Archive for Julai 2008

Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh

Kenapa Azizah Lepaskan kerusi Permatang Pauh?

1- Azizah merupakan isteri yang baik dan penyayang. Dia lepaskan kerusi Permatang Pauh sebagai simbol kasih sayangnya terhadap suaminya, Anwar, seperti kenyataan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid AlBar

2-Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar sejak 10 tahun lalu. Azizah hanya tolong jaga kerusi terbabit ketika suaminya sedang dalam tahanan di Sungai Buluh.

3- Azizah sudah letih menjadi ahli parlimen. Azizah yang sebelum ini menjadi ahli parlimen di kerusi Permatang Pauh mendapat ikhsan dan simpati umum ekoran suaminya, Anwar dipenjara. Cukuplah menjadi penjaga kerusi Anwar untuk sepuluh tahun. Azizah dah letih, nak rehat pula.

4- Azizah malu, undi tidak percaya yang dibawanya di sidang dewan rakyat tidak mendapat sambutan dan ditolak oleh speaker Dewan Rakyat. Akibat kecewa, Azizah mahu duduk dirumah sahaja, mahu menjadi suri rumah dan menjadi ibu yang penyayang. Jaga anak, dah lama tak bermesra dengan anak-anak, asyik sibuk dengan ayah dan politik saja.

5- Azizah tak dapat memberikan kemajuan kepada parlimen Permatang Pauh. Sejak Azizah memegang kerusi Permatang Pauh, penulis tak nampak pun pembangunan yang dilakukan oleh Azizah. Mungkin dia dah give up.

Apa apa pun, Penulis gembira pilihan raya kecil akan diadakan di Permatang Pauh, tanda mekarnya demokrasi di Malaysia.

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Tiada kerajaan campuran BN-PAS


KUALA LUMPUR 31 Julai – Pas menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat ataupun negeri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, Pas bersedia menemui mana-mana pihak termasuk UMNO untuk mengadakan perbincangan demi kepentingan negara.

berita selanjutnya disini

Komen ڤواريس ملايو:

  1. PAS tidak ikhlas dalam perjuangannya dalam menegakkan agama Islam dan membela bangsa Melayu. Buktinya, Kenyataan Nik Aziz semalam, memberi pelbagai syarat untuk bekerjasama dengan UMNO untuk mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam di Perak dan Selangor. Kenapa Nik Aziz memberi banyak syarat untuk kepentingan bangsa dan agama sendiri?
  2. PAS memang takutkan DAP. Ternyata PAS tunggangan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. PAS lebih sayangkan DAP dari sayangkan bangsa dan agama sendiri.
  3. Ketuanan DAP bermaharajalela dalam Pakatan Rakyat. DAP menjadi tunjang Pakatan Rakyat.
  4. PAS tidak mempunyai pendirian yang teguh. Perjuangannya yang makin lama makin kabur menyebabkan kerugian kepada PAS sendiri.


Posted in , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar Tak Terkejut Laporan Pusrawi

Sumber: AI Blog
Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam telah mengadakan satu sidang media berhubung laporan perubatan yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid terhadap Saiful Bukhari Azlan. Laporan itu jelas menunjukkan bahawa tuduhan yang dibuat merupakan satu fitnah jahat yang tidak berasas dan bermotifkan politik. Tuduhan itu bertujuan membunuh karakter Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berhasrat untuk menggagalkan aspirasi rakyat yang inginkan perubahan.

Kita sememangnya menjangka dan tidak terkejut akan ada satu tindak balas bagi menunjukkan Dr Mohamed Osman dan laporan yang didedahkan semalam tidak mempunyai wibawa. Petang ini Pusrawi telah mengeluarkan kenyataan lima perenggan menafikan bahawa seorang doktornya telah melakukan pemeriksaan terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan berhubung aduan liwat pada 28 Jun lalu. Kami merasa dukacita kerana Pusrawi turut diheret sama bagi mempertahankan pertuduhan fitnah tersebut.

Kami mengulangi kenyataan Datuk Seri Anwar yang berpandangan negara ini berada dalam kedudukan yang tenat dari aspek ekonomi dan sosial dan pentingnya untuk kita melangkah ke hadapan bersama bagi menjayakan agenda perubahan.

KAKITANGAN PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Komen ڤواريس ملايو:

Abang Nuar, abang Nuar, awak nak pusing kot mana pulak lepas ni? macam macam dalih yang abang Nuar buat, tetap terkantoi juga. Kenapa abang Nuar takut sangat nak bagi DNA? Kalau abang Nuar takut nak bagi DNA, takut dimanipulasikan oleh pihak-pihak lain, jalan penyelesaiannya senang je, Abang Nuar bersumpah saja tak liwat si Sepol, abis cerita. Tak la buruk nama Abang Nuar dan sekeluarga.

Satu hal lagi, abang Nuar tak payahla suruh polis tutup fail siasatan, abang nuar tak didakwa lagi diatas pertuduhan tu, polis tengah buat kerja, kita kena adil. Bagila masa kat polis buat kerja depa, lepastu ikot prosedur mahkamah. Senang. Naik turun mahkamah la, biar settle. Awak ingat awak tu masih timbalan perdana menteri ke?

Kesian, kesian (kesian sama kat Kak Jijah kita tu, macam macam malapetaka/bala yang menimpa rumahtangga depa. Biarlah, manuisa ada juga tahap kesabaran masing-masing. Kalau laki dok buat hai, bini mana yang boleh sabaq..)

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Pusrawi: Saiful tidak diperiksa kes liwat

Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid "tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat".

"Dr Mohamed Osman pegawai perubatan Hospital Pusrawi tidak memeriksa pesakit berkenaan berkaitan dengan sodomi," kenyataan hospital itu dipetik

Dalam kenyataan lima perenggannya, hospital itu juga berkata ia tidak pernah mengeluarkan secara rasmi dokumen pesakit berkenaan seperti yang diedarkan dengan meluas di internet sejak kelmarin.

Ia juga menyatakan Dr Mohamed Osman juga bukan seorang doktor pakar, tetapi seorang pegawai perubatan di klinik kemalangan dan kecemasan Hospital Pusrawi.

"Dr Mohamed Osman telah menasihatkan pesakit itu Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan," kata hospital itu.

"Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi."

Hospital swasta di Jalan Tun Razak itu juga mengadakan sidang media berhubung kontroversi kebocoran laporan pemeriksaan tersebut - yang dianggap oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "bukti" dakwaan terhadapnya "tiada asas" dan "bermotifkan politik."

Sumber: Malaysiakini

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dr Novandri: Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi

Dr Novandri Hasan Basri

Pada pandangan penulis sebagai seorang doktor, laporan kesihatan Saiful Bukhari yang ter'bocor' di Hospital Pusrawi, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

1. Ianya terlalu ringkas, tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh pemeriksaan forensik.

2. Malah pemeriksaan ke atas Saiful Bukhari juga tidak lengkap. Hanya PR (per rectum) dilakukan iaitu menggunakan jari untuk memeriksa anal (dubur) pemuda tersebut. Prosedur sebenarnya lebih daripada itu iaitu termasuk memeriksa anal itu dengan alat proktoskop dan sebagainya.

3. Dan biasanya, apabila seorang mangsa seksual datang ke klinik atau hospital swasta di mana kes-kes yang bakal dirujuk kepada pihak polis, akan dirujuk segera kepada pihak hospital kerajaan.

4. Ini adalah kerana hospital kerajaan mempunyai kepakaran forensik serta lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

5. Referral itu dimestikan kerana jika pemeriksaan tidak dilakukan dengan betul dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, peliwat itu boleh dibebaskan di atas sebab bukti-bukti yang tidak kukuh atau pun technical fault.

6. Yang menimbulkan tandatanya kepada penulis ialah tulisan doktor itu yang hanya menulis bahawa Saiful di assault di satu sudut di hujung laporan itu selepas simptom-simptom yang lain. Dan jika penulis adalah doktornya, penulis tidak akan menulis 'tenesmus x 1/52' sahaja sebagai simptom yang utama seperti tertulis di dalam laporan tersebut. Penulis pasti akan menulis 'alleged assault' sebagai simptom pertama dan kemudian merujuk terus ke hospital kerajaan tanpa berlengah-lengah lagi.

7. Apakah kenyataan 'alleged assault' itu ditambah hanya selepas doktor tersebut melakukan pemeriksaan anal menggunakan jari (PR)?

8.Jika benar, penulis pasti PR yang dilakukan itu hanya dengan ringkas sahaja. Atau pun ianya sengaja ditokok tambah ?

9.Satu persoalan lagi ialah, setahu penulis, doktor itu tidak akan membuat sebarang prosedur, sentuhan atau pemeriksaan fizikal yang boleh menjejaskan sebarang bukti yang ada KECUALI jika doktor itu tidak diberitahu daripada awal oleh Saiful, mungkin kerana Saiful malu, takut atau tidak berterus terang .

10. Tetapi andainya doktor itu tahu tetapi meneruskan juga pemeriksaan anal (dubur) ke atas Saiful, ianya menunjukkan doktor tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan tidak boleh dimaafkan KECUALI jika doktor tersebut mempunyai niat yang lain seperti untuk mengada-adakan cerita atau pun menidakkan cerita!

11.Dalam konteks ini, doktor tersebut telah tersalah langkah.

12.Memeriksa anal (dubur) pesakit tetapi doktor telah diberitahu yang pesakit mengatakan dia diliwat adalah satu tindakan yang tidak profesional dan memalukan para doktor sekalian!

13.Cuma yang betul ialah doktor tersebut menasihatkan Saiful ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya. Itu sahaja yang betul!

14. Dan yang menimbulkan satu persoalan lagi, hampir semua media termasuk media antarabangsa begitu cepat melaporkan isu ini TANPA mendapatkan kesahihan mengenai validity laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.

15. Padahal, laporan tersebut tidak sekali-kali boleh dijadikan bukti untuk memaksa kerajaan menggugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim.

16. Dan yang menjadi mangsa sebenarnya ialah rakyat Malaysia kerana telah dikelirukan dan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai isu ini.

17. Memang benar, jika sekali imbas, isu ini pasti nampak meyebelahi Anwar Ibrahim dan rakyat akan marah.

18. Padahal penulis pasti, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa laporan tersebut amat mencurigakan dan tidak bermakna apa-apa pun jika di bawa ke mahkamah.

17. Seperti kata penulis, laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi tidak valid sama sekali

Untuk artikel sepenuhnya, sila dapatkan disini
Sumber: Dr. Novandri

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Orang Kepala Batas, mari penuhkan perkarangan Wisma UMNO Kepala Batas!

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Kenapa DAP sibuk-sibuk?


Setelah Isu Muzakarah UMNO-PAS hangat dibicarakan, ada sebelah pihak (PAS) menolak muzakarah dan mahu menggantikan muzakarah tersebut kepada muqabalah, dan ada sebelah pihak lagi menyokong muzakarah tersebut demi masa depan umat melayu dan syiar islam di Malaysia.

Pada mulanya mursyidul am menolak sekeras-kerasnya muzakarah tersebut, akhirnya Nik Aziz mengeluarkan formula baru untuk masa depan Umat Melayu dan agama Islam di Malaysia dengan mencadangkan untuk membubarkan UMNO dan PAS, dan seterusnya menggantikan dengan parti baru.

Niat murni Nik Aziz tersebut tidak mendapat sambutan didalam PAS mahupun UMNO. Melayu tidak memerlukan parti baru, persefakatan antara kedua-dua parti memadai untuk memantapkan ketuanan Melayu di Malaysia.

Apabila isu ini makin lama makin panas diperkatakan, muncul pihak ketiga, DAP yang mempersoalkan muzakarah UMNO-PAS yang diadakan dan harimau tua mereka iaitu Uncle Karpal Singh mula meragui status PAS dalam PR. Ternyata, terdapat keretakan yang parah didalam PR.

Kenapa DAP bising dan sangsi akan kredibiliti PAS dalam PR?
Kenapa DAP mempertikaikan tindakan PAS bermuzakarah dengan UMNO?
Adakah PAS akan terkeluar dari Pakatan Rakyat??

Tunggu adegan seterusnya..

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar: Mana satu yang betul ni?


Nampaknya sakit jiwa dan sindrom gila kuasa abang Nuar menjadi jadi. Semalam, dia menyatakan bahawa dia nak bertanding di kerusi parlimen Bandar Tun Razak, tapi harini dia umum pula nak bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Hahahaha.. Nampak sangat abang Nuar terlalu mengidam-idamkan takhta Perdana Menteri.

Status abang Nuar sekarang bukan Ahli Parlimen, bukan ahli PKR, abang Nuar hanya penasihat umum PKR saja. Tunggulah masa yang sesuai, bertandinglah dengan cara terhormat. Harap Pilihanraya kecil nanti, minta rakyat memfikirkan masak-masak untuk mengundi beliau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Macam-macam! Nik Aziz VS Hadi Awang

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Harakah: Mat Sabu tunjuk Hero!

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu memberi amaran, pihaknya sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang bentuk pembaziran wang rakyat sama ada dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

"Saya ingin mengingatkan kerajaan negeri, sama ada BN atau Pakatan Rakyat, sama ada mereke hendak guna Mercedes Benz atau Proton Perdana, mereka tidak harus sesekali membazirkan wang rakyat," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya terhadap kos penyelenggaraan yang tinggi ke atas kereta rasmi kegunaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang didedahkan media sekarang ini.

Pendedahan dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi Proton Perdana, turut diakui kerajaan negeri Pahang, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi, dilaksanakan kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau pun Negeri, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan kenderaan keluaran nasional.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini banyak kerajaan negeri terpaksa menimbang semula dasar tersebut akibat kos penyelenggaraan kereta nasional yang amat tinggi.

Dalam reaksinya mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi, Naib Presiden PAS itu berkata, beliau bimbang wujud penyelewengan atau ketidaktelusan dalam tuntutan kos-kos yang berkaitan.

"Kenderaan-kenderaan rasmi kerajaan adalah milik rakyat, sesiapa yang menggunakan kenderaan itu harus menjaga amanah rakyat sebaiknya, jangan sesekali milik peribadikan hak ini.

"Oleh kerana itu, saya dan rakan-rakan, akan terus menentang sekeras-kerasnya pembaziran wang rakyat, sama ada dilakukan oleh BN atau Pakatan Rakyat. - mr_


Komen: Besar sungguh pangkat dan pengaruh si mat sabun nih, ingat orang pandang sangat kepada dia kot? Cakap kasar, suka mengutuk, mencaci dan menfitnah, ini ke sifat-sifat seseorang pemimpin yang profesional?

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Malaysiakini: AMK T'ganu buat laporan polis

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu mendesak pihak polis menyiasat dengan segera kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 eksekutif kerajaan negeri Terengganu yang terlalu tinggi dan melampau.

Ketuanya, Mohd Fariz Musa membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu jam 3.02 petang.

Beliau ditemani oleh Timbalannya, Muzafeq Affyulzalfuzam Mohamad dan beberapa exco AMK.

Aduan tersebut adalah berdasarkan kepada laporan Utusan Online dan Bernama pada 23 Julai lalu.

Mohd Fariz turut menyertakan kenyataan Proton bahawa kos penyenggaraan kereta Proton Pedana V6 adalah munasabah dan sederhana.

Menurut kenyataan Proton itu, tiada tuntutan jaminan yang dibuat terhadap Proton sejak Oktober 2004 bagi kenderaan terbabit.

"Kami berharap polis menyiasat dengan segera kos penyenggaraan yang tinggi dan melampau kerana ia melibatkan duit rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Fariz juga meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya bersikap telus dan profesional serta menyiasat perkara tersebut hingga ke akar umbi.

"Jangan sampai ikan bilis tertangkap, ikan jerung (pula) terlepas,"katanya.


Komen: AMK sentiasa menanguk di air yang keruh. isu kecil diperbesarkan. Mereka selalu mencari salah orang lain dan sengaja mencetuskan kontrvesi. Inikah barisan pemuda yang diharapkan untuk menjadi pemimpin di Malaysia? Layakkah mereka untuk memimpin kita kelak?

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar: Lebih 6 kali darah saya diambil...

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang enam tahun beliau dipenjarakan dahulu, lebih enam kali darahnya diambil.

"(Pada tahun) 2004 ada lagi (contoh) DNA yang diambil daripada saya," katanya.

Oleh itu, katanya, tiada alasan mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.

Sambung keterangan

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Sementara itu, Anwar juga memberitahu bahawa beliau akan menyambung memberi kenyataan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR) Isnin ini.

anwar meet supporters tropicana 190708 crowdIa berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden "mata lebam" 10 tahun lalu.

Pada 16 Julai lalu, polis menahannya di luar rumahnya di Segambut Dalam ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi keterangan pada BPR di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan keesokannya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar menasihatkan ahli-ahli PKR supaya tidak membenarkan diri mereka diprovoksi oleh pihak polis.

Beliau juga menggesa kepimpinan PKR supaya meneruskan perjuangan dan menggerakkan rakyat dan masyarakat.

"Jangan benarkan kita diprovokasi oleh pihak polis atau sesiapa. Jangan bagi ada pergaduhan," kata Anwar.

Beliau juga menyeru ahli dan penyokong PKR supaya menunaikan solat hajat dan berdoa agar Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia."Sebenarnya contoh DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun," katanya ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa DNA Anwar yang baru diperlukan, kerana yang ada sudah lama.

Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Malaysia bukan negara sekular

Peguam Syarie menulis: Sejarah bukti Malaysia bukan negara sekular
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar dan Nurhidayah Muhd Hashim
(BH 1 Ogos)

PERSOALAN Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular atau tidak, kembali diperkatakan baru-baru ini rentetan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan Malaysia sebuah negara Islam.
Jika diimbau kembali, isu itu sudah diperkatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerajui pimpinan negara. Begitu juga Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memperkenalkan manhaj Islam Hadhari di Malaysia dan mendapat sokongan ramai, termasuk masyarakat bukan Islam.Namun, kepemimpinan MCA mempertikaikan kesahihan negara Islam ini dengan mengutarakan laporan Suruhanjaya Reid dan keputusan Mahkamah Agong mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat sekular. Kenyataan itu dibidas Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya, Khairy Jamaluddin.Polemik ini perlu diselesaikan secara ilmiah, profesional dan berhemah berdasarkan fakta sejarah dan hakikat yang berlaku di negara kita.Mengikut sejarah, laporan Suruhanjaya Reid ada menyatakan kemasukan fasal Islam adalah agama bagi Persekutuan tidak menjejaskan sifat sekular Perlembagaan. Adakah kita terikat semata-mata kepada hasrat penggubal Perlembagaan itu yang rata-ratanya bukan rakyat Malaysia.Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj juga berpendirian sedemikian. Malah, penghakiman Tun Salleh Abas dalam kes Che Omar Che Soh menafsirkan Islam dalam Perkara 3 itu terhad kepada aspek ritual dan rasmi saja.Namun, jika diperhalusi, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya memperuntukkan banyak fasal mengenai agama Islam. Umpamanya Perkara 3 menegaskan tanpa keraguan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Negara sekular seperti Perancis, Turki dan India menyatakan dengan jelas dalam perlembagaan mereka bahawa negara itu adalah negara sekular tanpa merujuk kepada sebarang agama. Ia itu tidak berlaku di dalam Perlembagaan dengan wujudnya Perkara 3 tadi.Jika Perlembagaan adalah sekular tentu Perkara 3 itu ditiadakan, malah ada banyak fasal lain yang memberi keistimewaan dan kedudukan tinggi agama Islam. Ia mustahil berlaku dalam sebuah negara sekular.Sebuah negara sekular tidak boleh mengeluarkan dana awam bagi perkembangan sesuatu agama kerana ia bertentangan dengan prinsip sekularisme. Namun, di Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memperuntukkan ratusan juta ringgit bagi pengembangan dan kemajuan agama Islam, sama ada untuk pembinaan masjid, peruntukan jabatan berkaitan agama Islam dan banyak lagi. Tindakan kerajaan selaras dengan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan dana awam digunakan bagi pembangunan agama Islam seperti diperuntukkan Perlembagaan dan sekali gus menjadi bukti Islam mendapat tempat istimewa dalam Perlembagaan. Perkara 11(4) Perlembagaan pula memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-wilayah Persekutuan membuat undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam. Adalah mustahil dalam sebuah negara bersifat sekular keistimewaan itu diberikan kepada sesebuah agama. Hal ini dengan sendiri menafikan hujah Perlembagaan adalah perlembagaan sekular.Malah, dengan pindaan Perlembagaan pada 1988 menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mengganggu keputusan Mahkamah Syariah, sekali gus menaikkan kedudukan agama Islam dan Mahkamah Syariah walaupun ada kalangan masyarakat tidak berpuas hati dengan kedudukan ini. Sekali lagi keistimewaan diberikan kepada agama Islam.Malah, dalam banyak keadaan lain, agama Islam dirujuk dan diiktiraf. Ia termasuk dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan format dengan menyebut nama Allah seperti lafaz wallahi wabillahi watallahi. Ia adalah sumpah syarie mengikut lunas undang-undang syariah. Dengan menggunakan nama Allah, kedua-dua baginda berazam akan mempertahankan agama Islam di negara ini.Contoh itu adalah sebahagian contoh membidas hujahan pihak yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular secara total. Pelbagai perkara berlaku selepas Perlembagaan dipinda selepas kemerdekaan negara menjurus kepada peninggalan sifat sekular negara. Adalah jelas Perlembagaan dan negara Malaysia bukan negara sekular dalam erti kata sekular itu sendiri. Negara sekular memisahkan agama daripada perundangan dan pentadbiran. Negara sekular meminggirkan agama dalam mengejar kemajuan. Negara sekular tidak memberi keistimewaan langsung kepada sebarang agama dalam menjalankan aktiviti agama mereka. Perkara itu tidak berlaku di Malaysia.Persoalan kedua, apakah Malaysia sebuah negara Islam dalam erti kata sebenarnya? Perbincangan disambung minggu depan.Penulis ialah Presiden dan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo. com

--------------------------

Hasil feedback membantah, maka Presiden telah memberikan rational kenapa persolan ini tidak boleh kita tinggalkan..

Assalamualaikum,

Saya mengucapkan penuh kesyukuran dan berterima kasih kepada tuan yang member respon kepada artikel kami dalam ruangan peguam syarie menulis. Untuk penjelasan kepada tuan artikel tersebut hanya mengupas persoalan samada perlembagaan persekutuan adalah bersifat sekular atau tidak. Hujah-hujah yang dikemukakan adalah semata-mata berdasarkan kepada hujah-hujah perundangan yang sebahagian besarnya telah diterima di dalam kes-kes di mahkamah sivil.

Artikel tersebut tidak membicarakan samada Malaysia adalah sebuah Negara Islam atau tidak. Jika tuan meneliti di penghujung artikel berkenaan ada dinyatakan pada minggu hadapan kami akan mengupas persoalan samada Malaysia adalah Negara Islam atau tidak. Tunggulah sehingga minggu hadapan bagi mengetahui kedudukan tersebut dan jangan terlalu ghairah melabel yang bukan-bukan sebelum mendengar keseluruhannya. Bukankah di dalam Islam juga kita perlu memberi hak untuk didengar sepenuhnya.

Tidak dalam keadaan mana sekalipun dalam artikel tersebut kami mengatakan Malaysia adalah Negara Islam melainkan hanya mengutip kata-kata beberapa pemimpin politik yang tidak semestinya kami bersetuju dengannya.

Memang tidak dinafikan bahawa negara-negara sekular di Barat memberi bantuan kepada masyarakat tanpa mengira etnik, bangsa dan agama. Tetapi bantuan tersebut diberikan atas nama kebajikan bukan atas nama agama seperti yang berlaku di Malaysia. Ini adalah hakikat yang perlu kita fahami tanpa mengira ideology politik kita. Malah beberapa pemimpin PAS juga telah mengakui hakikat ini dan bersetuju dengan hujah-hujah sebegini.

Amat malang bagi kita sekiranya kita masih mengatakan Malaysia negara sekular kerana inilah kehendak penjajah. Sekiranya kita berpegang kepada pendirian ini tidak mustahil suatu masa nanti pihak bukan Islam akan membuat suatu permohonan di mahkamah sivil mengatakan orang Islam juga mengatakan Malaysia adalah negara sekular. Oleh itu semua jabatan agama Islam, university islam, Tabung Haji, Bank Islam dsb hendaklah dihapuskan kerana tidak berhak diwujudkan kerana ia berlawanan dengan perlembagaan. Inilah sebenarnya kekhuatiran di kalangan peguam dan kekhuatiran ini mempunyai asas yang amat kukuh.

Pada pandangan kami peguam yang komited memartabatkan undang-undang syariah, inilah strategi yang perlu kami mainkan bagi memberi kesedaran tentang tidak sekularnya perlembagaan persekutuan dan kami akan berusaha menegakkan Islam dalam kerangka perlembagaan itu sendiri. Pada pandangan kami juga walaupun Malaysia bukanlah sebuah negara sekular, tetapi ia juga bukan sebuah negara Islam sepenuhnya kerana Islam sebagai addeen itu tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia.

Diharap penjelasan ini dapat difahami dan tuan tidak lagi berdukacita. Jika kita bredukacita dalam perjuangan, kita tidak akan sampai ke mana. Dan dalam perjuangan juga kita perlu ada hikmah dan juga kebijaksanaan dalam menangani sesuatu isu. Adab dan sopan juga tidak harus kita pinggirkan di dalam setiap tindak tanduk kita. Wallahu a’lam.


Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Jom komen di Facebook!

Khalid nafi lantik ahli keluarga Anwar terajui KDEB

SHAH ALAM 18 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri mengamalkan nepostisme apabila seorang lagi ahli keluarga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik memegang jawatan tertinggi dalam anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Beliau berkata, tidak wujud mana-mana ahli keluarga Anwar memegang jawatan dalam mana-mana anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

"Tidak ada... tidak ada lagi ahli keluarga beliau (Anwar) dilantik dalam anak syarikat kerajaan negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan melalui sebuah laman blog mendakwa kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang melantik suami kepada anak saudara Anwar, Badrul Hisham Shaharin memegang jawatan tertinggi dalam KDEB.

Menurut laporan berkenaan, Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tinggi PKR dikatakan sebagai salah satu rantaian amalan kronisme Anwar bagi mengaut segala projek yang dilaksanakan di bawah KDEB.

Ini kerana, KDEB mempunyai rantaian sumber ekonomi yang amat kukuh di Selangor dalam pelbagai bidang meliputi rangkaian perhotelan, institusi pendidikan dan sebagainya yang dikatakan mampu membawa pulangan jutaan ringgit.

Sebelum ini, adik Anwar, Rusli turut dilantik sebagai Penasihat Khas KDEB. Bagaimanapun, kerajaan negeri pada 29 Jun lalu mengumumkan peletakan jawatan Rusli.

Pengumuman berkenaan dibuat kerana kerajaan negeri mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Rusli tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat kerajaan negeri selain mengelak wujudnya sebarang konflik kepentingan mengenai perkara tersebut walaupun Rusli memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Penasihat PKR berkurung di rumah

KUALA LUMPUR 18 Julai - Sehari selepas dibebaskan dengan jaminan polis, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga petang ini tidak keluar dari rumah sebaliknya "berkurung" di kediamannya di Bukit Segambut di sini.

Beliau dipercayai menghabiskan masanya seharian bersama keluarga selain menemui rakan-rakan, saudara-mara, peguam serta para penyokong yang datang silih berganti.

Anwar langsung tidak kelihatan walaupun sekadar di beranda atau laman rumahnya.

Pada pukul 7.15 malam, barulah kelibat Anwar kelihatan iaitu meninggalkan rumah menaiki kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam sambil diiringi tujuh kenderaan lain.

Beliau yang berbaju batik berwarna coklat sempat melambai-lambai tangan ke arah jurugambar yang menunggu di luar rumahnya itu sambil tersenyum.

Kenderaannya dipercayai menuju ke Jasin, Melaka bagi menghadiri majlis ceramah politik dan makan malam bersama penyokong.

Dalam pada itu, petugas media yang 'berkampung' di luar rumah Anwar sejak pukul 8 pagi, gagal mengesan pergerakan keluar bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Kira-kira pukul 10 pagi, Naib Presiden PKR, Azmin Ali memasuki rumah itu sebelum diikuti oleh peguam Anwar, Sankara N. Nair sejam kemudian.

Seorang lagi peguam Anwar, R. Sivarasa kelihatan memasuki rumah itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pada pukul 3 petang, satu sidang akhbar diadakan oleh Sivarasa yang dihadiri kira-kira 70 petugas asing dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati rumah Anwar terus menarik perhatian para penyokongnya yang ingin mengetahui keadaan semasa dirinya.

Malah, ada di antaranya cuba memasuki banglo itu dengan menghadiri sidang akhbar pada pukul 3 petang ini walaupun dikhaskan untuk wartawan.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

ANWAR: Bila saya jadi PM, esok minyak turun 50sen

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar bukan ancaman kepada kerajaan BN

KUALA LUMPUR 17 Julai – Penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukan kerana beliau menjadi ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya.

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya tidak khuatir dengan Anwar kerana beliau hanya pandai bercakap tentang hasrat untuk menukar kerajaan tetapi sehingga sekarang tidak menjadikannya satu realiti.

“Kita tidak bimbang dengan Anwar dan ini terbukti apabila beliau diberikan ruang untuk berdebat mengenai isu kenaikan harga minyak yang disiar secara langsung melalui televisyen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Anwar yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 petang semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Hishammuddin, pihaknya juga tidak menganggap kenyataan Anwar bahawa terdapat ahli Parlimen BN akan menyertai pakatan pembangkang sebagai ancaman kerana yakin perkara itu tidak akan berlaku.

“Perkara ini tidak dibuat sehingga sekarang dan kita yakin ia juga tidak akan menjadi kenyataan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan taktik pihak pembangkang yang cuba membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap penangkapan Anwar semata-mata bagi mengalihkan tumpuan terhadap isu pokok membabitkan dakwaan liwat terhadap beliau.

“Dalam kita sibuk memikirkan penahanan Anwar yang sekarang ini telah pun dilepaskan, saya meminta semua pihak supaya jangan hilang fokus kepada isu pokok iaitu pada 28 Jun lalu seorang individu telah membuat laporan polis mendakwa diliwat.

“Dalam setiap kes, sekiranya ada laporan polis, siasatan mesti dijalankan secara sempurna tanpa rasa takut atau memihak kerana tiada sesiapa yang boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang,” ujarnya.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas tetap bantah penajaan bir

SHAH ALAM 17 Julai - Pas sekali lagi menunjukkan tidak sepakat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila mempertahankan pendirian membantah penganjuran perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Malaysia dan Chelsea di Stadium Shah Alam, pada 29 Julai ini.

Ia ekoran pembabitan penajaan syarikat minuman keras, Heineken pada perlawanan itu.

Pendirian terbaru Pas itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, yang bersetuju perlawanan itu ditaja oleh Heineken kerana menganggap ia adalah penaja seluruh dunia yang membolehkan rakyat dapat melihat aksi kelab Liga Perdana Inggeris itu beraksi di negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Shafie Abu Bakar berkata, perlawanan berkenaan tidak seharusnya melibatkan syarikat minuman keras itu kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.

''Walaupun perlawanan yang akan diadakan tidak akan menjual arak, tetapi penajaan mereka jelas tidak menepati dengan apa yang dibawa (prinsip) oleh Pas.

''Adakah tanpa penajaan syarikat ini, rakyat tidak berpeluang melihat perlawanan berkenaan. Bagi saya, perlawanan ini boleh diadakan tanpa membabitkan mana-mana syarikat arak,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Khas Majikan serta melancarkan Rakan Dakwah Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), di sini hari ini.

Katanya lagi, negara ini termasuk kerajaan negeri sendiri mempunyai syarikat-syarikat lain yang berpotensi untuk menjadi penaja dan ia tidak semestinya melibatkan syarikat arak seperti Heineken yang juga penaja kepada pasukan Chelsea.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Timbalan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri turut berharap, pihak yang berkenaan termasuk kerajaan negeri sendiri supaya mengambil langkah-langkah yang perlu terhadap perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini termasuk di Selangor.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini memberitahu, keputusan kerajaan negeri membenarkan penajaan itu dilihat sebagai satu galakan dan sokongan terhadap syarikat berkenaan.

Katanya, penajaan syarikat itu seolah-olah sebagai satu bentuk promosi produk arak walaupun arahan melarang sebarang jualan minuman keras ketika perlawanan itu dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

''Memang Heineken dikatakan turut mengeluarkan produk lain, tetapi yang utamanya adalah arak. Namun, kita khuatir akan mempengaruhi golongan belia Islam kerana penonton yang hadir sudah tentu turut melibatkan umat Islam.

Utusan

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tokoh-tokoh Islam di seluruh dunia sokong Anwar


BEBERAPA tokoh Islam di seluruh dunia menyatakan sokongan mereka secara terbuka terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di samping melahirkan rasa bimbang mereka terhadap perkembangan terkini dan keselamatan Anwar. Dalam satu surat terbuka ditandatangani tokoh-tokoh berkenaan dari merata pelusuk dunia mengenai Anwar yang dipaparkan di dalam laman Web Islamica Magazine (www.islamicamagazine.com), mereka juga menggesa pihak berkuasa negara ini supaya menyelesaikan isu berkaitan dengan telus, pantas dan adil bagi memastikan keselamatan, dan kebebasan Anwar terpelihara.

Antara tokoh-tokoh berkenaan termasuk Dr. Yusuf Islam (Komposer, ahli dermawan dan pengerusi Islamia Schools Trust, London, UK) dan Dr. Jamal Barzinji ( Timbalan presiden , International Institute of Islamic Thought, AS) (suarakeadilan)

Komen: Hebat betul la pengaruh abang Nuar diserata dunia. Semua mahu agar perjalanan siasatan kes liwa abang nuar disiasat dengan baik dan sempurna. Penulis amat yakin dengan khidmat dan mutu pegawai PDRM, kerana PDRM adalah salah sebuah polis yang terbaik didunia, Alangkah syukurnya kita rakyat Malaysia yang mempunyai pasukan polis yang bertanggungjawab dan lebih baik dari negara - negara jiran seperti di Indonesia, yang terkenal dengan tahap rasuah yang tinggi. Bersyukurlah kerana tinggal di Malaysia, jangan ragui kewibawaan PDRM kita. Ingat! Yang salah tetap salah, kebenaran dan keadilan harus ditegakkan. Sekarang sudah ada banyak bukti yang ditunjukkan oleh Allah SWT yang mana satu pihak yang benar, dan yang mana satu pihak yang salah. Bukalah mata hati, jangan terlalu fanatik pada individu.

Abang Nuar, abang Nuar jangan lupa ya, cabaran Si sepul.. ada berani ke nak bersumpah?? Mana pergi slogan 'lawan tetap lawan'?

Nantikanlah lakonan hebat abang Nuar pada episod seterusnya..


Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar enggan memberikan sampel DNA ?


Anwar enggan bekerjasama dengan pihak polis dan enggan memberikan sampel DNA. Beliau yang masih ditahan dikatakan tidak memberikan sampel DNA untuk siasatan. Menurut penguam Anwar yang mengiring penasihat PKR ini, Anwar enggan memberikan sampel DNA untuk pihak polis menjalankan siasatan selanjutnya. Jelas kali ini Anwar banyak berdalih dan amat gentar untuk menghadapi kenyataan laporan yang telah dibuat oleh pembantu khas beliau.

Menurut peguam Anwar, sdr. Sivarasa yang turut mengiringi Datuk Seri Anwar, mereka telah melakukan pemeriksaan dan Anwar enggan untuk melakukan DNA. Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri telah menyatakan bahawa Anwar akan ditahan semalaman kerana pihak polis akan menyelesaikan siasatan
terhadap Anwar. Beliau menafikan bahawa ada konspirasi di pihak kerajaan terhadap Anwar. Setelah pihak polis melakukan penyiasatan terhadap Anwar mereka akan memikirkan sama ada untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap beliau. Kemungkinan besar Anwar akan ditahan beberapa hari kerana pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan Anwar selama 14 hari.

Pihak polis telah melakukan penyiasatan terhadap Saiful dan mereka ingin memastikan bahawa apa yang telah mereka perolehi sama seperti yang mereka perolehi dari Saiful. Menurut mereka Saiful diberikan keadilan dan Datuk Syed Hamid menyatakan keyakinan beliau bahawa tidak akan berlaku tunjuk perasaan dikalangan penyokong PKR, persolannya mengapa Anwar enggan bekerjasama dengan pihak polis pada kali ini dan mengapa Anwar enggan memberikan sampel DNA kepada pihak berkuasa. Mengapa Anwar takut untuk memberikan sampel DNA kepada pihak polis.

Walaubagaimanapun, Anwar tidak akan dapat lari dari kenyataan yang sebenar dan pasti Anwar akan terperangkap kali ini dalam dosa yang telah beliau lakukan. Mungkin Anwar boleh melepaskan dirinya dahulu, tidak mungkin Anwar akan terlepas kali ini. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan merudum ke bumi juga. Amat memalukan kerana seorang yang dianggap idola dan tuhan oleh penyokong PKR enggan bekerjasama dengan polis. Parti PAS sepatutnya mengkaji kes ini dan berikan pendirian mereka.

www.kpmu.net

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

'Saya tidak serang peribadi Anwar'

DEBAT antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek malam kelmarin mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan rakyat serta ahli politik.

Kosmo! menemubual Ahmad Shabery Cheek bagi mendapatkan pandangannya mengenai sejauh mana kejayaan beliau di dalam debat anjuran Agendadaily.com yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kelmarin.

Kosmo!:Ada cakap-cakap mengatakan di dalam siri debat semalam, Datuk mengambil kesempatan dengan menyerang Anwar secara peribadi?

Ahmad Shebery: Serangan peribadi yang bagaimana itu? Cuba beritahu saya. Bagi saya, ia bukan serangan peribadi tapi kalau saya cerita pasal perangai awak dan kegemaran awak itu mungkin serangan peribadi. Tapi kalau saya nak mengukuhkan hujah, saya perlu melihat kepada rekod peribadinya (track record) sebelum ini dan itulah yang saya lakukan semalam.

Sehingga sekarang bagaimana reaksi yang diberikan oleh rakan-rakan ahli Dewan Rakyat serta orang ramai?

Sangat baik. Saya terima beratus khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyokong saya. Tetapi apa yang lebih penting saya dapat menangkis ilusi beberapa pihak yang menganggap tak ada yang berani untuk berdebat dengan Anwar.

Bagaimana Datuk melihat perjalanan pidato semalam?

Saya amat berpuas hati. Sekurang-kurangnya ini merupakan satu langkah ke hadapan terutamanya bagi kementerian saya dan kerajaan.

Adakah ini bermakna trend debat akan diteruskan berbanding pendekatan ceramah politik?

Kita belum menginstitusikan perkara itu di negara ini. Terpulang kepada orang ramai sama ada bersedia untuk menginstitusikannya. Misalnya kalau di Amerika Syarikat (AS), setiap kali pilihan raya debat itu adalah sebagai satu institusi yang wajib.

Maknanya adakah Datuk kini bercadang untuk aplikasikan kaedah debat di negara ini bagi membincangkan isu-isu nasional?

Saya tak cadangkan tapi saya rasa saya telah memulakan satu langkah baru dalam urusan kita menangani beberapa isu termasuklah isu global seperti yang dibahaskan semalam (kelmarin). Mengenai adakah ini langkah terbaik untuk bincang isu nasional, bagi saya ini merupakan antara langkah baik berbanding kita buat perhimpunan dan adakan konsert yang tak senonoh.

KOSMO

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Jangan terpengaruh khabar angin

KUALA LUMPUR 16 Julai - Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub meminta semua penyokong pakatan pembangkang supaya bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin kononnya akan diadakan perhimpunan membantah penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, khabar angin sedemikian tidak boleh dipercayai kerana sebarang arahan mesti dikeluarkan oleh pemimpin atasan pakatan berkenaan.

''Saya menyeru atas nama pakatan pembangkang supaya ahli-ahli dan penyokong bertenang melihat perkembangan yang berlaku dan sebarang arahan mestilah datang daripada pemimpin atasan," ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar ditahan di perkarangan rumah oleh pihak polis

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan oleh sepasukan polis sejurus menghampiri kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.00 tengahari Rabu dari Putrajaya setelah memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Difahamkan polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan setelah itu Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis.

Beliau dibawa ke IPK bagi memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat ke atasnya oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, 28 Jun lalu. Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis tidak diketahui beliau akan terus ditahan reman atau akan dibebaskan selepas memberikan keterangan. Kira-kira jam 1.30 isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat memasuki perkarangan IPK Kuala Lumpur.

Anwar akan dituduh bawah Seksyen 377C, jika sabit kealahan beliau boleh dihukum selama 20 tahun dan juga sebatan. Menurut Wan Azizah beliau risau akan kesihatan Anwar yang mana dia sekarang mengalami
sakit belakang dan pernah membuat pembedahan sebelum ini. Hampir 200 penyokong PKR juga beserta beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan kok Wai, Fong Kui Lun and Anthony Loke berada di
perkarangan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Angkat Muda PKR , sdr PKR Shamsul Iskandar, satu kumpulan kecil yang akan berjaga diperkarangan Ibu pejabat polis Kuala Lumpur jika Anwar tidak dibebaskan sehingga malam ini.

Sebelum itu peguam beliau, Sankara Nair tiba di IPK dan disusului dengan kehadiran beberapa penyokong Anwar termasuk beberapa Ahli Parlimen PKR. Sekumpulan pasukan polis telah menangkap Anwar dan di
bawa ke Ibu Pejabatr Polis Kuala Lumpur.

Terdahulu kira-kira jam 10 pagi, Anwar telah pergi ke Ibu Pejabat BPR di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung dengan laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana didakwa memalsukan bukti semasa kes beliau dipukul dalam tahanan polis pada tahun 1998. Musa dan Gani telah memberi keterangan kepada BPR 11 Julai lalu.

http://www.kpmu.net


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kenyataan penuh polis mengenai tangkapan Anwar Ibrahim

16/07/2008 9:07pm

Berikut adalah kenyataan akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengenai penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. Untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

2. PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan, sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

3. Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawab kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada.

4. Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah secara profesional berdasarkan kepada keperluan ini. Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman. Tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.

5. Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1.00 petang di sekitar Segambut. Pihak PDRM tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah beliau yang boleh menimbulkan kekecohan (commotion), waran tangkap telah disempurnakan ke atas beliau. Ketika ini beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.

6. Beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya pada waktu ini. Ahli keluarga beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya. PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis.

Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Diraja Malaysia

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar minta penyokong bertenang


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.

Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provokasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.

Pagi tadi, Anwar memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Menurut kenyataan itu lagi, semua ini merupakan ulangan episod yang berlaku terhadap Anwar pada 1998.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap Anwar.

"Kami ingin mengingatkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai janjinya untuk memastikan Anwar diberi perlindungan," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Anwar ditahan di luar rumahnya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada jam 1.05 tengahari tadi.

Mantan timbalan perdana menteri itu dijadual memberi kenyataan kepada ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 2 petang berasaskan kepada persetujuan yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa.

Kenyataan itu berkata, Anwar baru pulang ke rumahnya dari ibu pejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang difailkan berhubung kes penyembunyian fakta, yang membabitkannya pada 1998.

Menurutnya, ketika beliau menghampiri rumahnya, 10 kereta polis, separuh daripadanya tidak bertanda, memintas kereta yang dinaiki Anwar.

Sekumpulan 20 orang anggota komando menghampirinya, sekaligus mengingatkan kembali insiden ketika Anwar ditahan di rumahnya pada September 1998.

Seorang pegawai mendatangi Anwar dan mengarahkannya menaiki kereta polis yang tidak bertanda untuk dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Peguam beliau tidak dibenarkan ikut bersamanya dalam kereta polis tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Anwar ditahan kurang 15 jam selepas beliau mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai kenaikan harganya minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi.

http://malaysiakini.com

Komen: Bukan ada apa-apa pun, polis hanya mahu tahan dia, untuk ambil keterangan. Media munafik, SuaraKeadilan kalut suruh rakyat dan penyokong pembangkang berhimpun dihadapan IPKKL. Budaya yang dibawa oleh Anwar dan diserapkan dikalangan rakyat boleh menyebabkan negara huru-hara seperti tahun 1998.

Adakah Anwar mahu tragedi 1998 berlaku kembali??

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hujah Anwar kosong dan memutarbelitkan tajuk debat

Apa yang pasti satu sejarah tercipta apabila Menteri Penerangan muda telah berani berdepan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dan juga pemimpin De Fector PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Debat yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka dipengerusikan oleh Johan Jaafar dan dua orang ahli panel - Pengarang akhbar Siasah, Zulkifli Sulong dan Nordin Kardi dari Universiti Utara Malaysia.

Debat yang bertajuk “Bentuk Kerajaan, Esok Akan Turun Harga Minyak”. Apa yang dapat diulas disini adalah debat ini sebenarnya tidak mencapai matlamat yang sebenarnya dan bukanlah pula gagal dalam konteks penerangan yang mana debat ini telah diselewengkan dari tajuk asal dimana Anwar tidak fokus kepada isu dan tajuk debat ini yang sebenar. Mungkin bagi pihak pembangkang dan rakyat biasa yang kurang arif dengan subjek teknikal menganggap debat ini berpihak kepada Anwar kerana seperti biasa Anwar telah banyak memutar belitkan fakta sebenar dan berjaya menyusun ayat -ayat yang membayangkan bahawa beliau adalah pejuang kepada rakyat. Dari segi isi sebenar Anwar gagal untuk membuktikan apa yang telah beliau janjikan dan gagal untuk membuktikan bahawa beliau boleh menunaikan janji-janji yang telah dilakukan pada pilihanraya yang lalu.

Anwar dari tajuk sebenar dengan menekan bahawa beliau akan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen. (Lari dari tajuk dan janji beliau pada plihanraya yang lalu) di mana harga minyak pada masa itu adalah RM1.92 jika kita masih mengekalkan harga RM 1.92 maka kerajaan perlu subsidi sebanyak 50 billion yang mana banyak pembangunan terpaksa dihentikan, projek seperti jalan, sekolah terpaksa dihentikan. Anwar banyak merapu dengan mengulangi perkara lama seperti bail out pewaja dan bail out bermacam-macam lagi benda lain yang tidak diterangkan.
.
Pujian patut diberikan kepada Shabery kerana berjaya memberikan jawapan-jawapan dan soalan yang membuat Anwar gelabah sehingga terpaksa membuat memek muka dan menepuk dahi. Yang menarik adalah apabila Shabery menyatakan bahawa Anwar lah orangnya yang bertanggungjawab dalam pembentukan IPP yang mengaut keuntungan seperti yang dikaitkan oleh Anwar dalam pembentangan beliau dengan mengurangkan reserve kapasiti tenaga eletrik negara dari 40 peratus kepada 20 peratus dan yang mendapat keuntungan adalah IPP.

Shabery juga menyatakan bahawa apa yang Anwar katakan bahawa kerajaan memutar belit keyataan sebenar melalui media masa dan lidah rasmi kerajaan adalah tidak benar sedangkan apa yang berlaku sekarang membayangkan kerajaan adalah terbuka dan membenarkan Anwar berdebat secara terus dipancarkan melalaui media kerajaan, ini tidak pernah berlaku di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Shabery juga menyatakan, agak mudah untuk bercakap jika kita berada diluar kerajaan, tetapi mengapa apabila Anwar berada di dalam kerajaan dahulu dia tidak melakukan apa yang dia cakap hari ini. Jelas dalam debat ini di segi fakta Anwar gagal kerana banyak tipu muslihat yang pandai memutar kata-kata boleh memikat orang-orang kampung, petani atau nelayan.

Dari segi isi ianya hanyalah sekadar putaran hujah-hujah lama yang tidak berasas. Shabery juga manyatakan bahawa Anwar cuba mencari populariti dengan isu minyak ini dan manafi akan kemelut dan krisi harga minyak yang melanda dunia hari ini, beliau juga membuat tuduhan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan menyerang secara peribadi kepimpinan UMNO dan BN.

Anwar yang menyangkakan bahawa beliau dengan mudah untuk memerangkap Shabery tetapi nampak agak terperanjat dengan jawapan dan juga soalan yang di lemparkan oleh Shabery terhadap beliau dan pada keseluruhannya, syabas kepada Menteri Penerangan Malaysia yang telah berani menghadapi cabaran ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa media kerajaan tidak menutup pintu atau memutarbelitkan isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PR: Pakatan Rakyat ataupun Pakatan Rapuh??

Klik gambar untuk besarkan

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Debat Saberi VS Anwar

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PAS Reform



Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Pemuda Umno gesa 'budaya liar asing' dikekang

Pemuda Umno mahu 'budaya liar asing' yang merujuk kepada demonstrasi jalanan yang cuba dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekang sebelum menimbulkan suasana huru-hara.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam kenyataan akhbarnya malam ini, berkata perkara itu bakal menjadi satu lagi helah besar Anwar untuk mengalih tumpuan ramai dari kes liwatnya yang sedang disiasat oleh pihak polis.

"Saya menyeru kepadanya (Anwar), cukuplah dengan sandiwara ini, janganlah memperalatkan rakyat yang tidak berdosa untuk memenuhi agenda peribadinya," katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata, sikap yang ditunjukkan Anwar itu jelas menunjukkan seseorang yang hilang pertimbangan kewarasan serta sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan untuk memenuhi impian peribadi dan mengalih perhatian ramai.

Hishamuddin berkata Pemuda Umno telah sepakat dengan anggota-anggota exco dalam perkara ini untuk bersatu-padu bagi menggerakkan anggotanya di semua peringkat akar umbi bagi menangani isu tersebut.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Maruah PAS makin terhakis

APA sudah jadi dengan PAS ? Idealisme perjuangan parti tersebut semakin pudar. Tindakan bersekongkol dan sanggup menjadi badut kepada pakatan yang tidak selari dengan dasar tubuh perjuangan parti itu membuktikan bahawa PAS semakin tergelincir dari wajah Islamik mereka dan sejak akhir-akhir ini PAS menjadi semakin keliru serta membingungkan.

Di Perak, hanya kerana mahukan jawatan Menteri Besar, mereka sanggup mejadi boneka, mereka sanggup melacurkan parti mereka dan membiarkan DAP dan beberapa kerat pemimpin bukan Melayu dalam KeAdilan menjajah minda gerakan parti itu.

Sekiranya benar ada perjanjian Pangkor II seperti yang didedahkan oleh abang Menteri Besar Perak itu, PAS harus bertaubat untuk membersihkan parti mereka dan PAS harus mengakui bahawa memang benar selama ini mereka hanya memperalatkan Islam demi mengejar kedudukan serta kuasa politik semata-mata.

Di bawah pimpinan Haji Hadi, PAS menjadi semakin hina dan tidak bermaruah. PAS menjadi parti yang lebih sekular daripada UMNO yang selama ini PAS labelkan berbagai-bagai gelaran. Hala tuju parti ini semakin mengarut dan hanya kerana kebencian serta dendam peribadi terhadap UMNO dan Barisan Nasional, PAS menghalalkan apa sahaja matlamat asalkan mereka boleh berkuasa walaupun pada hakikatnya, PAS telah memperdagangkan maruah partinya.

PAS tunduk kepada kehendak DAP yang sedang melecehkan dasar tubuh parti itu. Pemimpin PAS akhirnya menjadi burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak faham maksudnya. PAS telah memusnahkan kepercayaan orang Melayu yang selama ini menyokong parti itu dan mengharapkan akan menjadi parti alternatif kepada UMNO namun setelah diberikan kuasa untuk memerintah, PAS hanya dilihat sekadar berpeluang untuk mencuci tandas dan menggantikan langsir semata-semata.

PAS langsung tidak berperanan dalam pakatan pembangkang. PAS hanya sekadar sebuah pelengkap kepada satu jalan cerita yang akhirnya menjadikan PAS tewas namun kerana mahu turut terbabit kononnya berjaya menukarkan persepsi rakyat daripada UMNO ataupun Barisan Nasional kepada pembangkang, PAS sanggup walaupun akhirnya terpaksa menjadi pengalas kaki kepada KeADILan dan DAP.

Parti ini dan sebahagian daripada pemimpinnya sudah menjadi sesat dan menyesatkan. Cemuhan dan kejian yang selama ini mereka lemparkan terhadap pemimpin UMNO akhirnya telah dipulangkan kepada mereka dan PAS harus menelan kejian yang selama ini menjadi budaya mereka tatkala mengkritik UMNO dan pemimpin Barisan Nasional.

Situasi sama di Selangor, Hassan Ali hanya umpama awak-awak dalam pasukan dikir barat dan sudah jadi seperti melukut di tepian gantang dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Hassan Ali melihat sahaja pertumbuhan tempat-tempat maksiat dan segala macam perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh DAP dan KeADILan dalam masa 100 hari pembangkang menguasi negeri ini. Hassan Ali dan seluruh penyokong PAS bersubahat mengkhianati parti mereka sendiri dan pakaian PAS yang selama ini Hassan Ali dan wakil rakyat PAS lain pakai hanyalah sekadar menutup wajah mereka yang sebenar.

Mereka ini bertanggungjawab merosakkan segala kebaikan yang pernah Barisan Nasional lakukan selama ini. Mereka jual prinsip, mereka peralatkan Islam, mereka sanggup menjadi seperti watak Kadi dalam filem Musang Berjanggut. Mereka sanggup jadi seperti musang berbulu ayam. Mereka rela melihat sahaja Selangor sedang dipotretkan negeri yang penuh dengan segala kemaksiatan tanpa membantah ataupun bertindak apa-apa. Mereka akhirnya menjadi lebih materialistik daripada apa yang rakyat jangkakan. Jiwa Islam dan Melayu mereka terlalu miskin apabila sudah ada kuasa.

Mereka menggunakan kepetahan berhujah dan berceramah hanyalah sekadar mahu mengabui mata rakyat, menipu undi rakyat serta masa depan dasar tubuh parti itu tetapi apabila rakyat memberi mandat, pemimpin PAS ini mengkhianati amanah dan tanggungjawab itu. PAS terlalu banyak bersekongkol dengan segala bentuk yang Islam larang di Selangor.

PAS membisu apabila syariat dipermainkan. PAS tunduk mengalah apabila DAP dan KeADIlan mempersoalkan kontrak sosial yang membabitkan kepentingan Melayu. PAS sanggup menghalalkan segala yang haram yang dibuat oleh rakan-rakan sekutu mereka dalam pembangkang. PAS ditangani pemimpin bernama Haji Hadi bukan lagi merupakan sebuah parti berlandaskan Islam. PAS di bawah kepimpinan Haji Hadi semakin hari semakin ramai melahirkan pemimpin yang fasik dan munafik.

Dipetik dari www.malaysia-hariini.com

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Perak akan kembali ke tangan BN Ogos?

Sudah tiba masanya PAS sepatutnya mengkaji kedudukkan mereka dalam pakatan rakyat kerana perjuangan mereka agak jangal jika dibandingkan dengan rakan mereka dalam pakatan rakyat. Mereka tidur satu bantal tapi mimpi yang berbeza. Apa guna PAS bergabung dengan mereka jika matlamat hanyalah untuk mendapatkan kuasa tetapi terpaksa mengorbankan matlamat perjuangan. Apa guna ada kuasa tetapi terpaksa melakukan apa yang tidak sepatut dilakukan dan bersubahat pada dasar yang tidak relevan dalam perjuangan mereka. PAS yang kini jauh terpesong dan semakin hari semakin jauh meninggalkan perjuangan asal parti berkenaan. Ramai pengikut mereka kini menyedari hakikat berkenaan dan telah banyak perkara-perkara yang diluar persefahaman mereka terpaksa ditelan oleh PAS demi menjaga persefahaman antara pakatan berkenaan .

Jika dahulu UMNO yang berkerjasama dengan MCA dikatakan kafir oleh Hj Hadi dan dengan amanat Hj Hadi ini bermacam-macam peritiwa buruk dan perpecahan antara orang-orang Melayu telah berlaku, anak tidak megaku ayah, suami menceraikan isteri, ayah tidak mengaku anak, kenduri orang UMNO dipulaukan, orang UMNO meninggal tidak diziarahi oleh orang PAS dan bermacam-macam lagi cerita perpecahan berlaku ketika Hj Hadi mengeluarkan amanat berkenaan.

Sekarang mereka bekerjasama dengan DAP yang juga parti Cina, adakah Hj Hadi dan pengikut PAS ini semuanya sudah menjadi kafir. Hanya Hj Hadi sahaja yang boleh memberikan jawapan kepada persoalan ini. Penyokong dan pemimpin UMNO lebih halus pemikiran mereka dan kita tidak pernah mendengar mereka mengafirkan penyokong PAS kerana bekerjasama dengan DAP. Jika dahulu mereka menentang penternakan
khinzir, kini mereka menyokong. Jika dahulu mereka menentang konsert-konsert rock, tetapi sekarang mereka bersama. Jika dahulu mereka pernah menuduh Anwar kaki liwat tetapi kini mereka mempertahankan.

Ura-ura Perak akan kembali ke tangan BN pada bulan Ogos

Seajuah mana berita ini benar, tetapi inilah berita yang bertiup kencang dikalangan rakyat negeri Perak. PAS akan bergabung dengan UMNO untuk mendirikan kerajaan negeri Perak pada bulan Ogos ini dan berikutnya akan diikuti dengan negeri Selangor. Menurut sumber yang boleh dipercayai beberapa pertemuan telah diadakan antara pemimpin UMNO dan juga PAS walaupun Nik Aziz ada menafikan akan berlakunya perbincangan antara pemimpin UMNO dan PAS. Namun yang terbaru, Hj Hadi tidak pula menafikan bahawa ada pertemuan dan perbincangan antara pemimpin PAS dan pemimpin UMNO.

Petikan Mingguan Malaysia

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP semakin retak apabila PAS dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang itu. Difahamkan langkah PAS tersebut berikutan beberapa perkembangan politik yang berlaku terutamanya tindak-tanduk PKR dan DAP yang dilihat sering membelakangi PAS dalam membuat keputusan. Malah menurut sumber, usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu PAS.

Turut mendorong PAS mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat ialah timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti itu yang melihat pakatan berkenaan hanya memperalatkan PAS bagi
mendapat kuasa tetapi tidak menghargai sumbangan mereka selepas pilihan raya. Ini jelas apabila di Perak dan Selangor, PKR dikatakan hanya ‘berkongsi’ dengan DAP dalam membuat keputusan biarpun PAS turut
berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mingguan Malaysia diberitahu, pemimpin-pemimpin Pas juga sudah mencapai kesepakatan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dakwaan liwat yang dihadapinya secara bersendirian tanpa perlu melibatkan PAS. Selain itu, demi perpaduan Melayu dan kepentingan Islam, PAS juga telah memberi ‘amaran’ kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP agar tidak menghalang sebarang usaha
untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.

Pendirian PAS itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua. Kenyataan itu menurut sumber parti berkenaan, secara jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua atau pemimpin utama Pakatan Rakyat.

”Abdul Hadi membuat kenyataan berkenaan kerana melihat Anwar acap kali menonjolkan diri sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat sedangkan tidak pernah ada kesepakatan berhubung perkara itu.”Bagi PAS, kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan kerjasama kolektif dan bukannya sesiapa menjadi ketua,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi.Mingguan Malaysia juga difahamkan, ketegasan PAS untuk mengkaji semula hubungan dengan Pakatan Rakyat adalah berikutan desakan kuat generasi muda PAS yang beranggapan kehadiran parti itu dalam pakatan berkenaan hanya membantutkan usaha mereka memperjuangkan Islam.

Selain itu, mereka berpendapat, PAS perlu mengadakan rundingan dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan Islam yang kini dikatakan semakin tergugat. “Beberapa pemimpin Pemuda PAS juga sudah menyuarakan hal ini dengan lantang, mereka tidak mahu PAS terlalu hendak mengejar kuasa sehingga sanggup mengorbankan matlamat perjuangan parti itu untuk menegakkan Islam,” kata sumber itu lagi.

PAS juga kata sumber itu, yakin jika mereka hendak mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam, ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama UMNO dan bukannya bersama PKR.”Ini bukan bermaksud PAS akan bergabung dalam BN atau sebaliknya tetapi sekadar bermuzakarah bagi mencari titik persamaan dalam memperjuangkan kedua-dua perkara berkenaan,” kata sumber itu.

Oleh : Wan Bahadur

http://www.kpmu.net/


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Parlimen menjadi tumpuan lagi hari ini bilamana penentuan akan dibuat keatas usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahma

Parlimen menjadi tumpuan lagi hari ini bilamana penentuan akan dibuat keatas usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang notisnya dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Khamis lepas.

Ramalan popular menduga usul itu tidak akan ‘ lepas’.

Ini bukan saja kerana pembangkang tidak mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk menentang jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi asas untuk usul seumpama itu tidak ada.

Malah ada pemerhati politik yang mempersoalkan tentang timing usul itu dibawa serentak dengan kehangatan kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dipanggil untukmemberi keterangan mengenai dakwaan bekas pembantunya,Saiful Bukhri Azlan, di Balai Polis Jalan Travers yang terletak tidak jauh dari bangunan Parlimen pada jam 2 petang hari ini.

Sementara itu berikutan adanya khabar yang mengatakan pembangkang nak adakan perhimpunan ‘ tunjuk sokongan’ pada usul itu polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen, Isnin pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunanitu adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.

"Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Beliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu.

Katanya notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok.

Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum.

Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya malam ini berkata beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen Isnin.

"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)," katanya.

Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang.

Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang ditemui Agendadaily lepas satu majlis kenduri di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur juga kata beliau tidak tahu menahu tentang adanya rancangan untuk mengadakan sebarang perhimpunan.

Katanya kalau ada pun PAS tidak terlibat.- 14/7/2008

Parlimen menjadi tumpuan lagi hari ini bilamana penentuan akan dibuat keatas usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang notisnya dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Khamis lepas.

Ramalan popular menduga usul itu tidak akan ‘ lepas’.

Ini bukan saja kerana pembangkang tidak mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk menentang jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi asas untuk usul seumpama itu tidak ada.

Malah ada pemerhati politik yang mempersoalkan tentang timing usul itu dibawa serentak dengan kehangatan kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dipanggil untukmemberi keterangan mengenai dakwaan bekas pembantunya,Saiful Bukhri Azlan, di Balai Polis Jalan Travers yang terletak tidak jauh dari bangunan Parlimen pada jam 2 petang hari ini.

Sementara itu berikutan adanya khabar yang mengatakan pembangkang nak adakan perhimpunan ‘ tunjuk sokongan’ pada usul itu polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen, Isnin pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunanitu adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.

"Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Beliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu.

Katanya notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok.

Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum.

Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya malam ini berkata beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen Isnin.

"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)," katanya.

Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang.

Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang ditemui Agendadaily lepas satu majlis kenduri di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur juga kata beliau tidak tahu menahu tentang adanya rancangan untuk mengadakan sebarang perhimpunan.

Katanya kalau ada pun PAS tidak terlibat.- 14/7/2008

http://agendadaily.com

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Musa tetap saman Anwar

KUALA LUMPUR 13 Julai - Tan Sri Musa Hassan tetap akan menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kegagalan Anwar menarik balik tuduhan bahawa beliau memalsukan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Tindakan itu juga diambil oleh Ketua Polis Negara berikutan kegagalan Anwar membuat permohonan maaf kepadanya.

Difahamkan, Musa melalui firma guaman Tetuan Kamarul Hisham & Hasnol Rezua menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya RM5 juta daripada Anwar.

Jumaat lalu, Musa menghantar surat kepada Anwar dan memberi tempoh 48 jam iaitu sehingga hari ini kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memohon maaf serta menarik balik tuduhan tersebut yang terkandung dalam satu laporan polis pada 1 Julai lalu.

Musa ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini berkata, sehingga hari ini beliau belum menerima sebarang permohonan maaf dan penarikan balik tuduhan atau laporan polis oleh Anwar.

"Sehubungan itu, saya akan teruskan tindakan (saman) kerana tuduhan (Anwar) itu telah mencemarkan nama saya selaku Ketua Polis Negara.

"Sekarang saya serahkan kepada peguam saya, tempoh 48 jam pun sudah berakhir... biarlah peguam tentukan tindakan lanjut," katanya.

Pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam laporan itu, Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam kes pemalsuan keterangan beliau dipukul oleh Rahim pada 1998.

Abdul Gani ketika itu ialah timbalan pendakwa raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.

Komen: Bagus Tan sri, langkah anda harus diikut oleh semua ahli politik yang lain. Anwar terlalu bebas mengkritik dan mengutuk. Berikan dia pengajaran supaya bertaubat dan mencari jalan lain untuk menjadi PM, ingat pesan Dr. Mahathir, anwar ibrahim tak kan jadi PM.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pembangkang sebar dakyah negara tidak stabil

SEPANG 13 Julai - Parti-parti pembangkang kini mula menyebarkan dakyah bahawa negara kini dalam keadaan tidak stabil semata-mata bagi mengalih kepercayaan rakyat kepada kepimpinan negara.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pakatan pembangkang sekarang ini berada dalam keadaan terdesak apabila sengaja mereka-reka cipta termasuk mengadakan perhimpunan serta mengusul undi tidak percaya terhadap kerajaan.

Katanya, mereka sengaja mereka-reka andaian dan sangkaan bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap masalah-masalah peribadi yang mereka hadapi.

``Sangkaan sebegini sangat penting dalam negara kerana kita susah nak ubah mentaliti rakyat yang sudah dicemari dengan andaian mereka itu,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjaya Bagi Pemimpin Malaysia Akan Datang di sini hari ini. - Utusan

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Lepas segera, tidak perlu tunggu – Nik Aziz

11/07/2008 3:50pm

KOTA BHARU 11 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu segera melepaskan jawatannya dan tidak sepatutnya menunggu sehingga dua tahun lagi untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu sedar bahawa punca utama mengapa beliau terdorong menyerahkan jawatan adalah kerana rakyat tidak lagi mengharapkannya untuk memimpin negara.

"Lepas-lepas selalulah (terus), kenapa nak tunggu, tak payah tunggu lagi.

``Dia perlu sedar kenapa dia kena lepas jawatan, mestilah sebab orang dah tidak seronok dengan dia, jadi tunggu apa lagi," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah pagi di Dataran Ilmu di sini hari ini.- Utusan.

Komen: Amboi, amboi.. Makin lama makin melampau Tok Guru ni. Dia sapa nak suruh pak lah lepas jawatan terus. Ada akai ke tak dak orang tua tu. Sebagai seorang yang profesional, Pak Lah harus menunaikan janji dan manifesto pada PRU12 yang lepas. Bukannya pakai main letak je jawatan. lagipun, dia dah bagus sangat bagi tahu nak turun dari kerusi PM pada 2010, kalau Anwar orang desak dia turun, saya rasa tak macam tu.

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Malaysiakini: PM umum bersara Jun 2010

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau membuat pengumuman tersebut selepas pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno lebih dua jam mulai jam 3 petang tadi.

Perdana menteri berkata, keputusan tersebut diterima oleh MT dan pemimpin-pemimpin parti itu.

"Saya telah beri penjelasan mengenai perkara ini kepada MT dan ketua-ketua bahagian, termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri sebentar tadi.

"Mereka boleh menerimanya dan memberi hormat berdiri kepada keputusan saya.

Abdullah berkata, beliau memilih Najib kerana beliau seorang yang baik dan boleh menjadi pemimpin yang baik.

"Peralihan kuasa bermula dengan apa yang umumkan hari ini. Dalam jangka masa itu, saya akan bertanding jawatan presiden parti dan saya telahpun nyatakannya kepada Datuk Najib (untuk bertanding presiden).

Komen: Apa reaksi Anwar??Hah. mesti dia iri hati dekat najib, maklumlah, Anwar saja yang layak jadi PM. Hahaha..

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Forum UTUSAN:Persoal himpunan protes

Hati saya terdetik untuk menghadiri dan melihat lebih dekat perhimpunan Protes Sejuta Rakyat pada 6 Julai yang pada jangkaan saya akan dihadiri oleh ratusan ribu rakyat bertujuan mendesak pihak kerajaan mengkaji semula keputusan menaikkan harga minyak pada 5 Jun lalu.
Himpunan selama sehari suntuk yang dianjurkan oleh parti pembangkang Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) akhirnya bertukar kepada beberapa perkara yang dikesali dan perlu dipersoalkan.
Pertama, atur cara perhimpunan yang dilihat tidak kemas dan agak berterabur jelas menunjukkan kegagalan pihak penganjur melaksanakan agenda pada hari tersebut dengan baik.
Keadaan perhimpunan yang sepatutnya memperlihatkan tekanan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah akhirnya bertukar kepada satu ‘Karnival Meraikan Kenaikan Harga Minyak’.

Kedua, pembaziran wang, masa dan tenaga terlalu banyak berlaku. Selama ini, pihak parti politik dan NGO terbabit seringkali menghentam kerajaan kerana membazirkan wang rakyat. Walau bagaimanapun, acara pada kali ini jelas menampakkan kegagalan pihak terbabit untuk menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Ketiga, elemen hiburan yang keterlaluan. Penganjuran perhimpunan yang sepatutnya mewujudkan gelombang kesedaran kepada masyarakat berikutan kesan kenaikan harga minyak bertukar seolah-olah menjadi konsert hiburan melampau.

Di saat masyarakat berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan terpaksa mengikat perut kesan kenaikan harga minyak dan barang keperluan, seolah-olah penganjur meraikan dengan pesta hiburan melampau. Antaranya dengan menjemput artis sebagai candu kepada masyarakat dalam kesengkangan perut.

Pada hemat saya, adalah lebih wajar wang yang dilaburkan untuk perhimpunan terbabit yang tidak memberi faedah kepada rakyat, diberikan kepada golongan miskin yang memerlukan.
Pihak Pakatan Rakyat telah diberi peluang untuk mentadbir lima negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu maka laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada anda. Kurangkan bercakap di sana sini, sebaliknya bekerja dengan tekun dan ikhlas serta melaksanakan manifesto dan janji manis yang ditabur kepada masyarakat dan pengundi di kawasan anda.

Anda adalah ikon kepada masyarakat. Jangan terlalu berbangga dengan apa yang anda miliki pada hari ini kerana semuanya adalah milik yang Maha Esa. Dia berhak menarik nikmat pada bila-bila masa yang dikehendakinya.

Saya mewakili golongan mahasiswa berharap agar pihak kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. Tidak ada gunanya berkempen, berceramah menghentam sesama sendiri semata-mata, meminta rakyat berjimat cermat tetapi dalam masa yang sama mereka adalah pengkhianat wang rakyat.

Kami Majlis perwakilan Pelajar UIAM berharap semua pihak yang memerintah dapat memberikan contoh yang baik kepada kesemua rakyat jelata tidak kira dari latar belakang mana sekalipun. Rakyat adalah yang paling utama.

MUHAMMAD ADIB BIN HATIM
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Kerajaan Tidak Akan Naik Harga Petrol & Diesel Hingga Hujung Tahun Ini, Kata Nor Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menegaskan kerajaan telah membuat keputusan tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga hujung tahun ini walaupun terdapat kenaikan harga minyak dunia dalam tempoh itu.Beliau berkata kerajaan akan mencari alternatif yang sesuai bagi menangani masalah kenaikan harga minyak yang berterusan.

"Pada masa ini, kerajaan telah berjanji bahawa sungguhpun harga minyak dunia naik dalam tempoh hingga hujung tahun ini, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel (dalam tempoh itu)," katanya pada sesi penggulungan perbahasan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengenai persoalan monopoli Petronas dalam penjualan gas asli untuk kenderaan (NGV), Nor Mohamed menegaskan Petronas tidak memonopoli dalam penjualan NGV di negara ini dan tidak ada halangan untuk syarikat-syarikat lain untuk terbabit dalam perniagaan itu.

Beliau berkata syarikat-syarikat petroleum yang beroperasi di negara ini enggan terbabit dalam perniagaan itu kerana masalah harga.Katanya pada masa ini harga jualan NGV dikawal kerajaan iaitu pada 68 sen seliter berbanding harga pasaran iaitu RM3.11 seliter."Tidak ada monopoli dalam penjualan NGV oleh Petronas.

Tidak ada halangan bagi syarikat-syarikat lain untuk menceburi perniagaan ini, tetapi mereka enggan kerana mereka akan mengalami kerugian berikutan harga kawalan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Nor Mohamed berkata bagi tempoh 1997 sehingga Mac 2008, Petronas telah membelanjakan RM430 juta sebagai subsidi untuk 30,000 pengguna. Katanya selain menanggung subsidi, Petronas juga telah menanggung kos untuk menyediakan infrastuktur dan membina stesen-stesen NGV.Pada masa ini sebanyak 73 stesen NGV telah dibina dan Petronas memberi jaminan jumlah itu akan meningkat kepada 200 stesen sebelum 2010.

Selain itu, Nor Mohamed berkata beliau akan berbincang dengan kabinet mengenai rungutan daripada pekebun-pekebun kecil yang meminta menarik balik levi 15 peratus bagi setiap tan minyak sawit mentah yang melebihi RM2,000.-- BERNAMA

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar takut melakukan mubahalah di Masjid

Tidak salah jika Anwar mahu mubahalah di masjid walaupun siasatan dan kes ini akan diadili di makhamah, Itu antara Anwar dan Allah SWT. Antara Anwar dan maruah . Tidak berdosa jika beliau melakukan mubahalah kerana beliau tidak melakukan dan perlu membersihkan nama beliau tetapi jika sekira beliau melakukannya , tanggunglah dosa dan akibat musibah yang akan menimpa diri.

Jika kita lihat di blog beliau, beliau membesarkan dua nasihat mufti yang mengatakan bahawa beliau tidak perlu melakukannya, tetapi mufti tidak pula mengatakan bahawa ianya berdosa untuk melakukannya, malahan mufti Perlis mahu beliau untuk melakukannya. Kenapa Anwar terlalu takut untuk melakukannya,

Anwar mengambil kesempatan atas perbezaan pendapat antara mufti ini tetapi memilih untuk mengikut mufti yang mengatakan bahawa Anwar tidak perlu bersumpah, Kesempatan ini membuka ruang kepada Anwar dan terlepas dari cabaran agar dia melakukan mubahalah, Inilah yang diperbesarkan oleh Anwar sebagai alasan .dakah benar Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya berkata demikian? Anwar akan mengelilingi negara dan mengatakan bahawa mufti menasihati beliau agar tidak melakukan muhabalah di masjid.

Mengikut laporan, Dato’ Harussani berkata lakukan mubahalah jika tidakada bukti zahir. Dengan memutarbelitkan kenyataan Dato’ Harussani berkenaan bukti zahir, Anwar mula menggunakan alasan keperluan empat saksi dalam mahkamah syariah. Padahal mahkamah syariah tidakada peruntukkan dalam kes-kes jenayah dan penggunaan bukti DNA masih belum jelas dalam perundangan Islam.

Tidak seorang juga diantara mufti ini yang berkata bahawa ianya merupakan satu dosa jika Anwar melakukan mubahalah ini di masjid. Jika Anwar gentleman, beliau perlu melakukan mubahalah ini bagi menenangkan dan membersihkan maruah beliau dan keluarga beliau. Nyata Anwar tidak akan melakukan nya. Nyata Anwar takut untuk melakukannya.

Jika Anwar tidak melakukan perbuatan ini, bersumpah sahaja dihadapan khalayak ramai dan sebutkan, “Demi Allah saya tidak melakukan perbuatan luar tabii ini dan jika saya melakukan perbuatan ini, Allah akan melaknati saya”. Kita tunggu, pada bila -bila masa Anwar akan menyebut perkataan ini.

Sumber: KPMU.net

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Kedutaan Turki bantu Anwar atas dasar kemanusiaan

KUALA LUMPUR: Kedutaan Turki di sini membenarkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan perlindungan, minggu lalu, semata-mata atas dasar kemanusiaan. Menteri Luar Turki, Ali Babacan juga menegaskan Anwar tinggal di rumah duta berkenaan dan bukannya kedutaan seperti dilaporkan beberapa media tempatan dan antarabangsa.
“Tidak ada aspek politik berhubung dengannya. Ia 100 peratus atas dasar kemanusiaan. Isu berkenaan diselesaikan, kini ia dilupakan,” katanya kepada pemberita sempena Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian

KOMEN: Kesian betul kat abang Nuar ni, ada orang nak bunuh dia. Tula, kalau buat perangai baik, mesti orang tak mahu bunuh. Kalau betul-betul diritu layak nak jadi PM, mesti orang tak meluat dan tak keji, tapi dia dok main cara kotor, mana la orang nak suka.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Harakah:Anwar tetap janji turun harga minyak jika dia jadi PM

TAIPING, 9 Julai (Hrkh) - "Hari ini saya nak ulang lagi, kalau kita dapat ambil alih. Menang Kerajaan Persekutuan hari ini, percayalah pada saya, saya tak cakap bohong. Menang hari ini kita ambil alih, esok harga minyak turun." -->

Demikian Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulanginya sekali lagi semasa berceramah di Changkat Jering dekat sini malam tadi sambil menegaskan bahawa kalau Pakatan Rakyat mengambil alih memerintah seluruh Malaysia maka harga minyak akan turun serta- merta esoknya.

"Pedulikan cakap-cakap 'depa' yang iri hati jika Pakatan Rakyat dapat perintah semua negeri yang mereka rasa tak yakin saya boleh turunkan harga minyak itu. Cuba tengok, cuba tengoklah nanti. Kalau tak percaya cubalah jangan halang kami ambil alih perintah semua negeri di Malaysia. Hari ini jadi kerajaan baru, esok diturunkan harga minyak dan bahan bakar lainnya,"cabarnya di hadapan kira-kira 20,000 orang penyokong parti.

Beliau yang menegaskannya dalam program "Tour Anwar Ibrahim Seluruh Malaysia" menyatakan, kalau tidak percaya maka tunggulah pada 15 Julai ini di televisyen dan beliau akan kupas dengan panjang lebar dan terperinci bagaimana cara untuk turunkan harga minyak dan bahan bakar lainnya.

"Saya memang minta kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berdebat di TV pada hari itu nanti supaya semua rakyat negara ini boleh lihat berhujah dengan mereka berdua dengan tajuk 'Bagaimana Hendak Turunkan Harga Minyak',"katanya malam tadi.

Tambahnya,"di TV siaran langsung itu nanti saya katakan formula untuk turunkan harga minyak, kerana saya tahu dan yakin buat yang benar.

"Saya tidak akan rosakkan ekonomi Malaysia. Saya tahu, insya-Allah, kita ambil pelabur China, pelabur Arab, pelabur Eropah dan serampang tiga mata untuk bangkitkan semula ekonomi Malaysia."

Dia harus cakap macam ni 'maaflah kat pelabur asing, sebab kes liwat saya anda semua tak percaya Malaysia ni tak aman dan boleh lingkup bisnes. Saya dulu masa grad bukanya ambil ekonomi ataupun perakaunan, saya ambil bahasa Melayu ja'.

Tapi sayang, katanya beliau yakin Perdana Menteri dan Timbalannya takut bersemuka dalam siaran tersebut dan dinyatakan tempat mereka akan diambil alih oleh Menteri Penerangan sebagai wakil kerajaan.
"Tak apalah, tak dapat tanduk akar pun boleh, saya tak pilih,"sindir Anwar dikuti tepukan gemuruh hadirin. - mks. _

PakLah dan Najib tak takut, diorang ada kerja masing-masing, sebagai PM &TPM, bukanya macam Abang Nuar, Pusing satu Malaysia nak cari populariti, cari simpati dari rakyat yang konon-kononnya tak bersalah. Abang Nuar tak jadi YB atau menteri, tula yang dok rilex saja. Cakap kat orang no.1, bila nanti dah dapat kuasa, barula tau. Dia still tak sedar diri, dapat gelaran bekas timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tu pun daripada UMNO/BN. Tu pun nak belagak, nak sombong.

Sumber: Harakah

KOMEN: Ala abang Nuar, hang dah abis modal la nak putar belit rakyat. Isu Minyak saja la yang dapat tarik perhatian rakyat kat hang, abang Nuar. Tu pun nasib la ada isu Minyak, kalau tak, orang tak pandang hang langsung abang nuar. Hang dilabel sebagai peliwat, pecah amanah dan rasuah saja macam kes 1998/99.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.