya mendapat maklumat ada sekumpulan gangster dipercayai diupah oleh pihak tertentu untuk mensabotaj dan mencemari demonstrasi aman yang bakal diadakan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak harus tertipu dan mengawasi usaha jahat seperti menaikkan sepanduk yang menggunakan ayat-ayat provokasi serta melakukan sebarang bentuk vandalisme.

Siapa yang tipu rakyat dan siapa yang dok naikkan sepanduk besar-besar sebelum ni, demo sana sini pakai sepanduk anti kerajaan, keji kerajaan, kecam kerajaan. Apa ni?

Sepanjang penganjuran perhimpunan disertai PAS, KeADILan, DAP dan lain-lain NGO semuanya berjalan dengan aman.

Aman ya, sebelum ni tengok jadi masa demonstrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, selama yang Pakatan Rakyat anjur demonstrasi, ganggu perjalanan trafik, ganggu kehidupan orang lain, kalau pemimpin yang tak puas hati, jangan libatkan rakyat sekali, jangan mempergunakan rakyat.

Perhimpunan Bersih, demonstrasi Protes semuanya berjalan dengan aman, tanpa sebarang perkara yang boleh mencetuskan kekacauan,tegasnya.

Menurut beliau, jika pun berlaku sedikit kekecohan, ianya adalah berpunca daripada tindakan pihak polis yang menembak gas, cecair berasid, menangkap dan memukul peserta perhimpunan aman.

Sedikit kekecohan pun menyebabkan nama baik Malaysia tercalar dek pemimpin pembangkang yang buta hati mata dan segalanya. tu je.. bukanya tak tahu, Pakatan Rakyat saja mahu mencari publisiti murahan!

Kami mempunyai penyokong dan rakyat Malaysia yang begitu berdisplin, jika timbul kekacauan, ia adalah provokasi dan sabotaj pihak tertentu yang mahu memburuk-burukkan nama Pakatan Rakyat.

Pemimpin pun takdak disiplin, cuba tengok pemimpin pembangkang dalam parlimen, dewan rakyat, perangai macam budak tak sekolah, harap saja peguam, tapi perangai macam takdak otak! Haprak!

Isu ini adalah isu memperjuangkan hak rakyat, justeru peserta sama sekali tidak akan melakukan sebarang kerosakan yang merugikan rakyat,tegasnya.

Oh, takpa. tak mengapa merugikan negara, jangan sekali-kali merugikan rakyat. propaganda semua ni. cakap tak serupa bikin.

Bagaimanapun katanya, Pemuda Pakatan Rakyat sudah menyediakan petugas keselamatan yang akan membantu polis untuk menghalang mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme dan sabotaj.

Pemuda Pakatan Rakyat begitu yakin perhimpunan membantah kenaikan harga minyak akan disertai puluhan ribu peserta kerana ia adalah isu bersama yang didokong semua rakyat Malaysia.

Sepuluh kali demo sekalipun, harga minyak dunia tak akan turun. Sia sia saja demo yang dianjurkan, PAS, PKR, DAP saja mahu mengalih tumpuan rakyat daripada manifesto mereka pada PRU12 yang gagal ditunaikan. Sekarang, kononnya mereka merupakan HERO rakyat, belagak seperti berkuasa yang dapat menurunkan harga minyak Malaysia dan dunia. Tambah-tambah si x-PM tu, yakin sangat. hari ini kami menang, ESOK harga minyak turun satu Malaysia. Sekarang PR dah dapat tawan 6 negeri Penang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan tak perlu takut, harga minyak murah di negeri PR!

Surat permohonan perhimpunan telahpun dikemukakan oleh Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Perhimpunan yang dijangka disertai 20,000 orang itu akan bermula di Masjid Kampung Baru sebelum berarak ke KLCC, selepas solat Jumaat hari ini. - mr _



sumber: harakahdaily

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar Ibrahim & Anugerah PELAKON LELAKI TERBAIK

Penulis melihat karekter Anwar Ibrahim sekarang tak ubah macam pelakon drama dekat tv3.

Yelakan, dia pegi kat orang cina, dia bela orang cina, angkat ampu orang cina, orang cina sorak, tepuk tangan dekat dia. dia rasa dialah yang paling hebat.

Lepastu, jumpa pula dengan orang india. Dia laung 'makkal sakhti' untuk ambil hati orang india. Orang india gembira, seronok sebab Anwar guna bahasa mereka dalam perjuangan pakatan rakyat.

Kemudian, dia jumpa orang cina dan india, dia cakap apa, "MALAYSIA NI ORANG CINA PUNYA, ORANG INDIA PUNYA. JANGAN FIKIR MALAYSIA NI ORANG MELAYU PUNYA" Terbakar hati penulis mendengar kata-kata indah yang diucapkan oleh bakal PM-6? ni..

OK, next.. Dia buat ceramah dekat kawasan orang Melayu. Meletup! Dahsyat! Perkataan dia pedih, tajam macam pisau. Hebat syarahan dia. Orang ni rasuah, orang tu rasuah, sini kroni, sana kroni, kerajaan zalim. Oh, ana lupa, dalam Malaysia ni, ANWAR IBRAHIM la yang paling BERSIH, yang tidak kroni (padahal, dia bawak anak dan bini dia masuk dalam kandang parlimen)..

Dekat orang Melayu, janji bela melayu. Daulatkan kembali bahasa Melayu, buat itu, buat ini, TAPI orang Melayu kena sedar, muslihat dia nak daulatkan kembali tu hanyala sia-sia dan angan-angan sebab.. dia nafikan KETUANAN MELAYU dan mengangkat KETUANAN RAKYAT. Bagi penulis, ketuanan melayu bermaksud mengangkat dan mendaulatkan insitusi di-raja Melayu, mempertahankan hak keistimewaan Melayu seperti mana dalam syarat-syarat kemerdekaan 1957. So, kalau dia menafikan ketuanan Melayu, dia nak apa?

"A way to be republic" tu la cita-cita Anwar Ibrahim yang ditaja sepenuhnya oleh Amerika dan Yahudi.

Kita anugerahkan pelakon lelaki terbaik kepada Anwar Ibrahim sebab dia pandai berlakon dan memutarbelit fakta. Tahniah Anwar. Kehancuran masa depan bangsa Melayu dan Agama Islam berada ditangan anda, bak kata-kata Celcom, 'it's in your hand'.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Air percuma di Selangor: Prihatin ataupun muslihat?

Lebih sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 1 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.

Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma - atau potongan RM11.40 - akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar

Dalam rundingan di pejabatnya, menteri besar Selangor berkata penyelesaian yang telah dicapai:

  • Pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan kepada pengguna domestik yang bermeter individu di Selangor akan bermula 1 Jun akan tetap dilaksanakan.
  • Pengguna domestik yang bermeter individu di Selangor akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bermula 16 Jun.
  • Pengguna domestik yang bermeter individu di Selangor yang telah menerima bil sebelum 16 Jun akan menerima rebet bayaran untuk penggunaan 15 hari pertama bulan Jun di dalam bil bulan berikutnya.

"Kos pembiayaan rebet tersebut dibuat oleh KDEB bagi pihak kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini masalah bil menjadi isu tetapi telah berjaya diselesaikan dalam perbincangan hari ini.

Sumber: Malaysiakini

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Harapan Baru untuk MALAYSIA, kata - kata Al-Juburi

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Apa itu IFC?

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. 2

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

• Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
• Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
• Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.
• Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
• Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
• Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC? 6

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

5. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

• Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
• Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
• Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
• Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
• Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
• Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 1Cool’. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

6. Apakah sikap PM dan menteri?
Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato’ Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket “hak asasi manusia”. Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.

7. Apakah kaitan IFC dengan Islam Hadhari?
Islam Hadhari menekankan kemajuan kebendaan dan mengenepikan pembinaan manusiawi. Persoalan moral bukan keutamaan. Apa sahaja perlu dilakukan demi kemajuan kebendaan. Penganjuran konsert, pengabaian terhadap pelaku rasuah, membiarkan pencerobohan terhadap kesucian agama, tidak konsisten dengan amalan Islam, anti sekolah agama dan tiada pembelaan terhadap mereka yang berusaha menegakkan agama membuktikan semua itu. Islam dikesampingkan. Kita tahu ramai menteri UMNO yang beragama Islam menyokong kuat penubuhan IFC. Sikap sebegini menjadikan mereka yang anti Islam lebih berani melakukan tindakan pencerobohan terhadap Islam. Islam Hadhari yang membuka pintu kepada tertubuhnya IFC.

8. Apakah sikap kita?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap UMNO yang bersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Isu Sultan - Masih Ada Pihak Yang Buta Sejarah

Inilah akibatnya apabila fakta sejarah tidak dikaji dan difahami secara mendalam. Atau sememangnya ada cubaan untuk menangguk di air yang keruh dan dengan itu ada segelintir individu yang berpura-pura berlagak bodoh tidak faham dengan isi sejarah semata-mata punya harapan agar dasar negara yang tersedia dapat diubah dan memenuhi kehendak pihak tertentu.

Perbuatan yang dilakukan oleh Karpal Singh di mana beliau mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam hal berkaitan Agama menyimpulkan bahawa terdapat agenda busuk yang cuba dimainkan oleh Pengerusi DAP Perak tersebut.

Apa jua bentuk pandangan yang dikeluarkan seharusnya berdasarkan pengetahuan yang tepat dan sekiranya terdapat keraguan, apa yang harus dilakukan adalah merujuk kembali fakta dan memohon maaf secara umum.

Apa yang hak tetap hak, ia perlu dihormati oleh semua rakyat. Malah segala dasar yang telah diolah adalah untuk kepentingan dan pembelaan semua warganegara bagi memastikan kita hidup rukun dan damai di bawah satu bendera.


sumber: kpmu


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas Tidak Layak Pertikai Islam Hadhari

Apabila kata Islam disandarkan dengan kata hadhari, adakah ia akan mengubah sama sekali maksud Islam yang asal yang menjadi agama bagi majoriti di kalangan kita? Adakah perbuatan mengidhafatkan kata Islam dengan sesuatu kata sebelum atau selepas kata Islam itu suatu dosa atau boleh merosakkan akidah kita?

Penulis berpendapat ini hanya kata. Sebuah hadith Rasulullah s.a.w. berbunyi Al-Islamu ya’alu wa la yu’la ‘alaih yang bermaksud Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Itu pun dikira sandaran, iaitu kata Islam disandarkan kepada kata ya’lu yang bermaksud tinggi. Penulis boleh menyebut di dalam bahasa Melayu sebagai Islam Ya’lu atau Islam Tinggi. Salahkah begitu?

Allah swt sendiri menyebut dalam al-Quran beberapa frasa yang menggambarkan wujudnya sandaran, tetapi tidak pula ditafsirkan oleh mufassirin sebagai mengurangkan sifat kesempurnaan Allah.

Umpamanya Allah s.w.t. menyebut frasa yadullah yang bermaksud tangan Allah, baitullah atau rumah Allah, Allah bersemayam di atas kursi dan banyak lagi. Itu yang berkaitan dengan Allah sendiri yang tidak menyerupai sebarang makhluk dan tiada sekutu bagi-Nya.

Jika kata Allah disandarkan dengan kata lain seperti tangan, rumah dan sebagainya, mengapa pula kata Islam tidak boleh disandarkan dengan kata-kata lain seperti hadhari, madani atau ya’lu atau aula.

Kalau frasa seperti tangan Allah dan rumah Allah tidak sedikit pun mengurangi sifat kesempurnaan Allah, adakah kata Islam hadhari itu boleh mengurangi maksud kesyumulan Islam itu sendiri?

Pada penulis jelas bahawa Islam hadhari itu hanyalah satu pendekatan atau konsep untuk menarik perhatian penganut Islam di Malaysia agar memahami Islam dan mengamalkan Islam menurut kehendak Islam itu sendiri.

Ketika Islam mula dilupakan dan ajaran Islam mula diamalkan dengan cara yang salah, maka pendekatan Islam hadhari seolah-olah menjadi strategi dan taktik untuk “refresh” semula pemahaman dan kepercayaan orang Islam sendiri kepada Islam yang asal itu.

Maknanya Islam hadhari yang dikehendaki itu ialah Islam yang asal itulah yang disebut sebagai tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Islam hadhari juga sebagai satu pendekatan berstrategi yang menggambarkan kebijaksanaan (fatanah) yang ada pada Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, selaku Perdana Menteri Malaysia dalam mengekang perhatian serong Barat, khususnya Amerika Syarikat yang selalu sahaja mencurigai negara-negara Islam khususnya dalam hubungannya dengan Barat.

Sejak Malaysia diisytiharkan menjadi sebuah negara Islam oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Amerika Syarikat dan sekutu barat yang lain sudah mula menaruh syak wasangka yang bukan-bukan kepada Malaysia.

Mereka bimbang kalau-kalau Islam di Malaysia turut membenarkan kemunculan pengganas dan pergerakan pengganas. Malahan sudah ada suara-suara dari kalangan mereka yang mengaitkan Malaysia dengan pengganas dan keganasan.

Dalam jangka panjang sudah tentu kecurigaan Barat itu boleh sahaja menjejaskan hubungan mereka dengan Malaysia.

Kita tidak mahu kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, yang sebelum ini sudah lama meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, memberi satu ancaman pula kepada negara ini.

Padahal jelas Islam itu adalah agama yang aman dan selamat yang turut memberi jaminan keamanan dan keselamatan kepada yang bukan Islam.

Menyedari kecenderungan barat khususnya Amerika Syarikat yang begitu, pendekatan Islam hadhari diperkenalkan untuk memberi penjelasan secara berhikmah bahawa Islam yang menjadi amalan dan pegangan Malaysia adalah Islam sebenar yang toleran kepada semua kaum, menggalakkan hubungan baik dengan sesiapa sahaja dan cintakan keamanan.

Islam hadhari adalah pendekatan Islam kontemporari yang sentiasa mahukan kemajuan seperti juga yang dicapai oleh Barat. Islam hadhari adalah Islam yang mempunyai pendekatan untuk saling berbaik-baik sangka dan bekerjasama sesama manusia.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan pemimpin negara apabila mereka menggarapkan Islam hadhari sebagai pendekatan Islam di negara ini.

Islam hadhari menggambarkan pandangan jauh dan strategis yang ada pada Perdana Menteri.

Namun bagi pembangkang, mereka memang menolak dari awal lagi perisytiharan negara ini sebagai sebuah negara Islam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bagi mereka kerajaan yang ada ini belum cukup Islam.

Jadi tidak hairan kalau mereka turut menolak pendekatan atau konsep Islam hadhari oleh Pak Lah.

Bagi Pas apa sahaja usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan BN adalah tidak betul belaka. Tetapi kalau mereka yang melakukannya bersama DAP dan PKR sekalipun memungkiri janji dan menternak babi secara besar-besaran seperti di Selangor dan membenarkan amalan mengumpat dan mencarut seperti di Kelantan adalah betul.

Penulis kira Pas tidak layak berkata tentang Islam dan mempertikaikan Islam hadhari kerana mereka sendiri dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu tidak pun berhasrat untuk menegakkan sebuah negara Islam dalam manifesto mereka.

Agenda itu sudah tidak ada lagi bagi Pas.

Oleh: Abd Bashid Harun

Sumber: Pemuda UMNO Online

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pakatan Rakyat akan turunkan harga minyak jika berjaya memerintah - Anwar... BETUL KE? BOLEH CAYE KE?

DAMANSARA, 8 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian mereka untuk menurunkan harga minyak jika berjaya menumbangkan kerajaan Umno-BN dalam masa terdekat.

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat KeADILan di Merchant Square hari ini.

"Saya tetap dengan pendirian saya sebelum ini, bahawa sebaik kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan kita akan menurunkan harga minyak," katanya.

Pada masa yang sama, Anwar merasakan pemberian subsidi kepada rakyat bukanlah merupakan satu-satunya jalan penyelesaian dalam menangani kemelut kenaikan harga minyak.

"Saya tidak percaya pemberian subsidi minyak kepada rakyat boleh menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak ini dalam jangka masa yang panjang.

"Kerajaan haruslah bijak dalam menggunakan sumber pendapatan negara dan mereka tidak boleh memaksa rakyat untuk menerima harga minyak yang tinggi secara mendadak.

"What kind of economy they're talking about (apa jenis ekonomi yang mereka (BN) perkatakan)," tegasnya.

Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada bila-bila masa dalam tahun ini.

Mengulas lanjut mengenai proses lompat parti yang sedang berlaku, beliau menganggap ianya mendapat sambutan yang sangat menarik daripada ahli-ahli Parlimen BN.

"Saya mendapati ianya sebagai 'more attractive' dengan sambutan yang sangat menggalakkan," ujarnya.

Menjawab soalan pemberita mengenai aktiviti beliau sewaktu kunjungan ke Manila baru-baru ini, Anwar mengaku bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak ketika itu.

Bahkan beliau turut menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 30 ahli parlimen BN yang dijangka akan 'menyeberang' kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menumbangkan BN.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan perlantikan beberapa ahli majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan dan kemasukan ahli baru.

Mereka terdiri daripada bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mohd Noor Manuty; bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Cikgu Nordin Mahmud; bekas Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan bekas duta, Dato' Yeop Adlan.

"Kami juga mengalu-alukan kemasukan bekas timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dato' Dr Haji Mohd Adam Harun, bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Mentakab, Dato' Mat Lazim Derani, bekas Exco Wanita MCA pusat, Ling Lae Feei dan pengasas Tafe kolej, Dr M Raken," katanya lagi.

KeADILan juga katanya menerima penyertaan lebih 50,000 keahlian baru yang sebahagian daripadanya terdiri daripada bekas ahli Umno, MIC dan MCA.

Turut hadir Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dua Naib Presidennya, Dr Lee Boon Chye dan Azmin Ali, Syed Husin Ali, Pengarah Strategik, Saifudin Nasution dan Ketua Penerangan, Tian Chua.

Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai mesyuarat pimpinan KeADILan dengan ahli-ahli Parlimen KeADILan.- wann/mks._

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hadi Awang: Negara dipenuhi penyelewengan, keuntungan minyak dibazir

Kenyataan terbaru Hadi Awang yang dilaporkan di Harakahdaily hari ini sangat sangat mendukacitan. Hadi menuduh Manifesto PRU 12 kerajaan BN menipu rakyat.

Hadi saja membuat kenyataan sebegitu sebagai menutup kelemahan Pakatan Rakyat (PR) yang gagal menunaikan manifesto-manifestonya pada PRU12 yang lepas dengan mengambil peluang kenaikan minyak yang berlaku.

"Buruk atau aib orang suka sangat dia duduk menjaja, kelemahan sendiri nak sorok sangat!"

Pas serta sekutunya PKR dan DAP yang dapat mengambil alih kerjaan negeri Selangor gagal menunaikan janji manis mereka pada PRU12 iaitu:

1. RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
2. RM 75 untuk anak yang dihantar ke nurseri.
3. RM50 untuk Pra sekolah.
4. RM1000 untuk anak Selangor jika dapat tawaran ke universiti.

Kerajaan negeri Selangor, penuhlah janji janji minimum ini tersebut, baru hendak pandai komen-komen kerajaan persekutuan.

"Minyak merupakan suatu hasil negara yang boleh menguntungkan serta dimanfaatkan dengan sebaiknya"

Ya, memang minyak merupakan perdagangan yang paling menguntungkan, tapi kita kena sedar, hakikatnya minyak PETRONAS akan kering pada 2010! Jangan terlalu harapkan sangat kepada PETRONAS.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga katanya, menyarankan agar kerajaan memansuhkan tol-tol di seluruh negara agar ianya tidak membebankan rakyat hingga menyebabkan hasil cukai Petronas dibazirkan untuk menampung kos operasi berganda oleh konsesi yang sedia ada.

Ya, pandai cakap saja, batal ini, batal itu, tutup ini, tutup itu, naik/turun. Ingat keputusan untuk membatalkan, menaikkan sesuatu bukannya boleh diputuskan dengan senang lenang, ia memerlukan kesepakatan ahli-ahli kabinet dan juga memerlukan kajian yang teliti, agar rakyat tidak tertindas.

So, apa yang nak dikatakan kepada PAS, uruslah negeri anda terlebih dahulu, penuhkan janji-janji manis ketika PRU12 yang lepas, baru anda LAYAK untuk mengkritik segala yang dilakukan oleh kerajaan!


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Wakil rakyat DAP tidak pakai songkok dianggap biadap

JOHOR BAHRU 8 Jun - Tindakan DAP mendesak empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu supaya tidak memakai songkok pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai biadap dan menderhaka kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.

Beberapa ADUN berpendapat, parti itu secara jelas berpendirian kurang ajar dengan merendahkan peraturan dewan itu serta tidak menghormati adat negeri ini dan orang Melayu.

ADUN Nusajaya, Datuk Aziz Sapian berkata, disebabkan majlis itu akan dirasmikan oleh Sultan Johor maka sesiapa yang tidak mengikuti peraturan dewan tersebut seolah-olah tidak menghormati Sultan.

"Jika wakil rakyat daripada DAP tidak mahu menghormati Sultan atau peraturan Johor maka lebih baik jangan duduk di negeri ini dan keluar serta pergi sahaja ke negeri lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyatakan ADUN Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai berada dalam keadaan serba salah sama ada hendak memakai songkok atau tidak pada majlis perasmian pembukaan DUN pada 19 Jun ini.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata, kesemua wakil rakyat tersebut pada dasarnya tidak mempunyai masalah untuk memakai songkok tersebut.

Bagaimanapun katanya, sebahagian ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meminta mereka tidak memakai songkok pada majlis pembukaan yang akan dirasmikan oleh Sultan Johor itu.

Norman berkata, mereka dalam dilema sama ada hendak mengikut arahan CEC atau mengabaikannya dengan memakai songkok pada majlis tersebut.

Aziz berkata, pendirian DAP itu tidak boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana jika dibandingkan wakil rakyat daripada parti lain, misalnya Pas boleh memakai songkok dan bukannya kopiah.

ADUN Tiram, Datuk Maulizan Bujang pula berkata, tindakan DAP itu adalah seperti cuba mencemarkan institusi raja di negeri ini dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat kerana ia menyinggung perasaan orang Melayu.

"Sepatutnya apabila mereka sudah bersetuju untuk menjadi wakil rakyat maka mereka perlu tahu dan mematuhi segala peraturan dewan dan tidak perlu timbul perkara ini," tegas beliau yang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Pengajian Tinggi Johor negeri.

Menurutnya, semua rakyat khususnya orang Melayu perlu mengambil pengajaran dan sedar terhadap pendirian DAP yang tidak menghormati budaya orang Melayu.

Turut berkongsi pendapat, ADUN Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, empat ADUN DAP tersebut diingatkan supaya jangan bersikap keras kepala atau angkuh sebaliknya perlu berfikiran terbuka dengan mematuhi peraturan.

Menurutnya, arahan DAP pusat perlu diabaikan kerana perkara itu adalah bersangkutan dengan peraturan Johor.

"Mereka perlu berfikiran terbuka kerana memakai songkok bukan bermakna mereka masuk Islam tetapi ia wajib dipakai dalam dewan seperti juga hakim dalam mahkamah memakai rambut palsu," jelasnya.

sumber: Utusan

Ulasan: Tengoklah apa yang terjadi, makin lama kita beri muka, nanti mereka lagi pijak kepala kita, lagi nanti lagi main - mainkan kesultanan Melayu lagi, kalau orang dulu - dulu, apabila sesetengah puak bergaduh atau bertekang urat, dengan isu dan kedaulatan Sultan sahaja, mereka bersatu - padu untuk mempertahankan Sultan, tetapi sekarang Melayu sendiri yang hendak menjatuhkan raja-raja Melayu dengan bersekongkol dengan kafir harbi DAP.


P/s: nape berita macam ni tak siar dekat harakahdaily, suarakeadilan, malaysiakini ha? tak boleh pakailah media alternatif ni, dakwa mereka lagi telus dll..


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pelik tapi benar: PAS BUKA KEAHLIAN PADA AHLI BUKAN MELAYU

Waaa.. terkejut penulis membaca laporan di HarakahDaily, terkejut dibuatnya dengan kenyataan PAS Perak yang ingin membuka keahlian partinya kepada orang bukan Melayu. Kalau dikatakan orang bukan Melayu, nescaya bukan Islam..

Apalah yang akan jadi kepada arah tuju serta matlamat sebenar PAS iaitu pertamanya, menubuhkan negara Islam, melaksanakan hukum hudud, menutup kelab malam dan pusat perjudian dan lain-lain. Perkara ini menyebabkan halatuju PAS semakin lama semakin goyang, ibarat layang-layang terputus talinya, tetapi pas tidak lagi terputus tali,PAS hanya hilang arah tujunya sahaja.

Pelik, pelik. Sanggup PAS menggadaikan keISLAMnnya untuk mencapai matlamat politiknya, Aduh, dahla sekongkol dengan Kafir harbi DAP, halalkan BABI di Selangor, (jadi pengembala babi bertarbus, dulu dok kata kat Pak Lah "badwi arab bela unta,badwi Malaysia bela babi) sekarang, Allah tunjukkan balik kebenaran. siapa salah, siapa benar), nafi nak tutup pusat perjudian, kelab malam di selangor, dll lagi perkara yang PAS cakap tak serupa bikin.

P/s: PAS, baik bubar @ tukar nama ja PAS tu, ajak semua ahli PAS masuk DAP, lagi bagos.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Perhimpunan desak mansuh ISA: PERHIMPUNAN SIA-SIA!

Sambil membawa lilin, kira-kira 1,000 rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan latarbelakang, berjalan sejauh kira-kira empat kilometer dan memgadakan upacara membantah ISA di luar Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak malam tadi.

Dalam perhimpunan terbesar pernah dianjurkan oleh Gerakan mansuhkan ISA (GMI), mereka membawa kain rentang dan mendesak kerajaan memansuhkan segera undang-undang kejam, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan membebaskan semua tahanan di situ.

Pasukan polis pencegah rusuhan hadir memantau keadaan dan perjalanan lalulintas juga tidak terganggu.

Polis mengadakan beberapa sekatan jalanraya untuk memeriksa kenderaan antara tol plaza Lebuhraya Utara-Selatan di Kamunting dan Changkat Jering, dan sehingga ke kem tahanan tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak menjejas dan menghalang orang ramai untuk ke kem tersebut, dengan menaiki kereta, bas, motosikal dan ada yang berjalan kaki.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh mengetuai perarakan tersebut yang disertai golongan dewasa hingga kepada kanak-kanak, mulai jam 8 malam, dari SM Teknik Taiping yang terletak berhampiran kem tersebut

Ulasan: Apa yang mereka nk sangat mansuhkan ISA nih, biasalah, ISA banyak digunakan di serata dunia untuk memastikan keamanan, tapi banyak geng pembangkang ni nak ambil kesempatan diatas semua ni, sebab apa, sebab geng diorang ada yang kena sumbat dalam ISA kemunting tu.

ISA tidak dipertikai sangat di Singapura kerana republik tuh menggunakan ISA untuk menangkap sesiapa sahaja yang ingin melawan kerajaan.

Penulis yakin, jika ISA dimansuhkan, kadar jenayah berprofil tinggi pasti akan terjadi. banyak orang akan memainkan isu-isu yang boleh membawa ketidaktenteraman dinegara kita.

P/s: NANTI KALAU PAKATAN RAKYAT JADI KERAJAAN PUSAT, PERCAYALAH, SETIAUSAHA PARTI KOMUNIS MALAYA, CHIN PENG MESTI DAPAT MASOK DALAM MALAYSIA BALIK.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG!!

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat pulang selepas Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Istiadat itu diadakan sempena Hari Keputeraan baginda di Dataran Merdeka, semalam. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal. Istiadat itu diadakan sebagai sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang ATM.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Harga minyak naik akibat duit Petronas habis diboroskan kerajaan BN???

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga petrol di Malaysia sebanyak 41 peratus dan diesel 63 peratus bermula 5 Jun lalu disifatkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai kenaikan yang melampau.

Presiden PRM, Hassan Karim berkata, kenaikan itu dibuat secara mendadak dan sekali gus akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan menengah.

Rakyat kini menghadapi masalah ekonomi yang besar akibat amalan pemerintahan Barisan Nasional yang buruk, membazir serta rasuah selama lebih 50 tahun, kata Hassan.

"Mulai 1 Julai tahun ini harga tarif elektrik pula akan naik. Apabila harga minyak naik, harga elektrik naik maka harga barang makanan, keperluan harian, pengangkutan semuanya akan turut naik," katanya.

Selepas pengumuman kenaikan harga minyak, Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia telah menyatakan bahawa kenaikan kos pengeluaran akibat kenaikan harga minyak dan elektrik akan ditanggung akhirnya oleh para pengguna, kata Hassan.

"Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5 peratus pada bulan Jun ini.

"Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para penganalisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6 peratus," ujarnya.

Namun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Dengan pengumuman CEO Petronas tersebut PRM ingin tahu bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 bilion itu dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Hassan.

"Puratanya sebanyak RM10 bilion, Petronas telah membayar pada kerajaan setiap tahun sejak 1974. Ke mana duit itu pergi?" soalnya.

PRM percaya jawapannya ialah duit Petronas itu telah habis diboroskan Kerajaan BN bagi membina projek-projek mega sejak Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkayakan kroni-kroni mereka atas duit minyak negara.

"Jelaslah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme sejak hampir 25 tahun terakhir ini telah menjahanamkan ekonomi negara dan yang sekarang sedang menanggung beban sengsara adalah rakyat jelata juga," katanya. _

1 Comment
Jom komen di Facebook!

PAS dan alam sekitar..


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar Ibrahim for PETROL

2 Comments
Jom komen di Facebook!

TOKOH HARI INI: Hatta Ramli, lagak HERO rakyat


Segala-galanya yang dilakukan oleh kerajaan, semuanya diprotes oleh pembangkang, ini tak kena, itu tak kena, si kroni, sana rasuah, bersih sangatkah diri tu yang suka kata dekat orang lain? Make sure kita lebih baik dari sesorang, barulah kita LAYAK untuk berkata-kata kepada sesorang, untuk layak komen itu-ini pada seseorang/individu.

Tokoh hari ini yang dipilih ialah Dr Hatta Ramli, seorang ahli politik PAS yang kini menjadi setiausaha Gabungan Anti-Inflasi (Protes), yang banyak melakukan protes dan demonstrasi protes kerajaan. Dulu, beliau menganjurkan protes kenaikan harga tol, kenaikan harga minyak pada februari lepas, dan kini beliau menggalakan RAKYAT untuk bersatu padu menentang kenaikan harga minyak, jun 2008.

Pak Lah dah kata, POLIS KATA JANGAN, takda faedah dari apa yang mereka lakukan, DEMONSTRASI tak memberikan apa-apa makna, hanya mendatangkan keganasan, kekacauan, kesesakan lalulintas, mendatangkan impak buruk kepada nama negara diserata dunia. Semua negara didunia mengiktiraf Malaysia merupakan NEGARA DEMOKRASI, tetapi mereka (pembangkang) lebih-lebih lagi si gila kuasa tetap mengatakan dan menjaja nama Malaysia bukan demokrasi, zalim, tak bertamadun diserata pelusuk dunia.

Kita nantikan Demontrasi besar-besaran yang akan diadakan di Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur pada jam 3 petang 12 Julai. Kita lihat, HERO berlakon dikhayalak ramai!

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Ahmad Said: PM, cepatlah beri royaliti Terengganu!

KUALA TERENGGANU 5 Jun — Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said yakin kerajaan persekutuan akan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan Terengganu tidak lama lagi.

Beliau berkata berdasarkan beberapa pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau yakin Perdana Menteri tidak akan mensia-siakan harapan rakyat negeri ini supaya wang berkenaan diuruskan kerajaan negeri.

"Secara peribadi, saya sudah lama mengenali Pak Lah. Malah, daripada pertemuan sebelum ini, beliau (Abdullah) menunjukkan sikap positif dan saya percaya kerajaan pusat akan membuat sesuatu demi kepentingan rakyat Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi kursus Mental, Emosi, Fizikal dan Sosial (MEPS) lima dan enam bagi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Terenganu anjuran Unit Terengganu Bestari (U-Best) di sini hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini meminta kerajaan persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu untuk digunakan bagi projek pembangunan rakyat.

Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan yang disalurkan terus melalui projek pembangunan, dan bukannya melalui kerajaan negeri apabila PAS memerintah Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 1999.

Ahmad bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang royalti yang bakal diterima kerajaan Terengganu kerana isu berkenaan masih dalam proses mahkamah.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan mungkin menamatkan khidmat pengerusi JKKK yang tidak menjalani kursus yang dianjurkan oleh U-Best itu, pada masa hadapan.

Ini kerana, beliau berkata kursus berkenaan penting bagi mengubah minda dan sikap pengerus JKKK menerusi latihan yang diberikan oleh jurulatih yang berkebolehan dan berpengalaman dalam bidang-bidang berkenaan.

Menyentuh kenaikan petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan semalam, Ahmad mengingatkan rakyat Terengganu supaya mengamalkan sikap berjimat-cermat bagi meringankan beban mereka.

— BERNAMA


Dalam kekalutan berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak ini, MB Terengganu seorang ini juga kalut nak menyegerakan pemberian royaliti minyak kepada Terengganu. Dahla tengah HOT isu minyak naik harga, dia pun kalut nak minta itu ini pada PM, kesian Dato Dolah Badawi, dok pening itu ini, tak dapat tidur lenaLAH dia tiap-tiap malam!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Laungan HIDUP rakyat?? Tak releven!!



Bagi penulis, laungan sebegini tidak wajar dilaungkan oleh kerana Malaysia terkenal dengan sistem pemerintahan Raja berparlimen. Adakah patut sebagai rakyat dan orang Melayu sendiri menafikan ketuanan Melayu yang mengangkat darjat sisitem pemerintahan beraja dan menjulang Raja-Raja Melayu sebagai kekuatan Melayu?

Jangan jadikan Malaysia seperti Nepal, yang kini rajanya menjadi rakyat biasa di negeri tersebut dan memohon simpati kerajaan baru untuk memulakan hidup sebagai rakyat biasa. Inginkah anda melihat raja anda dijadikan sedemikian? Sudah tentu tidak, bagi kita orang melayu yang mempunyai raja yang kita daulatkan. Bukannya kita agungkan baginda sebagai tuhan ataupun malaikat, kita agungkan raja sebagai pemerintah. Jangan lari dari konteks ini.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mana air FREE? YB Khalid, sila jawap!!

Apa yang dah berlaku kat Selangor nih, YB Khalid kata ada air free dekat selangor pada 1 Jun 2008, sekarang dah 5 Jun. mana janji janji manismu wahai YB Khalid? Mengikut laporan Malaysiakini tentang isu ini, YB Khalid mengatakan bahawa bekalan air percuma akan diberikan pada 1 Jun, tetapi SYABAS menafikan kenyataan tersebut.

Mana satu ni? Masa pilihanraya dulu kata hebat sangat! Ni nak turun, yang tu nak bagi? Ape ke hal nya nih? cakap tak serupa bikin.. bikin hot saja

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar cuba naikkan kemarahan rakyat ekoran isu kenaikan harga minyak

Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

Petikan SuaraKeadilan

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.